Uihhh, apehal China tetiba tolong 1MDB dengan RM10 bilion??!

(Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di sini.)

Semua orang tarik nafas dulu. China, salah satu kuasa besar dunia, baru je muncul bak kesateria baja hitam untuk menyelamatkan Cik Siti intan payung yang gundah gulana, Malaysia!

Tapi ini bukan kisah merpati dua sejoli ye, sebab adanya pihak ketiga yang muncul di antara mereka. *pasang lagu Maria Mariana sket*

Tiada yang mencurigakan di sini hoke. Ini cumalah segitiga cinta yang biasa.

Baru-baru ni, China dilaporkan membayar USD2.3 bilion (RM 9.83 bilion) untuk membeli kesemua aset tenaga 1MDB.

Hah apebende, 1MDB ada aset tenaga? Ok, sebab ramai yang tak tau hujung pangkal cerita, meh sini kami ringkaskan. Bulan Jun yang lalu, Arul Kanda ada memberi penjelasan tentang hutang RM 42 bilion yang ditanggung 1MDB, dan sebahagian besar daripadanya adalah disebabkan pembelian tiga loji kuasa BESERTA hutang-hutang yang diwarisi loji-loji ini.

IPP adalah singkatan untuk Independent Power Plant. Imej asal daripada The Malay Mail Online.
IPP adalah singkatan untuk Independent Power Plant. Imej asal dari The Malay Mail Online.

Menurut WSJ, China juga menampung sebahagian daripada hutang yang diwarisi ini, jadi besar kemungkinan China dah MEMBAYAR LEBIH RM 10 BILION kepada 1MDB (walaupun sebenarnya kita masih rugi sebab harga asal yang 1MDB bayar adalah jauh lebih mahal).

Apa yang kami nak tau adalah mengapa China sanggup abih pitih beli loji kuasa ni?

China beli loji kuasa daripada 1MDB yang dah tak berapa bernilai lagi?

“Ini adalah lebih tinggi daripada nisbah harga-buku purata saham-saham loji kuasa di rantau ini. Malah, lebih murah untuk membina loji kuasa saiz yang sama baru daripada membeli loji kuasa milik Genting yang sudah berusia 17 tahun,” – Nik Nazmi kepada Free Malaysia Today tentang loji kuasa Mastika apabila ia dibeli oleh 1MDB pada tahun 2012.

Banyak-banyak terima kasih kepada EquitiesTracker sebab merekalah yang pecah kepala merungkaikan cerekarama 1MDB ni (juga membantu kami dalam artikel berkaitan ekonomi Malaysia dan nilai ringgit) dan menurut mereka, pembelian daripada China ini memang tak masuk dek akal kerana:

1. Loji kuasa yang mungkin dah lapuk

Aset-aset tenaga yang dijual ke China termasuklah 4 loji kuasa gas dan 1 loji kuasa arang batu. Loji-loji yang hampir tamat perkhidmatannya. Ada artikel yang mengatakan loji kuasa gas dan arang batu kini sedang ditamatkan kerana sumber tenaga yang boleh diperbaharui semakin berkemungkinan.

Loji kuasa gas dan arang batu juga sangat mencemarkan Bumi tercinta kita ni.

Namun ada juga yang menerangkan bagaimana sesetengah negara menamatkan loji kuasa arang batu dan diganti dengan loji kuasa gas, sebab itulah kami kata “mungkin dah lapuk”, sebab ada antara mereka yang dah berusia lebih sepuluh tahun.

2. Reputasi 1MDB makin teruk sampai kebanyakan negara (selain China) tak nak terlibat

Bloomberg melaporkan yang bon 1MDB didagangkan macam besi buruk, antara sebabnya adalah aset-aset 1MDB yang tak menjana wang yang cukup serta kekeliruan sekitar syarikat tersebut. Menurut Nikkei, bila TNB membuat tawaran pada aset tenaga 1MDB, harga stok mereka jatuh ke tahap paling teruk sepanjang dua tahun!

China dan Malaysia dah lama jadi kawan baik

Menurut buku Sejarah, Malaysia dah lama ada hubungan dengan Malaysia. Ingat tak Hang Li Po? Walaupun kewujudannya kini diragui, apa yang diceritakan adalah dia dinikahkan dengan Sultan Mansur Shah untuk menjalinkan hubungan antara China dan Kesultanan Melayu. Namun sebagai negara Malaysia, Tun Abdul Razak lah yang mengikat hubungan rasmi dengan China (memang betul-betul roti canai bertelur la dia ni sebab waktu tu China masih dikenali sebagai negara komunis). Wikipedia pun ada artikel panjang mengenai hubungan China dan Malaysia ni.

