Debat Anwar-Najib: Kedua-dua pihak sedang memutar belitkan keadaan?

Kehangatan debat antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kemelut membabitkan isu syarikat Sapura Energy Berhad semakin dirasai oleh kita semua.

Semalam, DS Anwar telah menerbitkan satu hantaran video di laman Facebook mengenai status terkini debat antara mereka:

Dalam video ini, DS Anwar mengatakan DS Najib telah mencabar untuk berdebat dengan dia melalui  satu kenyataan pada awal Ramadhan. DS Anwar Ibrahim menjawab dia bersedia pada bila-bila masa tanpa syarat, asalkan debat tersebut terbuka dan seluruh rakyat Malaysia boleh menontonnya.

“…sekarang dia mengulas mengatakan, tidak di bulan Ramadhan, harus menjejak ke awal bulan Syawal.”— DS Anwar Ibrahim, dipetik dari hantaran video di lama Facebooknya.

DS Anwar Ibrahim juga mengatakan lagi jangan menyekat mana-mana media supaya rakyat Malaysia boleh menilai. Dia bertegas lagi…

“…Jadi saya harap Datuk Seri Najib, jangan berdolak-dalik lagi, dia cabar saya jawab dan insyAllah kita akan bertemu.” — DS Anwar Ibrahim, dipetik dari hantaran video di lama Facebooknya.

Pada masa yang sama, DS Najib serta pihaknya mengatakan…

Pihak Anwar memutar belitkan keadaan: Debat tak jadi lepas raya?

Sebentar tadi, DS Najib telah menerbitkan satu hantaran di laman Facebook mengenai status terkini debat antara DS Anwar:

Imej dari FB Najib Razak.

DS Najib mengatakan bahawa pihak Anwar telah memutar belitkan keadaan. Hal ini kerana pihak PKR dan DS Anwar telah menuduh dia cabar untuk berdebat pada bulan Ramadhan, walhal yang mula mencetuskan cabaran itu ialah pihak PKR sendiri, iaitu Rafizi Ramli. Dia berkata lagi tuduhan tersebut sebenarnya pihak Anwar Ibrahim juga yang cetuskan, bukan dia.

Situasi semakin bertambah teruk apabila Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut memutar belitkan kenyataan dengan pihak media. Isu ini telah dibahaskan oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Menurut Isham, dia telah melakukan satu perjumpaan bersama Fahmi Fadzil bagi membincangkan tentang debat tersebut. Fahmi dikatakan telah bersetuju untuk mengadakan debat tersebut selepas raya serta mencadangkan minggu kedua atau minggu ketiga pada bulan syawal adalah waktu yang sesuai. Namun, semuanya jadi caca marba apabila Pengarah Komunikasi PKR itu mengatakan kepada pihak media bahawa debat tidak jadi selepas raya.

Ini kata Isham Jalil di Facebook. Imej dari FB Isham Jalil.

Walau bagaimanapun, Fahmi Fadzil tampil memberikan kenyataan, iaitu…

DS Anwar Ibrahim belum bersetuju nak debat lepas raya

Fahmi Fadzil menafikan kenyataan oleh Isham Jalil menerusi sebuah hantaran di laman Facebook:

Ini keterangan dari pihak PKR. Imej dari FB Fahmi Fadzil.

Fahmi Fadzil berkata bahawa pihak PKR belum bersetuju pun untuk melakukan debat tersebut selepas raya, semuanya masih dalam status perbincangan dan belum lagi diputuskan.

Pertemuan pertama antara mereka pada 8 April lalu, Fahmi sekadar menyampaikan hasrat DS Anwar agar debat tersebut dilakukan pada bulan Ramadhan. Akan tetapi, Isham mengatakan bulan tersebut tak sesuai dan ditambah pula dengan pelbagai alasan, serta mencadangkan agar debat dilakukan selepas raya.

Fahmi pun terima pandangan Isham, kemudian mereka berbincang tarikh untuk dirujuk kepada ketua pimpinan masing-masing. Mereka juga berbincang beberapa perkara lain seperti media mana yang boleh mengaturkan debat ini, tempat, waktu, hos, keselamatan, jumlah penonton dan sebagainya.

GIF dari Tenor.

Mereka juga telah bersetuju untuk berjumpa semula pada 13 April (semalam) untuk perbincangan mengenai pendapat ketua pimpinan masing-masing. Semasa pertemuan yang diadakan semalam pada 4 petang, Fahmi berkata DS Anwar ingin debat tersebut dilakukan pada bulan Ramadhan, tetapi Isham tetap dengan pendirian, iaitu selepas raya adalah waktu yang sesuai. Beberapa tarikh khusus telah dibincang tapi belum muktamad lagi.

Fahmi dan Isham bersetuju ingin mengadakan satu sidang media hujung minggu ni bagi pemakluman debat. Buat masa sekarang, tiada lagi sebarang tarikh yang belum dipersetujui. Fahmi pun berkata yang dia pun ada saksi semasa perjumpaan itu diadakan.

Nak tahu lebih lanjut? Kita tunggu sidang media terseut hujung minggu ni, bak kata Fahmi Fadzil…

“Nak rock, let’s rock.” — Fahmi Fadzil.