5 fakta tentang Zeti Aziz, wanita yang mengubah sistem perbankan negara

UPDATE 27/4/2016: Baru je kejap tadi PM kita umumkan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara yang ke lapan untuk menggantikan Tan Sri Zeti Aziz. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mei 2016 ni selama lima tahun.

UPDATE 28/6/2017: Zeti Aziz buat kenyataan mengatakan yang Bank Negara takde kuasa untuk mendakwa 1MDB. Namun ramai netizen komen yang Zeti masih perlu membuat tindakan kerana Bank Negara tahu tentang apa yang berlaku.

Oleh kerana Tan Sri Zeti Aziz ni dah nak bersara, so kitorang pon throwback balik mengenai beliau yang telah berkhidmat selama 16 tahun demi memastikan kedudukan kewangan negara kita berada dalam keadaan baik untuk tumbesaran ekonomi.

Dr Zeti Akhtar Aziz
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Gambar daripada postmetro.net

Ternyata memang banyak cerita-cerita menarik tentang wanita yang telah mengubah sistem perbankan Malaysia ni:

1. Zeti merupakan seorang daripada 9 gabenor bank terbaik di dunia! (Singapura pun beliau kalahkan!)

Pada tahun 2014, Majalah Global Finance telah mengiktiraf Zeti sebagai Gabenor Bank Kelas A untuk tahun yang ke-11 secara berturut-turut.

Gambar ini diambil sewaktu beliau menerima anugerahnya yang KELIMA. Gambar daripada The Star.

Dan kalau korang ingat nak dapat gred A ni senang macam kacang, tahun lepas hanya 9 daripada 75 orang je yang terpilih yang tercalon untuk gred tersebut.

Singapura pun dapat gred B- je… Tak percaya, klik untuk senarai keseluruhan.

Global Finance juga menganugerahkan Zeti sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia pada tahun 2015 atas kecemerlangannya dalam mengurus dan menyelia sistem kewangan negara kita.

Selain itu, pada tahun 2016, beliau dikatakan akan menerima Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat di Anugerah Bank Pusat pada tahun 2016 atas pencapaiannya dalam menangani krisis kewangan 1997/98 (time tu beliau adalah pemangku gabenor je, sat lagi kita cerita panjang).

“Sejarah telah mengadili bahawa beliau adalah lebih baik daripada pengkritik beliau, dan dari masa ke masa, Tabung Kewangan Antarabangsa pun cuba mencontohi cara Zeti berfikir. Zeti adalah contoh suri teladan yang sebagai ketua gabenor bank pusat untuk negara berpendapatan sederhana — Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Perbankan Pusat dan kedua editor Central Banking, dilaporkan oleh The Star

 2. Zeti memastikan apa yang pernah berlaku pada 1997 tidak terjadi lagi

Pada tahun 1997/98, krisis kewangan yang bermula di Thailand telah merebak keseluruh Asia. Tapi kalau tugas Zeti adalah untuk memastikan ekonomi kita dalam keadaan baik, mungkin korang terfikir…

Nilai ringgit kita pun nampak macam lagi teruk daripada krisis 1997/98!

Tapi yang sebenarnya,

“Walaupun ada persamaan dalam pergerakan ringgit di antara 1997/98 dengan sekarang, perbezaan yang ketara adalah kekuatan ekonomi.” – Kolumnis Jagdew Singh Sidhy, The Star.

Dalam artikel lain yang diterbitkan pada tahun 2010, kolumnis tersebut ada menerangkan tentang perubahan pembentukan yang Zeti buat untuk membina kembali sektor perbankan negara kita. Perubahan ini diuji sekali lagi bila nilai ringgit kita jatuh baru-baru ni, bila ada pendapat yang meminta agar nilai Ringgit ditambat.

Tapi, Zeti yakin yang Malaysia takkan lalui nasib yang sama.

Klik untuk baca keterangan beliau kenapa masalah sekarang berbeza dengan yang lalu. Gambar dari The Star.

Dalam artikel kami yang lepas, kami ada temubual beberapa orang yang tentang nilai ringit, dan dorang setuju yang keadaan ekonomi kita sekarang jauh bezanya dengan krisis 1997/1998 disebabkan benda-benda yang telah dilakukan oleh BNM dulu.

