- 2.4KShare sekarang!
- Email62
- Facebook2.4K
- Share
Bagai isi dengan kuku, Malaysia dan minyak sawit memang tak boleh dipisahkan. Tanya je mak korang berapa kali dia recycle minyak masak sebelum tuang yang baru. Bukan untuk memasak je, industri kelapa sawit banyak menyumbang kepada ekonomi negara dan juga pada peladang.
Biasanya peladang akan minta bantuan subsidi daripada badan kerajaan. Tapi macam mana pulak dengan yang mula daripada kosong, tanpa bantuan sesiapa pun? Hah, inilah yang SOSCILI dan kawan kami kat RSPO nak cerita tentang gigihnya peladang ni nak cari rezeki. Buat pengetahuan korang, RSPO adalah badan non-profit yang mempromosikan perladangan kelapa sawit yang juga mesra alam sekitar. Malah bukan je bumi kita terjaga, peladang pun boleh menjimatkan kos!
Jadi saya selaku editor SOSCILI pergilah ke Air Kuning di Perak untuk menemuramah dua peladang kelapa sawit yang mendapat pengiktirafan RSPO, Dongkin A/L Kaway dan Chong Chin Woon. Artikel ni kebanyakannya akan menumpukan kepada anak-anak Encik Dongkin, serta celoteh daripada Encik Chong sebab dia ni memang berpengalaman. Jom tengok video teaser sikit…
Tapi sebelum kita mula dengan cerita dorang ni semua, mungkin ada yang tertanya…
Susah ke nak jadi pekebun kelapa sawit?
Bagi yang takde idea langsung pasal penanaman kelapa sawit, kami cuba terangkan seringkas boleh. Ini perkara-perkara yang korang kena ada, mengikut Encik Chong:
- Tanah kosong. Setakat 1-2 ekar pun dah boleh.
- Benih kelapa sawit. Ini yang mahal, dan ada gred yang berbeza-beza. Ada yang sampai RM20 sebiji. Lagi tinggi kualiti, lagi lama umur pokok kelapa sawit tu.
- Pagar untuk melindungi ladang daripada binatang-binatang seperti kerbau dan kerbau pendek. Jadi mulalah kira kos simen, tiang, pagar dan sebagainya.
- Kos-kos lain termasuklah baja, racun, dan sebagainya.
- Bersemangat waja terus berusaha, keazaman terus membara.
Bila dah siap tanam, kata Encik Chong lagi:
- Biasanya sekitar 2-3 tahun dah boleh dapat hasil, mengikut benih yang korang beli.
- Korang boleh tuai lebih kurang setiap 15-20 hari sebulan.
- Kalau satu ekar ada 60 pokok, boleh dapat hasil 1-2 tan.
- Harga satu tan ni jual mengikut harga pasaran, jadi kalau satu tan boleh jual RM500, sebulan boleh dapat RM1K jugak la untuk seekar.
Walaupun miskin, Dongkin mula berladang dengan duit sendiri. Dari padi, getah, sampailah sawit!
Dongkin A/L Kaway sekarang ni dah berumur 78 tahun, dah boleh pangkat moyang dah, tapi sampai sekarang masih bekerja kat kebun. Apa yang menariknya, Encik Dongkin dulu pernah berkhidmat sebagai tentera! Patut la sado sampai sekarang.
“Pada tahun 1958 ke 1960, dia berkhidmat di Senoi Praaq. Latihan pertamanya adalah di KL (berpangkalan di KL). Selepas latihan, kumpulan Senoi Praaq dihantar ke hutan” – Sheila Senathirajah, wakil dari Wild Asia.
Lepas habis berkhidmat sebagai tentera, Dongkin bagitau saya yang dia duduk di KL untuk cari kerja. Tapi tak lama lepas tu, dia balik ke Perak untuk usahakan ladang. Oleh kerana tak cukup modal, dorang tanam dulu sikit-sikit. Ye la, nak sewa mesin pun dah mahal, jadi dorang usahakan ladang secara berperingkat. Malah macam-macam dorang pernah buat –daripada padi, getah, sampailah ke kelapa sawit. Hustler sungguh.
“Walaupun kelapa sawit sudah lebih kurang 100 tahun, tapi kita orang Asli semasa itu belum tahu. Yang tahu pun kita tanam padi, tanam ubi, tanam pisang, itu saja.” – Anak-anak Dongkin, ketika ditemuramah SOSCILI
Lepas padi habis, anak-anak Encik Dongkin tukar pulak tanam getah. Tapi dorang kata, masalahnya dengan pokok getah ni, kalau hujan tak dapat nak pergi menoreh. Jadi semenjak tahun 2006, Encik Dongkin dan anak-anaknya tumpukan kepada kelapa sawit sampailah sekarang.
Kagum saya tengok dorang ni semua. Dalam bekerja kuat pun hepi je selalu. Mesti Encik Dongkin dan mendiang isteri dia dulu pandai dalam membesarkan anak-anak, sebab…
Semua anak-anak dididik berdikari walaupun ramai yang perempuan
Dongkin ada 9 orang anak: 7 perempuan dan 2 lelaki. Yang lelaki tu pun menolong jugak, cumanya waktu saya datang melawat, dua-dua orang tu ada hal kat tempat lain.
Sejak kecik lagi anak-anak Encik Dongkin dah belajar membantu mak bapak. Kadang-kadang tu sehari pergi sekolah, esoknya pergi menoreh. Tapi walaupun akademik tu kurang, boleh kata dorang ni banyak skill, campak dalam hutan pun boleh hidup – siap boleh bukak ladang terus!
“Kami dulu kecik-kecik susah, mak susah. Dengan cara susah itulah kami belajar. Walaupun kami tak sekolah tinggi tapi kami nak berjaya jugak macam orang lain.” – Anak-anak Dongkin.
