7 janji najib waktu PRU-13, apa hasilnya sekarang?

(Read this article in English)

Isu PRU-14 kini tengah hangat diperkatakan dalam arena politik Malaysia macam pisang goreng panas uols! Ada beberapa ahli politik dan penganalisis meramalkan bahawa PRU-14 akan diadakan pada tahun 2017. Tapi dalam bulan berapa ye agak-agaknya? Hmm mungkin pada bulan Jun, sebab Najib Razak ada bagi clue: “Saya hanya boleh berkata pilihan raya umum akan diadakan selepas Aidilfitri. Tetapi Hari Raya tahun bila, saya tidak tahu.” Kalau hari raya tahun depan, maknanya 15 dan 16 Jun la ye tak?

Tak lama dulu, isu kecuaian menjalankan tugas dan penipuan dalam penggunaan dakwat kekal pernah menggegarkan Malaysia, dan kini telah tiba masanya untuk jari kita dicat sekali lagi! Memandangkan pilihan raya akan tiba tak lama lagi, jom kita tengok beberapa janji-janji semasa PRU-13 oleh Najib Razak dan adakah janji-janji tersebut telah ditunaikan buat setakat ni.

Berikut adalah teks penuh bagi Manifesto PRU-13 Barisan Nasional (manifesto adalah satu janji atau deklarasi yang digunakan oleh parti/calon politik sebelum pilihan raya bagi mendapatkan sokongan)

1. Mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20-30%

Imej dari leemotors.com.my
Imej dari leemotors.com.my

Salah satu janji Najib adalah untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20-30% serta meningkatkan daya saing kereta nasional. NAP di mula diperkenalkan pada Mac 2006 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk menjadikan industri automotif Malaysia bertaraf dunia (ini sekadar penjelasan pendek, untuk maklumat lanjut, klik sini)

So adakah BN telah menunaikannya? Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari, harga purata keseluruhan kereta berkurang sebanyak 4.97% pada tahun 2013 dan 4.4% pada bulan Ogos 2014.

“Kami harap ia dapat mencapai pengurangan 5% pada akhir tahun ini. Tapi secara berperingkat kerana ia akan memberi banyak kesan negatif jika dikurangkan secara drastik.” – Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia. Dipetik dari Borneo Post.

Kalau macam tu, apa yang mereka lakukan untuk mengurangkan kadar tersebut? CILISOS baru-baru ni ada tulis artikel kenapa ramai perniaga kereta terpakai kat Lembah Klang dah gulung tikar. Dan jawapan ringkasnya adalah kerana mereka menghadapi persaingan yang kuat daripada perniaga kereta-kereta baru yang telah menurunkan harga pasarannya. Dan orang ramai lebih memilih untuk membeli kerata baru daripada kereta terpakai. Antaranya ialah Honda Jazz (dikurangkan sebanyak 17%) , Nissan Sentra (13%) , Proton Saga (12%) dan Perodua Alza (12%).

KEPUTUSAN:

Ok lah memang dah banyak turun, tapi takde la sampai 20-30%, dan bukan untuk semua model kereta. Takpe, ada masa lagi.

2. Melaksanakan dasar yang adil untuk semua kaum di Malaysia

Malaysia mempunyai kuota 30% perniagaan kepada Bumiputera. Imej dari dinmerican.wordpress.com.

Dalam menuju kearah Wawasan 2020, Najib berjanji membangunkan ekonomi dan meningkatkan daya saing global dengan melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum kat Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal. So maknanya dah tade kronisme lepas ni?

Malaysia ada kuota Bumiputera yang dilaksanakan sejak tahun 1971, di mana 30% daripada pemilikan perniagaan mestilah dimiliki oleh Bumiputera. So sekarang ni benda dah berubah ke belum?

Tapi tahun ni, Mara Digital (atau Low Yat 2) telah ditubuhkan untuk menempatkan sepenuhnya perniaga Bumiputera. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengimbangi penglibatan pelbagai kaum dalam industri tersebut (pusat ICT). Bukan setakat itu je, malahan mereka juga dikecualikan daripada membayar sewa selama 6 bulan pertama perniagaan!!