“Dengan menambat nilai mata wang sekarang, ia bermakna kita akan kembali pada satu masa di mana dasar  ekonomi negara berada dalam keadaan lemah.  Segala usaha positif yang dilakukan oleh Bank Negara kita akan menyebabkan kita kembali menjadi negara dunia yang ketiga” — Cerita seorang pekerja bank kepada CILISOS.

Bukanlah nak kata situasi kita ni cantik molek je semua. Kita masih ada banyak isu, cuma ianya isu-isu yang baru dan sangat berbeza, sesuatu yang diluar kawalan BNM, dan Zeti sendiri pun ada bagi hint pasal benda ni.

3. Zeti Aziz merupakan wanita pertama (dan yang kedua paling lama) memegang jawatan sebagai Gabenor BNM

Semua gabenor Bank Negara Malaysia adalah lelaki sehinggalah Zeti memecah tradisi sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut. Dan nampak gayanya tak ramai yang tahan lama dalam jawatan ni.

Kami terjumpa beberapa artikel yang menceritakan macam mana hubungan antara BNM dan kerajaan mula merosot semenjak awal 1980 sewaktu gabenor yang ketiga. Berikut merupakan cerita tentang gabenor yang ketiga hinggalah yang keenam:

  • 1980-1985: Tan Sri Abdul Aziz Taha meletak jawatan setelah terdapat beberapa isu dalam sistem memberi pinjaman
  • 1985-1994: Tan Sri Jaffar Hussein kerugian lebih kurang RM15 Billion dalam urus niaga pertukaran asing dan akhirnya meletak jawatan.
  • 1994-1998: Tan Sri Ahmad Mohd Don meletak jawatan ketika krisis 1997/1998 kerana kurang bersetuju dengn cara kerajaan menanganinya.
  • 1998-2000: Tan Sri Ali Abul Hassan, hanya menerajui BNM selama setahun setengah dan selepas itu meletak jawatan.

Setakat ni dah 16 tahun Zeti menjadi gabenor, dan cuma gabenor kedua, Tun Ismail bin Mohamed Ali je yang pernah memegang jawatan ini lebih lama.

Gambar Zeti sewaktu graduate dengan mak abah. Gambar daripada malaycivilisation.ukm.my

4. Kerjanya dikatakan sebagai satu jihad

Mufti Perlis (aka Dr. MAZA) ada menulis tentang Zeti:

Klik untuk pergi ke post tersebut.

Cumanya Ustaz Asri tak sebut pulak siapakah “pengkhianat dan penjenayah”, tapi banyak orang komen yang post ini dibuat disebabkan kelantangan Zeti Aziz bersuara dalam skandal 1MDB.

[Update 24/3/16: Baru-baru ni Zeti cakap yang dia akan mengambil tindakan ‘pentadbiran’ ke atas 1MDB sebab 1MDB masih tak bagi sebab kenapa RM7.7 bilion ada kat negara luar. Tapi kata Zeti lagi, paling-paling kuat pun 1MDB akan kena saman je. Tapi ye la, berapa ramai sangat yang berani bersuara akan 1MDB sambil maintain macho? Sudah tentunya bukan bekas TPM kita.

Bukan itu sahaja, Zeti juga sering dipuji oleh Sektor Perbankan Islam. Dalam artikel ini memberitahu bagaimana Zeti merupakan penyokong kuat Sektor Perbankan Islam Malaysia. Zeti juga telah membuka jalan kepada semua wanita untuk memegang jawatan tertinggi dalam industri perbankan.

“Di Malaysia, Zeti telah menjadi sebuah benteng yang kukuh dengan kebijaksanaanya dalam sistem kewangan Islam, dan kita terhutang budi kepadanya.” — Christina Lagarde, Pengarah Urusan IMF.

Tetapi, kejayaannya yang terbesar adalah pada tahun 2012 di mana beliau telah dianugerahkan Anugerah Bank Pembangunan Islam dalam Kewangan dan Perbankan Islam.

