Ivana Smit dikatakan terjun bangunan. Tapi kenapa kerajaan kena bayar keluarga dia RM1.1 juta?

Dalam dua tiga minggu ni, banyak drama online berlaku yang mungkin lagi besar. Jadi tak pelik kalau berita yang satu ni tenggelam. Kerajaan Malaysia diarahkan untuk bayar RM1.1 juta kepada keluarga Ivana Smit, seorang remaja Belanda yang meninggal dunia kat sini 8 tahun lepas.

Mendiang Ivana Smit. Imej dari Kosmo!

Mungkin korang tertanya apa kaitannya kes dia ni dengan kerajaan Malaysia. Kenapa sekarang? Dan dah kenapa kita pula kena bayar?

Semua ni jadi sebab Mahkamah Tinggi dakwa polis buat kerja sambil lewa semasa siasatan kematian dia, sampai dianggap sebagai pelanggaran kewajiban tugas. Senang cerita, diorang buat kerja cincai sampai kerajaan yang kena tanggung pampasan kepada keluarganya.

Nak jadi cerita, Ivana Smit ni bukan sembarangan orang. Dia ni model yang hidup mewah di Kuala Lumpur sampailah ajal dia datang lepas dia keluar malam dengan pasangan suami dan isteri dari Amerika. Mayat Ivana dijumpai dalam keadaan tak berpakaian kat balkoni bawah sebuah kondo mewah di KL. 

Sebelum kita bongkarkan pasal kondo mewah, cara jatuh yang misteri, dan pasangan Amerika yang open minded, kita kena tahu dulu… siapa Ivana Smit?

Ivana ni banyak buat ko-kurikulum masa belajar dulu

Ivana Esther Robert Smit ni bukanlah rakyat Malaysia sebenarnya, tapi jiwa dia memang jiwa orang Pulau Pinang. Dia dilahirkan di Belanda pada tahun 1996 dan berdarah keturunan Belanda-China-Indonesia.

Ivana masa kecil dengan maknya. Imej dari FMT

Masa umur 3 tahun, Ivana rindu gila dengan atuk neneknya sampai dia tak nak makan. Mak ayah dia pun sibuk sangat dengan kerja. Jadi ayahnya buat keputusan hantar Ivana ke Pulau Pinang untuk tinggal dengan atuk dan neneknya, Hendrik Smit dan Ho Sioe Tjoan, yang masa tu baru berhijrah ke situ. Kat situlah dia membesar dan habiskan zaman kanak-kanak, tak jauh dari pantai-pantai kat Batu Ferringhi. 

Atuk dan nenek Ivana. Imej dari FMT.

Ivana ni boleh dijadikan contoh anak muda yang sangat berbakat dan berjaya. Dia boleh cakap bahasa Mandarin dengan lancar, ada tali pinggang hitam dalam taekwondo, main bola sepak, gitar dan piano. Sejak usia 13 tahun, Ivana dah berjalan di atas pentas peragaan Korea dan Taiwan. Atuk dia siap bagitau yang dia ada 35 sijil berbeza dari semua kursus yang dia pernah ambik. Tak sikit la weh tiga puluh lima nak banding dengan kita yang nak study satu paper pun dah pening.

Ivana patutnya muncul di Top Model Belgium untuk tahun 2018 tapi tak kesampaian. Imej dari PurePeople.

Selama beberapa tahun, Ivana beberapa kali ulang-alik antara Malaysia dan Eropah untuk lawat mak ayahnya dan buat kerja-kerja modelling. Dan pada November 2017, dia balik ke KL dan terus menetap kat sini. Dia ada perancangan hidup. Bukan tu je, dia juga disenarai pendek untuk pertandingan peragaan di Paris yang dijadualkan Januari tahun berikutnya. 

Tapi Ivana tak sempat pergi Paris.

Sebaliknya, dia maut lepas jatuh 14 tingkat di kondo tengah-tengah KL

Gambaran ketinggian yang Ivana jatuh. Imej dari new.com.au

Tubuhnya tanpa seurat benang dijumpai di tingkat 6 CapSquare Residence pada 7 Disember 2017. Malam sebelum kejadian, Ivana bermalam dengan seorang lelaki Amerika bernama Alex Johnson dan isterinya dari Kazakhstan, Luna Almazkyzy, yang tinggal di tingkat 20. 

Ivana mungkin dah dapat didikan sempurna dari atuk neneknya, tapi lepas dia balik ke KL pada hujung tahun 2017, lain cerita sikit. Dia jadi lebih berdikari, berani dan menurut beberapa saksi, mungkin dah terjebak dengan kehidupan tipikal bandar waktu malam.

