Apa rasanya masuk maktab tentera di Malaysia? Ini yang kami jumpa!

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Kita biasa dah dengar pasal sekolah kebangsaan, SJK (Cina) dan (Tamil), sekolah tahfiz atau agama, sekolah berasrama, atau kadang-kadang tu berasmara…

Ha, pilih la baik-baik. Imej dari imgflip

Selain daripada sekolah-sekolah yang korang biasa dengar tadi, ada sebuah lagi institusi lain yang boleh bagi lebih dari kredit akademik semata-mata, iaitu… MAKTAB TENTERA!

Maktab tentera ni tak banyak, setakat yang kami tahu ada enam buah akademi tentera di Malaysia, contohnya macam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera, dan lain-lain. Tapi yang paling terkenal sekali mestilah Royal Military College (RMC), atau dikenali sebagai Maktab Tentera Diraja (MTD).

Tapi, kenapa maktab tentera? Asrama berbau, kena merangkak dalam lumpur, kena jerit dengan sarjan, ataupun… sebab mak bapak nak balas dendam sebab asyik bersihkan berak korang je masa kecik? LOL

“Bapa kencing berdiri, anak berak bersepah”

Maktab tentera ni lebih daripada sekadar merangkak dalam lumpur dan kena jerit dengan sarjan

Sekolah jenis tentera ni lebih kurang je macam sekolah kebangsaan, tapi ia lebih dikenali disebabkan pencapaian pelajarnya yang sangat cemerlang, malah yang terbaik dalam bidang akademik! Royal Military College (RMC) sebagai contoh, merupakan sekolah berasrama penuh lelaki untuk remaja lelaki berumur 15 hingga 17 tahun.

Kadet baru untuk di seksa latih. Imej dari MTD

Pelajar sekolah tentera ni memang hebat, mereka terkenal di seluruh negara dengan kehebatan dalam pasukan debat Bahasa Inggeris yang dah beberapa kali menang Trofi Perdana Menteri. Malah, ramai je pelajar RMC yang mampu banggakan sekolah mereka sampai ke peringkat global! Contohnya macam seorang pelajar cemerlang ni yang berjaya memenangi pingat emas pada pertandingan sains antarabangsa tahun lepas.

“Kecemerlangan akademik merupakan salah satu keutamaan dan guru Kolej yang terpilih ni adalah dari guru terbaik yang ada di negara ini. Guru-guru ini juga datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman, yang akan beri kepelbagaian dan pemikiran di mana para pelajar dapat menghargai. Ya, anak saya juga terpilih untuk pengambilan 2022. “- Lim Ee-Van, alumni RMC (dikenali sebagai Old Putera), dipetik dari blognya Tristupe.com

Dorang juga ada hari ambik report card macam kita, nervous letteww. Imej dari RMC

Bidang akademik nombor satu, lepas tu barulah para pelajar terima latihan ketenteraan – macam drills (latihan), latihan menembak, benda-benda macam tu. Benda-benda ni la yang mengajar para pelajar tentera ni untuk lebih berdisiplin dan mula belajar berdikari – benda-benda yang tak semua pelajar boleh buat kat sekolah biasa.

Kat MTD,  mereka juga dipanggil dengan nama special, iaitu – Putera! Manakala alumni pula dipanggil Old Putera (atau OP). Fancy gila!

“Jadi, kepada ibu bapa yang membaca ni dan tertanya-tanya apa yang terbaik untuk pendidikan anak-anak mereka, sebenarnya MTD boleh dijadikan pilihan (sebenarnya pilihan pertama) untuk menghantar anak lelaki mereka. Bawa mereka keluar dari zon selesa dan tengoklah macam mana mereka boleh membesar sebagai seorang lelaki yang baik.

Mereka akan pulang ke rumah dan kamu mesti gembira bila mereka boleh menyeterika, mengemas katil dan mungkin boleh buat korang terkejut, macam mana mereka boleh masak dengan menggunakan baldi dan pemanas je. “- Ee-Van, dipetik dari blognya Tristupe.com

Mereka ni juga ada beberapa uniform lain. Imej dari rmc.edu.my

Ada sesetengah pelajar yang mendaftar di maktab tentera ni sebab ikut jejak langkah bapa mereka. Malah ada yang memang datang daripada keluarga tentera, jadi tentera ni memang dah ada dalam darah mereka. Contohnya macam dua pelajar ni, Suhanraj Rajasegaran dan Chan Jun Kwan, iaitu top graduate dekat MTD. Lepas tu, mereka ni berjaya menamatkan pengajian dari akademi tentera paling hebat kat dunia, macam West Point yang terkenal di Amerika Syarikat.

