(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 7 Oktober 2019 dan disiarkan semula khas sempena Hari Penghormatan Perwira Malaya Singapura-Malaysia.*
Bila cakap pasal apa yang Malaysia bagus, video game bukanlah benda pertama yang akan terlintas di fikiran kita. Tapi, apa yang ramai tak tahu bahawa ada pembikin game tempatan yang terlibat dengan pembuatan game terkenal dunia seperti Street Fighter V, Bioshock Infinite dan Final Fantasy XV.
Sedar atau tak, nampaknya ada juga pemain game Malaysia yang suka menjadi kreatif dengan game, seperti fan page 15th Malaya Regiment yang menjadikan komunikasi suara Arma 3 kepada bahasa Melayu.
Sebenarnya, industri video game dah menghasilkan lebih banyak pendapatan ke dalam hasil mahsul negara setiap tahun, Video game mungkin akan menjadi benda penting kepada Malaysia. Dengan semua benda ni, video game Malaysia nampaknya tak jauh ketinggalan. Ini kerana ada sekumpulan pelajar dari Multimedia University (MMU) baru-baru ni semakin hampir ke arah tu.
Apa yang mereka buat? Permainan Virtual Reality (VR) berdasarkan kisah Leftenan Adnan bertajuk Chandu: Tribute To The Malay Regiment.
Adnan adalah Leftenan Rejimen Askar Melayu Diraja yang dikenali kerana mempertaruhkan nyawanya untuk mempertahankan Bukit Chandu, dan sebagai sebahagian cara untuk meningkatkan kesedaran peristiwa sejarah berkaitan rejimen, permainan ini juga memberi peluang kepada pemain untuk melangkah ke dalam tubuh leftenan dan merasai suasana Perang Dunia Ke-2 di Tanah Melayu.
Jadi, game ini adalah sebahagian dari assignment kelas untuk pelajar VR, di mana mereka disarankan untuk melihat lebih jauh daripada sekadar aplikasi tradisional VR seperti game dan hiburan tetapi lebih fokus untuk menggunakan teknologi bagi menghantar mesej dan menyampaikan cerita. Mungkin idea ni tak kurang menariknya, tapi betul ke game VR sangat sesuai untuk tujuan tu?
Baiklah. Mungkin…
Otak kita secara saintifiknya belajar Sejarah lebih baik melalui VR berbanding buku teks
Dengarnya macam betul tapi, media dalam bentuk lain selalunya dimanfaatkan untuk membantu pembelajaran seperti belajar mengenai misteri yang tidak selesai terhadap pembunuhan John F Kennedy melalui filem berbanding hanya dengan membaca buku mengenainya. Dan filem adalah lebih baik untuk tu.
Kalau dilihat melalui beberapa kajian mengenai pembelajaran visual, kita akan tahu yang visual ni lebih baik untuk pembelajaran kerana beberapa sebab: akan tersimpan lama dalam memori, 60,000 kali lebih cepat prosesnya, mereka dapat 90% info yang dihantar ke otak, memperbaiki pemahaman, mencetuskan emosi dan memotivasikan orang yang belajar.
Kajian dari pensyarah Koleh Poly Tech MARA menjelaskan bahawa pelajar visual lebih suka gambar, diagram atau apa sahaja jenis visual kerana mereka perlu melihat sesuatu untuk mengetahuinya. Dan nampaknya pelajar visual adalah responden teramai dalam kajian ni, begitu juga yang dilakukan oleh UKM. Itulah sebab kebanyakan orang lebih mengingati apa yang dilihat dalam filem berbanding apa yang dibaca.
Ia mudah untuk dihadam, mungkin terdapat kelemahan apabila movie direka bentuk untuk memfokuskan kepada hiburan hingga fakta menjadi tidak tepat. Sebagai contoh dalam filem Puteri Gunung Ledang 2004 yang memaparkan cerita cinta antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah walaupun legenda sebenar tiada tanda-tanda hubungan romantik antara mereka.
Ketepatan sejarah dalam permainan video biasanya tak diterima
Ini bukanlah pertama kali perang di Bukit Chandu diadaptasikan ke dalam game. Ia pernah digunakan dalam board game 6 tahun yang lalu (gambar di atas). Dan reviu terhadap game itu adalah sederhana, ada yang kata ia membosankan kerana terlalu bersejarah dan ada juga yang cakap ia tak cukup bersejarah!
