Lelaki baju labuh jadikan gadis-gadis mangsa lebih kurang macam kes viral ni?

Jaga-jaga sekeliling anda, mungkin orang macam ni masih berkeliaran

Baru-baru ni viral kat Twitter kes perempuan naik bas Rapid KL kena sexual harassment dengan mamat asing. Ramai yang komen dan bagi feedback menyalahkan perempuan tu sebab tak jaga penampilan (aurat) dan sebagainya. Namun, ada juga yang membela walaupun masih dianggap perempuan tu salah sebab dia dah pernah kena sexual harassment dua kali.

Imej dari Twitter @Sarahaniesah1

Jadinya… kes macam ni kalau nak salahkan siapa-siapa tu tengoklah situasi tu macam mana kan. Dan ada juga kes baru-baru ni yang melibatkan seorang perempuan kena intip dari bawah pintu tandas. Nasib baik perempuan tu perasan, kalau tak ….

Tapi korang tahu tak pernah berlaku kes serupa macam ni yang ekor-mengekor lebih kurang 23 tahun dahulu?

Jeng jeng jeng

Perogol bersiri yang pakai T-shirt labuh tanpa seluar

Baju labuh takda seluar kira macam ni la kan? Imej dari Moon Abaya.

Peristiwa dan kes ni tak didedahkan dan apa yang pasti kita susah nak dapat fakta berkenaan kes tersebut. Yang ada cuma video berkenaan jenayah tersebut. Kes ni dinamakan sebagai Ops Baju Labuh sebab melibatkan jenayah perogol bersiri yang pakai t-shirt labuh tanpa seluar. Kes ni dilaporkan dan dah direkodkan sebanyak 28 gadis telah dirogol.

Antara keratan akhbar waktu tahun tu. Imej dari Auction House Johor

Tapi apa yang buat lagi serabut, mangsa rogol tu sendiri tak perasan yang dia dirogol cuma dia perasan bila ada tompokan darah je kat atas tilam dia. Tahu-tahu dia dah kena rogol cuma tak ada apa-apa kesan nak dakwa perogol tersebut sebab tak tahu asal usul dan dari mana perogol tu boleh menceroboh rumah mangsa. Senang cerita susah nak jejak perogol tu lah.

Kes ni berlaku dan berlegar-legar sekitar tahun 1996 dan berlaku dekat kawasan Kuala Lumpur. Sampai makan 6 bulan jugalah penduduk KL hidup dalam ketakutan, tak senang, lagi-lagi yang ada anak gadis. Cuba bayangkan perasaan gelisah dan resah diaorang waktu tu sebab si perogol misteri ni bermaharajalela di kawasan KL.

Saya ingat lagi pak cik-pak cik saya terpaksa buat kenduri doa selamat sebab risau keselamatan anak-anak di rumah. Kita yang duduk dekat Lembah Klang hidup dalam ketakutan untuk berbulan.” – Nazim, penduduk yang mengalami suasana ketakutan pada waktu itu, ketika dihubungi SOSCILI.

Difahamkan perogol tersebut merupakan warga asing, sama seperti lelaki yang dirakam dalam video tular kat Twitter tu. Tetapi yang menakutkan lagi… perogol bersiri ni gunakan kuasa magic nak rogol orang. Orang sebenarnya tak boleh nampak dia, sebab tu dia susah nak dikesan. Seram betul.

Tapi magic yang dia guna mungkin lain sikit dari yang ni kot. Imej dari Giphy

Taktik magic perogol bersiri yang tak tinggal jejak

Nak tahu tak magic apa yang orang ni guna? Cara dia sebenarnya sama macam orang minyak yang heboh waktu zaman dulu-dulu tu. Maksudnya di sini, mangsa itu tak sedar dia dirogol sehinggakan dia perasan ada tompokan darah dekat tilam dia. Ngeri kan kalau kita bayangkan? Lagi-lagi si para wanita dan gadis-gadis.

Imej dari Auction House Johor

Magic yang si baju labuh guna ni adalah dia menceroboh rumah orang dan merogol menggunakan taktik pukau. Pukau ni sebenarnya ada kaitan dengan minda bawah sedar atau dengan kata lainnya mangsa boleh jadi hilang akal sekejap dan jadi bingung. Ada juga yang bagitahu pukau ni akronim bagi P – Pujukan U – Ungkapan K – Kata-kata A – Azimat U – Umpan. Tapi apa yang Soscili boleh ringkaskan, pukau ni boleh buat kita tak boleh berada dalam keadaan yang nyata, dengan kata saintifiknya Hypnotize.

