BR1M bantu orang miskin atau sekadar rasuah berunsur politik? Kita semak…

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Tun M dah pun umukan yang Bantuan Ringgit 1 Malaysia (BR1M) akan dihentikan secara beransur-ansur. Alamak! Apa akan jadi golongan miskin di negara ini?

Tenang. Ini tak bermakna kerajaan takkan tolong langsung. Tun M mengatakan bahawa bantuan kebajikan akan diberikan kepada orang yang lebih memerlukan dan lebih banyak pekerjaan akan disediakan untuk rakyat. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Azmin Ali menjelaskan bahawa pembatalan BR1M ni adalah kerana ia dikira sebagai rasuah berunsur politik untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Aktiviti kecam mengecam terhadap kerajaan. Imej dari Twitter

Bukan itu je. Macam biasa, orang Malaysia pun dah mula berdebat pasal isu ni di media sosial. Ada yang sokong idea Tun M dan sebahagian lagi nak BR1M diteruskan. Kenapa tak teruskan jugak? Baca bukti kajian bawah ni…

Apa bukti yang BR1M ni dapat membantu rakyat Malaysia?

Pakar yang menjalankan kajian pasal BR1M dan pemberian wang tunai di negara lain mendapati usaha ini sebenarnya bagus. Berdasarkan laporan Program Transformasi Nasional pada tahun 2017, dilaporkan BR1M dah mengurangkan secara drastik kadar kemiskinan negara dari 3.8% (2010) kepada 0.4% (2016).

Sebahagian ada yang skeptikal dengan laporan ni sebab kerajaan yang terbitkan. Tapi Professor Jomo Kwame mengatakan BR1M adalah kejayaan kerajaan sebelum ni kerana membantu meningkatkan standard sosial rakyat Malaysia.

BR1M datang lagi! (cara baca: Tora datang lagi). Imej dari Website BR1M.

Pakar tempatan lain ada mengatakan kalau kerajaan nak bagi pemberian barangan asas berbanding pemberian wang tunai, kerajaan akan lebih rugi. Dia bagi contoh macam mana pemberian makanan di kawasan pedalaman Mexico yang memakan duit kerajaan 20% lebih berbanding pemberian wang tunai. Tapi, bukan pakar tempatan je yang cakap macam tu.

Kajian juga menunjukkan pemberian wang tunai membantu untuk mengurangkan kemiskinan. Contohnya, rakyat negara Zambia menggunakan duit yang diberikan kepada mereka dengan produktif. Untuk mereka yang bekerja akan ambil orang lain untuk jaga ladang diorang dan sebahagian yang lain akan menjadi usahawan.

Salah seorang penerima BR1M kat Zambia yang berjaya jadi usahawan jual tikar. Imej dari NPR.

Bukan itu je, rakyat Zambia akan bantu ekonomi negaranya dengan menyokong perniagaan tempatan. Ini berlaku apabila diorang membelanjakan dua kali lebih banyak di kedai tempatan berbanding kedai lain. Pengkaji di Zambia juga mendapati bahawa rakyat Zambia yang diberikan pemberian wang tunai akan menguruskannya untuk menjana pendapatan.

Disamping tu, bilangan penerima bantuan wang tunai di Afrika dah menyebabkan akses mereka untuk kemudahan bantuan kesihatan juga meningkat. Di Amerika Syarikat, kajian membuktikan yang pemberian wang tunai akan memberikan kesan yang lebih kurang sama macam pemberian bantuan makanan. Tapi, pemberian wang tunai akan bagi kelebihan lain dari segi persekolahan dan pengangkutan.

Pemberian wang tunai juga dikatakan memberi kesan kepada pendidikan. Bayangkan kalau korang adalah anak sulung dan keluarga yang miskin. Untuk memastikan adik-beradik korang yang lebih muda untuk pergi sekolah, korang kena korbankan pendidikan korang dan cari kerja untuk bantu keluarga.

Adam berumur 14 tahun, jual kuih untuk bantu abang dia yang sakit. Imej dari OhBulan.

