Kami tanya pendapat 5 orang yang turun KEDUA-DUA himpunan BERSIH Dan Bantah ICERD

Hujung minggu lepas, di saat orang lain tak tahu nak buat apa kat rumah, dilaporkan 80,000 orang dah berkumpul di Jalan Raja dan Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Dilaporkan juga, cucu Dr Mahathir melabel peserta himpunan tersebut sebagai ‘menjijikkan’ di Instagram Story-nya. Manakala, orang lain yang menyokong himpunan ni mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan dah cukup untuk melindungi hak semua orang di Malaysia. Di media sosial juga, ramai yang melakukan perbandingan antara himpunan ini dengan BERSIH dalam pelbagai aspek.

Bagi orang bukan Melayu, dalam fikiran mereka himpunan ni hanya disertai oleh penyokong UMNO dan PAS sahaja, tapi kami dah dapat beberapa bukti untuk kita mendalami lagi mengenai himpunan ini. Jadi, kami pun menemu ramah 5 orang yang sudi berkongsi  dengan kami kehadiran mereka di kedua-dua himpunan iaitu BERSIH dan juga Bantah ICERD.

Dan mereka ada sebab-sebab yang baik untuk kita semua baca…

1. Seorang lelaki yang hadir untuk meraikan kepelbagaian pandangan rakyat

Responden pertama kami, Amin Azhar (bukan nama sebenar) bagitau yang dia percaya dengan kebebasan bersuara. Inilah sebabnya kenapa dia hadir ke himpunan untuk ‘meraikan’ dan memahami kepercayaan orang lain sekalipun dia tak semestinya bersetuju dengan mereka.

“Sesetengah orang mungkin berpendapat BERSIH adalah satu perhimpunan rakyat untuk menyatakan ketidaksetujuan pada kerajaan, namun ada juga berpendapat BERSIH adalah perhimpunan tanpa hala tuju.

Dan sama juga dengan Perhimpunan Anti-ICERD, sentiasa akan ada perspektif yang berbeza. Dan saya memilih untuk meraikan semua pandangan walaupun belum tentu “sebulu” dengan saya. Untuk makluman, saya juga turun perhimpunan lain yang dianggap merepek seperti perhimpunan RUU355.- Amin Azhar ketika dihubungi SOSCILI

Amin siap berucap dalam demo yang BERSIH. Imej dari FB Amin

Dia juga mengingatkan betapa pentingnya untuk orang ramai tau pasal ICERD dan macam mana ia berfungsi sebelum membantahnya. Untuk yang tak tau, ICERD ada perjanjian antarabangsa untuk melindungi hak asasi manusia dari diskriminasi bangsa. Amin mengatakan bahawa beberapa faktor perlu dikira sejauh mana ratifikasi ICERD akan memberi kesan kepada hak Melayu dan Bumiputera. Jadi, jika orang Melayu dan Bumiputera menentang perjanjian ini, adakah bermakna Malaysia tidak berdepan dengan diskriminasi bangsa langsung?

Jawapannya tidak. Amin menyedari bahawa diskriminasi memang berlaku dalam masyarakat kita dan ia patut diberi perhatian. Ini mungkin ada benarnya. Dilaporkan bahawa adanya diskriminasi kaum di terutamanya di tempat kerja. Seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Shanti mengakui bahawa dia didiskriminasi ditempat kerjanya. Laporan lain ada menyebut bahawa orang Melayu lah yang paling didiskriminasi mengikut bangsa di Malaysia.

Selain dari diskriminasi yang berlaku, Amin percaya bahawa kerajaan mungkin tak berpegang pada janjinya.

“Kalau kita lihat, kerajaan sekarang pun banyak u-turn dengan keputusan yang dibuat, which sebenarnya sedikit sebanyak menjejaskan imej kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan. Dari pandangan anda mungkin anda meilihat kerajaan sepenuhnya menolak ICERD, namun pada pandangan pihak lain, kerajaan ada kemungkinan untuk u-turn pada masa hadapan.”- Amin Azhar ketika dihubungi SOSCILI

Mungkin dia tak silap dalam bab ni kerana ada beberapa ketika kerajaan membuat keputusan U-turn. Contonya ICERD tu sendiri, pembayaran balik pinjaman PTPTN dan projek ECRL serta isu-isu lain. Inilah sebabnya kenapa kepercayaan rakyat kepada kerajaan semakin berkurang setiap hari.

