Setiap kali masuk bulan baru, mesti akan ada satu tarikh yang hampir setiap laman e-dagang yang rakyat Malaysia guna akan ada jualan besar-besaran. 9.9, 10.10, 11.11. Waktu tarikh-tarikh ni, korang boleh tengok iklan-iklan yang kata “Mega Sale! Diskaun Sampai 90%! Penghantaran Percuma!”.
Tapi persoalannya sekarang ni, betul ke harga benar-benar turun waktu ni? Atau semua ni cuma gimik je untuk buat korang rasa korang ni tengah berjimat padahal…tak pun?
Benda ni buat kitorang tertanya-tanya lepas officemate kitorang add to cart barang yang dia nak beli. Bila tanya kenapa tak beli terus dia kata nak tunggu 9.9 jimat sikit. Shopee pulak memang nampak betul-betul all out bila sampai tempoh promosi ni. Dulu diorang siap ambik Cristiano Ronaldo untuk promosi jualan ni siap menari lagi.

Kami tak tahu kenapa diorang ambik seorang pemain bola dari Portugal untuk promote jualan ni. Memang dia terkenal tapi macam lain bidang pulak dia nak promosi. Tapi, kerjasama antara Shopee dengan Cristiano Ronaldo tu berkesan bila jualan 9.9 tahun tu dilaporkan melonjak tiga kali ganda. Shopee juga catat peningkatan besar dalam trafik dan transaksi sepanjang kempen tu.
Apa pun, sejak Shopee perkenalkan 9.9 Super Shopping Day pada tahun 2016, hampir semua platform e-dagang di Asia Tenggara ikut trend sama. Lazada ada, Zalora pun ada, malah Grab dan Foodpanda pun tak ketinggalan buat “sale tahunan” versi diorang.
Apa pun, sejak Shopee perkenalkan 9.9 Super Shopping Day pada tahun 2016, hampir semua platform e-dagang di Asia Tenggara ikut trend sama. Lazada ada, Zalora pun ada, malah Grab dan Foodpanda pun tak ketinggalan buat “sale tahunan” versi diorang.
Untuk faham betul-betul macam mana sale Shopee ni jalan, kita kena tengok dulu cara promosi dia berfungsi. Biasanya setiap tahun, Shopee akan tawarkan baucar untuk produk tertentu, penghantaran percuma, diskaun ikut kaedah bayaran, jualan berasaskan masa, dan juga livestream dengan tawaran murah. Tapi persoalannya kat sini, kalau tengok dari segi harga sahaja, adakah barang-barang jadi lagi murah masa sale ni?
hingga 16 September. Barang-barang ni datang dari pelbagai kategori, dari barang dapur sampai ke gajet mahal. Yang paling mahal, iPhone 13 lebih RM2,000, dan yang paling murah, tester minyak wangi RM1.50. Kajian ni bukan besar macam statistik kerajaan, tapi cukup untuk bagi gambaran sama ada hype tu benar atau sekadar ilusi marketing.
Dan jawapan yang kami dapat adalah…
Harga keseluruhan sebenarnya naik masa 9.9?!
Lepas penat kumpul harga barang tiap-tiap hari selama dua minggu dan buangkan mana-mana produk yang datanya rosak atau tak lengkap, dapatlah lebih kurang 48 barang. Lepas campurkan harga semua barang tiap-tiap hari dan bandingkan sebelah-sebelah, dapatlah graf yang rupanya camni:
Kami jangka harga akan jatuh banyak masa 9.9, tapi rupa-rupanya secara purata harga barang naik 1% antara 8.9 dan 9.9 bersamaan peningkatan lebih kurang RM60. Maksudnya, bukan semua barang jadi lebih murah masa sale; malah secara purata, ada peningkatan kecil harga.
Menariknya, daripada semua produk yang kitorang pantau, kitra-kira 42% naik harga, hampir 38% kekal sama, dan baki 21% memang turun harga. Tapi bila tengok lebih dekat, penurunan tu kecil je, sekitar RM5 hingga RM10, dan kebanyakannya untuk barang kecil macam aksesori atau produk rumah.
Cuma beberapa barang je yang betul-betul tunjuk penurunan ketara, contohnya Nintendo Switch edisi khas (turun RM76) dan AirPods (turun RM51). Sebaliknya, ada juga produk yang naik harga masa sale, macam kerusi gaming yang naik RM51 dan iPhone 13 yang naik RM27.
Dan kalau korang dah perasan dari graf kat atas tu…
Hari dengan harga paling murah sebenarnya bukan 9.9 pun
Menariknya, walaupun ada kenaikan sebelum hari sale, purata harga pada 9.9 sebenarnya 4% lebih rendah berbanding harga “normal”. Harga normal ni kami dapat dengan ambil purata enam hari luar tarikh promosi, iaitu 1-3 September dan 1-3 Oktober. Harga ni macam anggaran harga untuk hari-hari biasalah lebih kurang.
