Kita lihat gaji minimum di 3 negara yang jadi tumpuan orang Malaysia

Berita baik bagi sektor pekerjaan di Malaysia kerana kerajaan mengumumkan gaji minimum baharu RM1500 bermula 1 Mei 2022. Perlaksanaan ini dilakukan kerana kos sara hidup sangat tinggi yang menjejaskan kewangan masyarakat kita lebih-lebih lagi golongan B40.

Namun, bagi industri perusahaan dan perniagaan kecil, perlaksanaan ini ditangguhkan seketika untuk mereka. Hal ini kerana sudah pastinya majikan tak mampu bayar gaji pekerja mereka dengan harga RM1500 seperti kedai makan di kampung.

Dari sudut negara kita, kenaikan gaji minimum ini pastinya memberikan kelegaan dalam kalangan masyarakat B40. Hmmm….tapi en, korang pernah tak buka mata atau mengkaji jumlah gaji minimum di luar negara? Adakah mereka lebih rendah daripada kita atau apakah ia sesuai dengan kewangan harian di negara tersebut?

1. New Zealand: Kadar gaji minimum meningkat dari tahun 2012 hingga 2022

Kalau New Zealand mesti akan berkait rapat dengan pekerjaan memetik buah. Mana taknya, ramai orang kita akan pergi ke sana semata-mata untuk bekerja petik buah je. Akan tetapi, ada je yang ‘sambil menyelam minum air’ iaitu membuat kerja sambilan sambil menyambung pelajaran.

Jadi, adakah kadar gaji minimum di sana tinggi? Jawapannya ye, tepat sekali. Berdasarkan graf gaji minimum di bawah, kadar gaji minimum semakin tahun semakin meningkat, bermula pada tahun 2012 (NZD$13.50 = RM 39.07 sejam) hingga tahun 2022 (NZD$21.20 = RM61.35 sejam). Kita boleh buat pengiraan:

NZD$21.20 x 8jam bekerja = NZD$169.60 (untuk 1 hari bekerja)

NZD$169.60 x 30 hari bekerja = NZD$5088 (untuk 30 hari bekerja)

Graf kadar gaji minimum New Zealand dari 2012-2022. Imej dari Trading Economics.

Di New Zealand, mereka menaikkan gaji minimum ini memandangkan inflasi makanan meningkat sebanyak 0.9% iaitu daripada 5.9% kepada 6.8%, manakala harga minyak juga turut naik sebanyak USD$0.21(NZD$0.30) iaitu (USD$1.78(NZD$2.58) kepada (USD$1.99(NZD$2.89) untuk satu liter.

Graf inflasi makanan di New Zealand. Imej dari Trading Economics.
Graf harga minyak di New Zealand. Imej dari Trading Economics.

2. Jepun: Gaji minimum meningkat sebanyak 28 yen sahaja

Sememangnya budaya kerja di Jepun menjadi contoh untuk negara-negara luar lebih-lebih lagi dalam menepati masa serta ketekunan dalam bekerja. Oleh kerana kerajinan mereka ni la, Jepun dapat mempunyai ekonomi berkembang maju selaras dengan teknologi dari segi pembuatan, barangan eletronik, automobil dan sebagainya.

Dalam sektor pekerjaan, jumlah orang bekerja dan orang menganggur di Jepun kedua-duanya meningkat pada awal Januari yang lalu:

  1. Jumlah orang bekerja: Dari 66730 orang ke 66930 orang.
  2. Jumlah orang tidak bekerja: Dari 1860 orang ke 1910 orang.

Nampaknya, fair & square juga la kedua-dua jumlah tersebut, tapi kalau orang yang baru saja masuk kerja di Jepun, berapakah minimum gajinya?

Berdasarkan laporan pada Oktober 2021, minimum gaji di Jepun ialah 930 yen (RM32.72) untuk sejam. Jadi kalau buat pengiraan untung bersih gaji yang kita akan dapat untuk sebulan:

930yen x 8jam bekerja = 7440 yen (untuk 1 hari bekerja)

7440 yen x 30 hari bekerja = 223 200 yen (RM7854.43)

Graf gaji minimum di Jepun sejak 2012. imej dari Trading Economics.

