BN keluarkan senarai DAKWAAN 10 bulan PH memerintah. Sejauh mana kebenarannya?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Masuk bulan ni, nampaknya dah 11 bulan Pakatan Harapan menang PRU-14 dan mentadbir negara ni. Rakyat dan parti-parti pembangkang juga perhati je setiap langkah kerajaan selama ni. Dan baru-baru ni pula, ada satu mesej bertajuk “10 bulan Pakatan Harapan” yang disebar dalam kumpulan chat BN.

Mesej tu menyenaraikan 10 perkara yang dilakukan oleh kerajaan (dan yang tak dilakukan) termasuk janji-janji Pakatan yang tak ditunaikan serta implikasinya. Tapi, sejauh mana kebenaran dakwaan ni? Kita periksa menggunakan skala TAHAP FITNAH di mana kalau dakwaan tu benar (0% fitnah) atau palsu (100% fitnah)!

1. DAKWAAN: Statut Rom ditandatangani tanpa persetujuan dari Majlis Raja-Raja atau Parlimen

Tahap Fitnah:

In case korang terlepas pandang, kerajaan ada umumkan untuk menandatangani perjanjian antarabangsa yang dinamakan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atau Statute Rome yang nampaknya dah ‘mengganggu’ beberapa kumpulan sivil, membantah perjanjian ni. Korang boleh baca lebih lagi pasal Statut Rom kat sini:

Dakwaan yang mengatakan kerajaan menandatangani perjanjian tu tanpa persetujuan dari Majlis Raja-Raja dan parlimen mungkin betul. Menteri Luar, Saifuddin Abdullah mempertahankannya dengan menyatakan yang ia tak perlukan persetujuan pemerintah pun. Kalau korang nak tahu, Perlembagaan Persekutuan memang menyatakan yang kerajaan persekutuan mempunyai kuasa eksekutif atas segala perkara asing, termasuklah menandatangani perjanjian antarabangsa seperti Statut Rom.

Saifuddin menambah lagi:

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, persetujuan Majlis Raja-Raja diperlukan apabila hendak dilakukan pindaan ke atas Perlembagaan yang melibatkan sembilan perkara, dan penyertaan Malaysia ke Statut Rome ICC tak termasuk dalam sembilan perkara tersebut” – dipetik dari Malaysiakini.

Walaupun hujah Saifuddin mungkin berasas, tapi ia masih boleh dibahaskan sebab Perlembagaan juga menyatakan yang undang-undang tertentu secara langsung memberi kesan ke atas keistimewaan dan kedudukan Raja yang tak boleh diluluskan tanpa persetujuan dari Majlis Raja-Raja.

2. DAKWAAN: Orang bukan Islam memegang kedudukan tertinggi kerajaan dan bertanggungjawab terhadap aset-aset Tabung Haji

Tahap Fitnah:

Bila Pakatan ambil alih Putrajaya, ada beberapa jawatan kerajaan dan jawatan tertinggi yang dipenuhi oleh orang bukan Islam. Contohnya Lim Guan Eng yang dah dilantik sebagai Menteri Kewangan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Imej dari zastegki.info

Tapi, sah ke undang-undang ni sebenarnya? Nampaknya, Hanipa Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan yang Perlembagaan Persekutuan tak menyatakan pun yang sekian kaum, dan sekian agama je yang boleh menjawat jawatan menteri mahupun ahli kabinet di negara ni.

Walaupun bahagian pertama dakwaan betul, nampaknya bahagian kedua pulak tak sepenuhnya betul.

Sebabnya, aset-aset Tabung Haji sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa khas Kementerian Kewangan (MOF) yang dikenali sebagai Urusharta Jemaah Sdn Bhd. Walau bagaimanapun masa kita tulis artikel ni, lembaga pengarah Urusharta Jemaah tak pernah didedahkan pun. Tapi ia kemudianya didedahkan lepas bekas pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim, didakwa menyalahgunakan RM22 juta untuk Yayasan Tabung Haji.

