AEON memulakan jerayawara “Senyum Tour” di AEON Mall Bukit Tinggi, Klang sempena ulang tahun ke-40 AEON. Jerayawara ini dipenuhi pelbagai aktiviti libat urus bersama pelanggan dan promosi serta tawaran istimewa yang terhad khas kepada pengunjung AEON Mall.
Senyum Tour di AEON Mall Bukit Tinggi pada Sabtu, 25 April itu dilancarkan oleh Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. dengan satu majlis ‘light-up’ yang melambangkan kebahagiaan dan kemakmuran. Seramai 40 rakan niaga yang telah bersama AEON sejak sekian lama juga telah diraikan di dalam majlis tersebut.
Menurut Naoya Okada, “Senyum Tour’ merupakan satu inisiatif AEON untuk mengeratkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggannya. Ia dilaksanakan menerusi pelbagai aktiviti dan promosi istimewa khas untuk pelanggan yang telah menyokong kami selama ini. Sambutan ini bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran terhadap kejayaan yang dikecapi AEON, malah kami juga ingin berkongsi kegembiraan ini kepada semua pelanggan kami. AEON yakin usaha ini mampu memberi pengalaman dan memori indah kepada mereka. Ia amat selaras dengan tema ulang tahun kami yang ke-40 tahun ini iaitu Mengukir Senyuman, Mengikat Hati.”
Acara pada hari itu menampilkan siri aktiviti menarik yang menyatukan komuniti Bukit Tinggi, termasuk sesi zumba yang penuh tenaga, persembahan gendang Wadaiko yang mengagumkan, dan bengkel pembuatan mochi yang menyeronokkan.
AEON Mall juga menyediakan dekorasi menarik dengan hiasan 40 mochi di ‘centre court’’. Dekorasi yang mengagumkan ini akan kekal dipamerkan sehingga 5 Mei 2024. Dekorasi serupa boleh ditemui di beberapa pasar raya AEON yang lain di seluruh negara yang akan menampilkan tema musim sepanjang akhir tahun ini.
Senyum Tour menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Pelanggan boleh menikmati tawaran istimewa semasa Senyum Tour diadakan di pusat beli belah AEON termasuk produk pilihan seperti mi segera dalam cawan TopValu, fesyen Spy x Family, dan Home Coordy. Selain itu, jerayawara ini juga menampilkan pertandingan “Count Me”, yang menawarkan empat pemenang bertuah untuk melancong ke Jepun. Senyum Tour akan diadakan di AEON Mall seluruh negara bermula 27 April hingga 31 Disember 2024.Untuk maklumat lanjut mengenai jadual lokasi ‘Senyum Tour’, sila layari https://aeonretail.com.my/40thanniversary/, atau ikuti kami di media sosial.