Mari kita tengok inflasi makanan dan harga minyak di Jepun. Apa yang kami lihat, inflasi makanan meningkat sebanyak 0.7% (rendah sikit daripada New Zealand) manakala harga minyak pula meningkat sedikit, daripada USD$1.48 (167 yen) ke USD$(179 yen) untuk satu liter. Nampaknya mereka pun selaraskan kenaikan gaji bersama inflasi makanan dan harga minyak.

Graf inflasi makanan di Jepun. Imej dari Trading Economics.
Graf harga minyak di Jepun dari April 2021 hingga Januari 2022. Imej dari Trading Economics.

3. Australia: Meningkat sedikit demi sedikit sejak 2012

Sama seperti New Zealand, di mana Australia menjadi tumpuan utama bagi orang luar untuk bekerja sebagai pemetik buah. Tahun lepas, akibat pandemik, mereka kekurangan pekerja pemetik buah menyebabkan sektor pertanian mengalami kerugian yang sangat besar.

Apa lagi, kalau korang ada fikir nak bekerja di sana atau menyambung pelajaran di sana sambil ambil kerja sambilan petik buah, boleh fikir-fikirkan.

Namun, korang juga kena tahu berapa gaji minimum di sana. Haaa… di sana jumlahnya ialah AUD$772.60 (RM2403.56) untuk seminggu. Maka, kalau kita kira dalam tempoh sebulan:

AUD$772.60 x 4 minggu bekerja = AUD$3,090.4 (RM9,613.90)

Cantik je graf dia menaik. Imej dari Trading Economics.

Oleh itu, adakah kadar inflasi makanan dan harga minyak meningkat? Mari lihat:

  1. Inflasi makanan: Meningkat sebanyak 0.6% pada disember 2021 dari 1.30% – 1.90%.
  2. Harga minyak: Meningkat sebanyak USD$0.13 pada Februari 2022 iaitu dari USD$1.19(AUD$1.60)(RM4.97) – USD$1.32(AUD$1.78)(RM5.53) satu liter.
Imej dari Trading Economics.
Imej dari Trading Economics.

Keburukkan jika gaji minimum dinaikkan

Sudah semestinya kadar gaji minimum di luar negara lebih tinggi daripada Malaysia. Jika lihat jumlah gaji minimum di atas ni, dah hampir sama dengan kerja ‘gomen’ di Malaysia. Tapi satu hal la, kalau korang kerja dan hidup tetap di sana sudah semestinya tak cukup tapi kalau korang kerja sekejap lepastu balik malaysia, haa..korang kaya la.

Namun, semasa kita gembira dengan kenaikan gaji minimum tapi, terselitnya perkara buruk yang akan berlaku.

Walaupun ia kenaikan gaji sebanyak RM1500 adalah satu berita baik buat semua pekerja yang menerima gaji minimum, tetapi ada pelbagai kekurangan yang akan berlaku apabila ia dilaksanakan pada 1 Mei 2022 nanti.

Antaranya:

Kos operasi kilang akan meningkat

Bagi sektor perkilangan, jika jumlah gaji dinaikkan maka, kos operasi kilang juga akan meningkat. Hal ini kerana majikan perlukan duit yang lebih banyak untuk bayar gaji dan mengoperasikan kilang.

Majikan akan mengurangkan bilangan pekerja

Ini pun satu hal juga, apabila majikan tidak mampu bayar kadar minimum gaji yang tinggi dan mungkin berlakunya masalah kewangan dalam syarikat, mereka tidak mempunyai jalan lain melainkan buang pekerja.

Harga barang naik

[Dipetik dari Bernama] Berdasarkan dari seorang Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Datuk Dr Madeline Berma, Kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 berkemungkinan boleh meninggalkan kesan harga iaitu harga barangan akan meningkat. Beliau turut berkata kenaikan gaji minimum juga boleh menyebabkan kesan penggantian kerana apabila kenaikan harga barangan itu diserapkan, sering kali majikan atau pengusaha akan mengalihkan kos tambahan kepada pengguna.