3. DAKWAAN: Keadilan buat Adib yang sedang ditangguhkan

Tahap Fitnah:

Insiden kuil Seafield yang berlaku tahun lepas nampaknya telah meragut nyawa Muhammad Adib Kassim – salah seorang ahli bomba yang berada di tempat kejadian. Pihak polis telah mengklasifikasikan semula kesnya daripada percubaan pembunuhan kepada pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selepas tu, sebuah inkues baru-baru ni dikeluarkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas untuk menjelaskan keadaan berdasarkan kematian Adib. Bagi korang yang kurang tahu, inkues ni berbentuk macam siasatan polis, tapi bezanya dengan penyiasatan polis, inkues dibuat secara awam.

Muhammad Adib Kassim. Imej dari FMT

Mungkin juga sebab tu lah pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan mempersoalkan keperluan inkues ni. 

“Rakyat sekarang melihat sama ada kerajaan ini mematuhi ‘Rule of Law’ atau hanya menggunakan prosedur undang-undang bagi melenggah-lenggahkan keadilan” – Mohammad Hassan menulis kepada NST.

Selain Tok Mat, M Visanathan, seorang peguam, mendakwa yang inkues tak diperlukan sebab penyiasatan polis akan jadi lebih komprehensif dalam menentukan kematian Adib. Dia juga menambah yang inkues tak boleh dilakukan pada mulanya disebabkan polis telah mengklasifikasikan kes tu sebagai pembunuhan dan dah pun memulakan siasatan mereka.

Jadi, adakah dakwaan yang keadilan untuk Adib ditangguhkan kerajaan ni benar? Kitorang bagi 50% je sebab ianya boleh diperdebatkan.

4. DAKWAAN: Kerajaan mengiktiraf kelulusan UEC

Tahap Fitnah:

Lain lah kalau korang ni ada kelulusan daripada sekolah menengah Cina swasta, jadi korang mungkin tak familiar sangat dengan istilah UEC (Unified Examination Certificate). Pendek kata, UEC ni wujud sebab kerajaan dah berhenti buat peperiksaan ke sekolah menengah Cina swasta selepas Akta Pendidikan 1961 ditubuhkan. Jadi, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) memulakan peperiksaan standard yang pertama untuk sekolah-sekolah Cina yang dipanggil UEC.

Klik untuk baca pasal UEC

Perdebatan sama ada patut atau tak kerajaan mengiktiraf UEC ni dah berlaku sebelum Pakatan memenangi PRU14 lagi. Kerajaan sebelumnya nampaknya tak nak iktiraf sebab mereka  mendakwa yang ia tak mengikuti sistem pendidikan negara. Tapi, nampaknya bila kerajaan Pakatan nak iktiraf UEC, banyak pula kumpulan Melayu-Islam yang memprotes idea tu dengan alasan ia boleh menyebabkan perpecahan dalam perpaduan negara.

Semasa kitorang tulis artikel ni juga, UEC tak diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pun lagi, tapi dalam masa sama, kerajaan dalam proses mengkaji dasar sama ada perlu atau tak untuk mengiktirafnya, dan ada laporan lengkap yang dikatakan menyusul pada bulan Julai.

Dan walaupun ada berita yang para pelajar yang memiliki UEC layak menduduki Pemeriksaan Sijil Amalan Undang-undang (CLP), KPM menafikan yang tindakan tu dibuat oleh kementerian.

5. DAKWAAN: Kerajaan gagal untuk mengurangkan harga petrol selain menghapuskan tol dan juga PTPTN

Tahap Fitnah:

Salah satu janji yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan janji tu berjaya dikotakan. Walau bagaimanapun, apabila kerajaan memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk menggantikan GST, harga barang nampaknya naik sikit. Dan sebab itulah, Lim Guan Eng kemudiannya menyatakan yang kerajaan tak berjanji pun yang harga barangan akan berkurang selepas pelaksanaan SST. Tapi nampaknya lepas beberapa ketika, harga barangan nampaknya dilaporkan berkurangan semula.

