- 472Share sekarang!
- Email9
- Facebook463
- Share
Baru-baru ni Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ada bagitahu yang cuaca panas ni mungkin akan berterusan sampai April tau! Bukan tu je yang membimbangkan kita, tapi ada satu lagi benda yang melanda Malaysia baru-baru ni disebabkan musim dan cuaca panas yang melampau. Nak tahu tak apa?
Korang tahu tak obor-obor yang bahaya tu dah mula menyerang kawasan perairan Malaysia disebabkan peningkatan suhu air laut? Jadi kali ni Soscili nak cerita pasal obor-obor yang dah berjaya menjajah perairan Malaysia terutamanya dekat perairan sekitar Sabah.
Musim panas, musim sesuai obor-obor membiak?
Semenjak musim panas ni, bukan manusia je yang suka bersantai kat tepi dan persisir pantai, obor-obor pun nak join jugak. Baru-baru ni, pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Fazrul Hisam Abdul Aziz bagitahu yang populasi obor-obor dah semakin banyak kat kawasan sekitar pantai kat Kuala Nerus, Terengganu. Benda dan situasi macam ni sebenarnya bahaya kalau tak dipantau dan dibiarkan macam tu je sebab kita pun tahu obor-obor ni bahaya dan boleh membunuh. Membunuh dalam masa 3 minit je!
Spesis obor-obor yang dah aktif kat kawasan perairan sekitar Malaysia sekarang ni adalah obor-obor jenis Chirop slides Buitendijki dan Morbakka, atau dikenali juga sebagai Box Jellyfish lutsinar dan transparent. Yang merupakan spesis yang bahaya dan sama macam Irukandji, yang berasal dari Australia. Dan… dia ada lebih kurang 36 sesungut dan dalam setiap sesungut tu ada lebih kurang 500,000 sel sengat dan bisa. Aduh, sakitnya.
Dan selalunya bila kena sengat dan bisa dari obor-obor ni dia akan serang dan attack jantung dan sel kulit dulu. Sebab tu kalau dapat rawatan lambat, sengatan obor-obor ni boleh bawa maut dan banyak kes yang dilaporkan kegagalan jantung berfungsi lepas kena sengat jadi faktor utama kes kematian. Dan ada 100 spesis obor-obor yang bahaya daripada 2000 spesis obor-obor yang ada.
Kalau situasi obor-obor ni makin banyak kat perairan dan kawasan sekitar pantai kat Malaysia dan dibiarkan je tanpa ada sebarang kawalan, dia akan jadi bahaya kat pelancong yang melancong kat Malaysia sebab dia menjejaskan keharmonian kat kawasan pantai tu.
Oleh sebab peningkatan suhu air dan cuaca kat Malaysia, obor-obor ni pun tertariklah nak travel kat Malaysia. Dan daripada kajian, suhu air laut sekarang dah naik dua darjah Celsius dalam setahun jika nak dibandingkan dengan 10 hingga 20 tahun lepas yang suhu air laut hanya naik dalam satu darjah je. Dan sebab tu obor-obor makin banyak.
Dan baru-baru ni pengkaji Marin dekat Sabah ada terjumpa 2 ekor Box Jellyfish tu kat kawasan perairan Kota Kinabalu waktu diaorang tengah buat lawatan sambil belajar kat kawasan tu bersama Institut Kajian Borneo Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dan kajian jugak ada mengatakan yang populasi obor-obor akan jadi semakin banyak sekitar bulan Mac, Julai, Oktober dan November.
Bukan tu saja, disebabkan cuaca panas melampau dan kering yang melanda Malaysia sekarang ni, tu juga jadi faktor yang membuatkan obor-obor ni senang membiak dan menceroboh kawasan perairan Malaysia. Sebabnya ia menjadi persekitaran yang sesuai untuk obor-obor membiak, dan disebabkan ni jugak populasi obor-obor yang paling bahaya akan makin banyak kat Malaysia.
Obor-obor ni pun boleh bagi manfaat kat orang, dengan…
Selain daripada obor-obor ni boleh mengancam nyawa orang, dia pun ada banyak kegunaan yang ada nilai komersial kat pasaran tau. Ia ada nilai komersial dari aspek untuk dijadikan sumber makanan. Kalau korang pergi Sushi King, ada satu menu ni nama dia Chuka Kurage yang diperbuat daripada obor-obor. Jadi, orang Jepun dah lama makan obor-obor ni, tapi bukan obor-obor yang bahaya tu ye.
Kalau di kawasan perairan Sarawak, obor-obor ni memang dijadikan sebagai sumber pendapatan dan sumber makanan diaorang. Kat Kampung Sampat, Sarawak, ada satu kilang memproses obor-obor ni dan ia jugalah yang bantu menjana ekonomi penduduk kat sana. Ada yang bagitahu, daripada obor-obor ni mereka boleh dapat RM500 sebulan.. Bukan biasa-biasa tu.