Tak boleh dinafikan, video game bertemakan sejarah sepatutnya menceritakan sejarah dengan tepat sebab makin lama makin ramai generasi muda mencari minat dalam sejarah melalui game. Tapi, apa yang kami jumpa adalah apabila ada percubaan untuk masukkan fakta sejarah ke dalam video game, selalunya akan dapat tindak balas negatif.
Dalam kes game Kingdom Come: Deliverance, hal untuk menjaga keaslian sejarah dalam game dicabar dengan tanggapan yang membolehkan ia diterima semua. Game ini berlatar belakangkan zaman pertengahan Bohemia, jadi semua karakter ialah orang kulit putih yang dicerminkan secara aslinya. Tapi keputusan tak diterima baik oleh sesetengah pemain game.
Game lain seperti Six Days in Fallujah, menerima bantahan yang kuat kerana secara tepatnya menggambarkan tentera laut (termasuk mereka yang mati dalam kehidupan sebenar) dalam Second Battle of Fallujah pada tahun 2004.
Setiap aspek game tu dihasilkan berdasarkan temu ramah dengan 70 individu termasuk tentera US yang berperang di sana, orang awam Iraq, sejarawan perang, pegawai tentera senior dan bekas pemberontak Iraq. Walaupun game bertujuan untuk mengangkat tentera laut yang gugur, namun ia tak dikeluarkan kerana bantahan awam terlalu banyak.
Dan kadang kala, game yang bertepatan dengan sejarah boleh jadi membosankan, kerana kurangnya kepelbagaian dan tarikan. Atas semua alasan inilah ia menjadi sebab kenapa game bertemakan sejarah sesetengahnya perlu ada campuran antara fakta dan fiksyen.
Pembikin game Total War: Three Kingdoms, game bersiri berbentuk strategi taktikal yang merupakan sebahagian dari sejarah lampau China, mengetengahkan dua mod pemain untuk dipilih: Mod Klasik dan Romantik. Pemain boleh pilih Mod Klasik untuk gambaran sejarah yang lebih tepat atau Mod Romantik untuk karakter yang lebih legenda, ia membawa lebih keseronokan dengan banyak karakter berbanding hanya taktik ketenteraan.
Pembangun game mengatakan objektif game itu dihasilkan adalah berbeza daripada hanya sekadar untuk keseronokan, kerana mahu mencapai sesuatu untuk tujuan yang lebih tinggi.
Untuk sesetengah yang lain, ia dibuat untuk mengesahkan atau tak sesuatu teori seperti game JFK: Reloaded yang mahu meyakinkan orang ramai bahawa tiada penembak kedua yang terlibat dalam pembunuhan John F. Kennedy, dengan memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya “membuat semula secara tepat” dakwaan 3 tembakan yang dilepaskan oleh tertuduh, Lee Harvey Oswald.
Sementara itu, bagi pihak tentera US, ia boleh jadi alat rekrut, di mana tentera boleh sediakan reruai (booth) untuk menarik ahli baru yang berpotensi. Tapi, untuk yang lain, ia untuk mendidik orang ramai mengenai peristiwa sejarah tertentu.
Bertentangan dengan apa yang mereka perkatakan, game bersejarah dengan elemen kebebasan kreativiti mungkin menjadi petanda bahawa pembangun game prihatin untuk menghiburkan pemain. Kerana akhirnya nanti, sesebuah game perlu menyeronokkan untuk mencetuskan minat. Bayangkan, jika sesuatu game bertemakan sejarah Malaysia menghiburkan untuk dimainkan, kemudiannya pemain akan berminat untuk mengkaji lebih mengenai sejarah itu.
Contohnya kalau korang seronok main game Age of Empires II: Rise of the Rajas, korang mesti berminat untuk belajar lebih lagi mengenai Raja dalam game tersebut kan? Mungkin benda yang sama untuk Chandu: Tribute To The Malay Regiment. Disebabkan game ni masih belum siap sepenuhnya, kami harap nanti bila dah keluar, korang layanlah ramai-ramai.