Siap ada setem ulangtahun BFF yang ke-500 cukuppp. Imej dari mudah.my

Namun sejak dekad yang lalu, hubungan kita semakin intim sehingga jadi Teman Terlebih Mesra.

Contohnya, China menawarkan pinjaman sebanyak RM 2.6 bilion bagi membiayai jambatan Pulau Pinang kedua (macam pernah dengar tapi di mana ye) yang akan menampung hampir separuh daripada kos penuh iaitu RM 4.5 billion (dengan kadar faedah sebanyak 3% setiap tahun selama 20 tahun). Akhirnya, kerajaan ambil pinjaman ini tapi pada jumlah lebih rendah iaitu RM 1.08 bilion.

Bukan tu je, pada tahun 2013, University Xiamen nak buka sebuah institut di Malaysia yang bernilai RM 1.3 billion, cawangan pertama mereka di luar China. Nak lagi? Baru-baru ini ada laporan yang mengatakan kita boleh membeli saham yang sangat eksklusif China di pasaran saham mereka!

Tambahan lagi bila ada kerjasama Malaysia-China di Kuantan dan Melaka, kita boleh nampak berapa banyak China terlibat dalam hal-hal Malaysia.

Apa Malaysia ni memang cantik-tertarik-menarik-kau-memang-debom?

Mungkin korang tertanya-tanya apa yang membuatkan China murah hati sangat dengan Malaysia.

“Lokasi, lokasi, lokasi.” – Alvin Yong, CEO EquitiesTracker

Selak balik buku Sejarah tadi, Selat Melaka adalah jalan perdagangan yang sangat strategik yang membuatkan Melaka popular suatu masa dahulu, dan 500 tahun kemudian perkara ini masih sama.

Bagaimana minyak sampai dari Timur Tengah ke China. Imej asal dari Wikipedia.

“Setiap tahun, satu pertiga penghantaran barangan dunia akan melalui Selat Melaka dan Selat Singapura, termasuklah kebanyakan perdagangan antara Eropah dan Cina, serta hampir kesemua minyak mentah dari teluk Parsi ke kuasa ekonomi besar Asia seperti China, Jepun dan Korea Selatan… Dan perdagangan global yang melepasi kawasan tersebut – hanya seluas 1.7 kaki di titik yang paling sempit – masih lagi berkembang.”- CNBC, September 2014.

Daripada 8 chokepoint paling penting buat perdagangan minyak dunia, Selat Melaka adalah yang kedua terbesar (selepas Selat Hormuz). Reuters melaporkan 80% daripada import minyak mentah China lalu di Selat Melaka, yang bermakna,

Jika apa-apa berlaku kepada saluran ini, China takkan dapat minyak mereka.

Menurut WSJ, China cuba menguatkan pengaruhnya di Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan “One Belt, One Road” dan urusniaga dengan 1MDB hanyalah satu langkah yang diperlukan. Secara ringkas, “One Belt, One Road” merupakan rancangan jangka panjang China untuk mendapatkan satu laluan darat dan laut bagi menghubungkannya dengan seluruh dunia. Pengangkutan laut adalah cara yang paling murah, dan lebih mudah apabila ia berdekatan dengan pelabuhan kerana senang nak isi semula bekalan, tak lupa juga cuaca yang lebih baik.

Imej dari chinausfocus.com.

Tapi jangan perasan ye, bukan Malaysia sorang je yang China dok skodeng. Baru-baru ini, China bersetuju untuk menampung 75% daripada kos pembinaan keretapi berkelajuan tinggi di Indonesia!

OHHH JADI INI KISAH CINTA TIGA SEGI ANTARA CHINA, MALAYSIA, DAN INDONESIA LA YE?

Sebenarnya, Amerika yang tengah cuba nak masuk daun…

Kami mohon maaf sekiranya imej berikut yang menyebabkan gangguan emosi bagi sesetengah pembaca (sila sediakan Eye Mo Mo).

Harrow from the other saidddddd~~

Baru-baru ni Presiden Barrack Obama melawat Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, yang juga merupakan lawatan KALI KEDUA Obama selepas April 2014. Tapi sebelum ni, hanya sorang je Presiden Amerika yang pernah singgah, cuba teka dah berapa lama?