Sebaliknya, kerajaan sedang menggunakan sistem apungan harga mingguan untuk harga petrol. Ini bermakna harga boleh meningkat atau berkurang bergantung kepada harga rata-rata minyak mentah global. Bagaimanapun, kerajaan juga memberi subsidi harga RON95 dan diesel bagi memastikan kedua-dua harga kekal pada harga RM2.20 dan RM2.18 seliter walaupun harga rata-rata minyak mentah meningkat.

Satu lagi kenyataan palsu adalah mengenai Dana Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kerajaan Pakatan sebenarnya menafikan yang mereka dah berjanji untuk menghapuskan sepenuhnya PTPTN. Tapi… jom kita semak balik manifesto mereka…

‘Mansuhkan … dasar senarai hitam.’ Screenshot dari buku Pakatan Manifesto

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, meminta maaf kepada orang ramai tentang ketidakupayaan mereka untuk menunaikan janji... walaupun mereka sebenarnya tak berjanji pun. Tapi kalau kerajaan nak hapuskan PTPTN pun, ia mungkin sukar, malah ia diakui oleh bekas bosskur Perdana Menteri, Najib Razak. Dia kata yang duit tu boleh digunakan untuk banyak perkara penting yang lain untuk membantu rakyat.

Walaupun sebahagian besar dakwaan ni adalah fitnah, tapi sebahagian kecil daripada dakwaan ni juga mungkin benar. 

Tahap Fitnah:

Janji lain yang dibuat Pakatan adalah untuk menghapuskan tol dan mereka nampaknya berjaya tunaikannya… selepas mengumumkan untuk menghapuskan tol di kedua-dua jambatan Pulau Pinang dan Malaysia-Singapore Second Link. Tapi nampaknya penghapusan tol tu cuma tertakluk kepada penunggang motosikal. Jadi, dakwaan tersebut hanyalah 20% benar sebab kerajaan tak hapuskan SEMUA tol.

Walaupun sesetengah orang mungkin berpendapat yang Pakatan mencapati janji mereka, Dr Mahathir sebenarnya mempertahankan keputusan kerajaan dengan mengatakan yang ia adalah mahal untuk menghapuskan KESEMUA tol dan bahkan tanpa tol, kita mungkin masih perlu membayar sejumlah wang. Jadinya tanpa duit, macam mana kerajaan nak memperbaiki semua lubang di jalan raya ??

:(

6. DAKWAAN: Kerajaan mengambil RM82 bilion dari Petronas

Tahap Fitnah:

Salah satu perkara yang dibentangkan semasa Bajet 2019 adalah bagaimana kerajaan memutuskan untuk mengambil dana dari Petronas. Dan mereka ambil RM54 bilion, bukan RM82 billion macam dakwaan mesej yang viral tu. Jadi, kita bagi 30% je terhadap dakwaan tu sebab jumlah wang yang salah (yang berbeza dengan RM30 bilion).

Tapi macam mana benda ni berlaku?

Petronas piggy bank sebenar? Imej dari Aku Peduli Apa

Apabila kerajaan sebelum ni memperkenalkan GST, kerajaan mempunyai akaun pengembalian GST untuk membayar balik jumlah GST yang dituntut oleh pembekal. Walau bagaimanapun, apabila Lim Guan Eng dan geng mengambilalih Putrajaya, mereka mendapati jumlah wang dalam akaun bayaran balik tu adalah RM1.48 bilion.

Padahal jumlah asal sepatutnya adalah RM19.4 bilion (walaupun ada laporan yang menyatakan bayaran balik tak dibuat). Ini telah menyebabkan kerajaan berhutang kepada rakyat dan syarikat-syarikat yang ada sebanyak RM37 bilion dalam pembayaran balik GST.

Dan sebab itulah, PETRONAS dilaporkan memberi dividen khas sebanyak RM30 bilion atas dividen biasa sebanyak RM24 bilion (kenaikan daripada tahun-tahun terdahulu sebab syarikat tu agak untung) untuk membantu kerajaan menyelesaikan isu pembayaran balik GST. Walaupun takde kaitan dengan korang, tapi ini bermakna penarafan kredit (reputasi) PETRONAS akan turun.

