Uncategorized

Sempena April Fool kitaorang buat Ambik Kau sebab nak kenakan orang, tapi kitaorang pun terkena jugak!

Jadi baru-baru ini, korang mungkin perasan atau dah baca pasal artikel buah dada wanita Malaysia merupakan kedua terkecil kat dunia, atau mayat manusia yang ditemui kat tangki air, ataupun 10 sebab kenapa rakyat Malaysia dah tak percaya lagi kat Mahathir?

Sesetengah daripada artikel tu sebenarnya betul, dan sesetengahnya tak sebab kitaorang pun tak tahu dari mana sumber yang sahih dan tepat. Sebab kitaorang pun tak semak dan pastikan betul-betul (haha). Kitaorang hanya copy dari laman web lain ke WordPress dan kitaorang setkan domain website yang dipanggil AmbikKau.com hanya dalam masa kira-kira 4 jam.

KENAPA CILISOSCILI/RojakDaily/SoyaCincau/Asklegal BUAT MACAM NI!?

Komen-komen korang. Imej dari CILISOS

Website (laman web) macam kitaorang, Rojak Daily, Soya Cincau dengan AskLegal dah lama diketahui oleh semua orang kat Malaysia pasal kandungan asal dan original yang kitaorang sendiri hasilkan. Kitaorang tak pernah tukar isi kandungan asal mana-mana artikel, kitaorang tak copy, dan kitaorang sangat pasti yang kitaorang tak ubah dan buat apa-apa pun kat website-website lain.

Dan, sejujurnya, tak banyak website yang macam kitaorang lagi kat dunia penulisan ni – website yang tak ubah kandungan asal atau berita yang nak disampaikan dalam artikel tu. Ada yang kongsi artikel dan video asal kitaorang, dan dah banyak artikel dengan video kitaorang orang copy sesuka hati sampai kitaorang pun tak mampu nak kira berapa banyak artikel kitaorang yang orang dah copy. Jadi kitaorang pun buat …

Surprise!!! Imej dari CILISOS

Di samping tu, sebenarnya kitaorang pun agak frust bila setiap kali kitaorang perasan artikel yang kitaorang dah kaji pasal “Kajian mengenai buah dada orang Malaysia” yang dah jadi hak orang lain. Dan sebab tu, kitaorang nak tunjukkan kat orang lain yang betapa mudahnya untuk nak dapatkan liputan orang ramai, paparan dan untuk menambah bilangan pembaca (trafik).

Dan macam mana dia akan bagi kesan bila korang tak suka kandungan yang korang baca tu. Dalam masa yang sama, ni merupakan eksperimen kitaorang, nak ubah gaya penulisan profesional penulis kat sini.

“Korang masih ingat apa yang kitaorang bagitahu untuk jadi penulis yang baik? Lupakan semua tu dalam tempoh masa 5 hari ni…” – CILIBOS

Jadi, perkara pertama yang kitaorang nampak dalam eksperimen ni adalah…

Kitaorang ambik masa 10 minit untuk hasilkan artikel

Biasanya, artikel dalam SOSCILI, CILISOS, SoyaCincau ataupun AskLegal akan ambil masa 2-5 hari untuk siapkan sepenuhnya. Kenapa? Sebab kitaorang kena pastikan maklumat yang kitaorang dapat tu, kemudian kitaorang akan sahkan sumber yang kitaorang dapat, dan lepas tu baru kitaorang mula buat artikel dalam gaya santai untuk hiburkan korang yang membaca.

Sementara tu bila korang baca artikel kitaorang, korang bolehlah dapatlah bagi sikit input dan pengetahuan baru yang boleh mendidik korang. (Yela, sebab kitaorang tak layak nak jadi cikgu =() Jadi, untuk AmbikKau, semuanya pasal perkara yang tak masuk akal yang bukannya gaya penulisan kitaorang pun!

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Website AmbikKau pada 1 April. Imej dari CILISOS

Kebanyakkan artikel dalam website tu kitaorang copy dalam website yang pernah copy artikel kitaorang sebelum ni. Contohnya:

  • Malaysia Today – Copy semuanya, cuma padam perenggan akhir dan letak link yang mengatakan “Baca keseluruhan artikel dalam Malaysia Today!”
  • The Coverage – Cuma ubah benda-benda yang simple, ubah beberapa baris dalam artikel tu, tambah lawak, dan kitaorang tak betulkan struktur tatabahasa diaorang.
  • MALAYSIA CHRONICLE – Diaorang ambik semua kandungan dalam artikel kitaorang, jadi kitaorang buat tajuk artikel tu jadi lebih sensasi!

Dengan adanya penetapan gaya penulisan yang macam ni, setiap website yang bergabung dengan kitaorang tulis 15 artikel (3 artikel bagi seorang penulis, jumlah keseluruhan masa 45 minit), dan berjaya hasilkan 60 artikel dalam masa sehari kat dalam AmbikKau.

Dan lepas sehari kitaorang wujudkan website AmbikKau ni, website tu nampak macam dah lama wujud. Dalam masa 7 hari, kitaorang berjaya menulis 200 artikel! Tapi semuanya ditulis dalam waktu lapang kitaorang lah. Cuba bayangkan kalau kitaorang isi masa kitaorang dengan tulis artikel dengan cara macam tu dalam masa sehari?

“Boss, saya suka buat artikel dalam Ambik Kau! Sangat senang dan saya rasa bebas waktu tulis artikel tu!” – Penulis CILISOS 

Sejujurnya, kitaorang berjaya guna Ctrl C & Ctrl V dengan berkesan!

Dan… salah satu artikel kitaorang jadi viral, dan jadi ‘hak milik’ website lain

Apa yang menariknya, artikel ni artikel pertama yang kitaorang tulis kat AmbikKau yang kitaorang ambik kat website The Coverage, yang di mana diaorang buat artikel ni berdasarkan satu kajian kat overseas.

Klik untuk baca artikel sebenar. Imej dari The Coverage

Artikel ni jadi viral, dengan anggaran 23,000 pembaca dalam masa 24 jam dengan beribu-ribu perkongsian! Dan tiba-tiba, ada perkara menarik berlaku bila 10 jam kemudian World Of Buzz pun post artikel yang sama!

Artikel tu jadi viral kat page diaorang jugak dengan jumlah perkongsian sebanyak 13,600! The Malay Mail pun keluarkan artikel yang sama! Tapi lepas tu ada orang keluarkan artikel yang mengatakan kajian tu adalah palsu. (Kitaorang sebenarnya dah tahu, sebab kitaorang memang semak sumber yang kitaorang dapatkan tu dulu sebelum kitaorang tulis sesuatu artikel). Dan diaorang keluarkan artikel ni…

Dengan tak buang artikel yang asal (dia cuma letak satu baris yang menyatakan kajian tu adalah palsu.) Tapi benda ni tak jadi viral (cuma 196 perkongsian je), dan juga menggambarkan isu dan masalah yang berlaku dengan berita-berita sosial pada hari ni – biasanya benda betul memang selalunya orang tak percaya dan tak menarik.

Dan, kitaorang pun copy semula pembetulan yang diaorang buat tu (kitaorang guna jugak featured image diaorang! Hehe) dan keluarkan artikel ni macam kitaorang yang buat, why not? Yang ironinya, World Of Buzz gunakan akses (plugin) yang orang tak boleh copy artikel diaorang, dan kitaorang cuma ambik artikel diaorang dengan simpan dalam PDF dan akses dia dalam Google Docs, dan tadaaaaa!

Imej dari Facebook Ambik Kau

KENAPA WEBSITE ORANG MALAYSIA BUAT MACAM NI!?

Sebenarnya, daripada 200 artikel yang kitaorang dah keluarkan, hanya 9 daripadanya dapat lebih daripada 1000 paparan dan pembaca (view). Tapi, jika hanya ambil masa 10 minit untuk tulis artikel, korang boleh terus buat sampai korang berjaya dapatkan emas …

Apa itu emas? Menurut sains, otak kita berhubung untuk merasai benda-benda yang sensasi. Dan bukanlah perkara yang baru.

Kajian psikologi dari tahun 2003 menganalisis muka depan berita- berita sejak tahun 1700-an sehingga ke tahun 2001. Kajian ni mendapati bahawa tanpa mengira tempoh masa, cerita tentang kematian, kecederaan, rompakan dan pembunuhan menguasai tajuk utama muka depan. “- Why Sensationalism Sells, ScienceLine.org

Sejujurnya, kitaorang pun terkejut sebab eksperimen kitaorang ni berjaya! Dalam masa 5 hari, kitaorang sebenarnya …

  • Mendapat 50,000 paparan (views) halaman dengan usaha yang minimum.
  • Mencapai 134,000 orang dengan halaman Facebook kitaorang, lebih daripada separuh daripada mereka berinteraksi atau klik pautan kitaorang.
  • Terima pertanyaan iklan.
  • Terima aduan daripada NGO mengenai artikel bodoh.

Tawaran iklan tu sangat mengejutkan kitaorang. Tapi sebenarnya tak perlu sangat pun. Sebab sebenarnya ramai pengiklan yang tengok paparan laman web secara keseluruhan, walaupun tu tidak berkaitan dengan tarikan sebenar yang boleh diperoleh daripada sesetangah jenama yang terkemuka.

Memandangkan situasi hari ni, kita lebih suka klik dengan apa yang ada kat media sosial, dan tanpa selidik kita terus sebarkan benda tu. Jadi, jika satu laman web tu berjaya disediakan dalam masa 4 jam dan boleh dapat 50,000 paparan dan pembaca dalam masa 5 hari, berapa banyak masa yang diperlukan untuk wujudkan berjuta-juta ‘penonton’?

Tapi apa yang kita boleh buat pasal benda ni?

Sebenarnya, Facebook dah plan untuk membayar penerbit dan pengeluar artikel yang boleh dipercayai, tetapi sehingga hari tu, tanggungjawab tu terletak pada … KORANG! Korang perlu mula fikirkan kandungan apa yang korang kongsikan, klik, dan juga kena pastikan sumber dari mana dia datang.

Dan tahniah kepada pembaca CILISOSCILI, ni adalah satu kejutan April Fool untuk korang supaya korang terus baca dan lihat apa yang kitaorang kongsikan.

Imej dari FB Cilisos

Dan kitaorang sebenarnya rasa tersentuh dengan apa yang diaorang dah buat. Disebabkan diaorang percaya yang kitaorang ni berada dalam standard yang tinggi. Dan diaorang tahu yang kitaorang tak akan pergi ke arah gaya penulisan yang macam tu, dan sejujurnya, kitaorang betul-betul rasa yang kitaorang dah buat kerja mengarut bila kitaorang tulis artikel yang macam tu.

Dan untuk maklumkan korang semua, website tu dicipta untuk mencetuskan perbualan yang menyatukan kitaorang daripada untuk pisahkan kitaorang, dan jugak untuk cari kebenaran dalam sesuatu perkara. Dan sebab tu lah 5 website ni bergabung untuk prank korang!

Walaupun tu sebenarnya tipu untuk korang semua … tapi setahun cuma sekali je (hehe)!

Happy April Fools semua!

 

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend