- 773Share sekarang!
- Email8
- Facebook765
- Share
(Read the original article in English.)
Tiap kali result SPM keluar (selalunya bulan 3), maka penuhlah surat khabar dengan kisah kejayaan budak-budak yang dapat straight A.
Inilah hari yang tidak ditunggu-tunggu oleh para remaja yang berusia 17 tahun. Jantung gugup. Muka cuak. Peluh membasahi dahi dan ketiak. Dan akhirnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun terpampang di hadapan mata.
Dengan pantas saya meneliti kemua sepuluh… kekecewaan yang harus dipersembahkan kepada mak abah nanti.
Time tu SPM lah segala-galanya. SPM bagus boleh masuk universiti, dapat biasiswa, dapat kerja elok, dapat kawin awal; senang kata itulah benda paling penting buat seorang pelajar yang tak kenal dunia. Nak lagi bila member sekelas semuanya pulun dan dapat straight A.
Tapi macam mana pulak kalau result saya tak berapa baik? Perlu ke saya repeat?
Sabar dik. Duduk dulu, buat Milo, mai sini abang nak cerita kenapa bila hangpa dah start kerja, 2A ni bagaikan bibit-bibit silam yang tak lah seteruk disangka.
1. Ia tak menjanjikan masa depan yang cerah
Bila saya tau saya dapat 2A, segala impian jatuh berkecai. Member semua nak jadi doktor la, lawyer la, angkasawan la… tapi saya? Saya terhegeh-hegeh selak surat khabar nak cari kolej.
Kalau korang dapat Straight A, alhamdulillah, tahniah! Tapi kalau takde rezeki, takpe, ini bukanlah penghujungnya. Nangis sikit, dan kita teruskan perjalanan.
Memang la straight A akan bukak peluang untuk dapat biasiswa, nak lagi yang semua orang kejar macam JPA, Maybank, Petronas. Lepas tu senang masuk IPTA, tapi sekarang ni dah kuota dah makin strict, dan saingan dah makin kuat. Kalau ada duit boleh bayar je yuran kolej.
Walaupun straight A nampak cantik molek atas kertas, tapi ianya takkan dapat menandingi pengalaman kerja yang sebenar. Kami tanya pendapat seorang konsultan yang pakar bab-bab bagi orang kerja ni.
“Kami nilaikan minat kamu pada kerja tersebut, motivasi, soft skill (kemahiran berkomunikasi), dan betapa sesuainya kamu dengan organisasi. Kamu perlu mempunyai perwatakan yang sesuai dengan pelanggan.” – recruiting consultant, dalam temuduga dengan CILISOS.
Hah, perasan tak yang takde pun dia cakap pasal keputusan SPM, sebab yang lebih penting adalah sikap dan juga kemahiran berkomunikasi. Walaupun kemahiran teknikal boleh dinilai melalui test dan exam; kebolehan untuk belajar melalui pengalaman (experiental learning) tak diajar kat sekolah, sebab hari-hari kita sibuk menghafal (rote learning).
Ramai orang yang berjaya walaupun tanpa straight A. Johan Farid Khairuddin dapat 1A je dalam SPM tapi kini dah jadi seorang pilot dan juga DJ radio.
“Bila saya dapat 1A, saya beritahu diri sendiri yang di sinilah bermulannya hidup saya. Biarlah saya bekerja keras dari saat ini.” – Johan, dipetik dari Star R.AGE.
Avinaash Subramaniam, lepasan cemerlang SPM dan pelajar Universiti Harvard, mendapati yang keputusan SPM tidak pun membantu dalam menghadapi dunia selepas sekolah.
“Di Harvard, saya sedar yang semua yang kita belajar sewaktu sekolah menengah adalah sia-sia… Saya rasa SPM bukanlah cara yang baik untuk menguji kepintaran seorang pelajar kerana ada rakyat Malaysia yang keputusan SPM mereka tidak berapa baik tetapi berjaya dalam kolej – Avinaash, dipetik dari Universal Education Agency.
Dan Avinaash ni bukan calang-calang orang sebab dia dapat 11A dalam SPM :D
Jadi kita kena ingat yang keputusan yang baik tidak semestinya merupkan kayu ukur akan kebolehan mahupun potensi seseorang.
