- 1.8KShare sekarang!
- Email6
- Facebook1.8K
- Share
(This article is a translation, For the original, visit our sister site, CILISOS)
Tak sampai setahun Pakatan Harapan (PH) mentadbir, ramai gila ahli UMNO lompat parti ke PH. Terutamanya ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebab parti ni ada persamaan dengan UMNO. Dalam banyak-banyak ahli yang lompat, ada seorang ni memang jadi isu gila bila lompat parti iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Waktu artikel ni ditulis, dia merancang untuk menyaman seorang veteran DAP, Khoo Poay Tiong yang mencadangkan supaya PPBM menolak permohonan tu. Ini juga menjadi persoalan buat Ramkarpal yang mempersoalkan keinginannya untuk menyertai PPBM.
Tapi…siapa sebenarnya dia ni? Kami bagi sikit biodatanya. Dia adalah bekas Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO. Dia juga adalah bekas Pengerusi RISDA dari tahun 2010 hingga 2015.
Mari kita singkap sikit sejarah mengenainya yang menjadi perhatian ramai ni.
1. Dia didakwa merogol gadis berusia 15 tahun?!
Kisahnya bermula pada tahun 1994, apabila seorang gadis berusia 15 tahun iaitu Noryati Binti Mohamad Yusop yang mendakwa dia mempunyai hubungan seksual dengan Rahim Thamby Chik. Dia dah didakwa sebagai rogol dibawah Kanun Keseksaan kerana ia menjadi menjadi kesalahan untuk mempunyai hubungan seksual dengan sesiapa dibawah umur 16 tahun, dengan atau tanpa persetujuan.
Walau bagaimana pun, tuduhan ke atasnya dah digugurkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah yang mendakwa bahawa prima facie dibentuk untuk kes ni. Bukan itu je, dia juga mendakwa yang Noryati mempunyai 17 hubungan seksual dengan 14 lelaki, 8 darinya dah pun mengaku.
Noryati hanya mendakwa yang Rahim Thamby Chik adalah lelaki pertama yang memulakan hubungan seperti itu. Jadi, ini menyebabkan nenek Noryati, Pendek Binti Ahmad yang minta bantuan YB Lim Guan Eng yang mempertahankan Noryati dalam kes ni.
Akhirnya, Guan Eng sendiri yang dihukum dan dipenjara 18 bulan di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Versi cerita yang paling ramai orang tahu adalah mengenai Noryati yang mengandung anak perempuan kerana kes ni, kemudiannya, dihukum tiga tahun penjara di pusat pemulihan selepas ditahan 10 tahun tanpa jagaan ibu bapa.
Ini plotnya…
Selepas 5 tahun pertarungan kes ni, Noryati sebenarnya menarik balik semua tuduhannya ke atas Rahim Thamby Chik. Apa!? Sampaikan nenek Noryati, Pendek menyatakan dia tak faham kenapa cucunya buat begitu.
“Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.”- – Pendek binti Ahmad, petikan dari Keadilan Daily
Ini cerita lama, sekarang ni, Rahim Thamby Chik mendakwa kes ini sebenarnya konspirasi terhadap Dr. Mahathir. Jadi, apa hubung kaitnya? Nampaknya, ketika kes ini berlaku, Rahim Thamby Chik dilaporkan sebagai ‘bintang yang semakin meningkat’ dan orang kegemaran Dr Mahathir. Dia mendakwa bahawa kes itu adalah konspirasi politik yang paling kotor terhadapnya yang berasal dari kecemburuan politik dan usaha yang dirancang untuk menjadi perdana menteri.
Hakikatnya, beliau mendakwa yang pasukan forensik di Hospital Kuala Lumpur memberitahunya bahawa keterangan terhadapnya tidak wujud. Ohhhh …
Ok. Kalau kes ni adalah konspirasi terhadapnya (atau pun tak berlaku langsung), macam mana pula dengan kes seterusnya ni?
2. Dia menuduh anak Sultan Selangor tukar agama kepada Katolik
21 tahun selepas kes terkenalnya, Rahim Thamby Chik cari pasal dengan keluarga diraja Selangor. Dia dilaporkan telah memfitnah Raja Muda Selangor (aka anak Sultan), Tengku Amir Shah dengan paparan Facebooknya yang menuduh Raja Muda telah menjadi seorang Katolik (!).
