- 629Share sekarang!
- Email5
- Facebook624
- Share
Pejam celik pejam celik, nampaknya dah lebih setahun sama ada bekerja, atau belajar dari alam maya. Dan selama tu jugalah ramai yang mula bosan dengan pembelajaran dalam talian. Malah, kajian menunjukkan yang tahap tumpuan dan jangka masa perhatian (attention span) kita semakin merosot sejak berlakunya pandemik. Bayangkan, yang jangka masa perhatian manusia dah menurun sehingga 8 saat pada 2015, berbanding 12 saat pada tahun 2000!
Tapi, pembelajaran tak seharusnya menjadi sesuatu yang membosankan. Disinilah wujudnya pelaksanaan Minggu Sains Negara oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang datang dengan pelbagai aktiviti menarik!
Berlangsung dari 1 hingga 7 April 2021, program seminggu ini merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memupuk minat terhadap ilmu sains. Ia menyasarkan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, malah pendidik, saintis, belia, komuniti, NGO, sektor swasta dan juga sektor awam. Dalam seminggu ni juga, ada banyak program menarik, dan antaranya adalah:
1. Pertandingan robotik dan inovasi yang boleh menang sehingga RM5K!
Salah satu program utama Minggu Sains Negara ialah Humanoid Robot Competition, dengan tema ‘Human-like Machine’. Kalau korang nak tahu, rekabentuk humanoid ni membolehkan robot melakukan pergerakan menyerupai manusia serta menjalankan fungsi-fungsi seperti berinteraksi dengan persekitaran dan tugasan-tugasan lain, contohnya macam Sophia, humanoid atau robot mirip manusia paling hebat yang pernah popular beberapa tahun lepas.
Makers of Sophia the robot plan a mass rollout https://t.co/sn7T4N3wGR pic.twitter.com/ousQsWxEWs
— Reuters (@Reuters) January 25, 2021
Tapi, korang jangan la panik pula sebab korang tak perlu buat robot sebiji macam ni. Dalam pertandingan robotik yang dianjurkan MOSTI ni, kriteria untuk menang adalah lebih kepada fungsi robot tu. Jadi, ada empat cabaran terpilih, iaitu pergerakan berhalangan, mengangkat beban, sepakan penalti, dan pergerakan bebas dengan saiz robot tidak boleh melebihi 60cm.
Pertandingan ni bermula dari 10 Mac hingga 6 April 2021, di mana para peserta perlu menghasilkan satu projek fizikal (robot humanoid), satu laporan dan sebuah video projek berpandukan syarat pertandingan. Yang menariknya, hadiah yang bakal dimenangi adalah sehingga RM5,000, tertakluk kepada terma dan syarat. Korang juga boleh tengok maklumat lanjut disini. Jangan lupa daftar kat sini!
Tapi kalau korang takde bakat dalam robotik pula, takde masalah! Korang boleh cuba pertandingan inovasi LOTHI, atau ‘Low Touch High Impact’, di mana korang boleh tunjukkan inovasi hebat korang.
Objektif pertandingan ni adalah untuk mengenalpasti inovasi atau reka cipta yang boleh dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang terpinggir seperti penduduk kawasan luar bandar dan orang kurang upaya.
Program ni juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada inovasi dan inovator di Malaysia. Jadi dengan penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah rendah sehingga pelajar IPTA/IPTS, jangan lupa daftar disini!
2. Tingkatkan kemahiran teknikal dan ilmu pemasaran korang dengan Spark X!
Bagi korang yang berumur antara 18 hingga 25 tahun pula, program Spark X yang bakal berlangsung selama 3 hari bakal melengkapkan peserta dengan kemahiran dalam tiga bidang utama, iaitu Asas Reka Bentuk dan berfikir melalui ‘design thinking’, Asas Pembangunan Laman Web, serta Asas Komunikasi dan Pemasaran Digital menggunakan Media Sosial.
Dalam program ni, para peserta akan dibahagikan dalam kumpulan seramai tiga orang dalam sesebuah kumpulan untuk membincangkan idea, membangunkan pelan media sosial, membina sebuah website, dan merancang strategi pemasaran sebelum membentangkan idea tersebut pada barisan hakim. Dan idea yang terpilih akan membolehkan korang untuk menangi pelbagai hadiah menarik!
Tapi yang paling penting sekali, program ni akan mempersiapkan peserta dengan kemahiran yang boleh digunakan sebagai asas dalam bidang pekerjaan atau mencari pendapatan sampingan.
