Keburukan NFT jika ia tidak dikawal atau tiada pegampang

2021 merupakan tahun bagi platform NFT, ramai sudah orang menjana duit melalui platform tersebut, mana taknya, ada yang jual lukisan sampai beribu ringgit. Bukan itu je, ada yang sampai berjuta-juta kot, seperti Eminem, dia beli NFT dengan harga separuh juta dollar (mak aiihh dah macam beli rumah pun ada!).

Imej dari Imgflip.

Bermula dengan populariti Bored Ape, NFT mula menjadi berleluasa seluruh dunia, sampai orang sanggup pokai demi sebuah lukisan digital. Ehh jap, ada yang tak tahu lagi ke NFT ni? NFT singkatan untuk Non-Fungible Token, ia adalah satu aset digital yang dibuat khas hanya untuk korang saja. Selalunya NFT ni bukan lukisan digital je, lagu dan video pun ada.

Akan tetapi, timbul satu persoalan, kalau NFT ni terlampau ramai terlibat, apakah keburukannya?

Ketidakpastian nilai aset digital

Baiklah, cuba bayangkan, korang dah beli sebuah lukisan NFT dengan harga beratus/beribu ringgit. Lepastu, lukisan tu dijadikan sebagai gambar profil media sosial. Tahu tak ramai orang boleh curi lukisan itu melalui gambar profil?

Ye benar, sebenarnya akan ada hak cipta jika beli lukisan NFT. Lukisan itu memang akan menjadi hak korang sendiri walaupun orang curi ke, screeenshot ke, tapi, kalau kita ‘trace‘ gambar tu, kita boleh tahu yang tu adalah lukisan milik korang.

Sedap-sedap curi orang punya! Imej dari Verywell Health.

Tapi siapa kisah? Orang tak bertanggungjawab akan buat kerja jahat juga. Kemungkinan mereka akan curi lukisan korang lepastu edit cantik-cantik dan pastikan ia berbeza dari asal, kemudian jual balik kat platform NFT.

Isu alam sekitar dalam teknologi blockchain

Pelik sebenarnya, apa kaitan isu alam sekitar dengan teknologi blockchain ni dan apa pula blockchain ni serta apa kaitan NFT dengan blockchain ni?

Mesti korang pening en, takpe kami akan explain satu per satu. GIF dari giphy.

Teknologi Blockchain ni ialah sebuah platform yang menyimpan banyak data terbuka yang dikawal oleh sistem komputer tetapi tidak dimiliki oleh mana-mana entiti. Bila disebut ‘terbuka’, maka segala maklumat data dapat dilihat dan disemak oleh mereka yang berada dalam platform tersebut.

Jadi, NFT ini akan memerlukan teknologi blockchain ini untuk menyimpan data atau maklumat. Tapi tahu tak korang, teknologi blockchain ni kalau berleluasa boleh merosakkan alam sekitar?

Imej dari UTHM News.

Hal ini kerana tenaga pengkomputeran itu sangat tinggi dalam teknologi blockchain. Jadi, bila tenaga komputer terlampau tinggi maka, tenaga eletrik pun akan tinggi digunakan.

Kena ingat bukan semua negara guna tenaga hidroeletrik macam di Malaysia, ada juga guna bahan api fosil. Kalau pembakaran api semakin berleluasa, ia akan menyebabkan berlakunya gas rumah hijau.

Nilai seni lukisan tiada dalam NFT

Pelik en kenapa kami cakap yang nilai seni lukisan tu takde langsung dalam platform NFT. Hal ini kerana semua orang boleh buat lukisan tanpa sebarang pengiktirafan atau lulusan sebagai pereka grafik.

Bayangkan orang edit lukisan guna applikasi dalam telefon saja, letak gambar ni gambar tu, tiru lukisan orang, lepastu jadi lukisan sendiri dan jual dekat platform NFT dengan harga yang mahal. Dari sini pun kita nampak yang nilai seni tu dah tiada.

Ye benar, seni itu luas dan sesiapa saja boleh berseni, tapi kalau cara pembuatannya semudah ABC dan buat cincai-cincai pun boleh jual, masih ada nilai seni ke?

Imej dari Encyclopedia SpongBobia.

Boleh jadi akan ada penipu yang mengaku dirinya pereka grafik dalam biografi akaun platform NFT sekadar untuk meyakinkan orang beli lukisan NFT.

Kalau Malaysia ada ke platform NFT ni?

Siapa yang layan platform NFT ni, pasti sudah tahu bahawa Opensea antara platform paling popular untuk orang ramai, artis, penyanyi atau pelbagai golongan dari serata dunia untuk membeli lukisan NFT.

Dalam tu ada Bored Ape Club, Mutant Ape Yatch Club, Azuki, Clone X dan banyak lagi. Tapi dekat Malaysia ni ada ke platform NFT?

Hish… siapa kata Malaysia takde, kita ada la! Memperkenalkan Pentas.io — sebuah platform pasaran NFT terbesar di mana korang boleh tengok banyak lukisan-lukisan NFT dari Malaysia. Kami dan tengok, banyak yang cantik-cantik dan ada juga la yang erm..takpa la.

Lawa en lukisan digital dari orang Malaysia. Imej dari Pentas.io.

Walaupun ada keburukannya, tapi kebaikannya pun ada juga tau (mungkin artikel seterusnya kami boleh huraikan kebaikan NFT). Kami bagi satu jela, kebaikan NFT ni korang dapat menjana wang. Jadi, kalau sesiapa ada kemahiran mereka grafik, bolehlah jadikan ia sebagai ‘side job‘.