Alexander Amado Johnson dan isterinya, Luna. Imej dari news.com.au

Suami isteri ni pun boleh kata kaya dan berperwatakan menarik la. Alex main crypto dan tinggal di KL dah lama, lebih kurang sedekad. Isterinya Luna, seorang yang bergaya, elegan, dan dia sendiri pun memang kaya. Diorang ni makan malam pun mewah, boleh enjoy parti persendirian dan ehem, hubungan yang agak tidak konvensional. Maksudnya threesomes… 

Dari siasatan yang terungkai, Ivana dikatakan jumpa dengan pasangan suami isteri ni pada November 2017 melalui kawan bersama diorang. Mula-mula tak kenal, tak lama lepas tu dah boleh enjoy parti sama-sama, hantar mesej-mesej panas dan lepak di hotel lima bintang. Malam Ivana meninggal dunia, diorang habiskan masa kat Mantra di Bangsar, lepastu pergi tempat bernama 9 Club. Masa subuh barulah diorang balik ke apartment Alex dan Luna.

Rakaman kamera litar tertutup tunjuk Alex dukung Ivana lepas diorang keluar dari kelab malam. Imej new.au.com

Di rumah, kata Luna (isteri Alex) Ivana dalam keadaan mabuk, tapi dia tetap sertai Luna dan anak perempuannya bersarapan. Lepas dah hantar anaknya pergi sekolah, diorang buat hubungan seks. Luna dan Alex dah tak sedarkan diri kat bilik diorang, manakala Ivana tinggal di ruang tamu. Kali terakhir Luna nampak Ivana, dia tengah gelak-gelak dan cakap sorang-sorang. 

Dalam pukul 1.25 petang, Luna perasan yang barang Ivana masih ada kat situ, tapi orangnya takde. Sangaaaattttlah pelik dan aneh, diorang tak rasa apa-apa dan teruskan hari macam biasa lepastu.

Sampailah masuk pukul 5 petang, dan polis ketuk pintu.

Apa yang jadi sebenarnya???

Nampak tempoh 8 tahun tu macam dah cukup untuk simpulkan kes ni kan? Tapi hakikatnya tak macam tu. Kes ni masih tak dapat diselesaikan. Bunuh diri? Pembunuhan? Atau insiden tragik yang kita tak tahu? Bergantung pada siapa korang tanya la, polis ke, keluarga mendiang ke, atau suami isteri Johnsons, siap sedia dengan tiga versi cerita yang berbeza.

Banyak sangat pusing sampai keluarga mendiang sendiri pun cuba nak rungkaikan kes mendiang. Imej dari Coconuts KL

Jadi, jom mulakan dengan benda yang kita dah boleh confirm. Ivana jatuh dari tingkat 20 ke tingkat 6, maksudnya jarak diantaranya adalah 14 tingkat. Dalam siasatan mendapati dia ada kesan cocaine, cannabis, alkohol dan polymethylmethacrylate (PMMA) dalam sistem badannya. Gabungkan semua ni, boleh buat seseorang tak sedarkan diri. Lagi-lagi PMMA yang ada kesan serupa dengan ecstasy.

Awalnya polis katakan yang tak ada sebarang tanda kekasaran berlaku, dan sebarang kecederaan yang dia dapat adalah dari jatuh semata-mata. Tapi bila doktor lain periksa, ceritanya jadi lain. Dikatakan ada kesan lebam dijumpai di badannya, malah lebam yang mencadangkan ada berlakunya kekasaran. Tentang ni, suami isteri Johnsons mengaku tidak bersalah dari awal lagi. Diorang tetap katakan yang Ivana hidup lagi sebelum diorang terlelap dan dia mungkin terjun bangunan sendiri lepas diorang dah tidur.

Mak ayah Ivana (kiri dan tengah) memohon bedah siasat kedua dijalankan lepas polis kata tak ada sebarang petunjuk yang mencurigakan. Imej dari Malaymail

Tapi betul ke? Disebabkan takde satu pun pihak yang boleh confirm kejadian sebenar, maka muncul lah segala macam teori:

  • Untuk tutup cerita terlebih dos: Ivana mungkin terlebih dos dan disebabkan panik, suami isteri Johnsons campak dia ke balkoni, untuk bagi nampak macam dia bunuh diri. Untuk sokong teori ni, pasangan ni dikatakan arah pembantu rumah diorang untuk kemaskan apartment tu masa diorang bersoal siasat di balai polis. Tak sus ke?
  • Gaduh tapi lain jadinya: Jiran kata diorang dengar bunyi jeritan pagi tu. Boleh jadi ada berlaku pertengkaran antara diorang, sebelum bertukar jadi ganas.
  • Dia jatuh, tapi bukan paksaan: Teori ni lebih neutral. Ivana mungkin ada panjat tebing balkoni masa dia tengah high, lepastu hilang imbangan. Boleh kata puncanya terlebih dos dalam badannya, lebih kurang macam versi suami isteri Johnsons. Tapi walaupun jatuh tak sengaja, masih agak mencurigakan yang dua orang dewasa ni ok je tidur dan biarkan remaja yang high tanpa pengawasan. 

