Mereka duduk di 52 rumah panjang ni sejak zaman tok nenek lagi, tapi tiba-tiba…

Penafian: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Orang asli kat atas ni adalah daripada tempat yang lain, tapi kes dorang memang lebih kurang sama dengan 52 penduduk rumah panjang dalam artikel ni.

Imej dari Vernon Aji Kedit.
Imej dari Vernon Aji Kedit.

Bayangkanlah korang bangun pagi-pagi dan mendapati yang rumah tempat korang tinggal dari zaman datuk nenek dulu telah diambil orang lain. Benda ni lah yang mungkin telah berlaku kepada 52 penduduk rumah panjang di Sarawak baru-baru ni.

Beberapa ketua rumah panjang telah tampil ke depan untuk mendapatkan kepastian samada kerajaan negeri (yang dari dulu dikuasai BN) telah mengambil tanah mereka. Sebab bila dorang diberi peta yang siap ada frame bagai serta sijil yang nampak macam sah, dorang sedar yang tiba-tiba dorang dah jadi pendatang di atas tanah yang telah diduduki selama beberapa generasi.

Jangan ingat rumah panjang ni senang-senang boleh beli macam kondo ye

Katakanlah korang beli tanah kat PJ, korang perlu membeli tanah tersebut daripada pemilik yang terdahulu. Tapi macam mana pulak kalau tanah tu tak pernah ada pemilik? Kat sinilah kita kena pakai Native Customary Rights (NCR), yang memperuntukkan hak-hak yang diberi kepada orang asli Sarawak.

Sebenarnya daripada zaman penjajah daripada James Brooke sampailah British ada mengiktiraf tanah yang dimiliki oleh orang asli.

“Keluarga Brooke tak masuk campur dengan tanah yang dimiliki oleh orang Dayak dan orang Melayu, dan membenarkan mereka mentadbir sendiri hingga ke tahap tertentu.” – Fadzilah Majid Cooke, dari buku State, Communities and Forests in Contemporary Borneo.

Imej asal dari margatehousefilms.com

Tapi sekarang ni, tanah NCR tertakluk kepada sebuah undang-undang yang dipanggil Kod Tanah Sarawak 1958 (boleh baca dalam fail PDF). Dalam undang-undang ni, sesebuah kawasan boleh dikira sebagai tanah NCR SEKIRANYA ia memenuhi mana-mana kriteria di bawah sebelum tahun 1958:

  • Tanah dah dibersihkan dan ada orang tinggal kat situ
  • Ada orang buat tanam-tanaman kat situ
  • Ia digunakan sebagai tanah perkuburan ataupun tempat sembahyang
  • Ia digunakan sebagai jalan ke tempat-tempat lain.

Dengan kata lain, kalau tanah tersebut digunakan oleh mana-mana orang asli bagi sebarang tujuan sekalipun, SEBELUM tahun 1958, dorang ada hak untuk menuntut kawasan tersebut. Kalau la senang macam ni nak ada tanah, confirm sebelum Subuh lagi korang dah claim, betul tak? Malangnya, bukan itu yang berlaku di Sarawak kerana…

Orang asli TAK PERNAH tuntut tanah mereka!

Imej asal dari Wikipedia.

Oleh sebab topik ni agak teknikal, kami bercakap dengan dua individu iaitu:

Menurut Vernon, orang asli memang tak ramai yang menuntut tanah masing-masing:

“Kesemua kawasan ni tak pernah dituntut sebab mereka tak diajar macam mana nak buat.” – Vernon Aji Kedit, dalam temubual dengan SOSCILI.

Vernon menambah yang bila Taib Mahmud (bekas ketua menteri Sarawak) berkuasa, dia mula menentukan sempadan kawasan NCR untuk orang-orang asli, sesuatu yang dipanggil sebagai land gazeting. Land gazetting ni memang normal sebenarnya. Tapi disebabkan tindakan sebeginilah mulanya berlaku kes-kes seperti 52 buah rumah panjang yang kami sebutkan tadi.

Bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Imej dari Free Malaysia Today.

“Bila kami diberi peta yang di-frame cantik serta sijil dalam majlis yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Japu anak Numpang pada awal 2014, kami ingatkan itulah hakmilik tanah dan rumah panjang kami.” – Tuai Rumah Timang Geramong dari rumah panjang Rantau Lelayang, dalam kenyataan akbar.

Eh apa yang berlaku sebenarnya ni?

Orang asli masih boleh tinggal mana dorang nak, tapi tanah tersebut bukannya hakmilik mereka lagi

Tanah-tanah bagi 52 rumah panjang ini sebenarnya bukan diperuntukkan di bawah Native Customary Rights, tapi di bawah Native Communal Reserve (juga NCR?) yang bererti tanah tu jadi hakmilik gomen tapi gomen bagi orang asli duduk kat situ atas budi bicara. So tindakan gomen ni sebebarnya agak licik…

“…tanah Temuda (tanah-tanah ladang) di Betong yang dipantau di bawah Native Communal Reserve tanpa pengetahuan mahupun kebenaran pemilik tanah adalah perkara yang serius kerana kurangnya transparensi daripada pihak YB.” – Vernon Aji Kedit, dipetik dari The Borneo Post.

