CILISELASA EP14 | Kenapa Malaysia ada banyak sangat apps kerajaan?

Pernah tak korang pergi pejabat kerajaan untuk berurusan, pastu disuruh download apps je? Bukan korang je. Kebelakangan ni, macam semua perkhidmatan kerajaan ada apps dia sendiri, jadi mungkin korang tertanya-tanya: kenapa kita perlukan banyak sangat apps?

Tidakkah benda ni akan kecualikan sesetengah rakyat dari perkhidmatan kerajaan? Selamat ke data peribadi kita kalau tiap-tiap apps kena masukkan? Dan ada ke pihak tertentu yang dapat manfaat bila ada lebih apps kerajaan dari kita perlukan ni?

Dalam episod Ciliselasa kali ni, kami terjun ke dalam lautan apps kerajaan dan cuba cari jawapan kepada soalan-soalan ni.