Sebab tu la anak-anak perempuan pun kena buat kerja kasar, tak terkecuali! Malah kakak sulung mereka sekarang ni berumur 56 tahun, tapi hari-hari pun buat kerja! Bak kata dia sendiri, “semangat dan tenaga” tu mesti ada.
Tapi jangan ingat sekarang ni kerja dorang hari-hari tuai buah dan pergi jual je, macam-macam benda yang dorang kena hadapi waktu mula-mula dulu…
Banyak cabaran ditempuhi, kena lalu paya untuk tuai sawit, malah jalan kat kebun pun diturap sendiri!
Nak tanam kelapa sawit ni bukan setakat gali lubang campak benih je. Banyak benda nak kena ambil kira, contohnya jenis tanah, cuaca, dan benih kelapa sawit sendiri. Ada jugak ladang kelapa sawit yang ditanam kat atas bekas ladang getah.
Bagi keluarga Encik Dongkin, waktu mula-mula dulu, semua benda pun dorang cuba sendiri, tak kisahlah tanah gambut ke tak gambut. Ye la dulu mana ada smartphone nak Google.
“Orang Asli punya sifat memang sifat macam itu. Daripada dulu sampai sekarang memang kita try dulu.”
“Masa tu, sini semua tanah paya. Akak tak pakai cangkul, korek pakai tangan je. 180 pokok dalam 2-3 hari siap la.” – Dongkin dan anak-anaknya.
Tapi dorang kata nak tanam tu senang je, tapi nak mengangkut benih pokok tu yang susah!
Apa yang buat saya makin terpegun terkesima adalah bila dorang bagitahu yang jalan kat paya tu pun mulanya dorang buat dengan tangan sendiri! Mula-mula dorang letak batu-batu kerikil je, tapi sebab masih susah nak tolak kereta sorong, dorang letakkan batu-bata berlapis-lapis kat dalam tanah.
Bukan setakat nak untung, alam sekitar pun dijaga
Apabila kumpulan non-profit Wild Asia datang ke Perak untuk mendidik peladang ni tentang standard RSPO, tujuan dorang adalah supaya peladang ni dapat berkebun dan pada masa yang sama kurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.
Malah bagi Encik Chong yang memang banyak pengalaman, dia memang peka terhadap alam sekeliling. Dia ada anjing-anjing yang comel untuk menghalau monyet.
“Halau monyet saja la, tapi saya talak kasi mati la. Kita ada budi bahasa memang talak bunuh la. Itu ada orang (scarecrow)” – En Chong.
Encik Chong sebenarnya adalah bekas drebar trak, tapi sebelum tu dia dah ada pengalaman lebih kurang 18 tahun tanam getah dan kelapa sawit. Kasi tabik spring sekali.
Sebelum peladang ni tau pasal pengiktirafan RSPO, dorang main redah je tanam pokok. Terutamanya bila guna racun, kalau boleh nak tuang tong tu macam minyak petrol. Tapi sebenarnya benda ni bukan je tak baik untuk alam sekitar, tapi kelapa sawit tu sendiri. Jadi atas nasihat Wild Asia, mereka mula mengamalkan amalan yang lebih berkesan berpandukan kepada piawaian RSPO tadi.
“(Sekarang ni) mereka amalkan buat amalan pertanian yang baik. Mereka tak lagi sembur semua, sebaliknya sembur di sekitar pokok kelapa sawit tersebut, dan menggunakan kaedah yang lebih konvensional untuk pelupusan sisa-sisa, berbanding membakar terus ladang tersebut.” – Sheila, wakil dari Wild Asia
Malah Encik Chong ni, sebab dia otai, dia banyak amalkan kaedah yang membantu pokok kelapa sawit tu sendiri. Kat sekitar ladang dia ada tanam ubi, nanas, pisang, sayur, semuanya untuk makan sendiri, sekaligus membantu kesuburan tanah. Malah dia ada tanam bunga-bunga tertentu untuk mengalihkan perhatian serangga daripada kelapa sawit.
Jadi En Chong dan jugak Encik Dongkin banyak dapatkan nasihat tambahan daripada Wild Asia untuk kaedah yang lebih bagus yang mengikuti standard RSPO. Malah dengan kaedah dan nasihat yang diberikan, dorang lagi banyak untung! Contohnya, kos racun dapat dijimatkan.
Bukan itu je, walaupun Encik Chong baru dapat pengiktirafan RSPO pada tahun 2017, dia dah pergi konferens Thailand untuk mewakili Malaysia sebagai seorang peladang kecil! Kasi tabik spring dua kali.
Kalau ikhlas dan kerja kuat, korang pun boleh raih RM10K sebulan!
Bagi keluarga Dongkin, walaupun tanah dorang dah lebih daripada 9 ekar, dorang masih kuat bekerja sendiri sehari-hari. Sampaikan kalau cuti pun dalam sehari dua je setiap bulan.
“Sekarang hasil bolehlah. Orang kata nak kaya billion-billion takdela, alhamdulillah sekadar nak sara hidup.” – Anak-anak Dongkin.
Dan sekarang ni dengan nasihat pengiftirafan RSPO, dorang berjaya menjaga persekitaran dengan lebih baik, serta menjimatkan kos! Macam yang kami kata kat atas tadi, seekar tanah boleh dapat RM1K sebulan dengan usaha yang minima, jadi bayangkan kalau korang ada 10 ekar!
SHARE artikel ni kalau korang kagum dengan adik-beradik ni, atau SHARE dengan sesiapa yang nak mula tanak kelapa sawit sendiri!
- 2.4KShare sekarang!
- Email62
- Facebook2.4K
- Share