Secara tak langsung, segala kemahiran yang diajar ni boleh meningkatkan kebolehpasaran diri dengan menawarkan kemahiran tambahan kepada majikan, memulakan perniagaan sendiri dengan menggunakan platform media sosial, dan menambahkan pendapatan melalui tawaran perkhidmatan pengurusan laman web kepada peniaga kecil.
Kemahiran yang ada dalam program ni sebenarnya paling direbutkan, terutamanya dalam era media sosial yang dah pun menjadi salah satu platform pemasaran tertinggi pada zaman ni. Pssst! Korang boleh cop tempat dengan daftar kat sini, sebab penyertaan adalah TERHAD kepada 36 peserta je! Dah la ditaja sepenuhnya pulak tu!
Hmm… asyik pertandingan untuk remaja dan dewasa je… Untuk kanak-kanak, takde ke? Jangan risau, MOSTI tak lupa program interaktif untuk kanak-kanak, iaitu dengan program…
3. Eksperimen sains kanak-kanak bersama… Superhero?
Bagi korang yang ada anak atau adik kecil yang berumur antara 6 hingga 9 tahun, program Superhero Magic Junior yang berbentuk eksperimen bersama Jabatan Kimia Malaysia ni akan berlangsung pada 3 April, pukul 2 hingga 4 petang! Jangan lupa daftar disini!
Dengan pertunjukan sains secara live ni, ia sekaligus dapat membantu para pelajar bukan saja untuk membayangkan, tapi juga mengaplikasikan eksperimen-eksperimen sains itu dari rumah dengan selamat!
Selain tu juga, ada juga aktiviti lain yang sesuai untuk kanak-kanak, seperti melukis, membuat video TikTok yang bertemakan sains untuk kesihatan, program Crime Scene Investigation (CSI), Rainforest Kids Challenge, dan banyak lagi!
Oh, tak lupa juga dengan program Rocketeer di mana anak-anak boleh belajar teori asas pembinaan roket. Program ni juga menampilkan adik Khawarizmi, Rocketeer termuda Malaysia yang baru berusia 11 tahun. Kalau berminat, korang boleh daftar disini!
4. Sains Untuk Kesihatan dan ilmu vaksinasi
Sesuai dengan tema Minggu Sains Negara pada tahun ini iaitu ‘Sains Untuk Kesihatan’, ia mengetengahkan beberapa aktiviti menarik lain seperti Chemistry as The Saviour of Mankind, Women In Zcience, dan pelbagai lagi!
Tapi yang menarik minat kitorang mestilah Kajian Pra Klinikal Penghasilan Vaksin – korang ada terfikir tak macam mana, dan bahan apa sebenarnya yang ditambah bagi menghasilkan sesuatu vaksin tu?
Selain daripada senarai di atas, ada juga pelbagai seminar dan forum kesihatan lain, seperti forum Imunisasi Daripada Perspektif Islam, seminar Health in the Tropics, dan macam-macam lagi.
5. Pameran interaktif yang berlangsung sepanjang minggu!
Ada macam-macam pameran interaktif menarik, seperti Pameran Teknologi, Aplikasi dan Sains Angkasa, Pameran Daripada Nuklear Malaysia, Pameran Daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Petrosains Booth dan lain-lain. Kalau nak senaraikan pun, ada terlampau banyak program yang berlangsung. Jadi, korang boleh tengok la sendiri:
6. Penyertaan bertuah atau terbanyak pun boleh dapat hadiah!
Oh, sebelum tu, bukan masuk pertandingan je boleh dapat hadiah tau! Ada juga hadiah untuk penyertaan terbanyak mengikut kategori sekolah berasrama, sekolah Gred A, sekolah aliran agama, dan juga sekolah kurang murid, dengan hadiah berbentuk kit pendidikan dan peralatan STEM yang bernilai sehingga RM280,000!
Dah habis sekolah? Jangan risau, pendaftaran bertuah secara individu juga bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yang berbentuk kit pendidikan dan peralatan STEM yang bernilai RM100! Nak tahu apa di dalamnya? Daftar je sekarang dan tunggu kejutan!
Tunggu apa lagi, join la sekarang!
Memandangkan semuanya berlangsung secara online, semua orang boleh join dengan mudah. Serlahkan minat, bakat dan kreativiti korang dalam Minggu Sains Negara! Tak tahu nak join program mana satu, daftar je kat sini, semoga kita semua celik sains nanti!
Dan kalau korang nak tengok jadual penuh Minggu Sains Negara, korang boleh layar www.mosti.gov.my atau klik gambar di bawah.
Majulah sains untuk negara!
- 629Share sekarang!
- Email5
- Facebook624
- Share