5 artis Malaysia yang mendapat pengiktirafan dunia

KUMPULAN RAIHAN NOTA: SCAN

Radio dan TV kita memang banyak memainkan lagu-lagu dari negara luar. Kalau dulu band dari Indonesia sangat popular sampaikan sejak zaman Sheila on 7, Peter Pan, Radja semua. Dan sejak beberapa tahun yang lalu pulak kehangatan K-Pop semakin menjadi-jadi terutamanya di kalangan remaja.

Korang percaya tak yang kita ada sorang artis ni ranking dia kat carta lagi tinggi dari artis antarabangsa (terutama sekali USA). Dia siap tulis lagu dengan artis Hollywood dan jadi anak didik Pharrell (mamat ni pernah dinobat 32 kali untuk Anugerah Grammy dan menang 11).

Tapi macam mana pula  pengaruh artis-artis kita yang lain di negara luar? So kitorang buat throwback untuk meraikan sumbangan dorang di peringkat antarabangsa. Ada di antara senarai ni yang korang memang dah biasa dengar, dan ada jugak yang tak berapa familiar (bagi yang dah lama tak dengar radio lah), termasuklah:

1. Asalnya artis indie, kini dah bekerjasama dengan Usher, Pharrel Williams, dan Incubus

Artis: Yuna (FacebookiTunes )

Gambar dari Saintheron

Yuna mula femes sekitar tahun 2008/2009 dan terus masuk mainstream apabila lagu Dan Sebenarnya jadi hit di radio-radio tempatan. Selain daripada suara dan bakatnya dalam menyanyi/menulis lirik, ramai yang kagum sebab Yuna kekal bertudung walaupun bergelar artis.

Sejak tu kareer Yuna terus meledak macam lagu dia jugak, Rocket. Yuna memenangi pelbagai anugerah tempatan termasuklah Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Di peringkat antarabangsa, berebut-rebut syarikat U.S. nakkan Yuna daripada IndiePop, Fader Records, sampailah ke Verve Music Group. Yuna jugak banyak bekerjasama dengan artis terkenal termasuklah Pharrel Williams dan juga Usher. (Tapi mungkin yang buat band-band lokal berbulu kejelesan adalah bila Yuna buat cover lagu “I Miss You dengan gitaris Incubus sendiri!)

Selain daripada menggayakan fesyen tudung yang sentiasa gempak, Yuna ni memang terkenal sebab rajin balas tweet peminat, siap guna loghat Perak gitu!

*Update Ogos 2016 : Single dari Yuna ‘Crush’ ranking no.5 kat carta U.S adult R&B Billboard manakala album dia Chapters ranking no.16 di mana ranking tu lagi tinggi dari artis A-list USA macam Kendrick Lamar dan Drake.

2. Album pertama kumpulan ni mencatat 3.5 juta unit jualan di seluruh dunia, sekaligus menjadi album Malaysia terlaris sepanjang zaman!

Ahli asal Raihan. Gambar diambil dari kosmo

Siapa yang tak kenal dengan Raihan, kan? Kemunculan Raihan sekitar tahun 2000-an dianggap sebagai pencetus kepada zaman kegemilangan nasyid yang menyebabkan banyak lagi kumpulan nasyid ditubuhkan termasuklah Hijjaz, Rabbani, Brothers, dan banyak lagi.

Raihan mula keluar dengan album Puji-Pujian (1996) yang mencipta rekod sebagai album tempatan paling laris, dan sampai sekarang album tersebut dah terjual sebanyak 1.5 juta unit, manakala kesemua album mereka terjual sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia. Menurut Wikipedia, ini menjadikan Raihan sebagai artis Malaysia paling berjaya mengikut jualan album (tapi sumber Wikipedia semua dah kaput sebab website dah lama sangat kot… #soscilimintakmaaf #clickbait)

Queen Elizabeth II sendiri pernah melawat Raihan di Studio Synchosound, Petaling Jaya. Time tu Raihan perform untuk majlis penutup Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Queen Elizabeth II bersama Raihan. Gambar dari aizat-nasyeeddnn.blogspot.com

Raihan juga adalah antara artis Malaysia yang berpeluang perform kat Royal Albert Hall. Selain Raihan, kebanggaan ini hanya pernah dirasai oleh Allahyarham Sudirman dan jugak Dato’ Siti Nurhaliza. Satu lagi pencapaian hebat Raihan adalah mereka dipilih sebagai The 500 Most Influencal Muslim In The World pada tahun 2009.

Bukan sahaja group penyanyi yang berkebolehan tetapi juga philanthropist 

Tahun 2014 pula Raihan telah dilantik menjadi ikon Islamic Relief Malaysia dimana kerja-kerja amal dilakukan untuk membantu insan susah terutama sekali yang terlibat dengan perang dan kemiskinan (ini organisasi antarabangsa tau, bukan kat Malaysia je ada).

