- 19Share sekarang!
- Facebook19
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0
Putrajaya, 07 Februari 2025 – Kumpulan Syarikat Denco, peneraju tempatan dalam komponen automotif, mencipta sejarah dengan meraih dua anugerah berprestij di Anugerah Automotif Asia 2024, sebagai pengiktirafan dalam keunggulan pembuatan dan inovasi pasaran-selepas automotif.

Pencapaian ini menandakan langkah penting bagi Kumpulan Denco, yang kini bersedia untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju serantau.
Anak syarikatnya, Denco Industries Sdn Bhd dianugerahkan “Anugerah Kecemerlangan Pembuatan Komponen Automotif” (Kecemerlangan dalam Segmen Automotif), manakala Denco Marketing Sdn Bhd menerima “Anugerah Kecemerlangan Produk Pasaran-Selepas Automotif” (Kecemerlangan Produk & Perkhidmatan).
Kejayaan berganda ini menyerlahkan kepimpinan Denco dalam penghasilan produk dan penyelesaian berasaskan pasaran, sekaligus mengukuhkan lagi pengaruh Malaysia dalam sektor automotif serantau.
Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun, Kumpulan Denco telah membina reputasinya sebagai pengilang dan pengedar komponen automotif berasaskan getah berkualiti tinggi. Dengan rangkaian yang luas di seluruh negara, Kumpulan ini terus membuktikan keupayaannya untuk menghasilkan komponen berkejuruteraan tepat, sambil mengekalkan piawaian kualiti yang ketat. Denco kini beroperasi di 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia.
Ooi Chuan Chin, Pengarah Urusan Kumpulan Denco berkata “Penghargaan ini mengesahkan komitmen kami dalam memajukan ekosistem automotif Malaysia. Kejayaan Denco berpunca daripada fokus berterusan kami terhadap inovasi, perpaduan dan penyelesaian berorientasikan pelanggan. Kami berbesar hati menjadi penanda aras baru dalam industri ini”
Pengiktirafan yang diterima Denco ini sejajar dengan Dasar Automotif Nasional Malaysia (NAP), yang mengutamakan inovasi dan daya saing global.
Denco Industries Sdn Bhd menerajui bahagian pembuatan kumpulan dengan pengunaan teknologi canggih dan sistematik bagi menghasilkan komponen automotif yang tahan lasak serta diiktiraf piawaian ISO. Sementara itu, Denco Marketing Sdn Bhd memacu penembusan pasaran domestik melalui perkongsian strategik bersama pengedar dan peruncit, memastikan aksesibiliti serta perkhidmatan kecemerlangan di seluruh negara.
Malam Gala Asia Automotive Award Edisi Ke-4 2024 menghimpunkan gergasi industri peneraju inovasi industry untuk meraikan sumbangan transformatif dalam landskap automotif.
- 19Share sekarang!
- Facebook19
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0