Menjelang bulan kebangsaan, rakyat Malaysia dengan penuh semangat menyaksikan perarakan yang berlangsung pada 31 Ogos. Tapi Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Malaysia kali ni memang tampil ekstra penuh makna bila MILO® berganding bahu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk meraikan satu perkara yang memang dekat dengan identiti rakyat Malaysia: sukan yang menyatukan kita.
Tanpa mengira latar belakang atau sukan yang diminati, kita semua bersatu bila atlet Malaysia turun bertanding. Waktu tu, perbezaan diketepikan dan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memberikan sokongan, berkongsi debaran serta mengharapkan yang terbaik buat wira dan wirawati negara.

Seiring dengan semakin dekatnya Sukan SEA 2027, kerjasama antara MILO® dan KBS ini hadir pada masa yang tepat untuk terus menyemarakkan semangat rakyat terhadap sukan dan atlet negara. Tahun ni, MILO® dan KBS bukan saja hadir dengan kereta berhias khas dalam Perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya yang menampilkan atlet Sukan SEA 2027, tapi turut membekalkan tenaga dengan lebih 100,000 cawan MILO® percuma kepada rakyat Malaysia sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
MILO® memang dah lama terlibat dalam pembangunan sukan Malaysia. Korang mesti ingat zaman sekolah dulu, daripada aktiviti sukan sampailah kejohanan, MILO® memang antara jenama yang dah sebati dengan memori ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan gaya hidup aktif.
Berkat sokongan kukuh daripada rakan kerjasama jangka panjang seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (OCM), MILO® terus memainkan peranan penting dalam membina generasi yang aktif dan memupuk budaya kesukanan dan nilai-nilai positif menerusi inisiatif akar umbi yang penuh bermakna, contohnya macam Klinik Juara MILO® dan kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Dari dulu sampai sekarang, ketibaan van MILO® ni memang satu core memory buat rakyat Malaysia. Dan kali ini, ia terus membawa semangat yang sama – menyatukan kita dengan tenaga, kesungguhan dan perpaduan, demi menyemarakkan semangat ‘Malaysia Boleh’.
Kemuncak sambutan tentunya sewaktu Perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos, apabila MILO® bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperagakan kereta berhias khas yang membawa wira-wira sukan Malaysia serta pemenang pingat Sukan Komanwel yang bakal mewakili negara di Sukan SEA 2027. Direka khas untuk menyemarakkan semangat juang Malaysia, kereta berhias ini membawa simbol kebanggaan negara dan dunia sukan, sekali gus mencerminkan semangat Malaysia yang bersedia untuk melangkah ke pentas Sukan SEA 2027.
Dan pastinya, van MILO® yang ikonik turut menyusuli di belakang – meneruskan komitmen MILO® dalam membangunkan sukan di Malaysia.
Dulu, Aniq menunggu van MILO® datang ke sekolah. Tahun ni pula, dia sendiri berada di atas float KBS bersama dua lagi atlet negara, Aleena Ahmad Nawawi dan Muhammad Hafizuddin Roslin.
Bagi mereka, pengalaman ini cukup bermakna sebagai wakil negara, lebih-lebih lagi dengan Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia. Kini, mereka giat mempersiapkan diri untuk merebut peluang mewakili negara dan bertanding di hadapan penyokong sendiri.
“Saya rasa happy dan teruja sebab dapat merasai pengalaman ini bersama MILO®. Ini first time dapat naik float dan menyertai perarakan Merdeka pada tahun ini!” – Aleena Ahmad Nawawi, atlet boling padang wanita negara.
Daripada Perarakan Hari Kebangsaan hingga persiapan Sukan SEA 2027, ketiga-tiga atlet ini terus membawa satu semangat yang sama – mengharumkan nama Malaysia.
1. Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat – 60kg)
- Pencapaian: Mempertahankan pingat emas di Sukan Komanwel Glasgow 2026 dalam kategori 60kg dengan rekod kejohanan baharu (273kg total lift)
- Misi Bangkit: “Yang saya rasa paling kecewa betul-betul masa Olimpik Paris lah. Sebab saya dapat nombor empat dan saya kalah hanya sekilo je. Jadi kat situ memang sedih sangat… satu semangat saya nak tebus balik, dan saya dapat di Komanwel 2026.”
- Realiti Rutin: Perlu sarapan dengan makanan yang betul dan berkhasiat. Kena makan makanan tinggi protein, macam telur rebus, dengan salad.
2. Muhammad Hafizuddin Roslin (Angkat Berat – 88kg)
- Pencapaian: Pingat Emas Sukan Komanwel Glasgow 2026 kategori 88kg dengan angkatan keseluruhan 345kg (rekod kebangsaan dan rekod kejohanan).
- Kisah Inspirasi: “Mula-mula memang ramai menentang. Ibu bapa lagi suka saya main ragbi. Cikgu-cikgu pun menentang cakap, ‘Boleh ke angkat ni?’ Tapi saya dah buktikan sekarang sampai sekolah saya bagi anugerah pencapaian masa Komanwel hari tu.”
- Misi Membalas Dendam: “Pengalaman buruk masa Sukan SEA Thailand tahun lepas, hanya dapat nombor empat… pedihlah masa tu. Saya mahu buktikan tahun depan, saya akan gegarkan bumi Sarawak sekali lagi!”
3. Aleena Ahmad Nawawi (Boling Padang – Pasangan Wanita)
- Pencapaian: Juara Kejohanan Boling Padang Sedunia 2023 dan Pingat Perak Sukan Komanwel Glasgow 2026.
- Kisah Inspirasi: “Kawan-kawan waktu belajar, bila kita jadi atlet, kita selalu keluar tak masuk kelas. Mereka-lah yang saya dapatkan sokongan sampai sekarang.”
- Pengorbanan Yang Berbaloi: “Bila latihan pukul 9 dekat Kiara, pukul 7 dah kena sedia. Bila balik pun dah lewat petang, hadap jem lagi. Hujung minggu pun tak tentu ada. Tu antara salah satu pengorbanan lah untuk menuju ke Sukan SEA ni”
Sama ada mengendali beban ratusan kilogram di atas pentas angkat berat, ataupun mengawal balingan bola di gelanggang boling padang, ketiga-tiga atlet ni membuktikan bahawa disiplin, pengorbanan dan mentaliti juara adalah resepi sebenar (selain resepi MILO®) untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Sebelum jadi wira negara, ramai atlet mula dekat sekolah dulu.
Perjalanan Aniq, Hafiz dan Aleena membuktikan bahawa bakat besar tidak lahir dalam sekelip mata. Sebaliknya, ia bermula dari padang-padang sekolah, kejohanan MSSM, dan program pembangunan sukan peringkat akar umbi yang membantu mencungkil potensi atlet muda.
Sebab tu sokongan terhadap sukan tak boleh hanya muncul bila atlet dah menang pingat. Ia perlu bermula lebih awal, masa anak-anak masih tengah cuba macam-macam sukan, belajar disiplin, kalah pertandingan pertama dan mungkin balik rumah dengan lutut luka sebab training.
MILO® pula memang dah lama terlibat dalam usaha menyokong pembangunan sukan Malaysia, termasuk melalui inisiatif akar umbi dan kerjasama bersama organisasi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (OCM).
Dan dengan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027, semangat ini diteruskan dengan satu harapan yang sama: melihat lebih ramai atlet Malaysia berjaya dan mengharumkan nama negara di pentas sendiri.
Jadi, bila tiba masanya nanti, marilah kita bersama-sama menyokong atlet negara kita di Sukan SEA 2027 sambil melaungkan semangat ‘Malaysia Boleh’!