Perayaan kaum Majusi jadi ikutan penduduk Madinah? Ini kisah Hari Raya Nairuz

Hari Raya Aidilfitri ni antara perayaan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan bagi kemenangan umat Islam yang telah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan.

Dekat Malaysia ni, rasanya bukan orang Islam saja yang menantikan Hari Raya Aidilfitri ni, golongan bukan Islam pun mesti tak sabar nak hari raya sebab cuti umum kan? haha gurau saja…

Kan….hehe. Imej dari giphy.

Tapi dalam keseronokan menyambut lebaran ni, korang pernah tahu tak yang dekat Madinah dulu ada satu perayaan sebelum wujudnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha ni?

Hari Raya Nairuz dan Mihrajan asalnya dari kaum Majusi

Pada zaman dulu, ada satu perayaan ni disambut oleh masyarakat Arab jahiliah sebelum ada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha ni. Perayaan tersebut disambut oleh mereka sebelum kedatangan Islam ke tanah Madinah.

Ha… nama perayaan tersebut ialah Hari Raya Nairuz yang juga disebut Nowruz atau Niruz. Selain Hari Raya Nairuz, mereka ada juga menyambut satu perayaan dipanggil Mihrajan.

Perayaan Mihrajan juga dipanggil Mehragan. Imej dari Pack to Iran.

Perkataan Nairuz tu merupakan istilah dari bahasa Parsi iaitu, Nai bermaksud Baru manakala Ruz bermaksud hari. Maka, Hari Raya Nairuz ni merupakan sambutan tahun baru.

Istilah Mihrajan pun dari bahasa Parsi Mihr bermaksud matahari dan Jan maksudnya cinta.

Untuk pengetahuan korang, perayaan Nairuz ni mereka sambut pada setiap tahun yang mengikut kalendar Masihi versi Majusi. Kalau dibuat kira-kira, perayaan Nairuz ni disambut pada 21 Mac.

Manakala perayaan Mihrajan ni pula disambut enam bulan selepas Hari Raya Nairuz tu. Perayaan Mihrajan ni satu tradisi hari raya Perayaan mereka ni bukanlah original dari Madinah sendiri tapi asalnya dari kaum Majusi yang menyambut dengan ritual keagamaan mereka.

ehhh lain pulak? Imej dari giphy.

Tapi, masyarakat Arab jahiliah di Madinah tak menyambut perayaan Nairuz dan Mihrajan ni sama seperti kaum Majusi.

Hari Raya Nairuz dan Mihrajan digantikan dengan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Cara sambutan perayaan Nairuz oleh masyarakat Arab jahiliah di Madinah tak sama dengan cara kaum Majusi. Mereka tiada sebarang ritual keagamaan dilaksanakan, malah mereka hanya menyambut dengan keseronokan dan kemeriahan je.

Masyarakat Arab jahiliah yang menyambut perayaan Nairuz ni cuma menjadi ikutan dari perayaan kaum Majusi dan disambut pada setiap tahun baru. Imam Adz-Dhazabi berkata,

“Adapun hari Nairuz, penduduk Mesir berlebih-lebihan melakukan dan merayakannya. Nairuz adalah hari pertama pada tahun Qibhti yang mereka menjadikannya sebagai hari raya (diperingati setiap tahun), kemudian kaum muslimin mengikuti mereka (tasyabbuh).” – petikan dari NusaDaily.com

Hari raya disambut umat Islam pun tak kurang meriahnya. Imej dari GULAPOP.

Penduduk Madinah masa tu menyambut perayaan Nairuz ni dengan jamuan besar, pertunjukkan dan minuman yang memabukkan.

Lepas tu, masa Rasulullah SAW datang ke Madinah tu, baginda ada bersabda,

“Orang-orang Jahiliyyah memiliki dua hari yang digunakan untuk merayakan hari rayanya, Sesungguhnya Allah SWT menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha,” – HR Abu Daud no. 1134 dan An-Nasa’i no. 1556, petikan dari Astro Awani

Hari Raya Nowruz masih disambut sampai kini dengan meriah

Macam kitorang dah bagitahu tadi, perayaan Nairuz ni turut dipanggil Nowruz. Untuk pengetahuan korang, perayaan Nowruz masih disambut sampailah ke hari ni.