Hypnotize ni selalu digunakan dalam perubatan dan dalam bidang psikologi. Tapi kalau buat gaya ni untuk kepentingan sendiri dan buat jahat memang confirm lah perbuatan kejam dan terkutuk. Begitu juga, modus operandi si baju labuh ni memang menggunakan taktik pukau. Dan kalau korang nak tau, dia dikatakan akan mengguna beberapa jalan langkah untuk melakukan jenayah dia tu, bermula dengan…

1. Ikut mangsa sampai rumah

Menurut polis yang menyiasat kes ni dan lepas dia soal selidik si baju labuh tu, Amidon Anan (Penyiasat Forensik), perogol tu akan ikut dan mengekori mangsa yang dia dah target, biasanya dia akan tunggu kat sekitar perhentian bas. Lepas dah cam target dia, dia akan ikut je mangsa tu sampai ke rumah dia. Yang penting cara dia ni sangat teliti, tak ada orang perasan.

Bila dah sampai rumah mangsa tu, mamat ni akan check sekitar kawasan rumah mangsa tu. Kiranya dah recce la kawasan rumah tu macam mana untuk senangkan dia masuk rumah tu. Ada sesetengah mangsa bagitahu yang dia rasa kena ikut sebelum beberapa hari lepas tu dia kena rogol.

Kalau kena ikut dengan dia ni agak-agak korang buat apa? Imej dari Twitter @ulat_bulu_bulu

2. Panjat tiang sebab nak masuk rumah

Yang hebatnya, perogol ni akan pecah masuk rumah mangsa tu tanpa sebarang kesan. Korang pernah rasa tak situasi yang panas, berpeluh-peluh dan tak selesa waktu tidur? Biasanya kita akan buka tingkap kan untuk dapat udara luar? Haa melalui tingkaplah dia masuk, lagi-lagi kalau tingkap bilik mangsa tu memang terbuka luas. Memang senanglah si baju labuh ni nak masuk. Sebabnya dia dah pernah tinjau keadaan sekeliling rumah mangsa tu, lebih kurang sampai 3 atau 4 kali.

Tapi sebelum tu, dia akan panjat tiang elektrik ke tiang telefon ke sebab nak masuk ikut tingkap tu. Dia memang confident sangatlah orang takkan nampak dia sebab dia dah baca jampi-jampi semua. Lepas tu dia akan masuk dengan T-shirt labuh dia tanpa berseluarrrrr.

3. Guna air liur

Imej dari tenor

Bila si baju labuh ni dah berjaya masuk bilik mangsa yang dia dah puas survey, dia akan baca jampi dan mantra-mantra dia untuk jadikan kuasa magic dia tu terhasil. Lepas tu dia akan makan gula-gula yang berangin contohnya macam gula-gula Hacks ke Mentos ke untuk buatkan jampi dia lebih menjadi.

“Apabila masuk ke dalam rumah, kebanyakan mangsa tidak sedarkan diri. Ikut kata suspek, dia dah pasang ayat-ayat yang sepatutnya digunakan dalam tu” – Amidon Anan, penyiasat forensik, sumber dari  Auction House Johor

Lepas dah makan gula-gula tu, dia akan letakkan dan sapukan air liur dia dekat mulut mangsa. Kononnya akan bantu dia untuk buatkan mangsa terus tak sedarkan diri lagilah dan menerusi talian sambungan air liur tu, si baju labuh ni percaya benda tu akan kuatkan hubungan dia dengan mangsa ketika itu. Dan sesi tersebut langsung tiada pergelutan yang berlaku sebab kuasa magic si baju labuh ni menjadi.

Perogol menyorok belakang pokok, dia ingat polis tak nampak dia

Kalau korang dah takut baca cerita ni, jangan risau sangat. Perogol bersiri ni sebenarnya dah kena tangkap lepas dia dah berjaya rogol gadis yang ke-28 pada tahun yang sama juga. Menerusi rakaman video berkenaan kes ni, tertumpasnya si baju labuh ni bila ada sekumpulan polis iaitu unit pencegah jenayah yang diketuai oleh Mohd Suffian bin Hashim buat rondaan kat kawasan perumahan di mana mamat baju labuh ni tengah jalankan aktiviti dia tu.

Waktu tu dia sorok belakang pokok dan dia ingat polis tak nampak dia. Bila polis nampak benda yang mencurigakan, polis pun tangkaplah. Dan bila tengok fizikal dan penampilan dia, dia lah orang yang dicari!

Imej dari Giphy

Bila polis tangkap dia, dia nampak relax dan beberapa lama lepastu baru dia meronta-ronta dan start baca jampi dia sambil seru nama dewa dia dalam bahasa Indonesia. Tiba-tiba … sorang anggota polis rasa badan dia macam kena ikat. Dan dia rasa tu sebab kena jampi si baju labuh ni lah.

