- 4.8KShare sekarang!
- Email17
- Facebook4.8K
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan yang mereka membenarkan penanaman industri tumbuhan hemp (sejenis tumbuhan ganja bukan psikoaktif) untuk pengeluaran serat dan benih bagi tujuan komersial.
Walaupun tarikhnya belum diumumkan, perkara ni sangat penting sebab ia boleh menggantikan minyak sawit sebagai sumber utama pertanian Malaysia. Hemp juga jauh lebih mampan berbanding minyak sawit, dan ia dah dapat maklum balas positif daripada Kementerian Pertanian.
Tapi macam yang kita bagitau tadi, hemp adalah produk dari tanaman kanabis, yang seperti kita semua tahu, diharamkan di Malaysia. Malah, pemilikan tanaman ganja juga boleh dihukum penjara seumur hidup DAN tidak kurang daripada enam sebatan.
Tapi, adakah kerajaan dah membezakan antara hemp dan marijuana/ganja, walaupun pada hakikatnya ia berasal dari tumbuhan yang sama? Selain tu, memandangkan minyak hemp CBD dah menaikkan nama Malaysia dan dipasarkan secara terbuka dalam talian (memang jelas siap ada daun ganja kat bungkusan), adakah produk ni dah sah kat sini?
Walaupun berbeza tumbuhan, undang-undang bagi kedua-dua hemp dan marijuana adalah sama di Malaysia
Sebelum kita bincangkan isu ni lebih panjang, korang kena tahu beza antara hemp dan marijuana:
Macam apa yang korang tengok kat atas, unsur-unsur utama yang membezakan antara kedua-duanya adalah jumlah sebatian THC (delta-9-tetrahydrocannabinol), dan CBD (cannabidiol) dalam tumbuhan tersebut. THC, ni sebatian psikoaktif yang boleh buat kita ‘high’, manakala CBD pula bahan bukan psikoaktif yang tak buatkan korang ‘high’, tapi lebih kepada penggunaan ubatan (termasuk untuk melegakan kesakitan, kegelisahan, kemurungan, kanser, diabetes , sawan, dan banyak lagi).
Kesimpulannya:
- Marijuana – tinggi kandungan THC, kurang kandungan CBD
- Hemp – kurang kandungan THC, tinggi kandungan CBD
Walaupun undang-undang AS dah buat perbezaan di antara kedua-duanya berdasarkan kriteria yang disenaraikan dalam carta di atas, perbezaan ni tak wujud dalam undang-undang Malaysia: Seksyen 6B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952:
(1) Tiada seorang pun boleh-
(b) membenarkan mana-mana tumbuhan, dari mana candu mentah, daun koka, jerami, hemp atau ganja boleh diperolehi sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk ditanam atau diusahakan oleh sesetengah orang lain di atas tanah yang dimiliki atau diduduki olehnya atau di mana-mana bekas tanah…
Dan dengan itu, tanaman bahan ganja untuk tujuan penyelidikan/perubatan adalah dibenarkan dengan syarat ia terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (walaupun masih belum berlaku).
Selain tu, status undang-undang untuk sebatian THC dan CBD sendiri agak berbeza daripada undang-undang dadah di Malaysia: THC disenaraikan sebagai ‘dadah berbahaya’ di bawah Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala CBD tak tersenarai di mana-mana dalam akta yang sama.
Jadi apa hemp ni, dan kenapa ia diharamkan?
Kalau korang nak tahu, hemp telah ditanam selama berabad-abad, dan mungkin merupakan tanaman pertama yang ditanam oleh manusia!
Berasal dari Asia Tengah, penggunaannya untuk serat dah direkodkan di China seawal 2800 SM, dan terdapat juga rekod di mana hemp digunakan di sana untuk merawat kesakitan pada 2900 SM. Ia kemudian tersebar ke seluruh Eropah semasa Zaman Pertengahan, dan akhirnya Amerika pada tahun 1500-an.
Penggunaan hemp ni masih banyak sampai sekarang. Ia menghasilkan bahan yang kuat dan tahan lama, dan sering digunakan untuk membuat kertas, tali, span, kanvas, kain, bahan api, dan banyak lagi. Sebenarnya, hemp sangat penting dalam budaya Asia kuno di mana Taois mempunyai dewi hemp bernama Magu.