TAPI…. Malaysia telah menandatangani TPPA dengan Presiden Obama pada bulan Februari. (Untuk baca lebih lanjut mengenai TPPA, klik sini). Ini bermakna ia akan menjanjikan kebebasan untuk semua orang, hak istimewa untuk sesetengah orang akan ditarik balik. Kita tunggu je lah apa hasilnya nanti…

Update: Perjanjian TPPA telah dibatalkan bila presiden USA, Donald Trump menarik diri.

KEPUTUSAN:

Sampai ke hari ini, BN takde kata pun yang mereka nak mansuhkan kuota perniagaan untuk Bumiputera. Mungkin TPPA akan mengubah status istimewa tu, kita tunggu dan lihat.

3. Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia

Rotan mana rotan? (Ini gambar lama, kini Muhyiddin tak lagi memegang jawatan Menteri Pendidikan.)

Siapa yang tak nak sistem pendidikan bertaraf dunia untuk negara kan? Sejak tahun 2013 adakah sistem pendidikan kita bertambah baik atau sebaliknya?

Malaysia Digest ada melaporkan tentang ranking yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di mana Malaysia dapat nombor corot di tangga ke 52 daripada 72 buah negara (negara jiran kita Singapura dapat nombor satu). Analisis tersebut dikeluarkan berdasarkan markah ujian pelajar berusia 15 tahun untuk subjek matematik dan sains.

“Remaja berumur 15 tahun hari ini akan menghadapi masalah pada masa akan datang  untuk mendapatkan pekerjaan yang baik Semuanya disebabkan dasar pendidikan yang lemah akan meningkatkan kemelesetan ekonomi.” – Andreas Schleicher, Pengarah Pelajaran OECD. Dipetik dari Malaysian Digest.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menggesa orang ramai mencontohi Singapura melalui sistem pendidikan dimana mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penggantar. So Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Dwibahasa dibawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris. Kalau korang masih ingat, dulu kerajaan ada merancang untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib lulus SPM tapi rancangan tersebut telah ditangguhkan atas alasan guru dan pelajar belum bersedia.

KEPUTUSAN:

Mungkin sebab ni lah kenapa ada golongan Melayu sendiri cuba elakkan sekolah kebangsaan. Padahal kalau korang nak tau, Kementerian Pendidikan dapat paling banyak peruntukan daripada Belanjawan.

Namun ada beberapa paolisi (seperti program dwibahasa) yang nampaknya bagus kalaulah ia betul-betul dilaksanakan.

4. Menambah baik tentera dan polis untuk menangani pencerobohan dan ancaman luar

Anggota polis membuat rondaan kat pusat beli belah Johor. Imej dari hype.my

Usaha yang dapat kita lihat dalam menambah baik pasukan bersenjata ni ialah ada Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu. Dengan adanya akta ini, ia memberikan kuasa khas kepada pasukan keselamatan negara jika ada ancaman keselamatan terhadap rakyat, wilayah, insfrastruktur utama dan ekonomi negara. Selain itu, ia jugak membolehkan Perdana Menteri untuk merampas kawalan angkatan tentera dari Agong!

Jika korang perasan, kehadiran tentera telah meningkat baru-baru ni, terutama kat pusat bandar dan kawasan awam, ditambah pula dengan ancaman IS dan sebagainya. Itu pun kita masih tak mampu melumpuhkan ancaman Abu Sayyaf kat Sabah (Bernard Then dipenggal), dan kes penculikan masih terjadi. Apa yang lebih teruk, ada kemungkinan penculikan di Sabah dapat ‘bantuan orang dalam‘ (rasuah dan ketirisan).

Tapi mungkin musuh terbesar angkatan tentera adalah rasuah dalaman, bila badan antarabangsa mengatakan badan pertahanan Malaysia adalah sangat korup.

KEPUTUSAN:

Pihak polis telah berjaya menangkap 9 militian yang disyaki sebagai pengganas ISIS. Kalau aktiviti Abu Sayyaf dibasmi sekali kan bagus. Dan tentera kita kena lebih berhati-hati untuk mengelakkan rahsia militari kita dicuri pihak musuh!

5. Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni

Imej dari Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Jika korang membesar di Malaysia, korang sentiasa bebas untuk mengamalkan agama korang tanpa penganiayaan. Ini kerana dalam Perlembagaan Malaysia pun ada memberitahu tentang kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Walaupun BN ada membuat janji pada tahun 2013, tapi banyak perkara telah berlaku…

Protes Salib yang berlaku pada April 2015 telah mengakibatkan pihak di sebuah gereja kat Petaling Jaya membawa turun Salib tersebut, perobohan kuil, menyita kitab Bible berbahasa Melayu dan pelajar yang nak memakai simbol-simbol agama perlu mendapat persetujuan dari pihak sekolah.

