- 789Share sekarang!
- Email7
- Facebook782
- Share
Kalau korang ada smartphone dalam sepuluh tahun lepas, mesti korang pernah rasa sakitnya jantung bila sedap layan YouTube pastu perasan yang korang sebenarnya tak pakai WiFi.
Syukur, zaman dah berubah. Plan internet pascabayar (postpaid) bukan lagi untuk orang have have saja, sebab sekarang harga internet dah lebih murah dari menu Rahmah.
Menurut artikel the Star tahun lepas, data internet kat Thailand cuma lebih kurang RM1.69 je untuk setiap Gigabait (GB), dan kat Filipina pulak cuma sekitar RM2.31 setiap GB, manakala Malaysia juga termasuk dalam kategori negara internet mampu milik
Baru-baru ni pula, YES 5G perkenalkan pelan yang lagi mesra rakyat, iaitu YES Power 35 yang menawarkan 100GB data 5G & 4G untuk penggunaan biasa serta hotspot dengan harga serendah RM35 sebulan. Kiranya, satu GB cuma 35 sen je.
Jadi kami pun terfikir, apakah harga yang dikira “murah” untuk data mudah alih? Jadi…
Kami bandingkan harga setiap GB bagi pelan-pelan pascabayar murah yang ada di Malaysia
Bezanya bukan dua tiga sen tau! Ini pelan-pelan yang kami bandingkan:
Semua ni pelan pascabayar termurah* yang kami jumpa (kecuali Hotlink*: kami pilih yang kedua termurah sebab pelan termurah tu kesian sangat, RM30 dapat 2GB je). Kami juga abaikan promosi sementara yang diorang tawarkan , jadi kiraan kami adalah berdasarkan harga asal diorang.
Selepas buat kira-kira, ini ranking daripada paling murah ke paling mahal.
Dari segi harga, tidak syak lagi yang YES Power 35 adalah pelan yang paling murah, dengan harga 35 sen untuk setiap GB, diikuti oleh UPostpaid 38 dari UMobile dengan harga 63 sen untuk setiap GB.
Selain dari dua pelan ni, pelan lain semuanya berharga lebih dari RM1 untuk setiap GB, dengan pelan paling mahal mencecah RM4 setiap GB. Bapak ah! Boleh beli burger!
Tapi macam yang kita semua sedia maklum…
Harga bukanlah segalanya, jadi pilihlah telco yang paling sesuai dengan keperluan anda
Lain orang, lain keperluan bila pilih telco. Kalau kerja sebagai rider, mesti nak cari telco yang liputan dia luas. Kalau jenis yang kerja dari rumah, mesti cari telco yang internet dia stabil supaya mesyuarat tak terjejas.
Ada juga yang tertarik dengan bonus dan promosi tambahan bila daftar dengan telco-telco tertentu. Yang ni kena rajin sikit telaah pelan-pelan yang ditawarkan dan semak terma dan syarat untuk cari bonus tambahan. Ni ringkasan bonus yang kami jumpa dari telco-telco di atas:
Tapi kalau korang pentingkan jumlah data dengan harga yang murah, YES Power 35 memang pilihan terbaik untuk korang.
Dari segi kelajuan pula, YES 5G adalah antara telco yang paling pantas di Malaysia, sampaikan menang Anugerah Speedtest Ookla bagi Suku Ke-3 & Ke-4 2023, dengan kelajuan maksimum 569.09 Mbps untuk muat turun dan 65.59 Mbps untuk muat naik. Untuk test sendiri, kali beli kad SIM YES 5G dan buat speedtest di kawasan pejabat kami. Ni keputusannya:
Kami juga akan membuat video tidak lama lagi untuk menguji kad SIM YES 5G kami secara lebih terperinci, jadi nantikan!
- 789Share sekarang!
- Email7
- Facebook782
- Share