2. Dunia ni bukan ada Aliran Sains dan Sastera je
Bila saya mula Form 4, ada dua je pilihan iaitu Sains dan Sastera. Tapi korang tau tak ada banyak lagi sebenarnya?
Ada Sekolah Vokasional yang menawarkan subjek sains dan teknikal. Subjek elektif ini juga ditawarkan di sekolah akademik biasa untuk meningkatkan penglibatan dalam bidang sains dan teknologi termasuklah Lukisan Kejuruteraan, Sains Pertanian, malah Pendandanan Rambut pun ada.
Dah tu kenapa semua orang ambil aliran sains je? Sebab daripada kecik, kita dah kena basuh dek ibu-bapa, guru, dan juga sedara mara yang banyak sangat pendapat tentang apa yang korang perlu buat. Asal jumpa je, dorang mesti kata:
“Ambik la aliran sastera supaya time universiti boleh belajar medicine. Kalau lepas Form 5 kau tak nak jadi doktor, boleh ambik Sastera waktu Form 6 pastu jadi lawyer.”
Baru umur 16 tahun dah semak kepala. Apa salahnya kalau korang ada plan dan impian sendiri? Apa salahnya kalau korang nak jadi seorang penulis, seorang spy, mahupun seorang tukang lompat tilam yang profesional?
Antara sebab yang mungkin menyumbang kepada pemikiran “aliran sains’ ni adalah polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan sejak tahun 70-an yang memberi keistimewaan terhadap pelajar sains, so sebab tu la golongan mak-bapak kita cemuih sangat kot…
Tapi itu pun dah tak penting dah sekarang kerana…
3. Tak semua subjek berguna di dunia sebenar
Kat sekolah, kita selalu ditekankan tentang subjek-subjek utama: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.
Ada jugak subjek wajib lain seperti Pendidikan Jasmani, tapi tak masuk exam pun. Malah kadang-kadang slot untuk subjek macam ni diganti oleh subjek-subjek utama lain, supaya pelajar boleh tumpukan lebih banyak masa untuk study supaya dorang boleh skor dalam exam.
Jadi oleh sebab kita masing-masing nak kejar straight A, kita terlupa perkara-perkara lain yang sama pentingnya untuk pembangunan kognitif kita seperti pemikiran kritikal, pembangunan artistik, dan juga kepintaran emosi.
Seorang pensyarah tempatan ada menulis tentang fenomena ini, di mana kita terlalu banyak menghafal segala fakta semata-mata untuk skor dalam exam.
“Melatih seluruh generasi muda untuk menghafal fakta sampai ke PhD? Itu tak ubah seperti mengisi dewan makan dengan nasi ayam berkualiti rendah.” – Alwyn Lau, dipetik oleh The Malaysian Insider.
Contohnya adalah Pendidikan Moral yang member bukan Islam kita wajib ambil. Korang tau tak dalam tu ada 36 nilai murni DAN pengertiannya yang perlu dihafal… tapi bila hafal otomatik jadi baik ke? Kalau ada pakcik tua nak melintas jalan, sempat ke kita nak baca, “Oh, aku kena menghormati hak golongan kurang upaya. Aku kena memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan“?
Kalau Pendidikan Moral korang dapat B, adakah korang dikira sebagai… tidak bermoral?
Sepatutnya, di sekolah kita diajar kemahiran yang betul-betul kita perlukan seperti menguruskan kewangan dan hal-hal cukai. Asian Institute of Finance (AIF) mendapati yang Gen Y di Malaysia mula mengumpul hutang sewaktu muda kerana terlalu bergantung kepada kad kredit. Pengetahuan untuk menguruskan wang sejak muda adalah sangat penting supaya kita mampu membuat pilihan yang bijak serta mampu memahami ekonomi daripada sudut pandangan yang lebih luas.
Tak lupa juga akan kurangkanya kesedaran seksual di Malaysia. Mungkinlah kita ada sembang pasal hal-hal ni dalam Sains Form 3, Biologi Form 5, dan Pendidikan Jasmani Form 5 (walaupun tak pernahnya time PJK ada kelas teori kan), tapi semuanya tentang mengelak hubungan seks. Dah tu bila masing-masing dah kahwin siapa nak ajar tentang seks cara selamat? Dah kahwin pun penting kena tau okehh.