Dalam paparan Facebook-nya, Rahim Thamby Chik menulis:
“Berita tentang penukaran agama oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah kepada Katolik sangat menyedihkan bagi umat Islam di seluruh negara dan dunia. Kesedihan ini dihukum oleh dua tragedi yang melibatkan umat Islam di Mekah dan Arafah. Semoga keinginan Sultan Selangor bertemu dengan Paus di Vatican City membuahkan hasil.”- petikan diambil dari The Star.
Menurut Majlis Negeri Mahkamah Diraja Selangor, Tengku Amir Shah sebenarnya berada di United Kingdom semasa menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.
Majlis itu menyatakan bahawa Rahim Thamby Chik tidak mengambil perhatian untuk memeriksa paparan asal yang diambilnya dari sebuah laman web yang disebut World Daily News Report. Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh menyebabkan dia didenda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara.
Walaupun berdepan dengan dua laporan polis yang dibuat oleh setiausaha majlis dan setiausaha sulit Sultan Selangor, tuduhan awalnya ditarik balik oleh Timbalan Pendakwa Raya selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif.
Akhirnya, dia didenda RM1,900 dengan tiga tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen. Rahim Thamby Chik juga dilaporkan telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah, selain menyatakan penyesalan atas tindakannya.
Apa? Dengan hanya meminta maaf dan bayar denda boleh membawa seseorang keluar dari masalah itu ?? Sesetengah orang mungkin berhujah betapa tak adilnya memandangkan orang lain akan berakhir di penjara kerana mengawal keluarga diraja. Sebagai contoh, seorang lelaki biasa dan remaja, Mohd Amirul Mohd Shakri dijatuhi hukuman penjara setahun selepas membuat paparan Facebook menghina Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sebenarnya, menurut Eric Paulsen, jika seseorang itu mengaku bersalah, hukumannya itu akan dikurangkan. Ini mungkinlah sebabnya kenapa Rahim Thamby Chik berakhir dengan hukuman sedemikian.
3. Dia salah seorang yang didakwan menyunting video seks Anwar Ibrahim
Sebelum kita beralih kepada skandal seterusnya, kami nak jelaskan beberapa perkara. Pertama sekali, trio yang akan disebut sekejap lagi dikenali sebagai ‘Datuk T‘ (diambil dari perkataan Datuk Trio).
Selepas kes liwat Saiful Bahari, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa terlibat dengan hubungan seksual dengan seorang pelacur. Dalam Mac 2011, satu video seks ditayangkan di Carcosa Seri Negara kepada beberapa kumpulan wartawan yang dipilih. Tapi, disini sat masalah dah timbul.
Beberapa hari selepas tayangan itu, tiga orang Datuk iaitu Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay (bekas konsul kehormat Thailand) dan Datuk Shuib Lazim (bekas bendahari PERKASA) telah memohon agar Suruhan Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat video seks melibatkan Anwar Ibrahim. Dilaporkan juga Shazryl Eskay dan Rahim Thamby Chik mengenali satu sama lain ketika Shazryl sedang mencari sebuah hotel yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi tanpa melibatkan polis.
Rahim Thamby Chik mencadangkan agar ketua pembangkang lain seperti Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Hadi Awang, NGO-NGO dan media juga perlu dipanggil ketika penyiasatan RCI.
“Biar semua orang melihat kebenaran. ” – Rahim Thamby Chik, petikan dari The Star.
Walaupun mahu memndedahkan perkara ini kepada umum, terdapat beberapa contoh yang menimbulkan persoalan sama ada pertuduhan ini adalah benar. Sebagai conth, apabila Shazryl Eskay mendakwa pada mulanya dia tidak boleh memainkan video tu dan bagaimana Datuk T tak boleh sahkan dari mana dia mendapatkan video tu. Pertuduhan ini dah menyebabkan demonstrasi aman berlaku di Alor Setar, Georgetown dan Kota Kinabalu.
