Kuala Lumpur, 19 Mei 2025 – Linerase, bioperangsang kolagen lanjutan yang diyakini oleh
doktor-doktor estetik (kecantikan) di seluruh dunia, telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Direka cipta untuk merangsang penghasilan kolagen semula jadi badan, Linerase
membawakan pendekatan serba maju kepada peremajaan kulit, dengan mengembalikan
keanjalan, ketegangan dan keserian menerusi kaedah biorangsangan berlandaskan kajian
saintifik.

Di majlis pelancaran tersebut, pakar antarabangsa Profesor Andrea Corbo, Pengasas Linerase
dan Pakar Dermatologi dari Itali dan Dr. Katerina Gkouvi, Pakar Dermatologi dari Greece,
berkongsi maklumat berharga tentang sains di sebalik Linerase dan penggunaan uniknya.
Program ini diakhiri dengan pembentangan hasil kajian klinikal tempatan oleh Dr. Lim Ting
Song, pakar perubatan estetik dan Pengarah Perubatan di Clique Clinic, yang menunjukkan
peningkatan nyata dari segi kualiti, keanjalan dan daya ketahanan kulit selepas rawatan dengan
Linerase.
Sains di Sebalik Linerase
Berbeza daripada rawatan tradisional yang menambah isi atau menyelindungi penuaan secara
sementara, Linerase menyasarkan fibroblas kulit, iaitu sel yang bertindak sebagai kilang
kolagen di dalam kulit. Selepas didedahkan kepada Linerase, fibroblas ini dirangsang untuk
menggandakan selnya.
Di samping itu, Linerase juga membekalkan asid amino kepada fibroblas yang baru terbentuk, dan digunakan sebagai bahan mentah dalam pembentukan kolagen baharu. Semua kesan ini secara bersama meningkatkan pengeluaran kolagen Jenis III dengan ketara di dalam kulit. Proses ini membantu mengekalkan ketegangan kulit, menambah baik tekstur dan menyokong penghasilan semula kulit dalam jangka panjang. Antara kelebihan pentingnya termasuk:
● Memulihkan keanjalan dan ketegangan kulit pada bahagian muka, leher, garis leher
dedah bahu dan bahagian badan yang lain
● Memperbaiki kemerosotan kulit seperti tanda regang, parut jerawat batu, parut selepas
pembedahan dan lesi akibat trauma
Dirumuskan dengan Kolagen Heterologous Jenis I (HTIC) yang dihasilkan daripada sumber
ekuin (kuda), Linerase terurai menjadi asid amino dan tripeptida selepas hidrolisis. Tripeptida
merangsang pembentukan fibroblas baharu dan menyekat enzim yang menyebabkan
kemerosotan kolagen, manakala asid amino menyokong penghasilan kolagen Jenis III.
Hasilnya ialah keserasian biologi yang luar biasa, menggalakkan pemulihan luka yang
berkesan, dan menyokong penjanaan semula dermo-epidermal. Kesemua kesan ini
dihasilkan sambil mengekalkan profil keselamatan kukuh tanpa sebarang tindak balas imun
yang dilaporkan.
Linerase nyata cemerlang dalam bidang estetik regeneratif, dengan merangsang pengeluaran
kolagen Jenis III, satu komponen kritikal pemulihan tisu, keanjalan kulit dan
neopemvaskularan. Formula berat molekul rendah (di bawah 1 kiloDalton) mengurangkan risiko
tindak balas alahan dan pembentukan granuloma dengan ketara, jauh di bawah ambang 10
kiloDalton yang lazimnya dikaitkan dengan tindak balas sedemikian. Berbeza daripada banyak
perangsang kolagen yang terutamanya menyasarkan kolagen jenis 1 yang boleh
mengakibatkan tisu lebih tebal dan fibrotik Linerase menggalakkan penghasilan semula
kolagen Jenis III, yang berkait rapat dengan keadaan kulit yang berdaya pulih dan muda
berseri. Pendekatan bersasar ini menghasilkan keputusan yang lebih bersifat semula jadi dan
lembut, mengukuhkan kedudukan Linerase sebagai penyelesaian lebih selamat dan serba maju
dalam perubatan estetik.
“Di Linerase, kami percaya pemulihan dan peremajaan kulit sebenar bukan sekadar
menyelindungi ketidaksempurnaan, tetapi juga mengembalikan struktur semula jadi dan
keserian kulit. Dengan Linerase, kami membantu memulihkan, meremajakan dan memastikan
kulit berada dalam keadaan paling sihat,” kata Prof. Andrea Corbo dalam sesi perkongsiannya.
Dr Katerina, yang menyuarakan pendapat sama berkata, “Linerase merapatkan jurang penting
dalam perubatan estetik moden dan menawarkan rawatan yang bukan sahaja menangani
tanda-tanda penuaan jelas pada pesakit tetapi juga melakukannya dengan cara yang selamat
semula jadi dan berlandaskan sains. Ini bakal membuka lembaran baharu dalam kesihatan kulit
di Malaysia.”
Piawaian Baharu dalam Kesihatan Kulit
Berbekalkan kajian selama 30 tahun yang dilaksanakan oleh syarikat pengeluarnya dari Itali
CSD, dan disokong piawaian ISO 9001 dan ISO 13485, Linerase menerajui bidang estetik
regeneratif. Keberkesanannya yang terbukti secara saintifik, biokeserasian dan hasil semula
jadi yang berpanjangan menetapkan penanda aras baharu dalam kaedah pemulihan dan
peremajaan kulit bukan invasif.
Untuk maklumat lanjut mengenai Linerase, sila layari www.linerase.com.