Meriam Aidilfitri? Ini 5 meriam tradisional yang hampir pupus

Tiap tahun selepas berakhirnya Ramadan, bermulalah sambutan kemenangan bagi semua umat Islam iaitu Aidilfitri. Hari raya yang sering dinantikan kerana semua keluarga dapat berkumpul (sekarang tak boleh lah sebab PKP) bersama-sama dan mengubati rindu masing-masing.

Kita tolak tepi benda-benda cliche masa hari raya macam makanan apa semua tu kan. Hari ni kita nak berborak atau bercerita tentang MERIAM! Betul tu, zaman dulu mana ada orang jual mercun moden yang terbang sana sini tu. Kalau ada jual pun semua jenis yang kena baling-baling tu je, sebab tu la ramai orang terpaksa buat sendiri untuk gegak-gempitakan hari raya.

1. Meriam Buluh, yang paling klasik!

Tutup telinga oii! Imej dari Fiziklah

Tipu lah kalau korang tak tahu apa tu Meriam Buluh kan, ia merupakan meriam yang paling ramai orang main disebabkan cara pembuatan yang agak mudah dan cara main dia pun senang. Tak lupa juga bunyi yang keluar daripadanya pun sangat nyaring, tapi kadang-kadang bunyi dia boleh tenggelam juga.

Sebab nak bagi Meriam Buluh ni berbunyi dengan kuat pun perlukan skill tau! Apa yang dimaksudkan dengan skill tu? Secara asasnya, untuk mendapatkan bunyi letupan yang nyaring tu adalah bermula daripada skill pembuatan meriam tu sendiri.

Banyak juga cara-cara yang wujud, ada yang kata kena rendam buluh dalam air sehingga masa tertentu, ada juga yang kata kena ikat badan buluh dengan tali dan tak lupa juga pemilihan karbaid (calcium carbide) yang berkualiti. Tapi tu lah, Meriam Buluh ni juga terkenal dengan dia punya bahaya.

Ni lah rupa karbaid tu! Imej dari Kimia Jawi

Disebabkan struktur buluh yang tak berapa kuat, risiko untuk berlaku kemalangan yang tak dijangka seperti buluh meletup sangatlah tinggi. Memang dalam sejarah, ramai dah yang cedera dengan agak teruk disebabkan meriam mereka meletup.

Mungkin disebabkan tu lah ada orang decide untuk ikat buluh tersebut. Walau bagaimanapun, korang kena sentiasa berhati-hati bila bermain benda macam ni. Kalau boleh, pastikan ada pantauan orang dewasa.

2. Meriam Katak, ada juga yang panggil Meriam Tin

Kecik betul tin dia tu. Imej dari CariGold

Meriam Katak ni mungkin asing sikit bagi orang lain sebab memang Meriam Buluh je yang popular kan. Meriam ni kira agak istimewa sikit sebab banyak juga benda korang kena sediakan sebelum beraksi, yang pertama sekali mesti lah korang kena korek tanah. Fungsinya adalah untuk korang tanam sesuatu untuk dijadikan tempat meletak karbaid seperti tempurung kelapa atau pun tin yang dipotong.

Lepas tu korang kena sediakan baldi, tong atau benda yang boleh tutup bahagian yang diletakkan karbaid tadi untuk mengepung segala gas yang ada. Selepas tu, cucuh macam biasa di lubang kecil (sama macam Meriam Buluh) dan BOOM! Ia akan mengeluarkan bunyi letupan yang kuat.

Gambaran mudah meriam katak. Imej dari Facebook

Yang menariknya, tong atau baldi tadi akan terbang ke atas selepas letupan tu dan dari situ lah ramai lari lintang-pukang sebab nak elak benda tu kena kepala. Kira takde lah bahaya sangat macam Meriam Buluh tu, paling-paling pun pening sekejap je kalau terkena benda tu. Tapi risiko tu still ada lah, jadi kalau korang nak main tu kena sentiasa alert dengan keselamatan.

3. Meriam Besi, Meriam Buluh yang ambil steroid!

Meriam guna besi?! Nak perang ke apa! Imej dari Berita Harian

Basically, Meriam Besi ni adalah Meriam Buluh, cuma buluh tu ditukar ke material yang lebih kuat seperti besi keluli. Apa yang menarik pasal Meriam Besi ni? Walaupun ia agak sama dengan Meriam Buluh, bunyi yang dikeluarkan oleh Meriam Besi ni lebih nyaring dan kuat kalau nak dibandingkan dengan abangnya.