Sebab tu la ia boleh menjejaskan reputasi negara juga. Dan apabila perkara ni berlaku, kerajaan mungkin tak ada duit untuk dibelanjakan kepada kita. Tapi itu tak mungkin berlaku dan kalau korang nak tahu kenapa, korang boleh baca lebih lanjut di sini.

7. DAKWAAN: Menggugurkan kes rasuah terowong dan mengiktiraf LGBT

Tahap Fitnah:

Sebelum ni kitorang pernah tulis artikel pasal rancangan Pulau Pinang yang nak bina sebuah terowong bawah laut sejak 2011. Tapi nampaknya tahun lepas, ia telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebab didakwa terlibat dengan rasuah.

Klik untuk baca artikel pasal ni

Dan nampaknya baru-baru ni, blogger kontroversial, Raja Petra Kamarudin, bangkitkan balik isu ni. Tapi disebabkan isu yang dibangkitkan ni juga, nampaknya syarikat yang terlibat dalam projek tu, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, sedang disiasat oleh SPRM… sekali lagi. Pada masa penulisan ni, takde berita lagi yang SPRM atau kerajaan menggugurkan kes tu. Malah, seorang ‘Datuk Seri’ dah didakwa pada Rabu (3 April) lepas atas dakwaan menerima RM19 juta untuk menutup siasatan projek tu.

Mengenai dakwaan pasal komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang diiktiraf di Malaysia, takde bukti yang hak mereka dilindungi di sini. Malah, Tun Mahathir dilaporkan menolak kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Suhakam). Ini kerana komuniti LGBT serta gaya hidup mereka bukan sebahagian daripada sistem Malaysia.

Menteri Pelancongan baru-baru ni pula lagilah, dia mendakwa takde satu pun komuniti LGBT di negara ni.

8. DAKWAAN: EU mengharamkan dan Filipina enggan mengimport minyak sawit dari Malaysia

Tahap Fitnah:

Melainkan kalau korang hidup dalam tempurung, jadi korang mungkin pernah dengar pasal larangan minyak kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Alasan EU mengharamkan minyak sawit kita adalah kerana penebangan hutan. Tapi nampaknya, EU sebenarnya dah buat beberapa pengecualian untuk larangan ni. Dilaporkan yang EU mencadangkan supaya pengeluar akan dikecualikan daripada larangan ni kalau mereka dapat tunjukkan yang mereka dapat tingkatkan hasil. Tapi pengecualian ni masih dalam perbahasan.

Selain daripada EU, Filipina dilaporkan  menghentikan pengambilan minyak kelapa sawit kita baru-baru ni sementara waktu, sebab negara mereka dah mengimport minyak kelapa sawit kita berlebihan sebelumya. Perkara ni juga dah menyebabkan kejatuhan harga kelapa tempatan untuk bersaing dengan harga minyak kelapa sawit yang lebih murah. Di samping tu, Filipina nak bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia tentang dakwaan penyeludupan minyak sawit dan pembuangan sampah di negara ni.

9. DAKWAAN: Mengeluarkan bon Samurai dari Jepun bukan merupakan pelaburan Jepun di negara kita

Tahap Fitnah:

Tak lama dulu, Kementerian Kewangan memutuskan untuk mengeluarkan bon Samurai (yang pada asasnya adalah nama bon dari Jepun). Walaupun ia bukanlah masalah besar, mesej tersebut mendakwa yang bon dikeluarkan oleh kerajaan kita bukanlah pelaburan dari Jepun sendiri. Eh TAPI… bukan ke bon sebenarnya bersamaan dengan pelaburan?

Dan nampaknya, bon adalah salah satu daripada jenis pelaburan selain bersamaan dengan tunai dan saham. Malah, bon dikatakan sebagai pelaburan yang lebih stabil berbanding dengan dua jenis pelaburan lain. Ini kerana ia memberikan aliran pendapatan yang stabil ke negara kita. Kitorang pernah jelaskan apa bon tu dan bagaimana fungsinya dalam artikel ni.