Jadi, apabila keluarga kanak-kanak ni menerima wang tunai dari kerajaan, mereka tak perlu tinggalkan sekolah lagi. Inilah analogi untuk mengaitkan wang tunai dan pendidikan, kemiskinan adalah satu benda yang menyebabkan pelajar Malaysia berhenti sekolah. Dari kajian juga terbukti adanya peningkatan kedatangan pelajar ke sekolah serta pengurangan budak yang ponteng.

Tapi, perdebatan ini masih lagi berterusan. Jika kerajaan perlu bagi duit untuk pastikan kanak-kanak datang ke sekolah, bukankah kat situ ada benda yang tak kena?

Pakar juga ada mengatakan yang BR1M hanya bantuan jangka masa pendek

Tun M dah menyalahkan BN dan Najib kerana merosakkan rakyat. Dia menjelaskan macam mana rakyat sepatutnya berhenti dari bergantung kepada kerajaan (macam mengharap duit dari kerajaan) dan merasa seolah-olah diorang berhak dapat duit walaupun tak bekerja.

Kami sebenarnya ada jumpa beberapa kajian yang membuktikan bahawa pemberian wang tunai bukanlah jalan yang terbaik, terutamanya untuk jangka masa panjang. Satu kajian di Nairobi mendapati, apabila pemberian wang tunai kepada usahawan wanita tak membantu mereka untuk jangka masa panjang kerana pendapatan yang diterima semuanya hilang.

Mana duit bantuan yang dapat semalam?

Bukan setakat tu je. Perkara yang negatif juga berlaku kepada kerajaan Macau dan Hong Kong apabila pemberian wang tunai dilaksanakan. Jadi, jom bincang sikit kisah pemeberian wang tunai di Macau dan Hong Kong.

Untuk Macau, kerajaan melaksanakan Wealth Partaking Scheme (WPS) yang diambil dari cukai perjudian melalui industri loteri mereka. Kerajaan memberikan bantuan one-off sebanyak 9,000 patacas (RM4,600) kepada penduduk tetap dan 5,400 (RM2,800) patacas kepada bukan penduduk tetap. Manakala Hong Kong pula memberikan $6,000 kepada warganegaranya.

Tapi, kena ingat, ekonomi bagi kedua-dua negara tak kritikal langsung! Rakyat di Macau ada pendapatan yang boleh membantu kos sara hidup diorang. Sementara Hong Kong laksanakan pemeberian wang tunai  sebab wang simpanan negara yang berlebihan. Rakyat selesa pun nak bagi duit kat tangan jugak ke?

Rupa-rupanya, Ketua Eksekutif Macau mengakui bahawa pemberian wang dalam program WPS diperkenalkan kerana faktor politik dan bukanlah sebab perteumbuhan ekonomi. Pelancaran WPS ni adalah untuk meredakan golongan protes May Day yang mana protes ni dilakukan setiap tahun oleh Kesatuan Buruh. Tapi, ada masalah lain timbul apabila iaitu rakyat terlalu bergantung harap kepada kerajaan.

Protes May Day kat Macau. Imej dari Gettyimage.
Apabila kami sebut pasal bergantung harap, mungkin korang akan fikir pasal orang malas yang tak nak kerja dan nak duit  dari kerajaan je. Macam kat Macau ni lain sikit, bila dah selalu dapat duit dari kerajaan, rakyat pun anggap pemberian ni sebagai sebahagian dari pendapatan tahunan diorang. Tiba-tiba, kerajaan Macau hentikan pemberian duit ni. Maka, berlakulah protes yang lebih teruk sampai Ketua Eksekutif Macau diberi kata dua; Nak teruskan atau berlaku demonstrasi lebih ganas.
Tadi tujuannya nak pujuk rakyat, akhirnya, rakyat tak sokong pun kerajaan. Kena ugut ada lah.Kesian. Untuk rakyat Hong Kong, diorang tak rasa seronok dengan pemberian wang tunai ni. Bukan sebab dapat dengan cara mudah. Tapi, beranggapan elok duit-duit ni tadi dilaburkan kepada projek-projek khas.