Zeri menerima anugerahnya. Gambar daripada website rasmi Kementerian Luar Negara

5. Zeti berjaya melindungi sistem perbankan daripada sentuhan politik

Untouchable macam Muhammad Ali! Gambar dari giphy.com

Korang pernah dengar pasal Akta Bank Pusat Malaysia 2009? Selepas beberapa bulan Najib jadik PM, akta ini wujud dan tujuan akta ini adalah “untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh Bank-bank Pusat dalam persekitaran yang pesat berubah.

Panjang gila akta ni tetapi ada satu artikel yang mengatakan bahawa akta ni lah sumbangan terbesar Zeti untuk Bank Negara Malaysia

“Antara sumbangan terbesar Zeti sebagai seorang Pegawai Bank Pusat adalah pada tahun 2009 apabila Zeti memastikan kemerdekaan BNM daripada kerjaan, satu perkara yang sukar dilaksanakaan dalam negara yang tidak mengamalkan demokrasi liberal.” – Kolumnis Eric Ellis, Euromoney.

Menurut Alvin Vong daripada Equities Tracker, benda paling penting dalam Akta tersebut adalah tentang bagaimana hanya Agong sahaja yang mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan Gabenor Bank Negara.

Dan PM hanya boleh membuang pelantikan Timbalan Gabenor sahaja. Screencap daripada bnm.gov.my, page 23.

Akta ni sangatlah berguna tahun lepas bila sorang-sorang kena pecat atau naik pangkat tak tentu pasal, nak lagi bila ada desas-desus tentang beberapa pihak yang ingin menjatuhkan Zeti. Akta ini juga telah membolehkan Zeti mengeluarkan kenyataan sepert ini:

“Sangat penting bagi kami sebagai Bank Pusat untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ada. Ini adalah kritikal bagi menjamin keberkesanan dan integriti sistem kewangan.” – Tan Sri Zeti Aziz, tentang mengapa BNM terpaksa membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan antarabangsa, dipetik dari The Star.

Korang boleh baca lebih lanjut tentang akta ini di sini.

Dalam waktu yang tidak menentu, mungkin Zeti lah hero dibalik tabir buat sekian lamanya

Walaupun Zeti dah nak pencen, kesan yang beliau tinggalkan sebagai seorang Gabenor akan dirasai dalam tahun-tahun yang mendatang. Ini kerana beliau bukan sahaja telah menyediakan pelan persaraan untuk dirinya tetapi juga pelan untuk BNM.

“Kami mempunyai perancangan penggantian yang baik. Ini mencerminkan kekukuhan bank. Dan saya percaya kita mempunyai calon yang berjaya untuk menjadi gabenor . “- Tan Sri Zeti Aziz, seperti yang dipetik oleh New Straits Times

3 orang timbalan Gabenor Bank Negarasekarang. Gambar dari The Rakyat Post.

Tetapi beliau bukan sahaja mahukan pengganti yang baik. Beliau ada menyatakan yang beliau ada fikir nak pencen awal tapi memilih untuk menghabiskan tempohnya disebakan keadaan semasa.

“Saya memilih untuk terus kekal bersama dengan bank kerana sekiranya terdapat apa-apa isu, jawatan hanya akan diserahkan setelah isu-isu tersebut selesai.  Saya tidak mahu pengganti saya disibukkan dengan masalah-masalah ini semua, jadi saya mengambil keputusan untuk kekal tak kiralah apa bebannya terhadap saya secara peribadi.”- Tan Sri Zeti Aziz, dalam temubual dengan Euromoney.

Malah sewaktu PRU13, walaupun situasi politik tidak menentu, rakyat Malaysia masih boleh bergantung harap kepada BNM (sekurang-kurangnya daripada segi kewangan).

Dan semakin hampir dengan hari persaraanya, nampak macam elok sangatlah kenyataan ini dibuat:

“Saya akan menamatkan 16 tahun di pejabat, dan 34 tahun dengan BNM. Hampir semua yang saya nak buat, saya dah buat, dan BNM adalah satu institusi yang kukuh.” – Tan Sri Zeti Aziz, dipetik oleh The Malay Mail Online

Selamat bersara, Tan Sri Zeti Aziz.

Image daripada Charles Pertwee dalam Bloomberg.