Kenapa Mahathir nak buka Kedutaan baru kat Palestin kalau Msia dah ada satu?

(This article is a translation. For the original visit our sister site, CILISOS)

Seperti yang kita semua tahu, hubungan Malaysia dengan Israel memang tak berapa nak baik. Sebabnya – korang tahu-tahu je la. Tapi kalau korang tak tahu, korang boleh baca kat sini.

“Ikut skrip,,, ikut skrip”. Imej dari buletinonline.net

Dan secara dasarnya, Malaysia memang menyebelahi Palestin dalam konflik Israel-Palestin, jadi Malaysia tak pernah menganggap Israel sebagai sebuah negara sejak Rancangan Partisan PBB 1948 (dan kita tak berseorangan, 36 lagi buah negara menyokong perkara ni)

Bukan tu je, pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengumumkan rancangan untuk membuka kedutaan diiktiraf ke Palestin untuk memudahkan usaha Malaysia untuk menghulurkan bantuan ke Palestin. Tapi…

Kedutaan baru ni sebenarnya bukannya terletak di Palestin, tapi di Jordan

Jelas-jelas lagi ia disebabkan ketegangan antara Malaysia dan Israel, di mana Israel takkan membenarkan Malaysia membuka kedutaan di ‘Wilayah yang Diduduki’. Dan itulah sebab Malaysia memilih untuk membuka kedutaan baru tu di negara jirannya, iaitu Jordan.

Jordan berkongsi sempadan Barat dengan Israel. Imej dari Lonely Planet

Tapi kenapa dengan pengumuman tiba-tiba dari Tun Mahathir ni? Sebabnya Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk menggabungkan semua Penempatan Yahudi di Tebing Barat (termasuk Lembah Jordan) jika dipilih semula. Tapi hanya ada satu masalah: tanah ini adalah salah satu daripada wilayah-wilayah yang dimiliki wilayah Palestin secara teknikal, dan penduduk Palestin melihatnya sebagai sebahagian daripada proses damai:

“(Pemindahan) ini membebaskan prospek selebihnya untuk keamanan dan negara Palestin yang berdaya maju dan bebas.”Saeb Erekat, Setiausaha Umum Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)

Selain tu, Israel mendakwa Jerusalem – jantung kepada agama Abraham (Islam, Kristian, Yahudi) – sebagai ibu negara mereka, dan beberapa negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat menempatkan semula atau berikrar untuk menempatkan semula kedutaan mereka di sana. Tun Mahathir bagaimanapun menekankan yang Malaysia ‘tak bersetuju dengan perkara ni’ dan cadangan kedutaan terbaru ini mungkin dilihat sebagai tindak balas kepada pergerakan kedutaan penempatan semula bangsa-bangsa Barat:

“Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab negara-negara berdaulat (seperti Malaysia) untuk membantu rakyat di negara-negara menghadapi situasi sukar dan ketidakadilan selama bertahun-tahun, sejak tahun 1948 (apabila Israel dibentuk).” – Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri Malaysia

Baitulmuqaddis dianggap sebagai tempat paling suci dalam agama Yahudi, Kristian, dan Islam. Imej dari Atlantik
Perlu diingatkan yang Palestin dah ada kedutaan di sini (di Jalan U-Thant, KL), dan kedutaan Malaysia ke Mesir nampaknya juga diakreditasi ke Palestin. Jadi secara teknikalnya… kita takde kedutaan sebenar di Palestin – tetapi rancangan terbaru untuk menubuhkan yang baru di Jordan menunjukkan solidariti yang jelas bagi rakyat Palestin.

Cadangan itu telah menyaksikan sokongan dari beberapa pihak, termasuk Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran, duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali, serta Menteri Luar Negeri Palestin, Riyad al-Malki.

Tapi kenapa kedutaan ni penting sangat, dan bagaimana sebenarnya langkah ini membantu rakyat Palestin?