Hari Raya Nowruz yang disambut pada hari ni merupakan satu perayaan orang Iran mengikut kalendar Zoroaster atau kalendar Iran.

Hari Raya Nowruz ni disambut pada 1 haribulan Farvadin yang mengikut putaran matahari Sasanid. Macam yang korang baca tadi, perayaan ni disambut sama ada pada 20, 21 atau 22 Mac dalam kalendar Masihi.

Perayaan Nowruz siap ada persembahan tarian. Imej dari Seattle Globalist.

Sasanid ni pula merupakan satu Dinasti yang menakluk wilayah barat Khurasan pada abad 1 Masihi. Mereka yang berada dalam Dinasti Sasanid tu menganut ajaran Zoroasterianism (Majusi) yang menyembah api.

Kalau dah nama hari raya mestilah meriah. Sama juga macam perayaan lain, antara amalan Hari Raya Nowruz ni rumah-rumah dibersihkan dan dihias, selain menyediakan masakan yang sedap-sedap.

Semasa perayaan Nowruz ni juga, rumah-rumah turut menyediakan hiasan meja yang dipanggil Haft-sin. Di atas meja Haft-sin ni ada tujuh benda yang ejaannya bermula dengan huruf ‘Sin’ diletakkan sebagai hiasan.

Haft-sin yang menjadi perhiasan semasa Hari Raya Nowruz. Imej dari SURFIRAN.

Benda-benda ni adalah sabzeh (tanaman hijau), samanu (puding), senjed (buahan kering dari pokok lotus), serkeh (cuka), seeb (epal), seer (bawang putih) dan somaq (sejenis rempah buah beri). Menariknya, kesemua benda ni ada maksud tau.

Bukan tu je, di atas Haft-sin tu juga ada sebuah buku “book of wisdom” yang mana boleh jadi al-Quran, sebarang buku keagamaan lain atau kumpulan sajak Haviz. Kebiasaannya, di dalam buku tu ada ‘duit raya’ untuk kanak-kanak dan diberi sejurus tahun baru disambut.

Hm… perayaan diorang ni nampak macam sama je dengan hari raya yang disambut umat Islam. Tapi Rasulullah SAW melarang umat Islam menyambut perayaan Nairuz atau Nowruz ni.

Umat Islam dilarang menyambut perayaan orang bukan Islam

Walaupun perayaan Nowruz ni nampak serupa je dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, umat Islam tidak boleh sama sekali menyambut perayaan Nowruz ni. Ini disebabkan Rasulullah SAW melarang umat Islam dari menyerupai kaum lain.

Sahabat Abdullaah bin Amr radhiallaahu ‘anhuma berkata,

Barangsiapa yang membangun negeri-negeri kaum ‘ajam (negeri kafir), meramaikan hari raya Nairuz dan Mihrajan (perayaan tahun baru mereka), serta meniru-niru mereka hingga ia mati dalam keadaan seperti itu, ia akan dibangkitkan bersama mereka di hari kiamat.” – petikan dari NusaDaily.com

Sabda Rasulullah SAW dan sahabat Abdullah bin Amr bukan sahaja hanya merujuk kepada Hari Raya Nairuz dan Mihrajan je, malah termasuklah sambutan perayaan orang bukan Islam yang lain seperti Hari Wesak, Hari Halloween, sambutan tahun baru Masihi dan lain-lain lagi.

Ucapan perayaan lain dibolehkan demi menjaga hubungan sesama manusia. Imej dari MStar.

Jadi, umat Islam seluruh dunia haruslah menghargai hari raya yang diturunkan oleh Allah SWT dengan memuji-Nya. Selain tu, umat Islam juga diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan semasa menyambut hari raya ni tapi bukanlah satu larangan untuk bergembira.

Kalau tak, sama saja lah dengan golongan Arab jahiliah yang menyambut hari raya mereka dengan terlalu berlebihan. Tak perlu pun kita shopping di Nilai 3 beli perabot puluh ribu untuk hari raya, asalkan dapat sambut dengan gembira.