Rakyat Malaysia sekarang dah kerja dalam waktu fleksibel? Tapi takdelah, fleksibel sangat pun…

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Korang tahu tak start dari bulan Mac ni, pekerja kerajaan atau penjawat awam dah boleh kerja dalam waktu fleksibel, berdasarkan projek rintis yang dah diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)?

Imej dari FB Jabatan Perkhidmatan Awam

“Projek rintis ini akan melaksanakan waktu pejabat yang fleksibel, di mana pekerja boleh tiba dan pulang dalam tempoh masa yang tertentu, dengan syarat tempoh satu hari bekerja dipenuhi dan mencukupi.

Kami memperkenalkan projek perintis di jabatan-jabatan ini terlebih dahulu untuk melihat keberkesanannya dan kami akan memperluaskanya ke semua agensi kerajaan yang lain akan datang nanti.” – Kenyataan dalam pekeliling JPA, sumber dari The Star Online.

Oh projek rintis? Jadinya ni cuma percubaan jelah kan…

Infografik pasal pelaksanaan projek rintis tu. Imej dari Rojak Daily

Sebelum kita nak tahu lebih lanjut dengan apa yang kerajaan akan lakukan pasal waktu fleksibel ni, korang mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya maksud waktu kerja yang fleksibel tu kan… Meh baca sampai habis.

Waktu kerja yang fleksibel ni bukan bermaksud korang boleh sesukahati datang pukul 2 petang…

Berdasarkan infografik kat atas tu, jom kita ringkaskan maksud sebenar waktu fleksibel yang ditetapkan tu. Sebenarnya, korang masih kena kerja selama 9 jam, tapi dengan adanya waktu fleksibel ni, ianya bagi peluang dan pilihan kat korang untuk mulakan waktu bekerja 9 jam tu dengan start kerja sama ada pukul 7.30 pagi ataupun 8.30 pagi. So, pilihlah…

Sekarang ni, dah ada kerja yang fleksibel yang ada banyak jenis yang mana pekerjaan tu ada menawarkan kebebasan untuk bekerja kat mana, bila korang nak buat kerja tu dan berapa banyak masa yang korang perlukan untuk siapkan kerja korang. Sebenarnya jenis-jenis kerja yang fleksibel ni termasuk korang boleh kerja dari mana yang korang nak, waktu kerja yang padat tapi lebih pendek, kerja sambilan, perkongsian kerja (bukan kongsi gelap ye, hehe) dan … waktu kerja yang fleksibel.

Sebenarnya cara pekerjaan yang macam tu lebih kurang sama je dengan cara kerja dekat sini (CILISOS & SOSCILI), dan kitaorang kat sini dibenarkan masuk kerja paling lambat pukul 11 pagi. Tapi kenapa eh?

Sebabnya … kitaorang percaya yang produktiviti kerja tu berkait dengan waktu mula kerja, sebab waktu mula kerja tu sebagai asas untuk wujudkan kualiti kerja yang baik, dan boleh jugak jimatkan masa kalau nak dibandingkan dengan waktu kerja yang mula dalam waktu puncak tu kan. Tak pasal-pasal kena bersesak-sesak dengan orang lain pulak.

Jam ni menunjukkan korang kena kerja dari pukul 9pagi sampai 3petang je! Imej dari HR in Asia

Keputusan yang dibuat pasal waktu kerja fleksibel ni sebenarnya antara rancangan untuk memperbaiki cara dan kualiti hidup penjawat awam kat Malaysia ni. Bulan Januari 2018 haritu, kerajaan dah mula bagi kebebasan dan benarkan pekerja yang mengandung (5 bulan ke atas) untuk balik kerja sejam awal daripada biasa, dan kalau suami diaorang pun bekerja kat tempat yang sama (bangunan sama, kompleks atau kawasan), diaorang boleh balik pada waktu yang sama dengan isteri diaorang.

Pada masa yang sama, waktu operasi kerja yang bermula pada 7.30 pagi hingga 6 petang juga diperkenalkan untuk meningkatkan perkhidmatan awam dalam memberikan lebih banyak ruang fleksibiliti kat pekerja. Dalam waktu operasi kerja ni, pekerja dan kakitangan tu boleh pilih salah satu daripada empat waktu bekerja yang dah ditetapkan: 7.30pagi hingga 4.30petang, 8pagi hingga 5petang, 8.30pagi hingga 5.30petang dan 9pagi hingga 6petang.

