Kenapa PM Najib mencebik dalam gambar bersama Donald Trump?

(Click here to read the original article in English, at CILISOS.)

Kadang-kadang SOSCILI dapat komen yang kami dikatakan sengaja memaparkan sisi gelap PM kita, Najib. Tapi kali ni bukan salah kami, memang lighting gambar ni tak berapa terang.

Presiden USA, Donald Trump sekarang sedang membuat lawatan ke seluruh dunia, dan salah satu tempat persinggahan pertama adalah di Riyadh, Arab Saudi. Dia ada kat sana untuk melancarkan Global Center for Combating Extremist Ideology, sebuah program yang bertujuan untuk membina “kerjasama yang lebih erat dan efektif dalam mencegah dan menangani ancaman pengganas dan keganasan ekstrim di seluruh dunia, dengan menggalakkan tolak ansur dan sifat kesederhanaan”, menurut The Star.

Seperti yang korang boleh tengok kat gambar di atas, mencebik sungguh muka Najib. Agaknya sebab tak dapat usik lampu raya tu sekali kot? Tapi kalau korang tengok gambar penuh, Najib berada kat tengah-tengah jugak sebenarnya. Orang penting jugak PM kita ni.

Kat bawah ni adalah gambar penuh, ada feel Lord of the Rings jugak la.

Of course, cepat je Twitter buat meme

Kenapa scene ni macam familiar je?

deathstar
Macam kenal, tapi di mana ya
Dan komposisi pencahayaan mungkin dirujuk daripada… Gambar dari rockwell museum

Ini video penuh bagi upacara yang berlangsung:

Walaupun Najib tak dapat usik bebola bercahaya tadi, dia dah banyak sentuh benda lain kat Malaysia

Kalau korang kerja dalam industri media macam kami, mungkin korang dah biasa dengan upacara perlancaran macam ni. Cakaplah apa benda sekalipun, semua Najib pernah sentuh!

Najib sentuh MRT.
Najib sentuh kekayu ria.
Najib sentuh remote Astro.
Najib sentuh hati rakyat.

Dan macam-macam lagi yang mungkin Najib pernah sentuh kat Malaysia ni.

Sebab tu la kali ni, dia kasi can la kat member golf dia, Donald Trump untuk menyinar. Kalau korang nak tau apa yang PM kita ucapkan sewaktu konferens tersebut, boleh klik di sini.