Lebih kurang macam ni…

Macam Amin juga…

2. Seorang wanita yang percaya bahawa Malaysia belum bersedia untuk ICERD

Kami dah menghubungi Hidayah (bukan nama sebenar) yang menyertai himpunan Bantah ICERD untuk membuat pemerhatian. Hidayah bagitau yang dia tak sokong ratifikasi ICERD tapi dia belum sampai tahap radikal untuk membantah.

Walau macam mana pun, berbeza dengan orang Melayu lain yang merasakan kerajaan bertentangan dengan mereka di masa depan, Hidayah pula ada pandangan yang berbeza dalam isu ni. Dia sebenarnya percaya yang Malaysia tak bersedia untuk ICERD kerana jurang ekonomi antara jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.

“Keadaan kelas ekonomi hari ini yang dimonopoli kaum tertentu adalah akibat daripada sejarah terutamanya dasar pecah dan perintah dahulu. Meratifikasi ICERD akan menambahkan lagi gap ekonomi memandangkan kaum tertentu sudah memonopoli kelas ekonomi di atas sejak awal kemerdekaan dan kaum tertentu yang berada di kelas bawah masih bergantung kepada hak dan keistimewaan.”- Hidayah ketika dihubungi SOSCILI

Hidayah percaya yang masalah jurang ekonomi antara kaum perlu diselesaikan dulu sebelum meratifikasi ICERD.

Apabila ditanya kalau dia ada sebab lain turun ke himpunan tu, dia bagitau yang dia nak sahkan tanggapan orang ramai mengenai himpunan. Macam yang kami bagitau awal-awal tadi, sebahagian orang secara melulu melabel peserta himpunan ini sebagai rasis dan ultra-Melayu. Dia mengatakan benda ni agak janggal untuk mengatakan ia benar, kerana majoriti yang menghadirinya hanya memerhati dan ambil selfie tanpa mengetahui tuntutan himpunan ni.

Selfie ni semua orang buat. Imej dari The Star

Oh, kami juga berjaya menghubungi seorang responden lain yang datang ke himpuan untuk buat pemerhatian…tapi dia bukan seorang Melayu!

3. Seorang bukan Melayu yang hadir untuk menyaksikan sendiri himpunan itu

Kalau korang rasa himpunan ni hanya dipenuhi orang Melayu je, korang memang silap. Sebenarnya, ada beberapa orang bukan Melayu di himpunan tu. Seorang pak cik India bernama S Thayaparan yang merupakan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia datang ke sana untuk menykasikan sendiri himpunan itu. Dalam tulisannya, dia mencatatkan bahawa walaupun ia himpunan Melayu-Muslim, tiada seorang peserta demonstrasi pun yang menahannya dan bertanya kepadanya kenapa dia ada di situ.

“Mereka berada di sana untuk mempertahankan bangsa dan agama mereka tapi tidak mempunyai niat buruk terhadap bangsa selain Melayu.”- S Thayaparan, petikan dari MalaysiaKini.

S Thayaparan juga menjelaskan bagaimana kebanyakan peserta demonstrasi yang bercakap dengannya mengatakan ICERD takkan bagi kesan kepada mereka sebagai rakyat Malaysia, tapi bagi kesan kepada Melayu-Muslim.

Suasana himpunan Bantah ICERD. Imej dari Malaysia Kini

Kami juga ada menghubungi sendiri seorang bukan Melayu bernama Sidney Chan yang turun ke himpunan tersebut. Sidney yang ditugaskan untuk mengambil gambar dah turun ke sana dengan rasa ingin tahu dan berdebar-debar. Sama juga macam Hidayah, dia mahu mencari sendiri jawapan dan tak bergantung sangat dengan berita-berita yang dikeluarkan oleh media.

“Benda yang yang sama juga saya buat di himpunan Kuil Seafield dua minggu yang lalu dengan Facebook live-stream. Saya harap saya boleh buat benda yang sama di sini.”- Sidney Chan

Sidney bagitau yang orang hadir ke himpunan ini kerana mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan percaya ICERD bertentangan dengannya. Dia juga menceritakan bahawa iarang dia temui di sana mendakwa, dah menjadi tugas mereka untuk turun ke himpunan dan protes demi mempertahankan hak, bangsa dan agama.

Kalau korang nak tau, kebanyakan orang yang dia temui mendakwa mereka tak kisah pun pasal ahli politik yang turun ke himpunan tu. Sekalipun pemimpin UMNO dan PAS seperti DS Ahmad Zahid Hamidi dan DS Abdul Hadi Awang turun. Kebanyakan mereka turun untuk menyokong tujuan himpunan tu.