Take Our Poll

Satu-satunya Presiden US yang pernah datang ke Malaysia adalah Presiden ke 36, Lyndon B. Johnson pada 1966… hampir 50 tahun lepas! Tapi Barrack Obama ni pulak dah dua kali melawat kita dalam tempoh setahun setengah! Kenapa tiba-tiba je kita jadi hot?

Amerika kini berminat dengan Malaysia bila sedar betapa pentingnya kita kepada China. Banyak artikel yang menerangkan bagaimana China dan Amerika sedang bersaing bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh Asia Tenggara!

Ada yang percaya yang TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) digubal oleh Amerika untuk mengawal pengaruh China. Huffington Post melaporkan bagaimana Senat di Amerika mengubah beberapa undang-undang hak asasi manusia hanya untuk membenarkan Malaysia terlibat dengan TPPA (ada kami bincangkan di sini) DAN memberi tekanan kepada China.

Dengan dua kuasa besar dunia cuba mencuri perhatian Malaysia, apa kesannya terhadap rakyat biasa?

Tak untung ke bila ramai sangat yang nak mengorat?

Biasanya memang untung lah kan.

Dah lah China tolong bayar jambatan, bina universiti, dan macam-macam lagi; ada juga kemungkinan China akan membantu dalam pembinaan keretapi pantas Kuala Lumpur-Singapura. Dengan anggaran kos sebanyak RM 65 bilion, projek ini telah menarik minat lebih 150 pihak, termasuklah China.

Imej dari The Malay Mail Online.

Bercakap tentang TPPA pula, walaupun ia mendapat pelbagai kritikan, ada sebab untuk mempercayai yang ianya bukanlah sesuatu yang teruk sangat buat kita.

Pendek kata, banyak faedah yang kita boleh dapat daripada segi ekonomi dan infrastruktur yang tak cukup kalau kami nak cerita dalam satu artikel. Kami sarankan korang ikut EquitiesTracker bila mereka buat sebarang acara untuk menerangkan hal-hal ni semua.

Kalau kita ni laku sangat, kenapa kita pokai?

Tahun ni agak sukar bagi Malaysia, dah lah nilai matawang jatuh 24% dalam masa kurang setahun. Ironinya, ia disebabkan OLEH negara-negara yang tengah cuba memenangi hati kita, kerana:

  1. Matawang US semakin kuat.
  2. China merendahkan nilai matawang mereka yang kemudiannya memberi kesan kepada kita kerana China merupakan pasaran eksport terbesar kita.
  3. Ada orang Malaysia yang muka tebal sangat.

“Tak seperti kebanyakan negara Asia yang lain, Malaysia adalah negara pengeksport minyak bersih, jadi kejatuhan harga minyak memang sangat memberi kesan. Namun ketidak stabilan politik juga menyebabkan peniaga-peniaga asing lari.” – Barrons.com

Mak aih drama sungguh cinta tiga segi ni. Betapa kuatnya pengaruh mereka sampai lawatan Obama yang satu tu pun menyebabkan Ringgit naik 1.8% dalam sehari.

Namun apa yang perlu kita sedar adalah Malaysia ni memang BUDAK BERTUAH. Dah lah penuh dengan sumber asli dan selamat daripada bencana alam, kita terletak di selat yang sangat penting, kalau kita duduk rumah goyang kaki makan kacang Ngan Yin je sekalipun negara lain masih nak kenal dengan kita.

…namun mungkin itu jugalah yang menyumbang kepada masalah kita. Terdapat satu teori daripada Richard Auty yang dikenali sebagai Sumpahan Sumber (terjemahan kasar lah ye), di mana ia menerangkan kenapa ekonomi negara yang penuh dengan sumber tak setanding dengan jirannya yang tak berapa nak ada sumber (jangan sengih eh Singapura).

“Ini mungkin berpunca daripada pelbagai sebab, termasuklah kurangnya usaha pada sektor ekonomi lain, kebergantungan kepada pasaran sumber asli global, pengurusan sumber yang tidak betul oleh kerajaan, atau institut yang lemah, tidak cekap, tidak stabil atau korup” – Wikipedia

Macam biasa dengar kan? Cuba dengar yang ni pulak:

Gadis ayu rilek aje. Kitorang yang biasa terperap kat rumah ni kena usaha lebih. Sebab tu bila nampak gadis ayu saya pandang sebelah mata je – saya macam, apehal ko tak puas hati? Meh sini meh.” – (terjemahan sangat kasar) Courtney Love