“Ayah saya adalah pegawai waran tentera yang dah bersara. Saya memang nak ikut jejak langkahnya dan menyertai tentera. Tapi dia bagitahu saya, ‘Letak sasaran yang lebih tinggi,  lebih daripada sekadar jadi pegawai waran. Dengan disiplin, kesihatan yang baik dan kerja keras, kamu boleh capai apa sahaja yang kamu nak‘. “- Suhanraj Rajasegaran, graduan dari RMC dan West Point, dipetik dari The Star.

Suhanraj dan Jun Kwan, masa terima biasiswa mereka. Imej dari Says.com

Tapi, tak semua ibu bapa pilih maktab tentera untuk anak-anak mereka. Contohnya macam pengalaman Kapten Dr. Wong Ang Peng pada tahun 1970-an, di mana mak dia menangis bila dengar anak dia nak join MTD. Kalau nak diikutkan tradisi keluarga Cina pada zaman dulu, join tentera ni adalah sesuatu yang merendahkan dan memalukan keluarga sebab bila-bila masa je boleh mati mengejut.

Tapi, mereka masa tu tak tahu yang tak semua orang yang habis belajar kat maktab tentera ni akan berakhir dengan kerjaya dalam ketenteraan. Tengok je la macam mana alumni-alumni MTD ni jadi lebih daripada tentera… contohnya macam Ling Liong SikRaja Nong Chik, Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang), Syed Saddiq (Ketua Pemuda PPBM), Jomo Kwame Sundaram (ahli ekonomi), Mirnawan Nawawi (pemain hoki kebangsaan), G. Gnanalingam (Pengerusi Westports), Samuel Ong (ahli kardiologi), dan juga AC Mizal (penyanyi dan pelakon). Korang boleh tengok kat sini macam mana AC Mizal melawat semula alma maternya:

Nak sesuaikan diri pada mulanya memang susah, tapi perkara ni la yang menyatukan mereka

Ok, maktab tentera ni memang banyak kelebihan dan manfaatnya macam kebaikan dalam semangkuk bijirin Koko Krunch. Tapi tu la, susah nak sesuaikan diri masa nak start. Tak macam sekolah-sekolah berasrama yang lain, mereka semua ni kena bangun seawal 5 pagi setiap hari. Malah, benda ni la sebenarnya part paling susah sekali nak buat bagi kesemua pelajar MTD kalau ditanya.

Nak bangun seawal 5 pagi setiap hari tu yang susah (terutama sekali yang jarang bangun solat Subuh). Imej dari RMC

Disiplin dan ketepatan waktu adalah perkara yang paling penting, dan sesiapa yang tak berdisiplin akan dihukum, tak kira bangsa atau pangkat. Tak relax sangat la macam korang yang tak pernah duduk asrama langsung.

Perpaduan pulak selalu menjadi prinsip utama di RMC bagi semua pelajar Melayu, Cina, India dan Sabah Sarawak, kata bekas Perwira Kolonel Wan Ghazali Wan Din. Walaupun datang daripada latar belakang berbeza, mereka sangat rapat dengan setiap orang.

“Ada yang mengatakan mungkin sebab kami selalu tempuhi segala perkara bersama-sama, terutamanya apabila pegawai mengarahkan kami pelbagai benda setiap hari , serta semua hukuman yang kami alami bersama – tinggal dalam hutan, makan bersama yang menjadikan kami rasa perlunya untuk membantu kawan dalam masalah. ” – Aqlifputra Iqbalputra, 17, dipetik daripada The Star

Buat masa ni, pendaftaran bagi orang bukan Melayu agak rendah. Jadi Kementerian Pertahanan dah mensasarkan pengambilan orang bukan Melayu sebanyak 20% untuk merapatkan jurang perkauman.

Praktis shooting, sebarang dua kasi lepas stress. Imej dari RMC

Sekolah kebangsaan selalunya buat lawatan ke Aquaria atau Zoo Negara, kan? Pelajar MTD ni tak main la tempat-tempat macam tu. Mereka ni lagi best, dapat pergi ke… pangkalan tentera laut! Best gilaaaaa!

Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pulak, ia adalah universiti ketenteraan, di mana graduan menerima ijazah sarjana muda dan menjadi pegawai muda dan berkhidmat selama 10 tahun dalam tentera, tentera laut atau angkatan udara. Budak-budak baru masuk universiti yang lain biasanya ambik mudah je masa tahun pertama, kan? Kadet UPNM ni pulak akan rasa susah nak sesuaikan diri daripada orang awam kepada kadet tentera.

