- 908Share sekarang!
- Email43
- Facebook865
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Tengah jalan-jalan sekali jumpa duit RM50, memang bertuah betul. Kalau jumpa seringgit sekalipun, kita takkan lepaskan peluang. Kurang-kurang, boleh guna untuk bayar parking.
Tapi, bayangkan tempat yang korang lalu hari-hari untuk pergi kedai atau bersenam, rupa-rupanya ada keranda zaman purba. Mesti rasa seram sejuk, takut-takut kena sumpahan. Itulah yang berlaku di sebuah jalan di Alexandria, Mesir.
Keranda kuno paling besar pernah ditemui di negara itu
Baru-baru ni, satu keranda kuno (sarchofagus) ditemui dengan ketinggian 2 meter dan tiga meter panjang. Ianya adalah yang terbesar pernah ditemui. Keranda berwarna hitam granit tu pada mulanya hanya mampu dibuka oleh ahli arkeologi seluas 5 cm sahaja. Tapi, diorang tak boleh tahan sebab…
Bau yang sangat busuk keluar dari keranda tu dah menghalang proses untuk membukanya. Jadi, terpaksalah minta bantuan jurutera tentera Mesir. Buka-buka je ada jumpa tiga tengkorak yang terapung atas air kumbahan datang dari paip bocor dari atas jalan.
Dilaporkan berat keranda itu adalah 27 tan dan dipercayai datang dari zaman awal Ptolemaic, 323 SM selepas kematian Alexander The Great. Ianya didakwa bukan juga milik golongan diraja zaman purba.
“Ia bukan Alexander, ia bukan golongan diraja, ini buktinya…ini penutup keranda, di sini tiada tulisan hieroglyphic (tulisan Mesir Kuno). Tiada ukiran. Ianya tak lengkap. Bagaimana ia boleh dikatakan milik raja? Alexander? Ptolemy? Mustahil.”- Ahli Arkeologi Mesir, petikan dari Guardian News.
Kalau itu keranda golongan diraja, mesti lagi banggakan orang yang hari-hari main futsal atas kawasan tu. Tapi, benda yang lebih kurang sama ada terjadi baru-baru ni. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menemui makam lama berusia 839 tahun! Ianya adalah milik…
Pemiliknya adalah orang yang sangat penting dalam sejarah negara
Sebelum ditemui PSMCK, orang kampung Kota Bukit Meriam dah tahu kewujudan makam ni sejak beberapa lama duhulu. Tapi, disebabkan nampak macam tak dijaga dan menyeramkan, diorang tak pernah nak siasat pemilik makam ini. Sampailah Imam masjid Sintok Bugis buat keputusan untuk pindahkan pusara ni ke tanah perkuburan yang lebih elok. Dia pun maklumkan kepada PSMCK tiga bulan lalu dan rupa-rupanya didapati makam itu milik Sultan Al-Mudzaffar Shah I.
Tapi…siapakah Sultan ini?
Sultan Mudzaffar Shah atau nama asalnya Phra Ong Mahawangsa adalah dari keturunan Merong Mahawangsa, merupakan Raja Kedah terakhir dan merupakan Sultan pertama Kedah serta menjadi Sultan Kedah pertama selepas masuk Islam. Beliau memerintah Kedah dari tahun 1136 sampailah 1179.
Menurut legenda, Merong Mahawangsa mengasaskan kerajaan Langkasuka (nama lama Kedah) selepas terdampar di pantai yang dikenali sekarang sebagai Kedah bersama-sama armada diraja dari Rome. Kisah Merong Mahawangsa dikumpulkan dalam sebuah buku bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan mengenai raja-raja dan pengasas-pengasas kerajaan berdasarkan mitos, legenda dan kisah-kisah orang tua.
Macam juga datuk moyangnya, Sultan Mudzaffar Shah dikira sebagai pemimpin agung. Beliaulah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam apabila memerintah Kedah dari Kota Bukit. Dua orang Sultan kemudiannya juga memerintah dari Kota Bukit. Jadi, memang masuk akal kalau pusara yang ditemui PSMCK sebenarnya milik Sultan Mudzaffar Shah.
Apa yang menarik, Presiden PSMCK, Datuk Wan Shamsuddin ada menjelaskan bahawa Kota Bukit memang lokasi sebenar pusara Sultan Mudzaffar Shah. Di sana sebenarnya merupakan satu makam tapi dengan lima kubur yang dikatakan milik Sultan Mudzaffar Shah dan isteri-isterinya. Makam ini dilaporkan terletak di Kampung Langgar, Lembah Bujang (ya, Lembah Bujang yang ada candi). Dan ketika PSMCK menemui makam Sultan pertama Kedah, Wan Shamsuddin menyimpulkan makan di Lembah Bujang itu mungkin milik keluarga di raja.
Tapi, sesiapa pun boleh dakwa makam itu milik Sultan Mudzaffar Shah. Jadi, Jabatan Kajian PSMCK dah melawat tapak itu sejak awal lagi bulan ini sebelum mengesahkan ianya milik sultan berdasarkan batuan yang digunakan pada batu nisan. Nampaknya, penggunaan Pyrolusite (Batu Kawi) untuk batu nisan menyakinkan para pengkaji bahawa makam itu milik Sultan Mudzaffar Shah.
“Kita akan turun semula ke kawasan berkenaan Jumaat ini bagi membuktikan lebih lanjut bahawa ia makam milik Sultan Kedah yang pertama. Dengan penemuan itu, PSMCK yakin makam Sultan Kedah ke-2 dan Sultan Kedah ke-3 juga akan ditemui nanti,”- Wan Shamsuddin, dipetik dari Sinar Harian.
Orang kampung tak henti-henti jumpa makam lama
Pada tahun 2017, kumpulan ini juga membuat penemuan yang gempak apabila menemui 15 makam lama! Secara ringkasnya, sebahagiannya adalah makam diraja: Sultan Kedah ke-14, Sultan Kedah ke-16, Sultan Kedah ke-19…
Macam mana diorang boleh jumpa semua makam ni? Sebenarnya, orang-orang Kedah lah yang memainkan peranan penting untuk semua ni. Orang kampung yang pernah terlibat macam penduduk Kota Bukit Meriam dan Kampung Chegar ada melaporkan penemuan makam. Jadi, kalau korang tengah baca benda ni dengan iPhone dan merayau-rayau dalam Mid Valley Megamall atau lain-lain…tak mungkin korang akan jumpa makam kecuali merayau-rayau dalam hutan sebenar!
Kalau korang perasan, orang yang menemui makam ni boleh je dengan mudahnya mendakwa ianya milik keluarga raja…jadi, macam mana seseorang itu boleh bezakan antara diraja dan petani punya? Persatuan tu menerangkan yang mana kajian diorang adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.
Hanya keluarga diraja dan orang kenamaan sahaja yang menggunakan batu nisan yang diimport dari Acheh, dikenali juga sebagai batu Acheh. Untuk orang-orang biasa pulak, batu nisan diorang dibuat dari kayu-kayan atau batu sungai.
Selain dari makam, PSMCK juga ada menemui benda-benda lain. Ada juga sebuah istana terbiar yang orang ramai percaya ianya milik Raja Bersiong. PSMCK menyanggah mitos itu apabila diorang mengenal pasti ianya milik Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid yang merupakan Raja Muda Kedah sewaktu pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajaruddin Mukarram Shah.
Dari makam Sultan sampailah istana lama, negara kita kaya dengan artifak
Walaupun Malaysia adalah negara yang kecil hari ini, namun, penemuan arkeologi yang berlaku agak signifikan. Negara kita pernah menjumpai Perak Man, manusia pra-sejarah tertua yang ditemui di Lenggong, Perak pada tahun 1991. Ianya adalah satu-satunya tulang manusia lengkap pada zaman Paleolitik.
Kalau korang rasa Perak Man dah cukup lama, korang mesti tak percaya yang ni. Tengkorak berusia sekitar 38,0000 tahun SM dah ditemui di Gua Niah, Sarawak bersama dengan barang bersejarah yang lain. Sebahagian barang lain termasuk alat pemotong dan serpihan Pleistocene (zaman ais paling terkini), kapak Neolitik, tembikar dan tikar.
Tapi sebenarnya, beberapa penemuan juga ditemui di Kedah. Tak mengejutkan sangat sebab Kedah dilaporkan sebagai salah satu ketamadunan tertua di Malaysia. Korang tahu tak, ahli arkeologi ada menemui bangkai kapal kuno yang didakwa sebagai lebih tua dari Angkor Wat. Itu pun dah menunjukkan tamadun Kedah ini sangatlah tua. Mengikut faktanya, Kompleks Arkeologi Sungai Batu dikatakan sebagai rumah yang menyimpan ketamadunan tertua di Asia Tenggara.
Adalah menjadi sia-sia jika kita tak memelihara artifak-artifak bersejarah ini. Presiden JKKK Chegar, Yob Ramli berharap makan Sultan Kedah ke-14 yang pernah ditemui akan terus dijaga.
“Usaha ini (untuk memelihara makam) adalah penting sebagai sumber sejarah Sultan dan rakyat Kedah, jika tiada usaha yang cepat, ada kemungkinan sejarah ini akan hilang.”- Datuk Mohd Rawi, petikan dari Harian Metro.
Korang mungkin boleh membina benda baru, tapi satu benda dalam sejarah takkan boleh dibina semula.
- 908Share sekarang!
- Email43
- Facebook865
- Share