Wartawan dari Israel ni mendedahkan tindakan Malaysian Troll Army di mata dunia

Dua bulan yang lepas, seorang Pengarah Senior di Jabatan Perdana Menteri Israel, Ido Daniel telah memuat naik satu video di akaun Twitternya. Dalam video tersebut, dia memberikan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana membuli siber dengan perkataan “Israel koyak”.

Korang tengok video tu di bawah:

Tapi macam biasa la, kita semua pantang mengalah kerana rakyat Malaysia menunjukkan bakatnya dalam troll video tu balik. Macam video dan gambar yang orang kita buat untuk menunjukkan kebencian terhadap Ido Daniel ni.

Bukan tu je, seorang wartawan Israel bernama Emily Schrader turut terkena tempias. Dia sering memuat naik kenyataan tentang situasi yang berlaku semasa pergolakan yang berlaku di Palestin, tapi dia ni kena bash teruk dengan rakyat Malaysia.

Punyalah koyak dia ni dengan kita, sampai buat…

Video pendedahan mengenai Malaysian Troll Army

Mesti korang tertanya-tanyakan, video apa yang dia buat tu? Okay rileks, kami letak video tu dalam artikel ni (boleh tengok di bawah):

Dalam video ni, Emily Schrader mengatakan semasa operasi di Palestin beberapa bulan lepas, telah muncul satu fenomena digital yang dipanggil “Malaysian Troll Army“.

Kitaorang rasa semua dah tahu yang pasal troll dan bot berunsurkan anti-semitik di media sosial, tetapi apa yang berlaku di Malaysia sangat berbeza.

Seluruh kumpulan dan organisasi anti-israel melancarkan serangan siber yang strategik untuk menangguhkan dan menghapus akaun media sosial israel dengan hashtag Israel Koyak (#israelkoyak). Hashtag tersebut digunakan lebih dari setengah juta kali dalam dua minggu semasa operasi israel.

Para penggodam Malaysia kita telah target pro-Israel (sama ada awam dan swasta) untuk mengancam mereka dengan menggunakan dua cara. Pertama, mengganggu dan mengirim content spam ke akaun mereka.

Kalau korang perasan, dekat Twitter ramai yang spam dengan gambar dan kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan orang Israel. Ada juga yang menggunakan format video.

Kedua, memadam dan menyekat (blockong) akaun pro-Israel. Kalau korang nak tahu, hebat tau para penggodam kita kerana mereka berjaya menggodam akaun WhatsApp Pegawai Tinggi Kerajaan termasuk seorang Pegawai Kanan di Kementerian Urusan Strategik Israel. Operasi ini dipanggil #Opsisrael dan #Opsbedil.

Punyalah hebat mereka ni sampaikan jurucakap IDF terpaksa menukar nombor telefon kerana banyak kali kena godam dan dapat spam mesej.

Antara penggodam-penggodam yang terlibat dalam operasi ni ialah:

  1. Anon Ghost.
  2. Dragon Force Malaysia.
  3. Rileks Crew.
  4. T3 Dimension Malaysia.

Emily Schrader juga mengatakan perkara ni bukanlah sekadar hacktivisme, tapi perang digital. Dengan menggunakan Telegram, para aktivis  Malaysia telah menubuhkan kumpulan yang dipanggil Team Suspend Twitter. Mereka berulang kali masuk ke akaun dengan kata laluan palsu untuk menyekat akaun pro-Israel termasukla akaun si Emily ni.

Dia juga ada mendedahkan tentang gerakan Dragon Force Malaysia:

“…kumpulan lain Dragon Force Malaysia membocorkan nombor telefon israelis dan menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat mereka. Hasilnya, beribu-ribu akaun whatsapp disekat dan kalau tak kena sekat pun, kena ganggu.” – Emily Schrader, petikan dari video Exposing the Malaysian Troll Army.

Oh ye, si Emily ni ada juga mention Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM). Mana yang tak tahu lagi, mereka ni la yang bash akaun Twitter Israel Defence Force (IDF), sampaikan IDF ni tweet tak puas hati pasal mereka.

Perkara paling penting sekali, si Emily ni mengatakan semua perkara di atas yang kami tulis ni dianggap melanggar community standards untuk mana-mana media sosial.

“Oh dan btw, menggunakan media sosial untuk gangguan yang disasarkan sama sekali bertentangan dengan community standards untuk mana-mana platform media sosial.” – Emily Schrader, petikan dari video Exposing the Malaysian Troll Army.

Dia juga ada mention kenapa pihak-pihak media sosial terlibat, tidak buat tindakan ke atas akaun media sosial dari Malaysia ni. Dia juga memberitahu Twitter, Facebook dan Telegram gagal dalam membendung content yang berbaur anti-semitik.

Oleh itu…

Adakah kita perlu takut dengan ancaman dari Israel?

Sebenarnya, korang tak payah takut pun dengan ancaman mereka, teruskan je perjuangan. Satu lagi, jangan jadikan ia sebagai trend kerana kita boleh lihat makin lama, makin dah tak ramai orang kongsi pasal keadaan di Palestin.

Jangan mengaku kalah! Imej dari GIPHY.

Kalau korang pening kepala tak tahu macam mana nak update dengan isu semasa yang berlaku di Palestin, korang cari je mereka ni (boleh tekan pautan yang diletakkan):

  1. Ikhwan.
  2. Awan Wafdan.
  3. Irfan_newboys.
  4. Quds News Network.

Satu lagi, kalau nak bash atau komen dekat mana-mana posting media sosial dari pro-Israel ni, pastikan kita jaga bahasa kita. Jangan korang keluarkan kata carut pula ye.