Jadi walaupun trend harga menaik dari 8 ke 9 September, sebenarnya ada kurang 4% dari hari biasa. Tapi penurunan terbesar yang kami nampak bukanlah pada 9 September, tapi 6 September! Pada tarikh ni, ada pengurangan harga keseluruhan sekitar 10% atau lebih RM555.
Sebahagian besar penurunan tu datang daripada tiga produk mahal: iPhone 13, AirPods Pro dan kerusi gaming. Tiga-tiga ni je dah menyumbang penurunan harga sebanyak RM404. Tapi walaupun kitorang abaikan tiga produk ni pun, 6 September masih lagi hari paling murah dengan purata penurunan sekitar 7%. 
Jadi kalau korang beli awal, korang mungkin jimat lebih daripada orang yang tunggu hari “sale besar” sebenar.
Dah kenapa camtu? Dari segi trend yang boleh dilihat lepas buat graf, kami tak nampak corak yang jelas yang tunjuk kenapa perubahan harga ni boleh berlaku. Namun macam ada corak dimana harga akan turun mendadak sebelum naik sekitar 9.9, dan turun semula lepas 9.9.
Mungkin ni sekadar kebetulan, tapi mungkin juga benda ni bergantung pada strategi penjual atau Shopee sendiri. Ada yang mungkin ubah harga lebih awal, ada juga yang kekal sampai hari kemuncak. Tapi tanpa maklumat dari pihak Shopee atau penjual sendiri, kitorang tak boleh pastikan puncanya.
Yang kami pasti, harga paling murah tak semestinya pada tarikh sales besar.. Jadi tindakan officemate kitorang peram barang dalam cart tunggu 9.9 tak lain hanyalah lagha semata.
Tapi lain ceritanya kalau officemate kitorang ni rajin, sebab…
Nak diskaun 9.9 memang boleh, tapi kena beria sikit
Kena faham juga, 9.9 bukan semata-mata tentang harga murah. Ia sebenarnya satu ekosistem promosi besar yang merangkumi livestream, baucar khas, flash sale, dan diskaun eksklusif untuk kaedah bayaran tertentu.
Tahun ini je, Shopee Live dilaporkan mencatat peningkatan pesanan sehingga 12 kali ganda dengan lebih 300 juta tontonan pada hari kemuncak. Jadi nampaknya ramai juga yang rajin ikut Live dan cari promosi masa 9.9 tu sendiri.
Dan untuk kebanyakan barang yang kami tengok, perbezaan harga sekitar 5% ke atas atau bawah sebenarnya tak banyak pun. Jadi kalau korang tak kisah beza kecil tu, beli je bila perlu. Tak berbaloi nak tunggu seminggu tanpa tisu tandas semata-mata nak jimat RM1.37. Tapi kalau korang jenis kedekut, ada beberapa cara untuk korang track naik turun harga dengan cara lebih mudah.
Salah satunya, guna extension AliPrice Shopping Assistant for Shopee untuk Google Chrome, yang boleh tunjuk sejarah harga sesuatu produk dan bagi notifikasi bila harga jatuh. Korang juga boleh bandingkan harga dengan laman e-dagang lain. Cara ni boleh bantu elak “fake discount”, iaitu bila harga dinaikkan seminggu sebelum sale dan kemudian diturunkan semula untuk nampak macam diskaun besar.
Selain tu, korang tengok je Shopee Live sebab masa livestream, penjual kadang-kadang tawar harga betul-betul rendah, mungkin sebagai strategi untuk tarik perhatian penonton. Cuma, risiko dia: korang mungkin terbeli benda yang tak diperlukan pun. Tapi bagi sesetengah orang, itu pun satu hiburan dan pengalaman “shopping live”.
Mungkin untuk ramai orang, semua ni bukan sangat pasal diskaun atau berjimat pun.Dia lebih kepada keseronokan shopping macam rasa puas bila berjaya checkout sebelum “sold out”. Benda ni dah jadi sebahagian budaya beli-belah moden. Sama macam Black Friday di Barat, tarikh-tarikh “berulang” macam 9.9 dan 11.11 kini jadi benda biasa. Hampir setiap bulan ada sale, bukan sale tarikh ganda je, tapi macam-macam jenis lagi.
Selagi korang pandai mengurus duit dan tak terjebak hutang melampau, shopping jelah bila-bila yang korang rasa sesuai, tak kisahlah ada promosi ke tak. Tak perlu pun tunggu tarikh berganda baru nak check out, melainkan korang rasa bahagia berebut masa live. , Sebab manusia bukan beli semata-mata untuk keperluan tapi juga untuk kepuasan. Sedar-sedar je duit dah habis.
Apa pun, kalau korang ada cara atau tips sendiri macam mana nak kesan diskaun betul-betul tulen masa beli online, kongsi la dengan kitorang. Dan sementara tu, follow kami di Soscili untuk isu-isu semasa yang pedas.