Kedutaan adalah penting sebagai penunjuk hubungan baik antara kedua-dua negara

… di mana maksudnya juga, takkan ada kewujudan kedutaan Israel di negara ni dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya, sehingga Israel dan Palestin boleh mengetepikan perbezaan mereka dan menyelesaikan masalah antara dua negara.

Dan ya, kedutaan amat penting dalam hubungan antarabangsa, dan peranannya adalah untuk:

…memelihara dan melindungi hubungan antara negara tuan rumah dan negara yang diwakili oleh pejabat kedutaan tertentu.” – Si Kingston, tulisan bertajuk ‘What is the Role of an Embassy?’

Rakyat Malaysia membantah di luar kedutaan AS selepas larangan imigresen terhadap orang Islam oleh Presiden Trump. Imej dari Today Online

Contohnya, menarik balik duta besar dari negara lain biasanya dilihat sebagai cara yang pasif-agresif untuk memberikan  ‘silent treatment’ kepada negara tersebut: Australia menarik balik duta besarnya dari Indonesia pada tahun 2015 setelah Indonesia menggunakan hukuman gantung sampai mati kepada dua ketua pengedar dadah Bali Nine yang terkenal, di mana kedua-duanya merupakan warganegara Australia (tapi duta Australia tersebut akhirnya balik ke Jakarta).

Malah, Malaysia sendiri pernah buat perkara yang sama kepada Korea Utara  (ye, kita ada duta di sana dan mereka juga ada duta mereka di sini) selepas kes pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA, tapi  Tun M kemudian mengumumkan rancangan untuk membukanya semula – tarikh belum diketahui.

Hubungan kita agak baik dengan Korea Utara, tapi mengejutkan juga. Klik untuk baca

Walau bagaimanapun, kedutaan tak hanya terhad kepada rancangan simbolik persahabatan (atau bukan sahabat). Kedutaan juga berguna untuk orang ramai kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan konsular, menawarkan bantuan dan nasihat kepada warganegara mereka di luar negara.

Dalam kes Palestin, mempunyai kedutaan lain yang diiktiraf kepada mereka akan memanjangkan keupayaan Malaysia untuk bukan hanya memberikan bantuan kemanusiaan, tapi juga untuk menyokong rakyat Malaysia di rantau ini jika diperlukan, memandangkan Malaysia secara berkala menghantar pasukan kemanusiaan dan perubatan ke Palestin.

Dr. Fauziah Mohd Hasan, seorang doktor Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Israel semasa dalam misi ke Palestin. Dia kemudian dibebaskan. Imej dari Astro Awani

Tapi tak lupa juga pada tahun lepas, Malaysia mendapat tempat kedua dalam senarai pelawat ke Israel dari negara-negara tanpa hubungan diplomatik dengan mereka: sekitar 14,000 rakyat Malaysia melawat Israel pada tahun 2018, di belakang Indonesia seramai 37,555 (terkejut juga)! Jadi kedutaan baru boleh memenuhi keperluan mereka. Dan ya, sebenarnya rakyat Malaysia boleh je pergi ke Israel, tapi hanya untuk sebab-sebab tertentu.

Konflik Israel-Palestin sangat rumit, dan siapa pemenang dalam peperangan ni?

Israel dan Palestin telah melalui peperangan sejak tahun 1948. Dan mereka masih berusaha keras: pada awal tahun ini, kedua-duanya terjerat dalam pertempuran paling buruk sejak Perang Gaza 2014, dan direkodkan, sebanyak 140 buah rumah rakyat Palestin di Jerusalem telah dimusnahkan oleh Israel pada tahun 2019, dan mengusir 238 orang Palestin.

Seorang wanita Palestin bertengkar dengan seorang anggota polis sempadan Israel di Tebing Barat. Imej dari The World University Rankings

Dan nampaknya, konflik ni macam takkan diselesaikan dalam masa terdekat, kerana kedua-dua pihak seolah-olah tak bersedia mencapai kompromi. Dan sementara tu, apa yang terbaik dapat Malaysia lakukan sekarang ialah untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa konflik semampu yang boleh.