“Sala seorang yang ditemu ramah ada pelakon Malaysia, Mustapha Kamal. Dia menjelaskan, jika kerajaan menepati apa yang diperkatakan untuk tidak meratifikasi, jadi ia satu sambutan kejayaan.”- Sidney Chan ketika dihubungi

Mustapha Kamal waktu ditemu ramah. Imej dari Video Sidney Chan

Sebenarnya, Sidney dan S Thayaparan bukanlah satu-satunya bukan Melayu yang ada dihimpunan itu. Sidney melaporkan ada je yang lain tapi tak sempat nak tegur.

“Ya, saya ternampak orang luar rupa Eropah, tak pasti kalau mereka ada di sini kerana bercuti, tapi mereka ada di sana bersama rakan-rakan. Dia duduk di kerusi berdekatan. Saya mendekatinya dan bertanya kalau dia seronok dengan pengalaman di sini.”- Sidney Chan bagitau kami

Selain menjumpai orang yang baik baik dalam himpunan ni, ada juga mereka yang betul-betu kukuh dengan kepercayaan mereka.

4. Lelaki ni percaya himpunan ini satu mesej untuk pihak kerajaan

Zaim (bukan nama sebenar), seorang lagi peserta BERSIH mengatakan ada beza antara himpunan BERSIH dan Bantah ICERD. Baginya, BERSIH bertujuan untuk menuntut plihanraya yang bersih dan adil, manakala Bantah ICERD mahu memberi amaran kepada kerajaan untuk tak meratifikasi perjanjian itu.

“Kita dapat melihat bahawa hak bumiputera seperti cuba dihakis oleh sebahagian menteri. Justeru, himpunan ini sangat penting untuk memberi amaran kepada kerajaan. Orang sudah berkuasa, memang mudah lupa orang bawahan. Dengan himpunan ini, mungkin para menteri akan lebih berhati-hati dengan tindakan mereka selepas ini.”- Zaim

Dia juga menambah bahawa media cuba menggambarkan bahawa peserta himpunan ini sebagai rasis. Mungki apa yang dia kata ni betul. Apabila kami cuba cari berita pasal himpunan ni, banyak betul ruangan pendapat di media yang mengaitkan peserta himpunan sebagai rasis. Bukan tu sahaja, media cuba memberi gambaran bahawa kebanyakan peserta himpuan tak faham ICERD macam video mak cik bawah ni:

Selain tu juga, Zaim percaya himpunan ni masih relevan kerana boleh diperhatikan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan masih mengeluarkan kenyataan untuk meratifikasi ICERD walaupun demonstrasi sedang dijalankan. Baginya lagi, jumlah peserta yang ramai juga akan menyebabkan kerajaan berfikir dua kali untuk buat keputusan pada masa akan datang.

Secara faktanya, kami mendapati apa yang dia cakap ni adalah satu daripada objektif himpunan tersebut. Himpunan Bantah ICERD yang diuruskan oleh Sekretariat Kedaulatan Negara mempunyai empat objektif:

  1. Meraikan kejayaan tolak ICERD
  2. Nyatakan pendirian kepada kerajaan
  3. Menuntut komitmen jelas dari kerajaan
  4. Tuntut Menteri Perpaduan letak jawatan

Untuk korang yang tertinggal kereta api, Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy dah banyak kali diminta letak jawatan oleh beberapa parti politik kerana beberapa sebab. Timbalan Presiden PAS, Datuk TUan Ibrahim Tuan Man menuntut Waytha letak jawatan kerana didakwa tidak menyatukan orang Malaysia dan melanggar hak-hak bukan Melayu.

Selain daripada tu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menggunakan himpuan ini untuk menyatakan pendirian mereka mengenai isu kontroversi PTPTN.

Demonstrasi GAMIS. Imej dari The Star

“Maklumat terbaru bahawa 5,000 mahasiswa seluruh negara menyertai himpunan itu. Kami tidak gembira dengan perkembangan terbaru PTPTN.”- Faizzuddin Zai, Presiden GAMIS, petikan dari The Star.

Walau macam mana pun, kami tak berjaya menghubungi Faizzuddin untuk bertanya lebih lanjut.

Akhir sekali, semestinya salah soerang penulis kami yang turun ke himpunan itu.

5. Penulis kami di SOSCILI yang juga menyertai Himpunan Tangkap MO1!

Inilah sebabnya kenapa perlunya difahami secara mendalam isu ini. Kebanyakan staf kami tak sangka akan ada salah seorang penulis kami turun ke himpunan tersebut.