4. Ia menggalakkan budaya banyak A tapi isi dalam haprak
Mungkin la budaya kita di Timur lebih mementingkan semangat kekeluargaan dan sikap menghormati orang tua. Menjalankan tugas penuh rajin dan patuh adalah penting, jadi sebagai seorang pelajar tugas kita adalah untuk belajar rajin-rajin dan dapatkan keputusan yang cemerlang.
Bila British memerintah Tanah Melayu hingga 1957, sistem pendidikan kita adalah berdasarkan General Certificate of Secondary Education (GSCE). Dengan kedua-dua pengaruh ni, kita masih berpegang kepada sistem pendidikan yang bertumpukan kepada peperiksaan.
Bukanlah kita perlu mengenepikan akan pentingnya exam, cuma kita perlu ubah pandangan kita yang kononnya gred yang bagus adalah segala-galanya.
“…ramai tak sedar yang tumpuan yang terlampau pada exam boleh menjadi ‘pembunuh senyap’ kerana ia akan menghasilkan pelayar yang tidak holistik.” – Datuk Sufa’at Tumin daripad Kementerian Pendidikan, dipetik dari Borneo Post.
Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak dihentam kerana menghasilkan robot, bukannya pemikir. Memanglah kita ada international school dan private school tapi tak semua mampu bayar.
Pastu ada pulak mak bapak yang hantar anak mereka ke macam-macam kelas tuisyen, samada perlu ataupun tidak, sebab biasanya kelas tuisyen ni ada tip jawab exam yang ekstra.
Sampaikan pada tahun 2014, kecoh bila ada cikgu tuisyen membocorkan kertas UPSR sampaikan budak-budak ni kena jawab balik kertas Sains dan Bahasa Ingeris. Dan sebenarnya dari dulu lagi kertas bocor ni pernah terjadi bagi kertas SPM dan STPM, ada mak bapak yang sanggup bayar untuk tolong anak masing-masing. Ada yang bertanya di The Malaysian Insider:
“Adakah kita mengajar anak-anak kita yang menipu itu dibenarkan supaya mereka boleh mendahului rakan yang lain dalam hidup?”
5. Banyak A tak penting, yang penting apa kita buat dengan A tu semua
Dalam satu temuduga radio, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan yang sekarang ni makin senang untuk pelajar skor dalam SPM, tapi kajian menunjukkan yang prestasi mereka ni tak seindah khabar.
Apa yang membimbangkan tentang sistem pendidikan kita ialah, bila da penat belajar di sekolah, apa je sebenarnya yang para pelajar bawa balik tiap kali kelas berakhir?
Tak seperti Malaysia, sistem pendidikan Finland adalah bercirikan holistik di mana ia melahirkan individu yang menyeluruh. Di sana, sekolah adalah asas sebuah komunity yang cemerlang, di mana para guru dihormati dan dilatih dengan baik, dan mereka hanya meluangkan 4 jam sehari di dalam kelas, dan dua jam seminggu untuk pembangunan profesional.
Kalau korang nak tau, Finland mula buat reformasi sistem pendidikan sejak 40 tahun yang lepas je, tapi kini merupakan sistem pendidikan terbaik di dunia. Kat negara kita ni pulak, dah 60 tahun kita cuba memperbaiki sistem pendidikan tapi kedudukan kita terus menjunam di mata dunia.
Tapi sebenarnya, malu jugak la nak tunjuk muka ni
Waktu saya mula-mula dapat result, memang segan jugak la nak mengaku. Saya tak bagitau pun kebanykan member yang lain sebab masing-masing result setinggi bintang. Saya sedar yang SPM ni memang membantu untuk langkah seterusnya iaitu kolej, dan lepas tu ijazah, dan seterusnya lah.
Tapi bila dah bertahun-tahun kerja, takde sorang majikan atau klien pun yang mintak saya keluar sijil SPM. Kalau ada, dah lama dah saya merempat tepi jalan carik internship.
Tapi itu apa yang kami fikirlah. Berapa A yang korang dapat dalam SPM dulu, dan apa yang korang buat sekarang? Jom kita sembang :)
- 773Share sekarang!
- Email8
- Facebook765
- Share