Kenapa TMJ satu-satunya orang DI DUNIA yang boleh terbang ke Korea Utara bila-bila masa?

UPDATE: 29/9/2017: Atas arahan kerajaan Malaysia, skuad Harimau Malaya tidak dibenarkan terbang ke Pyongyang berikutan “situasi tidak menentu di negara berkenaan kesan daripada siri ujian peluru berpandu dan skuad Harimau Malaya turut tidak terkecuali daripada larangan berkenaan”

(This article is originally written in English on our brader, CILISOS, read it here!)

Pada 19 September, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (atau lebih mesra kita panggil sebagai TMJ) menerima kunjungan Kim Yu Song, iaitu Charge D’Affairs Korea Utara untuk membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara, sambil mengeteh secawan dua kat Istana Bukit Serene.

Beberapa hari lepas tu, keluar berita ni kat agensi berita antarabangsa, Reuters.

Screenshot daripada Reuters.

Pergh, layanan ekslusif tu. TMJ sorang je yang dapat pas VIP ni? Dan apa kaitannya dengan bola?

TMJ adalah orang PERTAMA di dunia yang dapat akses peribadi ke ruang udara Pyongyang

(Selain daripada… orang Korea Utara la)

Kat laman Facebook TMJ, ada mengatakan yang selepas perjumpaan tu, “DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.” Tapi apa yang paling mengejutkan adalah:

Imej dari Johor Souther Tigers FB

“DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Sultan.  – FB Johor Southern Tigers

Sekarang ni kalau nak pergi ke Korea Utara kena mendarat kat Lapangan Antarabangsa Pyongyang, yang hanya menerima penerbangan daripada tiga bandar China (Beijing, Shanghai, dan Shenyang) dan juga satu bandar Russia (Vladivostok).

Bagi yang mabuk kapal terbang boleh naik feri daripada Russia ataupun naik keretapi daripada Beijing. At least korang (mungkin) ada roaming sebelum sampai ke Korea Utara.

Keistimewaaan TMJ, seperti yang dikatakan tadi, baginda adalah satu-satunya individu asing yang diberikan akses terus ke Korea Utara melalui ruang udara asing. Selain daripada pegawai-pegawai Cina di Beijing sebab ada laluan terus, pemimpin macam Trump dan Vladimir Putin pun kena masuk ikut laluan Beijing.

Kenapa TMJ dapat layanan VVIP ni, lagi ekslusif daripada Trump dan Putin?

Pasukan Malaysia sepatutnya main bola dengan Korea Utara, tapi asyik tertangguh…

Sepatutnya Malaysia dan Korea Utara telah dijadualkan untuk mengadakan perlawanan pada 29 Mac untuk AGC Asian Cup 2019. Tapi sebab tiba-tiba kita ada kes Kim Jong Nam tu jadi hangat, dan perlawanan tersebut dah beberapa kali ditangguh.

Pihak-pihak dalam terlibat dalam sukan bola sepak kita sedang dalam proses membincangkan tempat yang neutral untuk perlawanan tersebut, sebab ada yang takut pemain kita kena racun atau terdedah kepada bahaya kalau kita hantar ke Korea Utara. Malah benda ni memang permah berlaku sewaktu Korea Utara melawan Australia pada tahun 1966.

TMJ, mula-mulanya memang tak berkenan pergi ke Pyongyang. Imej dari The Star.

“saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan. Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia. Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan. – TMJ, dari laman Johor Southern Tigers

Nikmati sarapan pagi di hotel Pyongyang dengan pemandangan yang bombastik. Image edited from Booking.com

Dan hal keselamatan ni bukan main-main. Benda inilah yang terjadi kepada pasukan negara India sewaktu bermain di Pyongyang beberapa hari lalu. Waktu dorang nak check out hotel, staff bagitau yang kalau dorang bangun awal sebelum 6 pagi, boleh tengok peluru berpandu daripada hotel. Pergh, cakap pasal bom macam cakap pasal sarkis nak datang.

Nasib baiklah kumpulan tersebut selamat, takde sebarang perang nuklear berlaku. Tapi bila dorang sampai kat lapangan terbang, beg dorang pulak yang hilang…

“Kami tiada kasut, kit latihan atau bola untuk latihan pertama kami… Kasut yang dibeli adalah berkualiti rendah, ada yang salah saiz. Ini bukan apa yang kamu jangkakan daripada persekitaran yang professional.” – Erik Paartalu, pemain negara India dalam temuramah dengan news.com.au

Tak tau la sama ada kejadian ini disengajakan atau memang last minute beli kat kedai 5 ringgit, tapi TMJ semestinya tak nak mengambil sebarang risiko untuk pemain-pemain kita, malah dia kata mungkin kita kena bawa makanan sendiri.

“…salah satu maklumat yang saya terima mengatakan kami perlu membawa makanan sendiri oleh kerana isu sabotaj.” – TMJ, pada website Johor Southern Tigers

Jadi nampaknya penghormatan istimewa ini adalah melambangkan budi bicara daripada kerajaan Korea Utara dan juga memberi jaminan yang pasukan Malaysia akan selamat sewaktu di Pyongyang. Sebab kalau TMJ pun masih lagi berhati-hati, apatah lagi kita ni.