Imej dari The Star Online

Langkah tu bertujuan untuk seimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga bagi pekerja sektor awam dan penjawat awam. Ada seorang penjawat awam, Noraziah, dia ada bagitahu yang 4 waktu bekerja yang diumumkan tu dapat ringankan bebanan mereka yang ada masalah untuk datang kerja lebih awal disebabkan masalah keluarga. Dan… ada juga yang bagitahu waktu kerja yang fleksibel ni bagi peluang untuk dia habiskan lebih banyak masa dengan keluarga dia.

“Sebelum ni, saya bekerja dari 8pagi hingga 5petang, 5 hari seminggu dan selalunya akan sampai rumah dalam pukul 6.30petang dan sempat luangkan masa dengan anak-anak hanya 3 jam sebelum mereka tidur.”Faridah, kakitangan awam, sumber dari New Straits Times.

Waktu bulan Jun tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah pernah bagitahu yang masa dan waktu kerja fleksibel untuk golongan wanita patut dilaksanakan kat Malaysia, sebabnya diaorang (golongan wanita) boleh mengoptimumkan peranan dan sumbangan diaorang dalam sektor pekerjaan sambil tu boleh penuhi tugas diaorang sebagai isteri dan ibu. Beliau juga ada bagitahu yang pendekatan flexi-hours ni boleh dikaji dan disemak dengan lebih lanjut untuk memudahkan majikan faham tentang konsep tu.

“Kami tahu bahawa sesetengah majikan boleh terima jika pekerja dan kakitangan mereka tidak berada di pejabat selagi kerja mereka dapat diselesaikan, tapi masih ada juga majikan yang masih percaya jika pekerja mereka tak ada kat pejabat, maksudnya mereka tak buat kerja.”Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, sumber dari New Straits Times.

Uish macam tangan sotong. Imej dari Swirlster

Bila adanya kelonggaran dan waktu kerja yang fleksibel ni, harapnya dapatlah bagi motivasi kat pekerja untuk jadi lebih produktif dan komited dalam kerja mereka, bukannya bertambah malas. Tiba-tiba je hilang. Dan, mungkin dengan adanya waktu fleksibel tu kita boleh mengelakkan daripada situasi macam ni dari terus jadi …

https://twitter.com/HilmiAdi/status/1100544673473425408

Ada juga yang bagitahu bila adanya waktu kerja fleksibel ni, dia boleh bangun lambat sikit untuk elakkan daripada kena hadap jammed. Dia juga bagitahu yang sebelum waktu fleksibel ni diperkenalkan, dia terpaksa kena keluar awal pagi nak elak kesesakan trafik tapi ada masanya dia terpaksa lambat pergi kerja sebab kesesakan lalu lintas yang ada bila waktu puncak tu.

“Kesesakan lalu lintas kat sekitar kawasan pejabat saya akan berkurang bila semua orang masuk kerja pada masa dan waktu yang berlainan. Saya juga boleh mulakan kerja saya dengan mood yang baik. Saya boleh bekerja dengan lebih baik dan tak perlu nak kena bangun awal pagi dan terpaksa hadap kesesakan lalu lintas setiap pagi.” – Sumber dari The Star.

Tapi betul ke waktu fleksibel ni boleh bantu produktiviti bila kita dah ada terlalu banyak pekerja kerajaan?

Tapi ada masalah yang lebih besar dengan penjawat awam kat Malaysia ni. Kalau korang nak tahu, 1 dalam 20 orang bekerja dalam sektor kerajaan, dan ianya tertinggi kat DUNIA kalau nak dibandingkan dengan negara lain.

Imej dari CILISOS

Walaupun macam tu, gaji diaorang ni masih tak berubah (lebih daripada 60% daripada mereka gaji dia kurang daripada RM5 ribu), dan lebih daripada separuh dari mereka ada bebanan hutang! Tapi isu ni susah nak betulkan disebabkan diaorang ni selalu dikatakan sebagai penyokong kerajaan (jadi macam tu sebab korang dah kerja dalam sektor kerajaan, korang kenalah taat setia dengan diaorang). Dan sebab ni jugaklah mungkin kerajaan Pakatan Harapan perlu menjanjikan untuk mengekalkan tahap pekerjaan semasa bagi pekerja sektor awam ni sehingga PRU14.