Jadi, bila kita bawa konsep ni kepada konteks ikatan Samurai, Jepun secara tak langsung melabur di Malaysia. Dan kalau ada orang yang masih kata Jepun tak melabur melalui ikatan tu, korang boleh nilaikan sendiri. Jepun sebenarnya merupakan salah satu pelabur terbesar dalam industri pembuatan dan yang kedua terbesar dalam industri perkhidmatan! Malah, kira-kira 40% daripada mereka berkata yang mereka mahu mengembangkan perniagaan di Malaysia.

10. DAKWAAN: Pelbagai masalah ekonomi

Memandangkan ada banyak sangat perkara untuk sahkan semua benda sampai ke poin yang sekarang ni, kita bahagikannya berdasarkan faktor fitnah masing-masing.  

10.1 Nilai stok sedang menyusut

Tahap Fitnah:

Dakwaan di mana sedang stok susut nilai ni mungkin betul sebab ada beberapa laporan yang menyatakan prestasi saham di Malaysia agak buruk pada tahun lepas. Ini dilaporkan sebab pelabur cuba menyesuaikan diri dengan kepimpinan kerajaan baru oleh Dr Mahathir yang cuba mencari cara untuk membayar hutang negara. Kenyataan Dr Mahathir tu juga dilaporkan dah menjejaskan pasaran saham.

10.2 Kerajaan sedang menjual aset nasional secara pukal

Tahap Fitnah:

Dakwaan tentang aset negara yang dijual secara pukal ni mungkin betul dan mungkin tak. Masa penulisan ni dilakukan, tak ada senarai pun apa yang dah dijual, dan berapa harganya. Satu-satunya perkara yang kebanyakan dari kita dengar ialah kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjual beberapa aset seperti Legoland Malaysia Resort atau Malaysia Airlines (MAS) milik Khazanah. Ini mungkin kenapa penganalisis ekonomi, Hoo Ke Ping, menunjukkan pentingnya kerajaan untuk menjadi telus dalam penjualan aset milik negara.

Dua poin terakhir pasal dakwaan ni juga digabungkan bersama sebab kedua-duanya mempunyai rating yang sama. 

10.3 Hutang negara meningkat sebanyak RM55 bilion dan nilai ringgit menurun

Tahap Fitnah:

Dakwaan yang mengatakan hutang negara meningkat sebanyak RM55 bilion mungkin tak betul sebab hutang negara semasa yang diumumkan oleh Lim Guan Eng adalah RM1 trilion. Jumlah ni termasuklah hutang kerajaan persekutuan (RM686.8 bilion), jaminan kerajaan (RM199.1 bilion) dan pembayaran pajakan untuk projek awam-swasta (RM201.4 bilion). Baru-baru ni, Lim Guan Eng dilaporkan mengumumkan yang hutang negara masih berada pada RM1 trilion, tapi kerajaan berjaya mengurangkan angka tu kepada kurang daripada RM1.087 trilion sebelumnya.

Dakwaan lain yang mungkin tak betul adalah mengenai nilai ringgit. Ini kerana ia dilaporkan yang nilai ringgit berpotensi meningkat berbanding dengan dolar AS tahun ni. Ini bermakna yang nilai ringgit lebih baik, sekurang-kurangnya menurut Bank Negara Malaysia.

Sesetengah mesej yang tular ni kemungkinannya benar??

Nampaknya, tak semua mesej yang tular tu adalah palsu. Walaupun berita yang palsu ni nampaknya lebih banyak daripada yang benar, tapi nampaknya mesej yang benar ni sepatutnya diambil serius, macam mesej dalam BN chatgroups pasal korang kena ada dokumen sokongan untuk menukar alamat dalam IC korang. 

Tak kiralah betul atau fitnah sesuatu berita tu, yang penting sekali adalah kita kena periksa sebelum kongsi dengan orang lain. Dan sekarang pun korang boleh double check berita tu melalui website macam sebenarnya.my dan juga page FB, Berita Betul Ke Bohong Malaysia.Dan kalau korang masih tak pasti kalau mesej tu betul atau fitnah, jadinya lebih baik korang tak kongsi langsung. Macam moto sebenarnya.my:

“Jangan kongsi kalau tidak pasti.”

Oh, kalau korang masih baca artikel ni, kitorang nak bagi korang ni…