Sebab utama ia ditangguhkan adalah… hubungan tawar kita dengan Korea Utara

Kami pernah tulis artikel tentang 5 hubungan antara Malaysia dan Korea Utara, dan antaranya adalah ramai rakyat Korea Utara datang sini untuk belajar dan bekerja. Daripada artikel tersebut, kami simpulkan yang walaupun ada faedahnya daripada hubungan dua hala ini ini, kadang-kadang ia boleh jadi berat sebelah sehala je.

Post Instagram dari @tomanrwx, dipercayai satu daripada rakyat Malaysia yang terperangkap kat DPRK sewaktu krisis, kini selamat pulang pada 31 Mac.

Ingat tak bulan Febuari tahun ni bila Kim Jong Nam dibunuh kat KLIA? Kat situlah meningkatnya ketegangan hubungan kita dengan Korea Utara. Rakyat kita ditahan daripada meninggalkan Korea Utara, tak ubah macam tawanan la. Situasi ini berlansung sehingga hampir sebulan, tapi syukurlah akhirnya rakyat dari kedua-dua negara dapat pulang ke rumah masing-masing.

Namun walaupun selepas kejadian ini, Najib kata dia tidak akan memutuskan hubungan dua hala dengan Korea Utara. Setakat ni kita adalah antara 24 negara yang mempunyai kedutaan di Korea Utara, sebuah hubungan yang telah dibuat semenjak 2003 lagi. (Kita juga merupakan satu daripada 21 negara yang boleh pergi ke Korea Utara tak payah mohon Visa.)

Setakat yang kami boleh sahkan, ini merupakan krisis diplomatik pertama berlaku antara kita dan mereka. Ada sebuah laporan tahun 1985 di mana kerajaan Malaysia mungkin telah memberi amaran kepada kedutaan Korea Utara mengenai potensi serangan oleh ejen Korea Utara. Tapi kami tak dapat cari sumber yang sahih untuk kes ini.

Teksi Proton Wira kat Pyongyang. Geng-geng teksi Kelanaja Jaya pun tak kacau dorang ni. Gambar dari Wiki commons.

Ada laporan yang mengatakan ejen Korea Utara melaksanakan operasi penjualan senjata haram kat KL, dan juga ada rangkaian spy kat Malaysia. Dulu kita pernah jual kereta Proton kat dorang, siap bagi ijazah lagi kat Kim Jong Un. Kita jugak ada rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal kat sana, tapi nampak gayanya sekarang kita kena lebih berhati-hati.

Setelah perundingan, tarikh yang ditetapkan bagi M’sia lawan Korea Utara adalah 5 Oktober – kat Stadium Kim Il Sung, Pyongyang

Kumpulan bolasepak ADD Malaysia tahun 2016. Imej dari ESPNFC

Selepas pertemuan TMJ tadi, perlawanan bolasepak akan diteruskan mengikut jadual iaitu 5 Oktober kat Stadium Kim Il Sung. Jadi satu team ni boleh tumpang TMJ ke nak pergi Pyongyang? Setakat yang kami tau, hanya TMJ (dan keluarga serta staff baginda) yang dibenarkan naik flight terus dari Johor ke Pyongyang. Tapi rakyat Malaysia yang lain masih boleh pergi Korea Utara melalui Beijing.

Kat Pyongyang nak tidur kat mana? Pilihan agak terhad, tapi kitorang agak terkejut sebab ada jumlah reviu yang banyak kat TripAdvisor. Harganya pulak sekitar RM350-RM2110 (atau US$84-US$502) untuk semalam.

Reviu tu pulak boleh tahan positif:

Imej dari TripAdvisor.

Hotel datang dengan pelbagai kemudahan termasuklah tempat bowling, meja ping pong, kedai untuk beli minuman dan snek, dan juga restoran. Malah ada reviu yang sambil puji sambil menyindir.

“Bilik-bilik kat sini memang selesa dan bersih, dengan pemandangan Pyongyang yang indah. Bilik ini dilengkapi dengan penggera kayu yang pelik, jam/radio bersebelahan katil dan TV skrin nipis, yang menayangkan Al-Jazeera, jadi anda mungkin boleh dapat amaran awal kalau Amerika nak buat carpet bombing.” – reviewer, Tripadvisor

Kalau kita menang perlawanan Oktober ni, kita ada peluang untuk masuk Liga AFC yang akan diadakan di Emiriyah Arab Bersatu Januari depan. Sekarang ni kita ada satu poin belakang Korea Utara, dan kalau menang kita dapat 3 poin, seri 1 poin, kalah 0 poin.

Mari kita menyerah doa dan harapan agar semuanya selamat pada perlawanan 5 Oktober! Malaysia boleh!

Terima kasih TMJ sebab jaga kebajikan pasukan Malaysia!