“Pekerjaan ni boleh membantu wanita memperoleh pendapatan untuk menjana ekonomi keluarga dan negara.”- Jaibah Daud, pekerja yang menghasilkan produk obor-obor, sumber dari BH Online.
Kilang obor-obor yang ada kat Sarawak tu dah wujud sejak tahun 1970-an dan dia jadi sumber pendapatan orang kat kawasan tu. Dan selalunya obor-obor yang dibuat makanan ni dari obor-obor putih. Diaorang sebenarnya ada cara dia nak hilangkan sengat obor-obor ni sebelum diproses untuk dijadikan makanan.
Caranya dengan, diaorang akan biarkan obor-obor tu terdampar kat persisir pantai dalam beberapa hari untuk pastikan sengat dan bisa obor-obor tu hilang serta mati dulu, kalau dia hidup nanti takkan nak makan dia hidup-hidup kan.
Lepas tu baru diaorang proses obor-obor ni jadi makanan. Langkah pertama dengan gunakan garam. Dan apa yang menariknya, obor-obor ni sebenarnya lebih tahan lama kalau nak dibandingkan dengan makanan yang lain. Alang-alang tu jomlah pergi Sushi King lunch nanti, makan obor-obor.
Dan… apa yang kita tak tahu, sebenarnya obor-obor yang ada kat sekitar perairan Malaysia ni dijadikan sebagai sumber ekonomi yang ada nilai komersial, Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD) ada jalinkan usahasama dengan Syarikat dari China untuk komersialkan dan eksport obor-obor ni untuk dijadikan sumber makanan kat negara tu, contohnya macam asam dengan gula-gula. Sedap ke tak eh?
Kalau nak buang bisa obor-obor boleh guna cuka, sambil tu boleh buat jeruk sekali!
Cuba korang bayangkan, kalau ada budak-budak kecik tengah buat istana pasir kat tepi pantai tiba-tiba kena sengat? Kan haru dah tu. Tak pasal-pasal semua orang takut nak pergi pantai tu lagi.
Ada satu kajian ni bagitahu, bila kena sengat dengan obor-obor ni, ia perlukan tindakan kecemasan perubatan dengan segera, jangan nak lengah-lengah ye. Sengat dan racun obor-obor ni sebenarnya mampu membunuh 60 orang dewasa sekali gus tau.
Korang pernah terfikir tak cuka sebenarnya boleh hilangkan bisa dari sengatan obor-obor ni? Selain cuka boleh guna untuk buat jeruk, bersihkan rumah, dan guna untuk bahan masakan, cuka ni pun ada fungsi dia untuk legakan bisa kalau kena sengat binatang. Kalau kena gigit nyamuk, tapi korang takde Vicks, bolehlah guna cuka jugak. Sebab dia boleh tukar PH dalam badan yang dah kena bisa tu.
Kadang-kadang bila dah kena sengat tu, nak mintak bantuan kecemasan mungkin kena tunggu agak lama, bila tunggu lama dan tak buat apa-apa tindakan, tu lah yang akan menyebabkan kematian. Jadi, cuka ni boleh digunakan kalau dah emergency sangat sebagai salah satu perubatan dan untuk meredakan bisa tu.
Ada saintis dari USM bagitahu yang cuka memang perubatan yang terbaik untuk matikan bisa sengat obor-obor daripada merebak kat seluruh badan. Lepas ni pergi pantai boleh lah standby cuka siap-siap. Dan dulu dah ada bengkel khas untuk bagi orang untuk faham cara nak atasi ancaman obor-obor ni. Jadi, siapa yang join kelas tu dapat tahu banyaklah cara untuk atasi ancaman si jellybean jellyfish ni!
Kalau nampak bendera merah kat pantai, mungkin obor-obor ada kat situ!
Walaupun obor-obor ni sebenarnya ada je kebaikan dia tapi memandangkan dia binatang berbisa dan sejak perairan Malaysia dah diserang dengan kewujudan obor-obor yang bahaya ni, pengunjung pantai kenalah sentiasa berhati-hati sebab ada je kemungkinan yang obor-obor tu selalu berkeliaran, lagi-lagi musim panas ni. Walaupun korang rasa nak ambik angin sepoi-sepoi bahasa kat pantai tu, kena fikir juga keselamatan diri ye.
Korang juga kena peka bila ada kat kawasan perairan sebab pihak berkuasa ada wujudkan kawasan amaran.
“Pemasangan bendera merah dan papan tanda mengenai ancaman obor-obor ini pasti dapat menyelamatkan orang ramai daripada sengatannya” Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sumber dari Utusan Online.
- 472Share sekarang!
- Email9
- Facebook463
- Share