Kalau antara kalangan kaki (atau tangan) main golf kat Malaysia, ramai akan kenal nama Glenmarie Hotel & Golf Resort di Shah Alam.
Dengan keluasan 450 ekar, resort ni antara tempat main golf yang paling berprestij bukan je kat Malaysia, tapi serantau. Apatah lagi bila Glenmarie Resort ni dah jadi tempat anjuran kejohanan golf antarabangsa berkali-kali, serta antara satu-satunya tempat kat Lembah Klang di mana korang boleh main golf tanpa memerlukan keahlian.
Elok-elok, tahun ni merupakan ulang tahunnya yang ke-30, dan sempena Tahun Naga, diorang pon nak sambut tetamu-tetamu mereka dengan wajah yang baharu dan segar.
Glenmarie Hotel & Golf Resort memperkenalkan wajah baru dan hidangan lazat
Pada pelancaran diorang baru-baru ni, kitorang diberi akses eksklusif ke bilik-bilik dan kawasan hotel diorang yang baru diubahsuai. Hiasan pedalaman diorang pon bertemakan bunga anggerik, iaitu, bunga rasmi ibu kota Selangor, Shah Alam.
“Daripada lobi hingga ke bilik tetamu, tetamu akan dikelilingi oleh permaidani warna, tekstur dan wangian yang membangkitkan rasa ketenangan dan keindahan semula jadi,” – Christoph Voegeli, Pengurus Besar Hotel Glenmarie
Bilik-bilik diorang semua luas, ber-kelas, dan termasuk dengan pemandangan padang golf – sesuai la untuk korang yang nak berstaycation! Tetapi yang paling menakjubkan.. bilik suite diorang. Dilengkapi dengan mesin Nespresso dan tab mandi yang luas, suite ini sesuai untuk tetamu-tetamu yang nak mengopi dalam suasana yang memanjakan.
Tapi bukan je bilik diorang yang dah dinaiktaraf. Restoran diorang pon dah diubahsuai sekali, dan kitorang hampir tak perasan sebab digoda dengan hidangan bufet yang memanggil nama kami.
Sambil dah bercakap pasal makanan, kitorang sempat tengok menu Tahun Baru Cina mereka, yang termasuk ‘Prosperity Treasure’ Poon Choy, udang goreng dengan telur masin, itik panggang ‘Pei Pa’ aromatik, ikan bawal kukus dengan kicap, dan Yee Sang tuna ‘Fortune’.
Dah lapar? Kalau korang nak tambah fefeeling Tahun Baru Cina sambil dah berstaycation kat sini, korang boleh tempah menu ni kat Glenmarie Hotel & Golf Resort dari Januari 23 ke February 24, 2024. Harga bermula pada hanya RM1288++ untuk satu meja yang boleh duduk 10 orang.
Tapi bukan ni je upgrade yang diorang akan buat tahun ni…
Sekarang, kawan-kawan kitorang kat Glenmarie Hotel & Golf Resort tengah bersiap sedia untuk pelancaran rasmi besar akhir tahun ni, dan antara upgrade yang diorang nak buat juga termasuk… bukan satu, bukan dua, tetapi empat kolam renang!
Alang-alang diorang dah buat hotel diorang elok-elok, cantik-cantik, Glenmarie Hotel & Golf Resort mesti la tempat paling sesuai untuk bercuti-cuti berdekatan dengan KL, dengan kemudahan yang menjadikan destinasi ni santai, lagi selesa.
Jadi, kalau korang minat nak tempah salah satu daripada 260 bilik diorang, korang boleh hubungi mereka kat +6037802 5200, atau melalui emel diorang kat info@glenmarie.com.my, serta juga melalui laman web mereka: www.glenmarie.com.my. Jadi, tunggu apa lagi? Jumpa nanti kat lubang golf 3! ⛳