Kisah guru mogok kerana pengetua tak faham bahasa Melayu pada 1960

Sempena Hari Guru, kami ingin berkongsikan sebuah kisah atau peristiwa di mana sekumpulan guru melakukan mogok terhadap pengetua kerana masalah-masalah yang kritikal.

Bayangkan para guru terpaksa bergadai masa dan tenaga demi mengajar anak murid yang dahagakan ilmu pengetahuan, tetapi layanan yang diberi amat teruk. Peristiwa ini berlaku di Malay Women’s Training College (MWTC) (sekarang nama ditukar pada Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM)).

Blok hospital dijadikan institut perguruan

Kewujudan Malay Women’s Training College (MWTC) sudah lama sejak 1934 lagi (sebelum merdeka). Segalanya bermula apabila Kerajaan Negeri Selat mempunyai idea untuk menubuhkan sebuah institut khas untuk kaum wanita.

Tujuan institut ini adalah melahirkan guru-guru wanita Melayu untuk mengajar di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Yela, pendedahan mengenai pendidikan pada masa itu sangat kurang, jadi idea ini sangat bagus dalam melahirkan generasi pintar.

Pada 31 Januari 1935, penubuhan MWTC diisytiharkan, setelah dilakukan pengubahsuaian blok-blok bangunan lama Hospital Melaka. Dikatakan meskipun sudah bertahun-tahun berlalu, bangunan-bangunan lama di situ masih lagi bertahan.

Guru pelatih mogok kerana perangai buruk pengetua

Peristiwa ini berlaku pada 1960, di mana 300 guru pelatih mogok tidak keluar asrama dan tak nak pergi ke kelas. Hal ini kerana pengetua MWTC, P. M. Clements tidak meguruskan institut dengan betul. Berdasarkan akhbar The Straits Time, jurucakap persatuan kolej berkata:

“Kami buat keputusan yang Clements kena pergi. Kami tidak akan mengalah dan terus mogok sehingga dia keluar daripada kolej ini.

Jurucakap persatuan kolej

Dikatakan Clements tak adil dan bersikap buruk terhadap pelajar. Kata jurucakap persatuan kolej lagi:

Semalam, persatuan kami telah berjumpa dan berhajat untuk mengambil tindakan segera dengan tidak menghadiri kelas.

Jurucakap persatuan kolej

Isu ini telah menjadi heboh sehingga dua orang wakil daripada Menteri Pendidikan, K. Arianayagam (Pengarah Guru Latihan) dan Inche Hamdan bin Sheikh Tahir (pegawai pendidikan) turun padang. Kedua-dua wakil ini datang memberitahu pelajar yang segala masalah adalah tindakan yang harus diambil oleh pengetua.

Terdapat beberapa aduan yang diketengahkan, antaranya:

  • Tidak berjumpa dengan para pelajar semasa perhimpunan.
  • Gagal menghadiri mesyuarat tahunan persatuan pada 26 oktober tahun lepas.
  • Tidak memperkenalkan diri dan stafnya kepada para pelajar yang baru masuk kolej pada 11 April.
  • Susunan jadual yang terlampau ketat. Dua subjek diletakkan dalam satu masa, manakala subjek-subjek teras waktunya dipendekkan.
  • Enam pensyarah dan 7 pelajar yang bukan Melayu dipaksa menggunakan bahasa Melayu.
  • Pelajar dipaksa membeli buku teks dalam bahasa Inggeris yang berharga $100.

Kemiskinan turut menjadi punca utama dalam isu ini. Boleh dikatakan majoriti pelajar-pelajar di situ berasal daripada keluarga miskin. Beli buku berharga $100 sangatlah mahal.

Hal ini menyebabkan elaun pelajar ditolak 45$ sebulan untuk membayar buku tersebut. Ia telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pelajar-pelajar di situ.

Pengetua Clements berkata mengenai isu pembelian buku ini:

Saya tak boleh berikan komen kerana ia adalah perintah am kerajaan.

Clements