Akhirnya, mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jun kerana mendedahkan video seks Anwar Ibrahim. Shazryl Eskay dan Shuib dihukum atas kesalaha menayangkan bahan pornografik di bawah Seksyen 292(a), Akta Kanun Keseksaan 574 manakala Rahim Thamby Chik didakwa dibawah Seksyen 109 dibawah akta yang sama;
- Shazryl Eskay didenda RM3,00 atau penjara 3 bulan
- Shuib didenda RM1,500 atau penjara dua bulan
- Rahim Thamby Chik didenda RM1,000 atau penjara sebulan
Tapi kes ini nampak ada hubungan dengan skandal seterusnya yang melibatkan Rahim Thamby Chik.
4. Dia terlibat dengan kes rasuah, tapi orang lain yang dipenjarakan
Sebenarnya, ahli politik dari Pakatan melaporkan bahawa mereka mempercayai video seks itu adalah satu plot untuk menentang Anwar Ibrahim oleh Datuk T. Ia dipercayai kerana dulu Anwar Ibrahim menamatkan karier politik Rahim Thamby Chik kerana kontroversi melibatkan seks.
Bukan itu saja, juga dilaporkan bahawa Anwar Ibrahim membuat laporan terhadap Rahim Thamby Chik (untuk rasuah RM40 juta) dan di kalangan Menteri-menteri Kabinet yang lain, termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa, Dato Rafidah Aziz. Dan Anwar Ibrahim bukanlah satu-satunya orang yang membuat laporan itu. Mohamad Ezam Mohd Nor, Pemimpin Pemuda Keadilan, juga membuat beberapa laporan yang menyebabkan Ezam yang dipenjarakan!?
Selepas semua laporan polis yang dibuat dan dipanggil direkodkan kenyataan masing-masing, Ezam merasakan seolah-olah polis tak buat apa-apa. Laporan penyiasatan sebenarnya menunjukkan bukti perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Peguam Negara mencadangkan prosiding jenayah terhadap kedua-duanya. Kalau macam tu, mengapa Ezam kena lokap?
Rupa-rupanya, laporan yang dimilki Ezam adalah rahsia rasmi. Tindakannya mendedahkan maklumat itu kepada wartawan menyebabkan dia didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Walaupun dia pada awalnya ditahan, dia kemudian didapati bersalah dan dipenjarakan selama dua tahun. Ezam percaya bahawa dokumen yang dimilikinya telah terkunci di dalam peti besi rahsia.
Bagi Rahim Thamby Chik dan Rafidah Aziz, mereka tidak didapati bersalah kerana dilaporkan bahawa bukti terhadap mereka tak berasas. Siasatan terhadap mereka akhirnya digugurkan dan … Rahim Thamby Chik dibebaskan lagi.
Apabila diperhatikan skandal-skandal yang dia terlibat…
Seeing how he was involved with all these scandals…
Apa akan terjadi kepada permohonannya untuk menyertai PPBM
Sekarang ni, korang mungkin tertanya-tanya kenapa kami hanya senaraikan skandal Rahim Thamby Chik saja. Ok lah, kami menemui dia sebenarnya seorang lelaki yang sangat bersemangat. Sebagai seorang Pengerusi RISDA, dia menggalakkan ahli perniagaan Bumiputera menjadi aktif secara digital. Dia yang juga Presiden Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), menyatakan bahawa banyak ahli perniagaan masih terlibat dalam perniagaan secara tradisional.
Tapi apa kaitan GABEM dengan artikel ni? Kami sebenarnya menjumpai bahawa Rahim Thamby Chik di bawah GABEM, dilaporkan memberi sokongan penuh kepada Pakatan Harapan. Dia percaya bahawa gomen dapat membantu ekonomi Bumiputera dengan meningkatkan pengusaha Bumiputera yang produktif.
Selain daripada kebimbangan beberapa ahli Pakatan terhadap permohonan Rahim Thamby Chik, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin menyebut bahawa permohonannya kepada PPBM akan diselaraskan sama seperti semua permohonan lain.
“Mereka (ahli politik yang menyertai PPBM) mestilah tak terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.”- Muhyiddin Yassin, petikan dari MalaysiaKini.
Buat masa sekarang ni, kita hanya tungga dan lihat apa yang akan terjadi kepada permohonan Rahim THamby Chik
- 1.8KShare sekarang!
- Email6
- Facebook1.8K
- Share