- 335Share sekarang!
- Email4
- Facebook331
- Share
(This article is a transation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Tak dinafikan, dunia ni penuh dengan misteri. Setiap kali kita dongak ke langit, kita selalu terfikir apa yang ada di ruang angkasa. Tapi dalam masa yang sama, kita lupa untuk lihat apa yang dibawah, iaitu di bumi kita sendiri.
Dan salah satu benda yang kita terlepas pandang adalah lautan. Ada sebenarnya yang ada dalam lautan, dan berapa dalam setakat yang kita tahu? Ni apa yang ada dalam lautan dalam, setakat yang dikaji oleh para saintis kita.
Ok lah, sebenarnya ada sebab kenapa kitorang letak meme ni. Korang tahu tak yang Malaysia sebenarnya antara negara yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti, membuatkan hutan kita ni kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Malah, salah satunya adalah kulat yang menyerupai kartun yang tinggal dalam rumah nenas dalam laut…
Kulat tu dinamakan Spongiforma squarepantsii, sounds familiar, kan? Betul lah tu, bunyinya macam Spongebob Squarepants. Cuma bezanya, span ni tinggal di dalam hutan hujan dibawah pokok.
Ye ke ni? Awat lawak sangat nama?
Nama spesies Squarepantsii ni jadi rasmi pada tahun 2011, iaitu apabila jurnal Mycologia oleh Desjardin, Peay dan Bruns lepas diorang berjaya kumpulkan spesimen ni kat Bukit Lambir National Park di Miri, Sarawak pada 2010. Ia juga tergolong dari genus spongiforma, yang merupakan genus baru yang pertama kali ditemui di hutan dipterokarp di Thailand pada tahun 2009 (spesies yang terdapat di sini dipanggil thailandica).
Setakat ni, hanya thailandica dan squarepantsii je yang ditemui dari genus ni. (Kalau korang nak faham lebih pasal genus dan spesies ni, baca kat sini.)
Nama genus spongiforma merujuk kepada badannya macam span, yang boleh kembali ke bentuk asal apabila air diperah keluar. Ni la cara spesies ni adapt untuk tujuan penyesuaian dan kelangsungan hidup.
Mana pulak datang nama squarepantsii? Disebabkan spesies ni nampak macam Spongebob, jadi diorang pun ‘Latin’kan nama Squarepants. Rupa-rupanya bila diorang tengok permukaan spesies ni melalui mesin imbasan teleskop elektron, nampaknya ada lubang-lubang yang macam apa yang ada kat muka Spongebob.
Kalau korang nak tahu, mula-mula tu editor Mycologia tak setuju dengan nama tu sebab nampak macam main-main je. Tapi tak tahu la apa diorang sembang belakang, last-last nama tu juga yang keluar dalam jurnal artikel yang diorang tulis.
“Setiap nama yang dicadangkan perlu mematuhi Kod Tataetika Zoologi Antarabangsa (ICZN).” – Dr. Pat Hutchings dari Muzium Australia kepada Australian Geographic.
Rupa-rupanya, kod/kanun ICBN menyatakan yang nama sah (walaupun pelik macam squarepantsii) tak boleh ditolak semata-mata sebab kita dengar macam tak sesuai. Satu contoh yang diberikan: Richardia L tidak digantikan oleh Richardsonia hanya sebab ia didedikasikan kepada seorang lelaki bernama Richardson. Jadi, squarepantsii ni boleh pakai la.
Dan mungkin sebab tu juga la korang boleh tengok nama-nama pelik lain macam Begonia kimjongilia dan Dendobrium kimilsungia, yang dinamakan sempena pasangan ayah dan anak pewaris takhta Korea Utara, iaitu Kim Jong Il dan Kim Il Sung.
Tapi selain nama tu, korang pernah terfikir tak apa Spongebob tu sebenarnya?
Dulu masa korang mula-mula tengok Spongebob, korang tak rasa pelik ke macam mana span boleh ada dalam laut, dan berkawan dengan makhluk laut yang lain macam tapak sulaiman, ketam, sotong, lobster, dan pelbagai ikan yang lain? (Sandy Si Tupai tu lain cerita eh).
Masa tu, korang rasa dia ni memang makhluk laut ke atau span basuh pinggan kat dapur tu? Kalau korang terfikir macam kitorang, kitorang sejujurnya fikir yang Spongebob tu sebenarnya span yang di flush dan akhirnya berakhir di lautan. Dan nampaknya ada perdebatan pasal kes ni di antara dua team yang rasa dia memang makhluk laut, dan ada yang fikir dia span kat dapur tu.
Jadinya debat antara Team Span Lautan dan Team Span Cuci Pinggan Mangkuk berakhir pada 2001 apabila pencipta animasi Spongebob, Stephen Hillenburg, diinterview Washington Post. Persoalan tu berakhir apabila Hillenburg berpihak kepada Team Span Lautan, di mana dia nak mengetengahkan span tersebut sebagai haiwan kelakar untuk kartun tersebut. Jadi, tu la jawapannya.
Oklah, mungkin Spongiforma Squarepantsii tu tinggal di daratan bawah pokok berbanding satu lagi yang tinggal di lautan, macam sepupu jauh. Tapi sekurang-kurangnya, spesies span dari negara kita.
- 335Share sekarang!
- Email4
- Facebook331
- Share