Walaupun dah bertahun-tahun, Raihan bukan je telah memajukan industri muzik terutama sekali dalam genre Nasyid malah layak jadi ikon modal insan yang baik so memang tak mustahil la untuk kita anggap diorang ni sebagai world class artist.

3. Artis bumi kenyalang yang buatkan ukulele jadi cool

Imej dari BandsInTown.

Zee Avi adalah contoh klasik bagi artis yang mula menapak dalam industri muzik melalui YouTube. Pada tahun 2007, dengan tujuan nak tunjuk member dia lagu yang pertama dia tulis, Zee Avi pun upload lagu Poppy ke YouTube. Daripada channel YouTube ni lah dia mula dikenali sampailah Brushfire Records ambil Zee Avi sebagai artis dorang. Technically speaking, Zee Avi pun menjadi seorang artis antarabangsa.

Album pertama Zee Avi keluar pada tahun 2009, dan Associated Press siap masukkan album ni dalam Top 10 Album Terbaik Tahun 2009 (ni senarai antarabangsa beb!). Dua tahun lepas tu, album Ghostbird pulak dikeluarkan dan jadi album Malaysia pertama yang masuk dalam US Top 200 Billboard.

Zee Avi jugak ada mendapat pengiktirafan daripada negara kita sendiri, termasuklah dua pingat dari kerajaan Sarawak iaitu Pegawai Bintang Kenyalang dan juga Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak.

 

4. Band Malaysia pertama yang masuk carta mainstream US Billboard Chart

Artis: Paperplane Pursuit (Facebook, iTunes)

Gambar dari Facebook.

Kalau korang selalu bukak stesen radio English macam Hitz FM ataupun Mix FM, mungkin korang ada terdengar lagu hit Paperplane Pursuit macam Who’s Gonna Stop Me. Siapa sangka yang lagu catchy macam ni sebenarnya daripada band lokal kita je!

Dorang ni mula main muzik sama-sama sejak sekolah menengah lagi sebenarnya, dan dah tukar macam-macam nama band sampailah Paperplane Pursuit ditubuhkan pada tahun 2009 dengan genre pop dan stail yang lebih optimistik. Antara highlight kareer dorang adalah bila berjayaasuk US Billboard Chart selama 6 minggu berturut-turut!

Bila ditanyakan tentang hala tuju muzik dorang, John (vokalis) ada sedikit komen tentang genre yang dibawa:

“Dalam scene para musician, muzik pop ni orang macam pandang rendah je. Tapi dalam kategori tu sendiri kami berjaya hasilkan pelbagai benda-benda menarik. Saya bangga kerana muzik yang kami hasilkan selalunya takkan keluar radio, tapi sebab ianya adalah genre pop, ianya berjaya masuk mainstream.” – Paperplane Pursuit, dalam interview dengan FHM.

5. Artis yang jumpa rezeki di negara jiran setelah lebih sedekad mencuba di negara sendiri

Artis: Shila Amzah (Facebook, iTunes)

Imej dari The Star.

Kalau korang generasi old school, mungkin korang ingat N.D. Lala yang hit dengan lagu Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Haa, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan.

Oleh kerana dok sibuk ikut ayah dia buat show, Shila Amzah pun mula menyanyi sejak umur 9 tahun lagi. Tapi setelah lebih sedekad berhempas pulas di negara sendiri, rezeki Shila nampaknya murah di negara jiran apabila menjuarai Asian Wave 2012 mengalahkan peserta daripada Thailand, China, dan Korea Selatan.

Sekarang ni Shila Amzah ada jutaan peminat di China (kat Weibo je dah ada 2.5 JUTA followers), sampaikan kalau dia tutup muka pun peminat China boleh kenal! Sekarang ni Shila sedang belajar Putonghua dan Kantonis untuk mengembangkan kareer dia. Mak ah, kita yang kena switch Bahasa Melayu dengan English ni pun dah tercungap-cungap dah, macam mana la member-member cina boleh ingat semua dialek, kan.

Baru je bulan lepas, Shila Amzah telah dinobatkan oleh kerajaan Malaysia sebagai Duta Pelancongan Malaysia di China. Semoga terus sukses, Shila!

Sejauh mana lagi boleh kita pergi?

Selain daripada artis-artis yang memahat nama sendiri di peringkat antarabangsa seperti kat atas ni, banyak jugak pemuzik tempatan yang jadi band member atau artis jemputan untuk artis-artis antarabangsa termasuklah Jacky Cheung, Jay Park, dan Air Supply.

Mungkin jauh lagi perjalanan industri muzik kita untuk mencapai tahap yang setanding dengan Indo-Pop ataupun K-Pop. Malah sebenarnya pernah ada protest daripada persatuan artis Malaysia untuk mengehadkan lagu-lagu Indonesia yang dimainkan di radio. Tapi bukankah persaingan itu sesuatu yang sihat?

Apa-apa pun, kita jangan pernah berhenti berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia di persada seni. Bak kata pepatah Iban, “Agi Idup, Agi Ngelaban”!

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance