- 2.1KShare sekarang!
- Email20
- Facebook2.0K
- Share
Kalau bab makan orang Melayu dan Malaysia mesti tahu dari A sampai Z. Sampai tahap korang tahu je pasal makanan viral yang keluar kat media sosial dengan berita. Contohnya yang terbaru… *drum roll* “Kway Teow Cheese.” Tapi sebenarnya, ada bahayanya banyak makan cheese ni, ada kajian saintis bagitahu banyak makan cheese dan daging adalah sama bahaya macam hisap rokok!
Alamak. Kena larikan cepat-cepat dari orang ni. Imej dari Giphy.
Memandangkan kita dah tahu makanan yang bercheese ni banyak kalori dan berlemak, tapi macam mana kita nak cegah dari dapat penyakit yang bahaya dan nak buang lemak-lemak tepu ni? Mesti yang first ada kat kepala kita sekarang ni akan cakap; kenalah bersukan! Kalau terasa malas sangat, benda paling ringkas boleh buat adalah jogging. Berlari sahaja.
Manfaat aktivit ni memang banyak. Salah satunya boleh cuci mata. Sebelum sembang panjang lagi pasal jogging, rasanya korang yang dah terlebih makan Kway Teow Cheese dah boleh bersedia untuk aktiviti ala-ala jogging terdekat anjuran kawan kami di UKM. Pada 23 Mac 2019, ada satu larian amal; marathon kat UKM. Pendaftaran dah dibuka sampai 23 Februari 2019 tau, cepat daftar!
Cerita pasal marathon ni, kali ni SOSCILI nak cerita pasal jaguh marathon Malaysia yang orang tak familiar pun pasal dia. Waktu Sukan SEA 2017 haritu dia dah berjaya sumbangkan pingat untuk Malaysia tau. Nak tahu tak siapa dia? Jomlah baca sampai habis sambil tu bolehlah buat decision nak join marathon kat UKM tu sekali “#RUN AND SAVE ONE LIFE.”
1. Dari ahli Persatuan Sukan Lasak ATM ke atlet marathon
Untuk siapa-siapa yang nak kenal, gerangannya ialah Muhaizar Mohamad yang berasal dari Gurun, Kedah. Orang Kedah kenal tak dia ni? Siapa yang nak kenal dengan lebih dekat boleh la tengok Instagram dia, sambil-sambil tu ambil semangat macam dia juga.
Nak tahu tak apa rahsia dia jadi hebat dan terbaik dalam bermarathon? Sebenarnya dia ni seorang Tentera Darat dan jawatan dia sebagai Komando. Kita pun tahukan training tentera ni macam mana, sebab tu lah dia berjaya disiplinkan diri dia dan terus aktif dalam sukan marathon ni. Pada masa yang sama, dia memang aktif olahraga dan bola sepak. Lepas tu dia diserap masuk dalam Persatuan Sukan Lasak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan mula marathon dari tahun 2003.
Waktu dia menang Sukan SEA hari tu, satu Kem Sungai Udang sambut dia dan berarak kat sekitar kem. Punyalah bangga dengan pencapaian dia ni. Dah lah sihat, disambut sekampung pulak tu!
Orang start nampak dia punya kebolehan dan kehandalan waktu dia jadi juara marathon dalam Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) waktu 2014 dan dia pun banyak menang dan tuah sentiasa menyebelahi dia bila join marathon kat Malaysia. Dia mesti dapat pingat dan menjadi juara selama 4 tahun berturut-turut.
2. Kehandalannya berjaya dapatkan pingat untuk Malaysia lepas 44 tahun
Sebenarnya, Malaysia dah lama tak dapat pingat dalam acara marathon ni. Bukan nak cakap atlet-atlet marathon yang wakil Malaysia ni tak bagus tapi sebab atlet lain tu laju sangat. Kali terakhir Malaysia dapat pingat dalam Sukan SEA Singapore pada tahun 1973 melaui pingat gangsa milik M. Solaimuthu.
Tapi dengan kehadiran Muhaizar jadi wakil Malaysia waktu Sukan SEA Kuala Lumpur 2 tahun yang lepas, dia dah berjaya pecahkan rekod Malaysia lepas 44 tahun. Wow! Dan rekod catatan masa dia pun dah potong atlet Malaysia M. Solaimuthu tu. Masa yang dia ambil untuk sampai ke garisan penamat sepanjang 42 kilometer tu hanya 2 jam 31 minit 52 saat je. Jarak tu lebih kurang dari KL ke Banting.
Dan waktu tu yang dapat pingat emas atlet dari Singapura dengan masa 2 jam 29 minit 27 saat dan pingat perak atlet dari Indonesia, masa yang dia ambil 2 jam 31 minit 20 saat. Tak jauh beza pun.
3. Dia sanggup lari setiap minggu sejauh 140 km
Bila kita tengok orang yang berjaya, mesti dia ada cara dia tersendiri. Apa yang penting, sikap orang berjaya ni dia konsisten. Jadi apa yang membuatkan Muhaizar ni atlet yang berjaya dan dia mampu kekalkan title juara marathon Malaysia adalah dengan selalu training. Nak tahu tak macam mana dia training? Kita baca satu-satu ye.
Kita larat tak ye nak lari 140 km? Itulah yang Muhaizar lakukan setiap minggu dalam latihannya. Lebih jauh dari jarak KL ke Melaka tu. Dan ada rahsia lain di sebalik 140 km tu, sejak dia aktif dan masuk dalam dunia marathon ni, dia berlatih sehari dua kali setiap hari! Jadi dari situ dia dah terbiasa, sehinggakan dia dapat kira jarak larian dia sepanjang 140 km setiap minggu. Mana taknya hari-hari berlari 2 kali tak kira masa. Hmm tapi dia tak penat ke?
4. Nak uji ketahanan, dia berlari dalam hujan
Kalau nak tahu, Muhaizar ni hebat dalam marathon sebab kerja dia berlari je. Sebelum subuh berlari, balik kerja berlari, malam bila ada masa pun berlari jugak. Dia pun berlari naik turun bukit sebab nak kekalkan konsistensi dia. Mana tak hebatnya?
Sebelum dia bertanding kat Sukan SEA, dia buat training dan berlatih dalam hujan lebat dan cuaca yang amat sejuk. Disebabkan latihan sebagai tentera ni banyak yang berat-berat untuk latih disiplin, jadi benda macam tu bukan halangan bagi dia pun. Bak kata orang macam a piece of cake. Di samping tu dia makan makanan yang berkhasiat dan ada karbohidrat tinggi. Bukan makan cheese ye.
Untuk siapa yang tak tahu, dia juga jadi wakil Malaysia untuk marathon di Berlin dan Tokyo. Dalam kedua-dua acara tu pun dia berjaya tergolong dalam kumpulan yang hebat walaupun tak menang pingat. Dah kira cukup dan sangat hebat la. Dia juga ada bagitahu untuk sesuaikan diri dengan cuaca sejuk kat sana, dia berlatih berlari kat Cameron.
Jaga kesihatan sambil bersantai dan jom join #RunAndSaveOnesLife
Kalau kita semak satu-satu kejayaan Muhaizar ni kita pun susah nak tandingi dia. Dan kita sebenarnya patut bangga ada atlet dan rakyat Malaysia yang dah banyak harumkan nama Malaysia dalam acara sukan yang begitu. Jadi lepas ni boleh lah jadikan dia idola juga!
Kita boleh contohi cara Muhaizar berlatih dan apa yang menarik tentang cara dia ni. Bukan sebab background dan pekerjaan dia yang mencabar tapi sikap dia yang tak mudah putus asa. Korang pun boleh ikut. Janganlah kaki cramp sikit je dah malas nak training.
“Saya tidak akan menoleh ke belakang. Selagi saya mampu, saya akan buat sedaya-upaya. Selagi bernafas, saya tetap akan berjuang demi semua yang menyokong saya.” – Muhaizar Mohamad, juara marathon Malaysia, sumber dari #JOMKITALARI.
Dan kita pun tahu aktiviti marathon ni seronok dan menarik sebab dia bukanlah jenis sukan yang ada tekanan tinggi, ala kena lari je. Sambil tu boleh bersantai dan dapat manfaat sekali. Banyak tu boleh dapat.
Haa sebelum tu, pada siapa-siapa yang nak ikut jejak langkah Muhaizar ni dan yang suka jogging dan marathon korang joinlah marathon UKM yang SOSCILI dah cakap awal-awal tadi tu. Sebab korang pun akan menyumbang 20% kepada pertubuhan kanser kat Malaysia tau (MAKNA), dapatlah beramal sekali.
Selain tu, ada banyak barang menarik yang korang boleh dapat, contohnya macam pingat, sijil, t-shirt, drawstring beg dan bib. Marathon ni akan diadakan kat Dataran Panggung Seni, UKM, Bangi. Orang Bangi mesti join, dah dekat tu.
Siapa yang berminat dan dah buat keputusan nak join marathon dan larian amal tu, korang ada dua pilihan:
Dah tu tunggu apa lagi? Jomlah lari ramai-ramai! #RunAndSaveOnesLife #larianbsmmukm
- 2.1KShare sekarang!
- Email20
- Facebook2.0K
- Share