Kalau korang rajin tengok media sosial kebelakangan ni, korang mesti ada perasan gambar ramai gila orang beratur kat luar TRX untuk dapatkan iPhone 17 terbaru.

Sementara diorang sibuk beratur kat luar Apple Store sepanjang hari, kami sambut pelancaran barisan iPhone 17 dengan pergi Yes Happy Party (Vol.1), sambil nikmati irama dari Empty Page, MR TWO FIVE, dan Smooth Brain Girly.
Dan walaupun dapat minuman sedap dan muzik yang best kat Happy Party tu, benda yang lagi buat kami teruja adalah tawaran eksklusif daripada Yes sempena pelancaran barisan iPhone 17 ni…
Dapatkan iPhone 17 Pro dengan hanya RM 65/sebulan…dan 0% faedah!
Kita semua pun dah tahu konsep bayaran ansuran ni… Daripada bayar sekali gus (yang boleh jadi perit gila melainkan korang memang golongan T20), korang cuma perlu bayar jumlah yang jauh lebih rendah setiap bulan untuk jumlah bulan tertentu. Jadi takde la terasa sangat beban tu. Tapi… ada satu perangkap: faedah (interest) yand dicaj boleh jadikan jumlah yang korang bayar tu jauh lebih tinggi tanpa korang sedar pun.
Jadi… macam mana kalau kami bagitahu yang dengan pelan Yes Infinite+, korang boleh dapat iPhone 17 Pro dengan hanya RM65 sebulan… dengan 0% faedah bulanan dan langsung tak payah bayar apa-apa duit muka??
Betul tu! Apa yang korang perlu buat cuma langgan pelan Ultra 178, dan tambah RM65 sebulan untuk dapatkan iPhone 17 Pro, siap dengan data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan, panggilan tanpa had, dan roaming 5G percuma di Singapura! Memang nampak macam mahal sikit pada awalnya, tapi pelan Yes Infinite+ ni sebenarnya tawarkan kos pemilikan iPhone 17 paling rendah berbanding telco lain. Walaupun bila kira sekali bayaran pelan tu sendiri, korang sebenarnya jimat lebih daripada RM1,500 untuk iPhone 17 Pro!
Tapi bukan tu je…
Dapatkan cashback bulanan untuk iPhone 17 Pro Max hingga RM3,535… tanpa sebarang kontrak!
Bagi yang tak nak terikat dengan kontrak pula, korang boleh pilih tawaran Yes Infinite Cashback. Di sini, korang perlu bayar harga penuh untuk iPhone korang dulu. Tapi lepas tu, Yes akan bagi korang pulangan tunai setiap bulan berjumlah sehingga RM3,535!
Kalau korang pernah dapat phone mampu milik atau percuma daripada telco sebelum ni, mesti korang tahu yang pakej ni wajibkan korang langgan pelan tu untuk tempoh tertentu. Kalau tak, bersedialah bayar penalti (atau lebih parah, kena langsaikan baki harga phone tu 😱).
Jadi walaupun tawaran peranti + telco ni nampak menarik pada mulanya… bukan semua orang mampu nak commit macam tu.
Jadi, Yes putuskan untuk buang tempoh kontrak wajib bila korang beli iPhone 17 Pro Max (2TB) dengan harga penuh (RM9,999) dengan diorang. Jadinya, memang tak ada penalti kalau korang nak berhenti awal. Tapi rugi la sikit, sebab lagi lama korang setia dengan pelan ni, lagi banyak pulangan tunai yang korang dapat.
Yes tawarkan pulangan tunai bulanan sebanyak RM101/sebulan selama 35 bulan, membolehkan korang dapat sehingga RM3,535, iaitu 35% daripada harga asal iPhone 17 Pro Max (RRP: RM 9,999)!
Ini bermaksud korang boleh dapat diskaun sehingga 35% untuk iPhone 17 Pro Max. Jadi, harga sebenar yang korang bayar cuma RM6,464 je kalau korang kekal dengan Yes selama 35 bulan. Lagi menarik, pulangan tunai tu bukannya dalam bentuk kredit, tapi duit sebenar yang boleh korang guna untuk bayar bil atau keluarkan untuk benda lain!
Dan sebenarnya… langsung takde helah 😜
Ada orang mungkin agak was-was nak langgan pelan telco sebab selalu ada terma dan syarat “halus” yang disorok dalam pakej menarik, yang kadang-kadang sampai nampak terlalu bagus untuk jadi realiti. Tapi dengan tawaran eksklusif dari Yes ni, apa yang korang nampak, itulah yang korang dapat.
Jadi, kalau korang nak beli iPhone 17 Pro secara ansuran, pelan Yes Infinite+ tawarkan korang iPhone 17 Pro dengan faedah bulanan 0%, tanpa bayaran pendahuluan, data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan, siap dengan roaming percuma di Singapura lagi.
Kalau korang jenis yang tak nak terikat dengan kontrak jangka panjang tapi tetap nak dapat pulangan daripada pembelian, pelan Yes Infinite Cashback mungkin sesuai untuk korang. Korang boleh dapat pulangan tunai bulanan sebanyak RM3,535 tanpa kontrak, jadi boleh berhenti bila-bila, tak tipu.
Dan kalau korang bukan pengguna Yes sebelum ni pun jangan risau, semua pakej dan tawaran ni terbuka untuk semua orang, walaupun korang tak pernah guna Yes seumur hidup.
Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut pasal tawaran ni, bandingkan harga, atau tengok pakej lain yang Yes sediakan, korang boleh terus layari laman web diorang untuk info penuh.