Seorang bekas hakim ada mengatakan bahawa patung Hindu dan Buddha yang bersaiz besar tak perlu dipamerkan secara umum kerana ia bertentangan dengan Islam, malah ia perlu diletakkan kat dalam sebuah bangunan secara tertutup.

KEPUTUSAN :

Rakyat Malaysia mengamalkan agama masing-masing, tetapi keamanan untuk mengamalkan agama masing-masing tu seolah-olah rapuh apabila mereka sering berdebat antara satu sama lain. Kes-kes serangan antara orang Islam dan bukan Islam adalah tanda kerajaan tak dapat mencapai sepenuhnya janji ini.

6. Penambahan BR1M sehingga RM1,200

Imej dari Bajet.com

BN ada berjanji akan: “Secara beransur-ansur akan meningkatkan BR1M sehingga RM1,200 untuk setiap isi rumah dan RM600 untuk bujang (bantuan tahunan secara kekal)”.

Sampai sekarang ianya masih diberi pada setiap tahun tapi… setakat ni jumlah yang diberi tu belum capai lagi dengan apa yang dijanjikan:

Imej dari BR1M FAQ

Kalau korang perasan, mereka menaikkan jumlah yang agak besar jugak dalam setahun untuk bantuan BR1M isi rumah, daripada RM750 (tahun 2015) terus ke RM1,050 pada tahun ni -peningkatan sebanyak RM300 tu. Jadi adakah pada tahun 2017, mereka akan membuat satu lagi penambahan/peningkatan bantuan BR1M yang besar dari RM1,050 kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM400 kepada RM600 untuk bujang?

KEPUTUSAN:

Sama-sama kita lihat dan nantikan untuk BR1M 2017 ni…

7. Memansuhkan Akta Hasutan

Imej dari bbc.com

(Klik sini untuk baca tentang Akta Hasutan.)

Pada tahun 2012 Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan, dan ketika Manifesto BN pun dia bukan main bangga sebab kononnya berjaya mansuhkan akta ni…

“…kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan..”- Najib Razak. Dipetik dari  Sinar Harian.

Tapi baru je orang ramai belum nak celebrate, tetiba Najib telah menarik balik kenyataan dia. Dan pada September 2014, Najib Razak ada berjanji lagi kata nak hapuskannya tapi sehingga kini ia masih lagi wujud (kartunis Zunar didakwa dibawah Akta Hasutan)

Malah kerajaan siap tambah lagi akta-akta yang macam adik-beradik dengan Akta Hasutan, termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (disebut dalam point 4).

KEPUTUSAN :

Sorry ugaiz,  nampaknya BN gagal menunaikan  janji untuk yang ini!

So adakah korang memilih calon berdasarkan apa yang dah dijanjikan?

Yang mana satu pilihan hati? Imej dari anoramio.com, chicagotribune.com dan Wall Street Journal

[socialpoll id=”2385904″ path=”/polls/2385904″ width=”500″]

Mungkin ada antara korang yang mengundi ikut sedara-mara, atau ikut kawan-kawan. Tapi sebaiknya kita kena nilaikan sendiri apa prinsip dan janji yang dibawa oleh calon, terutamanya calon kawasan kita. Tapi lepas undi pastikan calon tersebut pegang kata-kata dia! Sebab itu telah menjadi tanggungjawab yang dia perlu laksanakan sebagai pemimpin.

Iini adalah kata-kata dari seorang pengundi waktu Pilihan Raya Sarawak baru-baru ni yang membuatkan kita berasa bangga dengan kematangan politiknya:

“Kita tak mahu calon yang hanya datang untuk memberi wang atau ‘goodies’ semasa kempen tetapi lupa janji-janji mereka. Kita bukan seperti generasi terdahulu yang mudah ditipu dengan cara itu.” – Mohd Zuhair Zaini. Dipetik dari The Malaysian Times.

Pesanan kami dari SOSCILI, buatlah pilihan yang tepat semasa Pilihan Raya nanti!

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)