“Pakatan Harapan (PH) berjanji tidak akan mengurangkan seramai 1.63 juta pekerja perkhidmatan awam walaupun kedudukannya antara yang terbesar di dunia.” – Sumber dari Free Malaysia Today.

Dalam keadaan sekarang, boleh ke diaorang buat kerja lebih baik?

Kalau korang nak tahu, pada tahun 2018, Belanda telah diiktiraf oleh OECD sebagai negara yang mempunyai keseimbangan antara kerja dan rutin harian berdasarkan kadar tempoh kerja yang terendah (38 jam seminggu). Ni disebabkan oleh batasan waktu kerja yang ketat, tapi diaorang masih boleh mintak waktu kerja yang fleksibel.

Sebab ni jugak, orang Belanda jadi pekerja yang produktif dan gembira dalam kerja diaorang walaupun waktu kerja yang fleksibel tu tak semestinya jadi keutamaan bagi diaorang, tapi tempoh masa kerja yang lebih pendek dapat bagi mereka ruang untuk buat aktiviti diaorang yang lain.

Jom naik basikal kat Hamsterdam? Imej dari Giphy

Berdasarkan survey daripada Lembaga Persidangan Kanada; 9/10 syarikat kat sana ada tawarkan sekurang-kurangnya satu jenis peraturan kerja yang fleksibel, waktu kerja yang fleksibel jadi perkara yang paling umum bagi diaorang. Ada kajian daripada The Creative Group kat Kanada bagitahu yang peraturan kerja yang fleksibel dapat tingkatkan lagi produktiviti pekerja kat sana.

Tapi sebenarnya tak semua negara dapat situasi kerja yang macam ni. Jepun dan Mexico takdapat banyak fleksibiliti pun dalam kerja diaorang. Dalam seminggu, orang Mexico kena kerja selama 48 jam dan dapat cuti tahunan pun sikit je (kurang dari 10 hari). Jadinya diaorang pun susah nak ada me-time diaorang sendiri.

Kat Mexico jugak, jarak perjalanan orang kat sana nak pergi kerja dikategorikan negara yang mempunyai jarak perjalanan yang paling jauh tau! (Ada yang ambik masa 3jam untuk sampai tempat kerja). Dan budaya kedatangan kerja dan budaya kerja diaorang ni pun sangat kuat walaupun diaorang terpaksa habiskan masa berjam-jam kat tempat kerja sebagai bukti yang diaorang bekerja. Mungkin sebab tu jugalah ada satu syarikat kat Mexico dah mula sediakan skim kerja yang fleksibel. Wah, tahniah!

Kalau kat Jepun, tenaga kerja diaorang terdedah dengan tahap produktiviti dan tahap kelahiran yang rendah disebabkan oleh diaorang tak dibayar berdasarkan kerja overtime diaorang tu dan dasar tempat kerja yang tak sah. Penduduk kat sana pun ramai yang mati disebabkan karoshi (mati sebab terlebih kerja!). Disebabkan benda buruk yang macam ni, kerajaan Jepun cuba nak ubah situasi tu dengan kenalkan undang-undang pembaharuan kerja, dan ada sesetengah syarikat yang dah ready dah untuk perubahan tu.

Kesian dia sampai tertidur-tidur. Imej dari RT Question More

Kena pastikan kerja lebih masa tak bagi apa-apa kesan…

Berbalik pulak kat Malaysia, rakyat Malaysia juga dilaporkan bekerja sehingga 48 jam seminggu. Dan disebabkan tu, ada survey yang AIA Vitality jalankan (artikel ni bukan sponsor ye) pada tahun 2017 yang mendapati pekerja Malaysia secara amya terlalu banyak bekerja dan dalam tekanan yang mengakibatkan tahap kesihatan dan produktiviti yang lebih rendah. Jadi, memang patut kan kerajaan bagi pekerja kat Malaysia ni waktu kerja yang fleksibel?

 

Cuba kalau kat TV ada PSA macam ni mesti semua orang jadi gelabah. Imej dari CILISOS
About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)