- 497Share sekarang!
- Email4
- Facebook493
- Share
Satira politik rasanya sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Hal ini kerana korang boleh tengok sendiri ramai orang melakukan satira atau sindiran terhadap ahli politik. Kadang-kadang mereka yang melakukan perkara ini akan menggabungkannya dengan elemen lain seperti elemen sastera dan seni grafik.
Contohnya, melukis gambar ahli politik yang mempunyai unsur sindiran terhadap ahli politik atau menulis pendapat yang berbaur sindiran politik.
Dalam pada itu, korang tahu tak ada satu novel legend ni pernah viral pada masa dulu kerana ia dikatakan mempunyai unsur penghinaan dan sindiran terhadap bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir. Kalau nak tahu lebih lanjut, mari ikuti kisah ini.
Judul novel tersebut ialah….
Shit: Sebuah karya penulisan dari Datuk Dr. Shahnon Ahmad
Kepada sesiapa yang tak kenal Datuk Dr. Shahnon Ahmad, beliau merupakan seorang Sasterawan Negara yang terkenal sehingga kini dan karyanya masih lagi dibaca oleh orang ramai. Beliau juga merupakan seorang pensyarah dan Professor Sastera di Universiti Malaya.
Datuk Dr. Shahnon Ahmad sangat dikenali sebagai novelis politik kerana beliau sangat sinonim dengan politik Malaysia. Oleh kerana berani dalam menyuarakan pendapat mengenai politik, beliau berjaya membuka mata dan minda pembaca dalam memahami realiti politik Malaysia. Beliau juga pernah menerima gelaran ‘revolutioner’ dan menerima anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1982.
Namun, pada 26 Disember 2017, Datuk Dr. Shahnon Ahmad telah menghembuskan nafas terakhirnya dan ia merupakan satu berita sedih buat rakyat Malaysia. “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama“, inilah antara perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan beliau. Hal ini kerana walaupun sudah meninggal karya penulisan beliau masih lagi diburu oleh peminat buku.
Kalau korang nak tahu, terdapat satu novel Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang masih menjadi buruan ramai orang sehingga hari ni iaitu novel Shit. Sebenarnya banyak lagi karya penulisan beliau yang popular tapi novel ni lah antara pencetus huru-hara buat kerajaan kita ketika era Tun Dr. Mahathir.
Novel Shit ini bergenre satira politik serta berkait rapat tentang perdebatan antara Tun Mahathir dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ia mengisahkan seorang watak yang bernama PukiMak (PM) merupakan seorang pemimpin bersifat negatif. Dia ni juga dikatakan tidak menunjukkan sifat-sifat positif yang ada di dalam diri pemimpin politik. Dia ni juga dikatakan sebagai pemimpin gila kuasa tanpa sesiapa yang berani bersuara.
Datuk Dr. Shahnon Ahmad pernah memberikan pendapatnya mengenai watak PukiMak dalam novel Shit ini:
“Nama ku sebenarnya bukan Shit. Juga bukan PukiMak. Kedua-duanya adalah nama marga ku, entah dari mana marga ku itu, aku sendiri kurang teliti sejarahnya. Tahu-tahu aku sudah wujud dan dipanggil Shit dan mempunyai sejarah kewujudan yang agak panjang. Kewujudan entah bagaimana, ahli sejarah menggelar ku sebagai PukiMak.
________
Tentu saja panggilan itu bernada jerkahan dalam perasaan panas baran tapi aku tidak ambil kisah sangat. Dalam seruan kemarahan itulah aku terkenal dengan nama julukan Shit! Aku terkenal dengan nama julukan PukiMak! Lebih terkenal lagi dengan nama kependekan nama jilikan pm!” – Datuk Dr. Shahnon Ahmad, petikan dari Pemikiran Politik: Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Novel Shahnon Ahmad.
Selepas kerajaan mengetahui tentang novel Shit ni, mereka….
Mengeluarkan surat pekeliling pengharaman novel Shit
Selepas kerajaan pada masa itu mengetahui novel Shit itu ada unsur sindiran terhadap mereka dan Tun M, Kementrian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat pekeliling bagi mengharamkan buku tersebut.
Hal ini kerana mereka melarang mana-mana buku yang berunsurkan negatif, propaganda, kontroversi, lucah, keganasan, jenyah berat serta perkara-perkara yang menyentuh sentimen perkauman dan keagamaan yang bertentangan dengan idealisme negara.
Bukan itu saja, kerajaan juga telah menarik semula anugerah Sasterawan Negara Datuk Dr. Shahnon Ahmad hanya kerana mengeluarkan buku tersebut.
“Dengan pengharaman ini, semua kegiatan memperoleh dan membaca novel tersebut di kalangan pegawal, pensyarah, guru, kakitangan sokongan dan murid perlulah diawasi dan dilarang.” – Petikan dari SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1999:
Pengharaman Novel “SHIT” Di Semua Perpustakaan/Pusat Sumber Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun, pengharaman novel Shit ini ditentang oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin Beliau berkata, persepsi persepsi orang mengenai buku ini tidak akan berubah kecuali orang yang terpesong dari tamadun manusia.
“Bagaimanapun terserah kepada Shahnon untuk jujur kepada diri sendiri sama ada akan mengembalikan anugerah Sasterawan Negara itu kepada negara jika beliau berada dalam kekacauan emosi tentang nilai hadiah itu yang datangnya dari sebuah negara yang sistern partinya baru disedari oleh Shahnon sebagai.” – Datuk Zainuddin Maidin, petikan dari Utusan.
Menurut Datuk Zainuddin lagi, Datuk Dr. Shahnon Ahmad sendiri tentu tahu bahawa UMNO yang menunjangi Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah pragmatik dan tidak berorientasikan ideologi.
Kalau korang nak tahu, Datuk Dr. Shahnon Ahmad merupakan kawan rapat kepada Datuk Zainuddin sejak zaman remaja lagi, dan beliau sudah tahu betapa hebatnya ilmu politik Datuk Shahnon Ahmad.
Buku berunsurkan satira politik menjadi ketakutan buat ahli politik
Sebenarnya, siri novel atau buku berunsurkan satira atau sindiran politik sering menghantui ahli-ahli politik kerana ia dikatakan telah membongkar rahsia sebenar mereka. Bukan itu saja, ia juga menjadi berita buruk kepada penulis buku tersebut kerana tidak bebas dalam menyuarakan pendapat mereka terhadap politik negara.
Ada yang mengatakan buku-buku macam itu perlu diharamkan jika mempunyai unsur hasutan, propaganda, negatif, lucah dan perkara yang boleh menggugat idealisme negara. Namun, ada berkata buat apa perlu mengharamkan buku-buku sebegini kerana ia sekadar menceritakan perkara sebenar dan ingin membuka mata masyarakat mengenai realiti sesuatu perkara.
Apa pendapat korang mengenai pengharaman buku sindiran politik, adakah ia patut diharamkan atau tidak?
- 497Share sekarang!
- Email4
- Facebook493
- Share