Cara pembuatan dia lebih kompleks, korang kena pateri lah bagai. Tapi takpe lah, segala usaha korang tu pasti berbaloi. Semua orang boleh buat Meriam Besi ni, kalau dah minat apa salahnya kan.

Expectation bila kau nak buat meriam besi. Imej dari imgflip

Nak dijadikan cerita, ada sebuah kampung di Perak ni sangat popular dengan budaya bermain meriam mereka. Ia adalah di Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak. Sebuah kampung yang mempunyai tradisi bermain meriam setiap kali malam raya, sampaikan meriam yang dorang gunakan tu dinamakan sebagai Meriam Talang. Kalau korang nak tahu pasal cerita ni, klik di sini.

4. Meriam Botol, dia tak macam meriam sangat pun

Macam ni pun boleh meletup? Imej dari Youtube

Seperti namanya sendiri, bahan utama untuk buat merian ni adalah botol. Tapi kena pastikan ia diperbuat daripada plastik (yang nipis) lah, sebab kalau korang guna plastik tebal atau pun besi memang takkan meletup benda tu. Sebenarnya dia takde lah macam meriam sangat, dia lebih kepada mercun moden yang ada sekarang ni sebab korang kena baling benda tu.

Cara penyediaan Meriam Botol ni pun agak mudah, korang just masukkan karbaid dalam botol tu dalam suku macam tu dan masukkan air dalam jumlah yang sama and then tutup botol tu dengan penutup seketat yang boleh. Lepas tu baling jauh-jauh, nanti sampai masa botol tu akan meletup dan membuat bunyi yang agak kuat!

Bila ramai tanya, betul ke ni meriam? Imej dari imgflip

Yang tak best pasal Meriam Botol ni, nak tunggu dia meletup tu jenuh sikit lah. Dia ibarat korang boleh lepak borak-borak makan rendang dulu apa semua, lepas 1 ke 2 minit macam tu barulah meriam tu meletup. Tapi kebaikan dia pula, ia dikira selamat lah sikit sebab korang diberi masa yang sangat banyak untuk bergerak ke kawasan yang selamat.

5. Meriam Tanah, macam nama senjata time perang dah

Macam ni ke rupa dia? Imej dari Blog

Yang terakhir ialah Meriam Tanah, meriam ni merupakan yang paling susah untuk disediakan sebab banyak benda berat perlu dilakukan. Hal ini disebabkan korang kena tanam meriam ni dalam tanah, sebab tu juga lah kenapa nama dia Meriam Tanah.

Banyak versi sebenarnya Meriam Tanah ni, ada yang guna buluh dan ada yang guna tin yang digabungkan. Semua bahan itu akan ditanam hampir keseluruhannya dan hujungnya dibiarkan keluar, nak senang lagi korang kena tanam meriam tu dekat lereng bukit la kot. Kaedah yang lain pula masih sama seperti guna karbaid, air dan api.

Gambaran mudah Meriam Tanah. Imej dari Blog

Dikatakan, bunyi yang dikeluarkan oleh Meriam Tanah ni agak nyaring tapi dalam masa yang sama agak mendap. Ia disebabkan (mungkin lah) tanah tu sendiri akan menyerap sedikit bunyi yang dikeluarkan oleh meriam tu. Tapi dia still ada kelebihan yang tersendiri, salah satunya adalah ia TIDAK AKAN meletup (sehingga mencederakan orang lain) disebabkan binaan meriam tu sendiri.

Tradisi yang semakin pupus dan harus dipelihara

Tradisi yang mungkin akan pupus. Imej dari Twitter

Nak dijadikan cerita, tak ramai dah reti main meriam ni. Dah kalau main meriam pun tak reti, mesti nak buat meriam tu sendiri pun tak reti. Mungkin tunggu masa tradisi bermain meriam akan dilupakan begitu je, zaman pun makin maju dan budak-budak pun lebih suka bermain gajet je.

Tapi kita masih boleh pelihara tradisi ni, ia merupakan warisan daripada zaman nenek moyang kita. Ada yang pandang enteng berkenaan perkara ni sebab ye lah, mercun dan meriam ni kan bahaya. Tetapi kalau buat dengan cara yang betul, segala bahaya tu dapat dielakkan. Kalau betul benda ni akan pupus, at least nilai kenangan dalamnya sangat tinggi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!