- 159Share sekarang!
- Email7
- Facebook152
- Share
(Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 5 Mei 2021 dan merupakan terjemahan dari versi Bahasa Inggeris, CILISOS.)
UPDATE Januari 2022: Baru-baru ni atlet badminton, Lee Zii Jia ‘dihukum’ BAM di mana dia tak lagi didaftarkan untuk menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selepas atlet tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri dari badan tersebut.
Bukan setakat rakyat Malaysia mengecam keputusan BAM, malah ramai atlet dari luar negara memberi komen dan menyokong Lee Zii Jia yang lebih selesa untuk bergerak sendirian lepas BAM tak terima tuntutannya. Apa pendapat korang?
__________________________________________________________________________
Mesti korang rasa excited bila dengar pasal Sukan Olimpik kan? Dalam banyak-banyak sukan, ada satu sukan yang rakyat Malaysia wajib tengok iaitu badminton. Malaysia telah memenangi 16 pingat secara keseluruhan dalam Sukan Olimpik — 12 daripadanya adalah badminton.
Kehebatan badminton Malaysia sebenarnya bermula sebelum Sidek bersaudara memenangi pingat Olimpik pertama diorang di Barcelona 1992. Malah, dua pemain badminton Malaysia, Ng Boon Bee dan Punch Gunalan pernah menduduki tempat kedua di Olimpik Munich pada tahun 1972.
Tapi kalau korang tengok jadual pemenang pingat Olimpik Malaysia, nama Ng Boon Bee dan Punch Gunalan tak ada pun dalam ni.
Jadi, siapakah dua rakyat Malaysia yang pernah memenangi pingat Olimpik pertama tapi tak diabadikan dalam senarai?
Ng Boon Bee dan Punch Gunalan pemain badminton yang power
Anak kelahiran Perak, Ng Boon Bee mula bermain badminton sejak berumur 10 tahun dan selain bermain badminton, dia juga handal dalam sukan ragbi dan bola sepak malah semasa dia menjadi juara Perak Schoolboy dalam acara perseorangan dan beregu pada tahun 1955, ia bagaikan membuka pintu kejayaan Ng Boon Bee dalam sukan badminton.
Seawal tahun 1959, Ng Boon Bee digambarkan dalam Straits Times sebagai “pemain agresif yang tidak teragak-agak menggunakan smashnya — pukulan terbaiknya.” Pat Davis menggambarkan Ng Boon Bee sebagai “pemain penuh tumpuan, semangat dan kekuatan.”
Ng Boon Bee membuat keputusan untuk fokus usahanya dalam badminton pada tahun 1961.
“Saya mempunyai cita-cita untuk memenangi All England dan saya tahu ia boleh dicapai sekiranya saya berusaha sedaya upaya dalam bermain badminton. Bahkan, saya juga membuat janji kepada Khir Johari (presiden Persatuan Badminton Malaya ketika itu) bahawa kami akan membawa pulang Piala Thomas suatu hari nanti” – Ng Boon Bee, pemain sukan badminton. Dipetik dari BWF Museum.
Ng Boon Bee menjadi partner Tan Yee Khan dalam karier awal sebagai pemain badminton profesional. Dia juga membuktikan janji-janjinya sebagai pemain beregu dengan memenangi gelaran di Malaysian Open, All England, Asian Games dan Asian Championships.
Pada masa yang sama, Punch Gunalan juga bersaing sebagai pemain perseorangan. Walaupun karier sebagai pemain perseorangan kurang berjaya berbanding kariernya yang kemudian sebagai pemain beregu, dia tetap memenangi pelbagai jenis pingat di Asian Games, Commonwealth Games, Asian Championships dan SEA Games.
Gunalan mendapat gelaran ‘Black Panther’ sebab kepantasannya!
Penglibatannya dalam sukan badminton bermula pada awal 1960 semasa menjadi juara Badminton Negeri Sembilan dalam acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963). Dia menjadi juara junior dalam Asia Badminton Championship di Kuala Lumpur pada tahun 1962.