Okay biar kitorang ingatkan sekali lagi. Dalam Kod Tanah Sarawak (rujuk fail PDF):

  • Seksyen 18 adalah merujuk kepada Native Customary Rights (NCR) yang memberi hakmilik tanah kepada orang asli.
  • Seksyen 6 adalah Native Communal Reserve (juga NCR) yang hanya memberi lease, bermakna gomen boleh ambil balik tanah tersebut bila-bila masa walaupun orang asli dah duduk sana semenjak 500 tahun yang lalu.

Jadi menurut Baru Bian, bila gomen pantau tanah di sekitar 52 rumah panjang ni, dorang meng-gazet-kannya di bawah Seksyen 6. Tapi, kebanyakan penduduk rumah panjang ni ingatkan ianya dipantau dibawah seksyen 18!

Malahan, gomen ada macam-macam cara nak ambil tanah-tanah ni

Baru Bian bagitau kami lagi, kes tanah NCR kena tarik oleh kerajaan negeri ni dah lama jadik sebenarnya. Pada tahun 2014, dia terlibat dalam kes mahkamah di mana kerajaan negeri dan orang asli berbalah tentang apa yang dikira sebagai tanah NCR.

Orang asli sebenarnya ada macam-macam nama untuk jenis-jenis tanah yang dorang duduk. Tahun 2014 dulu, gomen kata hanya Temuda (tanah-tanah ladang) yang boleh dikira sebagai tanah NCR, tapi orang asli mengatakan yang tanah-tanah seperti Pemakai Menua dan Pulau Galau juga perlu diambil kira, di mana semuanya pun ada fungsi bagi masyarakat orang asli.

Jadi kalau korang terjumpa signboard maacm ni, maknanya dorang bercakap tentang NCR la. Imej dari radiofreesarawak.org

Vernon juga ada bagitau tentang orang asli yang pernah mencuba untuk menuntut tanah mereka, tapi ianya tak mudah.

Kod Tanah Sarawak dah dibuah lebih 200 kali… eh tunggu, sebenarnya kami pun tak pasti sebab dah tak terkira.” – Vernon Aji Kadit dalam temubual dengan CILISOS/SOCILI.

Dan perubahan ini dikatakan bertujuan untk menyukarkan lagi orang asli daripada menuntut hak masing-masing!

Tapi orang asli Sarawak kini berusaha memperjuangkan hak dorang!

Imej dari boydnorton.photoshelter.com

Pada tahun 2013, seorang wakil BN memberi kenyataan tentang dakwaan yang kerajaan negeri menggunakan Seksyen 6 untuk merampas tanah dari rakyat. Menurutnya, kerajaan memantau tanah tersebut menggunakan Seksyen 6 TERLEBIH DAHULU sebelum menggunakan Seksyen 18. Tapi ini yang diperkatakan oleh ketua rumah panjang baru-baru ini.

“Mengikut Seksyen 6.4, Kerajaan BN boleh mengambil alih tanah daripada kami tanpa kebenaran kerana kami hanyalah ‘Pemegai Lisin’ (pemegang lesen), dan jumlah pampasan adalah tertakluk kepada budi bicara Kerajaan. Ini bermakna kami tiada sebarang hak terhadap tanah-tanah tersebut, melainkan ianya diletakkan di bawah Seksyen 18. Kalau BN ikhlas, kenapa tak beri kami Seksyen 18 terus, kena perlu melalui Seksyen 6 terlebih dahulu?” – Tuai Rumah Merundie Lindang dari rumah panjang Batu Pesok, dalam kenyataan akbar.

Bukan itu je, dalam beberapa tahun lepas orang asli telah menang beberapa kes mahkamah menentang kerajaan dalam hal-hal berkaitan tanah mereka (malah, Baru Bian adalah peguam untuk ketiga-tiga kes tersebut). Ini menunjukkan yang perkara berkaitan hak milik tanah ini telah mula diambil dengan lebih serius sejak beberapa tahun yang lalu.

Tapi ianya tak perlu berhenti di situ. Kita boleh membantu mereka menyebarkan tentang apa yang berlaku terhadap orang asli Sarawak yang mungkin masih tak tahu-menahu tentang apa yang berlaku pada tanah NCR. Jadi kalau korang kenal siapa-siapa yang asalnya dari Sarawak, kongsi cerita ni dengan mereka. Kalau korang sendiri dari Sarawak, share dengan famili!

(This article is translated from CILISOS.)