- 15Share sekarang!
- Facebook15
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0
Ketika sistem penjagaan kesihatan di seluruh Asia Tenggara mempercepatkan transformasi digital mereka, klinik pesakit luar dan penyedia perkhidmatan kesihatan semakin berdepan dengan tekanan operasi tinggi, daripada pelaksanaan Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) kebangsaan dan peraturan perlindugan data yang lebih ketat, sehingga kekangan tenaga kerja dan peningkatan permintaan pesakit.
Sebuah penyedia perisian penjagaan kesihatan yang berpangkalan di Malaysia, KumoTM, telah muncul sebagai salah satu platform serantau yang membantu klinik menangani perubahan ini. Sistem pengurusan penjagaan kesihatan berasaskan awan KumoTM kini digunakan oleh lebih daripada 2,500 klinik dan lebih 25,000 pengguna di seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Ditubuhkan sedekad lalu sebagai sistem pengurusan untuk pusat kecantikan dan kesejahteraan, KumoTM kini telah berkembang menjadi platform penjagaan kesihatan pelbagai sektor yang menyokong klinik pergigian, veterinar, estetik, dandanan haiwan dan penjagaan primer di bawah empat rangkaian produk khusus: AoikumoTM, kumoDentTM, kumoVetTM dan kumoDocTM.
Di seluruh Asia Tenggara, banyak klinik masih beroperasi menggunakan sistem yang berpecah-belah, di mana rekod pesakit, pengebilan, pematuhan peraturan dan penyelarasan makmal diurus melalui sistem yang berasingan. Ketidakcekapan ini boleh meningkatkan beban pentadbiran, menyebabkan keletihan kakitangan dan menjejaskan kesinambungan penjagaan pesakit, terutamanya apabila kerajaan melaksanakan program kesihatan digital kebangsaan dan peraturan tadbir urus data yang lebih ketat.
KumoTM direka untuk menyatukan fungsi klinikal dan operasi dalam platform bersepadu, menyoking pendaftaran pesakit, EHR, tuntutan pentadbir pihak ketiga, invois dan pembayaran, termasuk e-Invois LHDN automatik sepenuhnya. Platform ini juga menyediakan aplikasi khusus untuk doktor, pesakit, dan jururawat, membolehkan komunikasi serta penyelerasan penjagaan merentas pelbagai titik sentuhan sepanjang perjalanan rawatan klinikal.
Bagi meningkatkan usaha kebolehoperasian antara penyedia penjagaan kesihatan swasta dan penyedia kesihatan awam, KumoTM turut menggunakan terminologi klinikal berstruktur melalui SNOMED CT serta integrasi dengan inisiatif kesihatan kebangsaan seperti SATUSEHAT di Indonesia.
Di luar sistem klinikal teras, KumoTM turut berhubung dengan perkhidmatan pihak ketiga yang biasa digunakan seperti Whatsapp, Google, LINE, dan Stripe. Syarikat ini juga sedang memperluaskan sambungan makmal, membolehkan penghantaran pesanan ujian dan keputusan secara digital antara klinik dan makmal, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada proses manual yang sebelum ini sering melambatkan rawatan pesakit luar.
Dibina untuk berkembang seiring dengan industri penjagaan kesihatan, KumoTM juga menyokong keupayaan AI yang semakin muncul dan menyesuaikan diri dengan perubahan dasar kesihatan, membolehkan penyedia memberi tumpuan kepada rawatan pesakit sementara kerumitan operasi diuruskan dalam satu persekitaran digital yang bersepadu.

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam pendigitalan penjagaan kesihatan, KumoTM telah menerima Anugerah MD Asia Pacific ICT Awards 2024 dan dinamakan sebagai 100 Go Digital Supporting Partner bagi tahun 2023 dan 2024. Syarikat ini juga diperakui di bawah ISO/IEC 27001:2022 untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan SIRIM UKAS, menunjukkan komitmennya terhadap perlindugan data dan tadbir usus maklumat klinikal.
KumoTM juga telah berkembang ke dalam persekitaran akademik dan latihan. Institusi seperti MAHSA University dan Penang International Dental College menggunakan perisiannya dalam klinik pengajaran, membolehkan pelajar terdedah kepada sistem klinikal digital yang mencerminkan amalan dunia sebenar.
Bagi Kevin Nair, pengasas Kumo™, hala tuju syarikat kekal konsisten sejak hari pertama. “Tiada apa yang berubah sejak permulaan. Kumo™ akan terus berkembang, dipacu oleh pendekatan berfokuskan pelanggan. Kami berusaha untuk menempatkan diri sebagai penyedia teknologi terkemuka dalam industri. Untuk mencapai matlamat ini, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan dan menganggap mereka sebagai rakan strategik. Dengan mendengar maklum balas mereka secara aktif dan membuat penyesuaian perisian yang diperlukan, kami memastikan Kumo™ sentiasa berada di barisan hadapan kemajuan teknologi untuk klinik,” katanya.
Ketika sistem kesihatan kebangsaan di rantau ini menuju ke arah ekosistem digital yang lebih bersambung, platform seperti KumoTM semakin menjadi penghubung antara klinik swasta, program kesihatan kebangsaan, rangka kerja pematuhan dan piawaian data klinikal yang baharu. “Dekad seterusnya penjagaan pesakit luar bukan ditentukan oleh lebih banyak aplikasi atau ciri, tetapi oleh ekosistem klinikal yang bersepadu, boleh beroperasi bersama dan pintar dengan AI berasaskan nilai. Perubahan kecil boleh memberi impak besar,” kata Nair. KumoTM berhasrat untuk kekal di barisan hadapan perubahan ini.
- 15Share sekarang!
- Facebook15
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0