Malangnya, cerita ni tak habis dekat sini. Sebab lepas tu, polis masuk campur.

Susah nak katakan yang cara PDRM uruskan kes ni tak salah

Throwback balik bahagian yang mahkamah arahkan kerajaan Malaysia bayar pampasan RM1.1 juta kepada keluarga mendiang. Yang tu boleh dianggap bab paling baru dalam kecuaian polis dalam kes ni selama 8 tahun.

Sejak 2017, versi rasmi kematian Ivana Smit ni berubah banyakkkk kali. Mula-mula, polis kata dia bunuh diri, tapi lepas tu koroner putuskan sebagai “kemalangan” yang dah pun bercanggah dengan bunuh diri. Lepas tu lagi pada tahun 2019, Mahkamah Tinggi putuskan yang kes ni adalah “kematian disebabkan oleh orang atau orang tak dikenali” (bunuh la) dan keputusan terkini, polis gagal buat kerja dengan betul.

ASP Faizal Abdullah, pegawai penyiasat kanan pada masa tu dan banyak keputusannya menyebabkan siasatan tersasar. Dia dinamakan dalam tuntutan mahkamah oleh ibu Ivana. Imej dari FMT

Dan bukan je gagal. Mahkamah Tinggi KL menggelarkan keseluruhan penyiasatan sebagai “kegagalan besar” sistem penguatkuasaan. Hmmm.  Sejak permulaan, diorang handle kes dengan teruk sampai rasa macam diorang ni biar betul, teruk yang paling teruk sekali:

  • Putuskan kes ni sebagai bunuh diri hampir serta-merta tanpa penyiasatan menyeluruh
  • Tinggalkan lokasi kejadian tanpa jagaan sampai pasangan Johnsons boleh panggil pencuci masuk bersihkan rumah
  • Lupa perkara asas forensik contohnya ambil suhu badan mayat
  • Abaikan kesan genggam dan lebam yang cabar teori bunuh diri
  • Biarkan saksi dan suspek berkomunikasi dengan bebas
  • Abaikan pendapat pakar forensik Belanda, macam tak ada function dia pergi situ
Satu masa tu, Interpol keluarkan notis biru pada 2020 untuk bantu jejaki Alex dan Luna. Tapi bila hakim tanya kenapa polis tak memberikan notis merah, ASP Faizal kata ia tidak perlu. Imej dari Interpol

Lepas apa dah jadi, sejuta ringgit mungkin tak bernilai pun lepas apa yang keluarga Ivana terpaksa alami. Sampai mak dia kena mengamuk semata-mata nak diorang mengaku yang diorang buat kerja cincai. Tapi tanpa petunjuk baru, tanpa tahanan, dan tanpa kesimpulan sebenar, adakah cerita ni akan berakhir macam ni je?

Kes Ivana Smit dibuka semula kali kedua

Bila mahkamah tinggi dah tolak keputusan “bunuh diri” yang polis keluarkan pada 2019, patutnya masa tu dah mula balik siasatan. Tapi sebaliknya, berlengah, terhenti, meleret dan akhirnya, orang lupa.

Malangnya masa kes ni dibuka semula, dua orang ni dah hilang dari radar Malaysia. Imej dari FMT

Balik ke 2025, dan Mahkamah Tinggi KL sekali lagi arahkan kes ni dibuka semula. Kali ini, polis diberikan arahan yang lebih ketat. Diorang perlu serahkan laporan terkini setiap tiga bulan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), yang akan memutuskan sama ada cukup atau tak bahan untuk buat pertuduhan.

Jujur lah, patutnya tak perlu pun dua kali keputusan mahkamah, pakar asing, dan tekanan awam yang bertahun-tahun hanya untuk jalankan perkara yang asas. Yang kita boleh harapkan sekarang, selepas penantian 8 tahun, sekurang-kurangnya keluarga mendiang Ivana dapat siasatan yang boleh bagi kesimpulan kes ni.

About Amalisa Pedzil 4 Articles
currently in the aquarium sorry