“Apabila saya memegang tangan dia, dia begitu terperanjat sekali. Seolah-olah dia menyangkakan yang kita tidak nampak wajahnya” – Mohd Suffian bin Hashim, bekas detektif unit pencegah jenayah sumber dari Auction House Johor

Dan polis sorang lagi teringat cara nak buang jampi atau pukau melalui kencing depan muka pemukau tu. *Jangan tiru aksi ini di rumah*. Polis tu pun buatlah apa yang dia ingat, dan lepas tu dengan secara kebetulan, polis yang rasa kena ikat ni, rasa normal semula.

Bila disiasat, si baju labuh ni bagitahu yang dia perlu rogol 79 orang anak dara sunti untuk dapatkan darah dan dara dia untuk kuasa nampak muda sampai bila-bila. Dan dia perlu ikut pantang larang yang dah ditetapkan.

Tapi sebab utama dia kena tangkap, sebab dia dah langgar pantang. Waktu kat rumah mangsa ke 28 sebelum dia kena tangkap tu, rumah tu ada bayi perempuan umur lebih kurang 3 bulan. Dan dia pun cium dahi bayi tu. Lepas tu, kuasa dia pun hilang. Dan dia mengaku dia dah langgar pantang yang tak boleh cium bayi. Pelik je bunyi pantangnya tu.

Si baju labuh ni sama macam orang minyak?

Haa takut tak? Imej dari Media Hiburan

Dalam video viral kat Twitter hari tu, kita pun boleh perasan yang lelaki tu bukanlah orang warganegara. Dan dalam akaun Twitter gadis tersebut juga ada bagitahu pengalaman dia waktu dia alami situasi genting macam tu. Dia ada menggelar lelaki tu sebagai orang minyak. Korang semua ingat tak cerita orang minyak waktu zaman dulu-dulu tu? Yang ada P.Ramlee berlakon, Sumpah Orang Minyak.

Kalau kita perasan, kes orang minyak dalam cerita tu lebih kurang sama dengan kes ops baju labuh ni. Semuanya berkait dengan kuasa-kuasa ghaib yang kita tak nampak. Yang guna ilmu hitam dan kuasa pukau.

Kalau dulu, ikut cerita atok nenek kita, diaorang digelar orang minyak sebab dia tuntut ilmu batin untuk buat benda yang tak senonoh dan akan menyerupa seorang lelaki yang gelap macam kena tumpahan minyak hitam. Orang minyak ni orang normal je tapi dia sengaja lumur minyak dekat badan dia supaya orang tak perasan dan senang dia nak sembunyi.

Tapi berbeza dengan zaman moden sekarang, penjenayah kebiasaannya akan digelar sebagai orang minyak sebab asalnya kes orang minyak memang buat jahat je kerja dia. Orang minyak sekarang memang banyak je berkeliaran, banyak terlibat dengan kes jenayah. Jadi berhati-hati lah semua tak kisah lelaki ke perempuan.

Haa kan dah kena tangkap. Imej dari lihat hantu sebenar

Okay, berbalik semula dengan kes viral tu. Sebenarnya kes macam tu dah banyak dah jadi kat golongan gadis-gadis terutamanya. Selalunya jadi kat tempat awam. Beranikan diaorang ni? Dalam kes viral tu, perempuan yang kena benda tu memang beranilah. Terus menjerit. Biar semua orang tahu benda tak baik yang kacau ketenteraman.

Jaga keselamatan diri dan berwaspada

Kalau kita tengok semula kes sexual harassment yang viral tu dengan kes ops baju labuh, kebiasaannya targetnya adalah kaum wanita, gadis-gadis. Tindakan yang gadis tu buat dengan menjerit dan rekod kelakuan mamat tu betul daripada mamat tu terus buat benda tak elok, lagi baik ambil tindakan cepat. Gunakan suara anda!

Jadi, kaum wanita terutamanya perlulah sentiasa jaga keselamatan diri dan berwaspada untuk elakkan daripada kes-kes macam ni kerap berlaku. Sama ada lelaki atau perempuan tapi terutamanya perempuan kenalah tahu basic self-protection untuk mempertahankan diri korang. Kalau tempat tu tak ramai orang, apa-apa jadi kena ada perisai kat diri dulu. Kalau sorang-sorang, bawa lah sekali pepper spray ke, untuk pertahankan diri korang.

Haa nak kena spray ke? Imej dari Astro Awani

Apa yang penting, semua masyarakat wajib dan mesti kena jaga keselamatan diri. Bak kata orang duit boleh cari tapi nyawa tu? …..

“Lepas ni kita as gegirl ni kalau nak keluar kena lah bawak pepper spray atau apa-apa spray” – Sarahaniesah sumber dari akaun Twitternya.

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)