Boleh bayangkan tak kalau diorang ni bergabung dalam satu team?
Ng Boon Bee… Punch Gunalan… bergabung meletup!
Kalau korang nak tahu, Ng Boon Bee dan Punch Gunalan menjadi partner dalam badminton selepas 1969. Ia menjadi titik perlawanan yang berjaya dan membanggakan sebab mereka memenangi banyak gelaran tapi yang paling besar ialah memenangi gelaran All England pada tahun 1971.
Bila dah terlalu power, tak terkejut pun kalau diorang terpilih untuk mewakili Malaysia di Olimpik Munich 1972 serta memenangi pingat perak. Diorang ni berjaya menundukkan beregu Indonesia — Rudy Hartono dan Indra Gunawan. Gandingan mantap ni lah membuatkan diorang berjaya membolot sejumlah kejuaraan lain selepas itu.
“Saya menarik diri dalam acara perseorangan dan menumpukan perhatian kepada beregu kerana saya telah memenangi hampir semua gelaran di dunia dengan Boon Bee. Saya tak pernah kalah dalam setiap permainan bila dengan Boon Bee” – Punch Gunalan. Pemain sukan badminton. Dipetik dari The Star
Namun, ada sedikit salah faham di Olimpik Munich. Rupa-rupanya badminton hanya sukan demonstrasi…
Apa maksud sukan demonstrasi ni?
Walaupun Ng dan Gunalan secara teknikal berjaya memenangi pingat perak tapi diorang tak dianggap sebagai pemenang pingat rasmi sebab badminton bukan sukan rasmi Olimpik sehingga tahun 1992. Badminton diperkenalkan dalam Sukan Olimpik Munich 1972 sebagai sukan demonstrasi.
Sukan demostrasi ni merupakan sukan pertunjukan dan tak diambil kira dalam pungutan pingat. Ia juga pada awalnya merupakan peluang bagi negara tuan rumah mempamerkan sukan atau acara yang unik kepada negara mereka. Seperti contoh, Sweden — glima (gusti tradisional Iceland) semasa Stockholm 1912 Summer Olympics. Negara ni selalu digunakan sebagai batu loncatan dalam permohonan untuk dipertimbangkan sebagai sukan pingat Olimpik masa depan.
Bagaimanapun, International Olympics Committee (IOC) menangguhkan sukan demonstrasi selepas Sukan Olimpik 1992 sebab terlalu banyak usaha untuk memberi perhatian yang sama kepada sukan rasmi dan demonstrasi. Akan tetapi, badminton diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol.
Walaupun Ng Boon Bee dan Punch Gunalan tak dapat bersaing dalam 1992 Summer Olympics, diorang mempunyai karier dan kehidupan yang sangat baik selepas bersara. Ng Boon Bee dimasukkan ke Hall of Fame oleh International Badminton Federation (sekarang Badminton World Federation) pada tahun 1998, dan akhirnya Malaysia’s Olympic Council Hall of Fame pada bulan Disember 2015.
Selain itu, Punch Gunalan berkhidmat dalam bidang kejurulatihan dan pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia dan Persekutuan Badminton Antarabangsa (sekarang Persekutuan Badminton Dunia). Dia juga merupakan pengurus pasukan ketika Malaysia membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992.
Badminton menjadi sukan rasmi merupakan satu perkara terbaik untuk rakyat Malaysia. Ia memberi peluang pada kita untuk berkumpul di mamak (sebelum COVID-19) dan menjerit memberikan semangat kepada Lee Chong Wei (macam lah dia boleh dengar kita jerit). Sejak Olimpik ditundakan, kita tak dapat bersorak untuk atlet negara Malaysia tapi tak bermakna semangat Olimpik tu tak ada dalam diri kita.
- 159Share sekarang!
- Email7
- Facebook152
- Share