- 17Share sekarang!
- Facebook17
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0
Setiap kali musim perayaan, pasti korang teruja nak cuti dan balik kampung jumpa keluarga korang yang dah lama tak jumpa kan?
Tapi mungkin ada antara dari kita yang…agak berat nak balik. Sebab bila korang balik kampung, maknanya korang kena bersedia untuk dengar soalan-soalan ‘pedas’ daripada ahli keluarga korang yang lebih tua. biasanya pakcik, makcik, atuk, nenek, sepupu dan sesiapa je akan tanya:
- Dah ada ‘kawan’ ke?
- Bila nak kahwin?
- Bila nak ada anak?
- Dah naik pangkat ke?

Dari dulu lagi kita dibelenggu dengan soalan-soalan macam ni dan persoalan terbesarnya adalah KENAPA? Apa sebenarnya pakcik dan makcik kita nak tahu bila tanya soalan ni dekat kita? Jadi untuk jawab persoalan ni, kami tanya terus dekat sumbernya.
- Desi, 61, seorang ibu, ibu saudara dan seorang nenek yang suka memasak untuk keluarganya.
- Rahim, 58, tiada anak tapi suka mengusik anak saudaranya jika ada masa terluang.
- Wong, 73, menantikan Tahun Baru Cina setiap tahun kerana anak dan keluarganya tinggal di luar negara.
- Sinna, 64, tinggal di luar negara tapi cuba untuk balik setiap kali kaum kerabat berkumpul.
Ya, kitorang pergi tanya sendiri beberapa orang yang dah berumur ni kenapa diorang selalu tanya soalan-soalan tu kat orang muda macam kita semua. Mula-mula sekali, kami tanya soalan yang paling penting…
Apa soalan yang orang yang lebih tua suka tanya?
Tak kisahlah korang Melayu ke, Cina ke, India ke, soalan-soalan yang korang akan dapat lebih kurang sama je: semuanya berkisar tentang pencapaian hidup korang.
“Saya cuma tanya, ‘Kamu dah makan?’, ‘Sihat ke tak?’…oklah, kadang-kadang saya tanya juga kot-kota ada teman lelaki ataupun ada duit ke tak,” -Desi
“Saya suka tanya ‘Bila nak kahwin?’. Kalau dah kahwin saya akan tanya ‘Bila nak ada anak?’. Kalau dah ada anak saya akan tanya ‘Bila nak tambah lagi satu?’. Sentiasa ada langkah seterusnya, kan.” -Rahim
“Sejujurnya, tak banyak pun yang ditanya, cuma ‘Bila nak kahwin’ je memandangkan setiap kali jumpa diorang belum kahwin lagi. Kadang-kadang saya tanya ‘Berapa gaji sebulan’ untuk tahu diorang cukup duit ke tak ataupun ‘Bila nak beli rumah’. Tak boleh tunggu lama-lama sebab harga rumah sentiasa naik’ -Wong
Bak kata Rahim, sentiasa ada ‘langkah seterusnya’ dalam hidup ni, dan soalan-soalan diorang berasal dari kepercayaan yang hidup berjalan mengikut susunan langkah-langkah dari ada perhubungan, kahwin, ada rumah, ada anak, dan seterusnya sampai pencen.
Tapi untuk korang yang dapat soalan-soalan ni, korang mesti rasa macam korang kena sentiasa kejar sesuatu, dan apa yang korang dah capai tu sentiasa tak cukup. Stress woi!
Untuk tu, kita kena tengok lebih mendalam lagi…
Kenapa orang yang lebih tua selalu tanya soalan macam tu?
Walaupun kadang-kadang rasa menyampah, jauh di sudut hati kita semua tahu yang soalan-soalan ni sebenarnya datang dariapda perasaan prihatin diorang.
“Saya nak tahu OK ke tak…Kalau tak tanya, macam mana nak tahu apa yang berlaku dalam hidup kamu?” -Wong
“Kenapa? Untuk tahu lah. Apa lagi yang kita nak sembangkan lepas tanya ‘Dah makan’?” -Rahim
Seperti mana korang tanya kawan korang ‘macam mana kerja’, seperti tu lah orang-orang yang lebih tua ni ada soalan diorang sendiri untuk ada topik berbual-bual dengan korang. Diorang ni ahli keluarga korang, jadi dah semestinya diorang nak ambil tahu keadaan hidup korang. Macamlah korang bagi diorang follow Instagram dengan X korang kan.