Kegunaan hemp menimbulkan banyak persoalan: Kenapa ia diharamkan?
Jadi, kita pergi balik ke zaman dulu di mana manusia tak faham sangat pasal tanaman macam apa yang kita kenal sekarang ni, ganja dan produknya (termasuk hashish dan hemp) disamakan dengan opium selepas Konvensyen Opium Antarabangsa pada tahun 1925, dan hasilnya, pelbagai negara mengharamkannya.
Tapi boleh dikatakan gerakan anti-ganja/hemp yang paling agresif berlaku di Amerika Syarikat. Harry Anslinger, Pengarah Biro Persekutuan Narkotik mengetuai kempen berdasarkan perkauman memburuk-burukkan tumbuhan ganja itu di sekitar tahun 1930-an:
“Terdapat 100,000 perokok ganja di Amerika Syarikat, dan kebanyakannya adalah Negro, Hispanik, Filipina, dan penghibur. Muzik setan, jazz, dan ayunan mereka, akibat penggunaan ganja.
Ganja ini menyebabkan wanita kulit putih mencari hubungan seks dengan Negro, penghibur, dan orang lain. “- petikan daripada Biro Narkotik Persekutuan
Kempen Anslinger berjaya, dan akhirnya membawa kepada majlis menandatangani Akta Cukai Marijuana 1937, yang mana Anslinger sendiri gubal. Walaupun ia bukan secara terang-terangan jenayah ganja/hemp, cukai baru ni banyak menggalakkan pengeluaran hemp di Amerika Syarikat.
Pada tahun 1960-an, pentadbiran Nixon menggunakan strategi yang sama (didakwa dengan niat perkauman yang sama, seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya), dan semua jenis ganja, termasuk hemp, secara rasminya diharamkan untuk apa-apa kegunaan selepas Akta Bahan Kawalan telah ditanda tangani oleh Presiden Nixon.
Walau bagaimanapun, banyak penggunaan perindustrian hemp sepanjang tahun; Presiden Roosevelt menggalakkan penanaman hemp bagi kegunaan industri semasa Perang Dunia Kedua. Malah, payung terjun yang menyelamatkan nyawa George Bush Sr dalam peperangan itu dibuat dari hemp!
Walaupun hemp kini sah di Amerika Syarikat di bawah Akta Pertanian 2014, kita masih di belakang: di Malaysia, hemp/ganja (atau ‘bhang’) pertama kali dicukai oleh British pada tahun 1826, sebelum mereka mengharamkannya pada tahun 1952. Dan ia kekal sehingga hari ini.
Walaubagaimanapun, ada rakyat Malaysia yang buat keuntungan daripada produk hemp
Jadi, mungkin ada antara kita yang mungkin pernah tengok iklan Facebook oleh syarikat tertentu bernama CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp (syarikat minyak hemp yang bertapak di UK, dan berpangkalan di Malaysia). Pemasaran minyak CBD dalam talian ni jelas-jelas tunjuk gambar daun weed, macam yang kita tunjuk kat atas tadi.
Walaupun mereka dah mencapai kejayaan yang luar biasa di luar negara dan membantu orang ramai (berdasarkan pelbagai testimoni di laman Facebook mereka), jadi produk mereka ni benar-benar dah sah ke kat sini?
Jawapannya adalah ya, tapi hanya dengan kebenaran daripada kerajaan Malaysia. Apa yang rumit tu sendiri adalah untuk mendapat kebenaran: penjual harus mematuhi peraturan ketat, dan menyediakan bukti saintifik tentang keselamatan dan keberkesanan produk mereka. Jadi ya, penjualan produk ganja adalah sah, selagi penjual didaftarkan dengan kerajaan (walaupun, menanam dan memiliki tumbuhan tanpa izin tu sendiri masih haram.
Dengan itu, CBD Oils – Malaya Hemp sebenarnya tak menjual produknya secara rasmi di Malaysia (setakat yang kita sahkan), ataupun mereka bergabung dengan kerajaan Malaysia, macam yang didakwa oleh syarikat itu sendiri di laman web mereka:
- 4.8KShare sekarang!
- Email17
- Facebook4.8K
- Share