Kami perasan pun melalui paparan Facebook dia. Di dalam paparan tu, dia terangkan yang dia pengundi Pakatan Harapan dan juga pernah menyertai himpunan seperti BERSIH dan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Mesti korang ingat yang dia jadikan demonstrasi ni sebagai hobi ke apa.

Penulis kami siap masuk dalam BBC wei. Imej dari IG Zahid

Nampaknya, tidak. Dalam paparan Facebook, dia mengatakan bahawa dia turun ke Himpunan Bantah ICERD untuk menyokong tujuannya.

“Aku telah membaca beberapa pandangan yang meyakinkan aku mengenai tak perlunya ICERD di Malaysia. Pandangan dari ahli Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) seperti Lukman Sheriff, Yusfarizal Yusoff yang menjawab beberapa persoalan dengan fakta yang kemas menyebabkan aku memilih untuk bantah ICERD.” – Ahmad Zahid on his Facebook post.

Dia juga bersetuju panadangan pensyarah undang-undang, Dr Yazid Zul mengenai ICERD. Boleh baca kat sini. Menurut Dr Yazid, Malaysia tak menanda tangani ICERD dari dulu kerana Malaysia satu-satunya negara yang menafsirkan maksud bangsa berdasarkan agama. Iaitu Melayu dimaksudkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai seorang Islam yang bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan budaya tradisi Melayu.

Dr Yazid menambah lagi bahawa tak wajib pun untuk negara kita menanda tangani sebarang perjanjian dan macam mana kita nak patuh perjanjian tu kalau terpkasa bertembung di antara undang-undang antarabangsa dan negara.

Sebenarnya, bukan Dr. Yazid je yang berpandangan macam ni. Ahli MT UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mengatakan PBB tak faham keunikan Malaysia berbanding negara Islam lain.

Tapi, mesti ada yang rasa pelik, kenapa himpunan diadakan juga walaupun kerajaan dah buat keputusan untuk menolak ICERD.

Zahid di Himpunan Bantah ICERD. Imej dari FB-nya

“Bagi aku yang pernah turun beberapa siri demonstrasi, aku tak setuju sesuatu demonstrasi mesti dihentikan selepas kerajaan sudah ikut apa yang pihak demonstrasi nak.

Kerana maksud demonstrasi itu sendiri adalah luas. Termasuklah perhimpunan orang ramai atau gerakan bantahan terhadap sesuatu isu ATAU MENUNJUKKAN PANDANGAN DALAM SESUATU ISU POLITIK.”- Zahid di paparan FB-nya.

Berdasarkan penulisan dia mengenai isu Catalonia mahu kemerdekaan dari Sepanyol (boleh baca di sini), dia belajar bahawa demonstrasi tak semestinya berhenti sekali pun dah sama dengan pandangan kerajaan. Tujuan utama demonstrasi adalah untuk rakyat turun demonstrasi menunjukkan pandangan individu mereka dalam apa jua pandangan kerajaan ketika itu.

Demo di Spain. Ada demo yang dibuat sekali pun sama dengan objektif kerajaan. Imej dari Business Insider

Kami juga ada tanya Zahid kalau dia ada motif lain untuk turun ke himpunan ni. Dia mengatakan yang dia tak puas hati dengan penipuan-penipuan kerajaan terhadap manifesto dan juga cara media buat provokasi terhadap himpunan ni.

Jadinya…

Betapa pentingnya untuk kita adakan perbincangan dan memahami sesuatu isu tu

Gaduh comel-comel tak apa…

Apabila mendapati salah seorang penulis kami turun ke himpunan tersebut, kami semua dapat berbincang dengan penuh fakta mengenai hak Bumiputera, kedua-dua pihak berbincang banyak benda yang kadang-kadang kita tahu. Contohnya macam satu kajian oleh Dr Muhammad Khalid dan Dr Lee Hwok Aun yang mendapati orang Melayu paling kurang dipanggil balik ke interviu sekalipun resume-nya sama taraf dengan bangsa lain terutamanya pekerjaan Kewangan dan Kejuruteraan.

Kami di SOSCILI dan CILISOS percaya bahawa semua orang ada kepercayaan, pemahaman dan pengelaman sendiri. Apa yang paling penting adalah membina satu tempat selamat untu kita memahami antara satu sama lain. Ia mungkin mudah untuk melabel terus seseorang itu sebagai ‘rasis’ atau ‘liberal’ berdasarkan kepercayaan mereka. Dan ia juga muda untuk kita tolak pendapat seseorang tu mentah-mentah.

Sikap ni sebenarnya tak membantu kita memahami satu sama lain dan bergerak sebagai satu negara.