Bagi orang yang lebih tua, diorang dah lalui pelbagai pengalaman dalam hidup termasuklah apa yang korang lalui sekarang ni. Jadi tujuan diorang tanya soalan-soalan susah ni hanyalah untuk buka peluang untuk diorang tawarkan nasihat atau apa-apa pertolongan yang diorang boleh bagi.
“Pertama, saya rasa seronok dengar diorang bercakap dan seterusnya, saya nak tahu kalau ada apa-apa yang saya boleh tolong.” -Sinna
Tetapi sama ada keputusan untuk tak kahwin atau nak ada anak perlukan bantuan diorang atau tak, tu cerita lain. Bagi sesetengah dari kita, menghadap kerja dan kehidupan sendiri pun dah cukup penat. Apatah lagi nak kisah pasal masalah orang lain. Lain generasi, lain tabiatnya.
Mungkin lepas berkali-kali tanya soalan yang sama dan asyik dapat jawapan acuh tak acuh, diorang sedar yang orang muda tak minat nak besembang hal ni. Jadi kita kena tanya diorang…
Adakah orang yang lebih tua sedar yang soalan diorang ni terlalu menyibuk?
Korang terkejut tak kalau kitorang cakap yang ya, diorang sedar?
“Untuk cakap terlalu menyibuk atau terlalu peribadi tu tak betul. Ni memang kerja saya untuk tanya. Kalau tak, siapa lagi nak tanya?…ni cuma cara saya tunjuk kasih sayang saya,” -Wong
“Ya, sekarang saya dah kurangkan dan tahan diri,” -Desi
“Ada la sikit,” -Rahim
“Ya, kadang-kadang saya rasa soalan saya berlebihan,” -Sinna
Yup, pakcik dan makcik korang bukanlah tak sensitif langsung. Diorang sedar yang soalan diorang pasal hubungan, kerjaya dan kehidupan korang akan buatkan korang rasa tak selesa dan nak balik je. Tapi diorang tanya juga. Sebab diorang rasa macam tu tanggungjawab diorang.
Jadi kalau diorang berkeras nak tanya jugak…
Apa jenis jawapan yang diorang nak sebenarnya?
Sebenarnya apa yang diorang harapkan satu je: Berita gembira.
“Saya harapkan berita baik. Mungkin ada benda yang menarik jadi dalam hidup kamu. Saya nak dengar yang kamu baik-baik je,” -Wong
“Jawapan jujur. Saya cuma kena tahu yang anak-anak bahagia,” – Sinna
Orang yang lebih tua ni tahu yang diorang tak lama dah dekat dunia ni, dan sebab tulah diorang tanya soalan-soalan pasal hubungan, kerjaya dan sebagainya. Diorang nak yakinkan diorang yang korang ni mampu berdikari dan dah bersedia untuk tempuhi hidup korang sendiri.
“Anggaplah bila kita makin tua, kita sedar yang kita tidak akan hidup selama-lamanya, sebaliknya masa kita terhad jadi saya nak tengok anak-anak saya dan sepupu diorang berada dalam kedudukan yang stabil dan ada tempat bergantung. Cth: Pasangan, ahli keluarga baru, sedikit kebebasan kewangan, belajar cara hadapi masalah,” -Desi
Jadi sekarang, sebab korang dah tahu kenapa diorang selalu tanya soalan macam tu, ni ada satu soalan untuk korang…
Lain kali bila korang dengar soalan-soalan ni, adakah korang akan jawab dengan cara berbeza?
Bagi kebanyakan orang yang lebih tua, bertanya pasal perkahwinan dan anak dah jadi macam tradisi bila balik kampung dan berkumpul. Mungkin bagi kita rasa macam dah takde benda lain ke nak tanya, tapi bagi diorang yang cuma jumpa korang beberapa kali je dalam setahun, jawapannya sentiasa menarik, segar dan baru bagi diorang.
Tapi kami faham, tak adil sebenarnya kalau asyik kita je yang kena memahami. Ingat jelah, yang diorang tu tanya sebab diorang prihatin dengan korang. Kalau soalan tu masih buat korang tak selesa, tahan jelah ataupu korang pulak yang tanya soalan kat diorang.
- 17Share sekarang!
- Facebook17
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0