Cuba teka negeri mana paling excited pasal Maria Ozawa?

(Click here to read the original article in English by our good friend at CILISOS.)

Bagi golongan lelaki yang tak tahu (atau pura-pura tak tahu), pelakon porn popular seantero dunia, Maria Ozawa telah melawat KL empat hari lepas. Rakyat Malaysia tau benda ni sebab dia post kat Instagram.

Tapi apa yang lebih menarik adalah bila kami dapat tau siapa yang paling excited. Menurut Quartz, data kat Google Trends melaporkan negeri mana paling banyak search pasal Miyabi. Bukan Kuala Lumpur, tapi Terengganu dan Kelantan! Untuk mengesahkan perkara ni, kami search sendiri kat Google Trends. Korang pun boleh check sendiri kat sini.

Trend ini masih sah waktu kami tulis artikel (10/5/2017).

Kalau korang ingat, dua tahun lepas, PornHub ada keluarkan statistik yang mendedahkan negeri mana kat Malaysia yang paling lama melayari website porn ini, dan mereka adalah…

Image dari The Star.

Eh, tapi bukan ke website Pornhub kena ban oleh kerajaan Malaysia? Jadi kami cuba siasat perkara ni, dan ini 3 kemungkinan yang kami boleh simpulkan…

 

1. Malaysia sebenarnya BOLEH bukak Pornhub!

Kerana cuaca di Malaysia panas. Image from memes.com

Secara rasminya, Pornhub adalah antara 8,710 website yang ‘tak sesuai’ dilayari rakyat Malaysia, jadi ia telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Jadi kalau korang cuba jugak nak bukak, ini apa yang korang akan lihat:

FYI, redtube.com

Tapi sebenarnya benda ni senang je nak atasi, pergi search kat Google dan korang akan dapat cara-caranya. Tapi silalah jangan cuba kat pejabat korang kalau tak nak kena pecat. Penulis artikel ni pun kena tahan pandangan serong masyarakat bila cuba try benda ni kat cafe.

Malah ada laman porn yang tak kena sekat pun, dan kami tak tau kenapa. Kalau korang jumpa mana-mana yang boleh diakses (korang jumpa pun sebab nak buat research, kami faham), boleh buat report ke MCMC.

2. Pornhub tahu macam mana korang tengok porn

Kalau korang tak sedar-sedar jugak lagi, sebenarnya…

 

Walaupun korang guna seribu satu cara untuk tahap privasi yang maksimum – kunci pintu, guna headphone, tutup dengan selimut – korang masih akan diperhati termasuklah apa yang korang cari kat Internet.

Antara data yang website macam Pornhub dan PornMD dedahkan adalah:

 

  • Rakyat Malaysian lagi suka buah dada berbanding punggung
  • Malaysia menduduki tempat ke-8 bagi carian porn dengan dengan perkataan “pregnant”
  • Rakyat Malaysia tahan paling lama (purata 12:05 minit) kat rantau ini dalam menonton porn
  • Carian top 10 oleh rakyat Malaysia adalah: Malay, Malaysia, Japanese, Malaysian, Asian, Malaysia (keluar dua kali, tak tau kenapa), Malay gay, rape, massage, Japan

Jadi… er, kita memang suka hiburan berunsurkan tempatan.

#sapotlokal! Imej dari beritasemasa.com.my

Mungkin korang tak perlu risau sangat, sebab semua data ni adalah anonymouse, so takde la dorang letak nama masing-masing ke apa. Korang boleh check data tu semua kat sini (sila JANGAN bukak website ni kat pejabat atau ketika dikerumuni sanak saudara).

3. Adakah menonton porn boleh mengurangkan jenayah seksual?

Memanglah tabiat tengok porn ni mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, apa yang kami nak fokus kat sini adalah – ada pendapat yang mengatakan bila akses terhadap porn semakin meningkat, jenayah seksual semakin menurun ataupun tak berubah. Betul ke?

Jadi kami cuba buat kiraan mudah berdasarkan populasi ketiga-tiga negeri (statistik tahun 2010), nisbah, dan berapa lama dorang tengok porn.

 

Statistik daripada CILISOS.

Apa yang nisbah kat atas ni tunjukkan adalah kes rogol setiap 100,000 orang (kes rogol/populasi) dan nampaknya… teori kat atas tadi tak betul pun. Hmm… tapi kena ingat yang nombor ni semua masih kurang tepat. Ini kerana statistik daripada Pornhub tadi adalah berdasarkan bandar, bukan negeri. Satu lagi, sebab kes yang dikira hanyalah rogol, tapi tak termasuk kes sumbang mahram dan kes jenayah seksual yang berlaku di dalam rumah.

Setakat ni memang tak banyak kajian dibuat tentang hubungan antara tabiat tengok porn dan juga jenayah seksual kat Malaysia. Tapi apa yang pasti, kes-kes jenayah seksual telah meningkat antara tahun 2000 hingga 2010.

Klik sini untuk baca pasal jenayah bawah umur yang berlaku kat Malaysia.

Soooooo… Orang Terengganu dan Kelantan memang suka tengok porn ke?

 

Sebenarnya… ada satu lagi kemungkinan yang kita belum ambil kira iaitu… mungkin Internet kat Kota Bharu dan Kuala Terengganu agak slow, jadi dorang makan lebih banyak masa untuk load video!

Image from blogoftheboss.com

Ini hanyalah spekulasi, so kalau ada orang-orang Kelantan dan Terengganu kat sini boleh confirm dengan kami.

(Nota: Kalau tak nak bagi anak-anak korang tengok porn, korang boleh guna Salaam Browser.)