Tak macam universiti-universiti lain yang ada kat Malaysia ni, UPNM tak kelaskan pelajar-pelajar mereka sebagai junior atau senior. Tapi, kadet-kadet ni semua akan dipanggil dengan  tahun pengambilan mereka contohnya “2017”, “2018”, “20XX”. Lepas tu, benda paling susah bagi mereka ialah setiap sesi tahun akhir, di mana kadet menjalani Latihan Ketenteraan Perkhidmatan Tunggal (LKPT) mereka, yang selalunya dipanggil ‘6 minggu paling buruk setiap tahun’.

Bercakap pasal kepayahan yang dilalui…

Macam mana pulak pasal kes buli?

Bila awek cantik lalu. Imej dari MalaysianDigest

Kat mana-mana pun, kita tak boleh lari daripada kes buli, ia merupakan perkara biasa yang akan berlaku kat sekolah ataupun universiti, terutamanya bagi pelajar yang duduk di asrama. Tapi, nampaknya budaya tu digalakkan di maktab-maktab tentera kerana ia boleh ‘membangunkan keteguhan mental dan watak peribadi seseorang’, laporan Malaysian Digest.

Tahun lepas, kita dikejutkan dengan kes seorang pelajar tahun akhir UPNM yang diseksa sampai mati sebab kes kecurian laptop. Lima orang pelajar UPNM kemudiannya didakwa atas kematian tersebut. Manakala di MTD pulak, kami cuma jumpa satu kes di mana seorang pelajar tingkatan 4 mati disebabkan buli, yang berlaku pada tahun 2010. Seorang pelajar tahun kedua yang hanya ingin dikenali sebagai Faisal mengatakan yang ada dua jenis orang yang kena paling teruk:

“Bila bercakap pasal ragging, pelajar dan kadet PALAPES (Pasukan Pegawai Latihan Simpanan) selalunya terima layanan yang teruk, disebabkan mereka yang pilih untuk masuk ketenteraan. Pelajar lain pulak biasanya akan dilayan sebagai orang awam, jadi mereka ni tak kena ragging macam tentera. Para kadet dan pelajar PALAPES pula, hampir setiap hari kena. “- kata Faisal kepada Malaysian Digest.

Imej dari anas engine yang menunjukkan latihan ketenteraannya di UiTM Melaka

Kapten Lee, graduan dari MTD pulak menceritakan masa dia dan skuadnya terpaksa makan tahi sebab ada orang lupa nak bersihkan tandas! Walaupun “hidangan” tu sangat mengerikan, tapi dia percaya tradisi tu diperlukan dan tak boleh diganti sebab ia membina persaudaraan dan persahabatan. Para tentera berpendapat orang awam takkan faham benda ni, macam apa yang seorang kadet UiTM Melaka ni bagitahu:

“Ini bukan ragging tapi ini adalah senaman, cuma bagi orang yang tak biasa mereka akan menganggap ini adalah ragging. Bagi kami inilah saat-saat yang akan dingati dengan hilai tawa kerana bermacam-ragam dapat kita ingat pada masa ini. Ini menjadikan kami lebih kuat kaki dan tangan, mental dan fizikal.” – Anas Engine, dipetik dari blognya, anas-omar.blogspot.my

Hmm. Rasanya semua orang pun ada pendapat masing-masing dalam hal ni?

Jadi, adakah maktab tentera sesuai untuk kita atau anak kita?

Tag kawan korang yang ada dalam ni. Imej dari tristupe

Berdasarkan pengalaman yang diceritakan, maktab tentera boleh mengajar kita banyak benda tentang kehidupan. Perpaduan, disiplin, kebebasan, keberanian, bangun pukul 5 pagi… Benda ni akan jadi satu rutin harian yang sebenarnya baik untuk badan. Faedahnya pun banyak, kalau tak percaya tanya je Old Puteras macam  Ee-Van dan Kapten Lee, banyak benda baik yang mereka rindukan masa zaman belajar dulu.

Dalam masa yang sama, penting untuk kita tahu, maktab tentera BUKAN penyelesaian yang baik untuk menangani masalah disiplin budak-budak. Sebaliknya, tumpukan pada kaunseling lebih baik dulu. Kalau tak jalan jugak, lepas tu barulah terpulang kat ibu bapa yang lebih arif dengan perangai anak masing-masing.

Bila anak-anak ni dihantar ke asrama (tak kisahlah maktab tentera atau bukan), perkara ni mungkin sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang mungkin akan rasa macam ‘dibuang’. Jadi penting untuk ibu bapa dan anak sama-sama berbincang dan memahami apa yang berlaku. Jadinya, ibu bapa kena bijak untuk slow talk dengan anak-anak dan yakinkan mereka yang ia bukanlah balas dendam.

Percayalah ;)