STIVE ASIA, pasaran aset digital Asia Tenggara untuk dapatkan “art print on demand”

Undangan buat semua pencinta seni, ilustrasi dan produk mesra alam! Bersedialah untuk STIVE ASIA, hab kreatif terkemuka di Asia Tenggara yang berfungsi menghubungkan artis dan individu berbakat yang menggemari seni, barangan lestari dan melakukan perubahan menerusi seni yang bermanfaat. 

Beroperasi di bawah naungan panji kreativiti dan amalan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus), pelancaran menarik Art Print on Demand STIVE ASIA tidak seperti pasaran digital lain di luar sana.

Begini cara ia berfungsi: Artis terpilih STIVE ASIA akan menyediakan karya mereka pada platform yang membolehkan pembeli atau individu yang berminat memilih reka bentuk yang diingini, malah menambah unsur atau sentuhan peribadi mereka sendiri pada karya seni tersebut.

Ia kemudian dicetak mengikut penyesuaian pada produk akhir seperti baju-T, plastik kitar semula, beg kitar semula serta pelbagai barangan lain termasuk beg jut, sarung telefon dan lanyard kulit. Pemperibadian dilakukan menerusi alat penyesuaian dalam talian STIVE ASIA yang membolehkan pelanggan membuat penyesuaian secara bebas. 

Namun, produk akhir tersebut bukan sekadar barangan biasa. Untuk setiap barangan yang ditempah, ia memberi sokongan kepada amalan yang baik dan memacu perubahan sosial yang positif yang mana hasilnya akan didermakan kepada NGO kemanusiaan antarabangsa, World Vision. 

Pengasas STIVE ASIA Jeff Fan berkata, projek ini begitu dekat di hatinya memandangkan ia menepati misi 3-dalam-1 iaitu memperkasakan artis, meningkatkan pengalaman pelanggan dan membuka jalan kepada impak positif alam sekitar dan sosial berserta peluang pengewangan yang menyokong usaha untuk menjana pendapatan.

Sementara produk berkenaan mesra alam dan mampan, ia juga dihasilkan oleh masyarakat tempatan terpinggir berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mematuhi amalan pengeluaran beretika serta pada masa yang sama, memenuhi keperluan pelanggan bagi penghasilan barangan secara bertanggungjawab. 

“Saya berasa berbesar hati dapat menyumbang kembali untuk tujuan global yang mana peratusan daripada hasil jualan akan disalurkan kepada World Vision yang membantu kanak-kanak dan keluarga menangani masalah kemiskinan melampau menerusi pelbagai program,”

-Jeff Fan, pengasas STIVE ASIA.
Jeff Fan, pengasas STIVE ASIA.

Justeru, syarikat korporat, perniagaan kecil malah individu tidak perlu tercari-cari apabila mahu mendapatkan hadiah yang bermakna, luar biasa dan premium yang dihasilkan oleh golongan artis yang kurang mendapat perhatian ini – daripada beg kosmetik sehinggalah beg jinjing kitar semula – dan pada masa yang sama menampilkan hasil seni cetakan tersuai ini.

Tambahan pula, Art Print On Demand juga mempunyai keistimewaan sebagai pasaran percetakan atas permintaan yang pertama dan satu-satunya yang beroperasi secara dalam talian kepada operasi luar talian yang membantu golongan artis mempamerkan karya seni mereka secara dalam talian dan luar talian. Antara lokasi yang menempatkan kiosk Art Print on Demand termasuklah Kinokuniya KLCC, Stickerrific Jaya One, Bunkuya di Taiping, Taylor’s University dan INTI University. Pelanggan boleh mengunjungi lokasi ini dan mendapatkan barangan fizikal serta  bimbingan daripada petugas mengenai cara untuk menyesuaikan produk mereka menggunakan alatan pemperibadian secara dalam talian. 

Latar belakang tentang STIVE ASIA

Pada tahun 2020, ia bermula sebagai pasaran aset digital semua-dalam-satu yang mempunyai IP yang sah dan tulen, serta mengembangkan reputasinya secara berterusan sebagai platform utama untuk jenama, PKS atau pengumpul bagi membeli ciptaan yang hanya dihasilkan oleh artis sebenar dan tulen. Di luar negara, ia juga mengukir nama di Asia Tenggara sebagai ekosistem pertama yang membolehkan pencipta atau artis menjana pendapatan daripada hasil ciptaan mereka sehingga 7 jenis aset digital di bawah satu bumbung.  

“Kami menghargai komuniti pengguna dan pencipta yang semakin berkembang yang berkeyakinan terhadap STIVE ASIA. Ia membolehkan kami untuk melebarkan sayap lebih jauh dari mana kami bermula dengan IP digital, dan kepada tawaran terkini kami iaitu Art Print On Demand,”

-Jeff Fan, pengasas STIVE ASIA.

Para pencipta dan pengguna boleh mengakses pasaran IP digital tanpa sebarang kos di STIVE ASIA. Bagi mereka yang berminat untuk mengakses ciri-ciri tambahan, kadar untuk pelan langganan berbeza bagi pencipta dan pengguna adalah seperti berikut:

  1. Langganan Keahlian Artis, daripada $15/sebulan
  2. Langganan IP Tanpa Had untuk pengguna, $79/setahun

Selain daripada memperoleh IP daripada STIVE ASIA, pelanggan juga boleh melakukan crowdsource untuk ciptaan dengan meminta artis menghantar karya berdasarkan ringkasan kreatif dan akhirnya memilih karya yang menepati bajet mereka. Projek crowdsource tersebut bermula daripada serendah $199.

Kumpulan di STIVE ASIA

Sebagai platform penyelesaian kreatif sepenuhnya, STIVE ASIA menyediakan pengguna dan pencipta untuk membeli dan menjual IP Digital Sah, pertandingan reka bentuk untuk projek tersuai dan barangan mesra alam yang dicetak dengan IP digital.

Pada masa ini, platform berkenaan sudah menerima pendaftaran lebih daripada 1,000 pencipta, 50,000 IP dan jumlahnya kian bertambah, serta 100,000 sesi log masuk terkumpul sehingga kini. Ia juga mencatatkan kejayaan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama enam institusi pendidikan tinggi iaitu TARUMT, Raffles College, Taylor’s University, INTI University, UCSI dan Nippon Designer School, setakat ini. Matlamatnya adalah untuk memperkenalkan idea pengewangan IP digital kepada lebih 2,000 pelajar seni dan reka bentuk di kampus ini yang dilakukan dengan mudah menerusi STIVE ASIA.

Fan berkata, menjadi harapannya agar STIVE ASIA dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan, merangsang keusahawanan digital dan memupuk lebih ramai yang berbakat dalam bidang kreatif untuk jangka panjang.

“Impian saya ialah untuk melihat jenama ini meraih kejayaan bukan sahaja di Malaysia, dengan penggunaan yang meluas dan meningkat di seluruh komuniti dan pengguna kreatif di Asia Tenggara.”

-Jeff Fan, pengasas STIVE ASIA.

Art Print On Demand menawarkan produk bermula pada harga $19. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Art Print on Demand STIVE ASIA serta cara untuk anda meraikan seni dan kelestarian juga melakukan perubahan untuk masa hadapan, layari www.apod.stive.asia. Anda juga boleh ikuti STIVE ASIA di platform media sosialnya iaitu “Stive Asia Official” untuk Instagram, dan “Stive Asia” untuk Facebook, Tik Tok dan Xiao Hong Shu.