Idea Tun M untuk hentikan BR1M ni tadi mungkin betul atau pun mungkin salah. Sedar tak sedar, dari bilangan penerima BR1M dah membuktikan iaitu 38% rakyat Malaysia berada dalam kategori berpendapatan rendah dan berada di bawah garis kemiskinan bak kata Dr Wan Azizah.

Tak ada lagi BR1M maknanya orang miskin tak boleh teruskan hidup lah?

Azmin Ali ada sebut yang pembatalan BR1M takkan bagi kesan negatif kepada rakyat kerana kerajaan akan memperkenalkan hala tuju ekonomi baru. Ia akan dibentangkan serta diperdebatkan di Parlimen pada bulan Oktober. Walaupun macam tu, Tun M ada bagi hint sikitlah macam mana strategi diorang.

“Strategi kami adalah untuk mencipta pekerjaan untuk rakyat. Rakyat mesti merasa bangga dengan duit yang mereka dapat hasil dari sumbangan mereka untuk buat sesuatu atau menjual sesuatu.”- Tun M, petikan dari The Star.

Idea Tun M ni adalah cara untuk membantu kelas berpendapatan sederhana yang berjumlah 37.1% penduduk Malaysia.  Membangunkan golongan berpedapatan sederhana mungkin salah satu cara untuk mengeluarkan rakyat dari kemiskinan. Di China, kerajaan sana berjaya mengeluarkan lebih dari 500 juta orang keluar dari kemiskinan selepas tiga dekad reformasi ekonomi. Kadar kemiskinan China berkurang 88% pada tahun 1981 kepada 6.5% pada tahun 2012!

Baiklah Si Fulan. Imej dari CPC.

Kerajaan China memperkenalkan 8 cara untuk mengeluarkan rakyat dari garis kemiskinan. Salah satu caranya dengan menempatkan semula kampung-kampung ke tempat yang lebih selamat, membangunkan penjagaan kesihatan awam di kawasan golongan miskin, memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan atau latihan pekerjaan dan membangunkan industri untuk mencipta lebih banyak kerja bagi orang kampung.

Walaupun membangunkan kelas berpendapatan rendah adalah penyelesaian yang ideal, sebahagian negara lain cuba menggunakan cara lain sebagai inisiatif. Sebagai contoh Nigeria, ia memulakan skim pinjaman di mana dua juta peniaga kecil akan menerima $28. Kerajaan Nigeria mengumumkan bahawa skim ini akan memperuntukan minima 30,000 pinjaman bagi setiap negeri di sana. Tapi, adakah mereka ni mampu membayar balik pinjaman ni?

Penerima pinjaman mikro. Kurang sikit senyum sebab pinjaman kan. Imej dari The Conversation.

Skim pinjaman yang diperkenalkan pada tahun 2015 oleh peladang menunjukkan kadar pembayaran balik yang amat kurang. Bayangkan, hanya kurang dari 50 orang dari 5,540 peladang yang bayar balik. Jadi, kenapa diorang masih laksanakan benda ni? Pakar ekonomi mengatakan yang pinjaman mikro (meminjamkan sejumlah wang yang kecil) macam ni akan bantu kurangkan kemiskinan selagi mana ia dilaksanakan dengan perkhidmatan kewangan yang lain. Contohnya sediakan akaun simpanan untuk diorang.

Ada cara untuk bagi program BR1M ni lebih bermakna

Ini lebih kurang macam idea Dr Madeline Berma, pakar ekonomi tempatan dari UKM yang berpendapat BR1M tak bantu selesai kemiskinan, tapi boleh keluarkan seseorang tu dari satu tahap yang lain kepada yang lebih baik.

Jangan marah-marah, kita tengok apa kata majoriti. Imej dari Kaji Data.

Untuk bagi BR1M ni menjadi lebih membantu, maka lebih baik ianya diberikan dengan syarat. Contohnya, penerima BR1M mesti hantar anak diorang pergi kursus yang menjana pendapatan. Jadi, kat situ diorang akan membantu diri diorang untuk tak harap duit kerajaan semata-mata untuk masa akan datang.

Take Our Poll

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT