- 929Share sekarang!
- Email45
- Facebook884
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Salah seorang pembaca Cilisos, Kevin Bathman ada bagitahu kitorang pasal senaskhah buku yang bertajuk, ‘Malaysians’. Buku ni ada adalah koleksi lukisan Mohamed Hoessein Enas, iaitu salah seorang daripada artis-artis tempatan terawal yang ada di negara kita. Ditauliahkan oleh Shell, buku ni juga diterbitkan pada tahun 1963, iaitu tahun negara kita dibentuk.
Yang paling menarik sekali, ia juga mempunyai kata pengantar dari Perdana Menteri pertama kita Tunku Abdul Rahman, yang ditulis pada 11 September, 5 hari sebelum pembentukan Malaysia!
Salinan buku yang Kevin kata tu sebenarnya adalah ayah dia punya, dan dapat masa bekerja untuk syarikat gas pada tahun 1972 dan bersara pada tahun 2002. Dia percaya yang buku tu dah tak disiarkan, dan sebab tulah buku tu sangat berharga.
‘Malaysians’ mempunyai 51 buah lukisan Hoessein mengenai orang-orang dan adegan-adegan yang memperlihatkan kebudayaan kita, sebuah potret menarik dari Malaysia (dan rakyat Malaysia), 50 tahun yang lalu. Apa yang lebih penting, artis tu lukis beberapa perkara dan amalan yang dah tak berlaku pada hari ini, contohnya macam
1. Mandi Safar… tradisi yang tidak dilakukan oleh umat Islam lagi, sebab ada elemen Hindu
Mandi Safar adalah perayaan yang diamalkan oleh umat Islam pada masa lalu, khususnya di Melaka, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku pada hari Rabu terakhir bulan Safar, yang merupakan bulan kedua dalam kalendar Islam. Orang ramai akan berkumpul di pantai dan berenang di laut sebagai sebahagian daripada upacara, atau mereka akan minum air yang rendaman kertas atau papan kecil dengan tulisan suci dari Quran. Air ni la yang dikenali sebagai air safar.
Ritual ini tak lagi diamalkan oleh umat Islam hari ini kerana pada tahun yang sama (pada tahun 1963), Berita Harian melaporkan Timbalan Mufti Johor, Dato Dr. Abd. Jalil Hassan menyatakan yang upacara-upacara tu adalah “bidaah dan tak masuk akal”. Sejak tu, dia mengisytiharkan fatwa terhadapnya dan Islam menolaknya sebagai amalan pagan.
2. MAS yang lebih dikenali sebagai MAL satu ketika dulu
3. Pekerja asing dari Selatan China di Sabah pada tahun 60-an
Kemajuan Sabah sudah bermula pada tahun 60-an, contohnya macam rumah, kedai, sekolah, jalan dan lapangan terbang yang menghubungkan setiap bandar di negeri tu. Malah kebanyakan kerja pembinaan dijalankan oleh pendatang dari Selatan China. Nampaknya, dari dulu lagilah kita mengharapkan pekerja asing, ye?
Pendatang yang perempuan juga terlibat dengan kerja-kerja berat macam pembinaan jalan raya dan cuma melindungi kulit diorang dengan tutup pakai topi je (sebab dulu SPF, skincare ni mana wujud lagi) :P . Berdasarkan gambar tu, diorang nampak macam tengah menyaring atau meletakkan kerikil, biasanya digunakan sebagai asas untuk jalan, di kawasan di mana jalan akan dibina. Tapi tahun 2018 ni pula, China takde dalam senarai negara kita untuk sumber buruh yang diluluskan.
Kalau tengok balik sejarah kita dulu, timah adalah permulaan bagi pembinaan jalan raya di Malaya pada tahun 1860. Masa ni la Tengku Menteri Ngah Ibrahim, pembantu pentadbiran Sultan Perak, mengikat kayu dengan jalur rotan untuk membentuk jalan utama, yang merupakan satu kejayaan yang berlaku 25 tahun sebelum kereta api pertama tiba.
Diorang menggunakannya untuk mengangkut timah dari Kamunting (berhampiran Taiping) ke Port Weld. Disebabkan Perak ada banyak timah, British kemudiannya membangunkan negeri tu lebih cepat daripada negeri-negeri lain (termasuklah pembinaan jalan) untuk kepentingan ekonomi diorang.
4. Tukang Perak yang semakin berkurangan di Kelantan menjadi 90 orang
Kelantan pula memang terkenal dengan kraf peraknya sejak zaman purba, di mana rumah-rumah golongan diraja akan menugaskan tukang perak untuk membuat sarung keris, kotak barang kemas dan perkakasan bekas makanan. Walaupun teknologi semakin maju, tapi ramai pelanggan masih memilih ukiran perak secara tradisional, kata Pok Li, salah seorang tukang perak tradisional yang terakhir dalam masyarakat hari ini. Malah di dalam buku Hoessein, dia ada menyebut yang hanya 90 orang tukang yang masih hidup, itupun pada 50 tahun yang lalu.
“Masa saya mula-mula mempelajari asas-asasnya, ia amat sukar. Saya terpaksa menggunakan palu dan pahat, dan saya mengambil masa 8 jam untuk membuat cincin. “- Pok Li, The Malaysia Times
Tapi zaman ni pula dengan kecanggihan mesin, nak buat cincin cuma ambil masa lebih kurang 2 jam je, kata Pok Li, yang mula belajar sejak usia 15 tahun. Tukang perak Kelantan pada masa kini bukan saja bersaing dengan mesin, tapi juga bersaing dengan Pulau Pinang dan Perak! Negeri-negeri ni jual barangan perak lebih murah daripada Kelantan. Jadi bila diorang berada di pasaran selepas 90-an, industri pertukangan perak di Kelantan pun jatuh menjunam.
5. Wanita Sam Sui di Singapura yang… mungkin dah takde sekarang
- 929Share sekarang!
- Email45
- Facebook884
- Share