Korang tau tak berapa ramai rakyat Msia berisiko terkena serangan anai-anai?

Semua orang ada pengalaman bersihkan rumah. Sama ada korang ni jenis malas atau pun tidak, rasanya semua pernah ada juga pengalaman nampak haiwan atau serangga perosak dalam rumah.

Namun, sejauh manakah orang kita ni boleh kesan awal ada serangga dan haiwan perosak dalam rumah? Atau tindakan macam mana yang mereka ambil? Atau hanya menyalahkan jiran sebab rumah mereka kotor?

Orang Malaysia ni sedar tak betapa bahaya haiwan perosak?

Untuk pengetahuan korang, Rentokil dah lama menjadi pelindung rumah dan perniagaan dari haiwan perosak sejak tahun 1967 lagi. Mereka dah menyediakan kawalan haiwan perosak yang berkesan dan dipercayai oleh pelanggan komersial mahupun perumahan. Ia semakin berkembang di Malaysia hingga menjadi pengawal haiwan perosak paling dipercayai. Kalau dah percaya elok dijadikan menantu =)

Merdekakan rumah korang daripada jajahan serangga anai-anai! Imej dari Rentokil.

Jadi, bersempena dengan promo atas ni, SOSCILI dan Rentokil dah buat Survey Anai-Anai Man 2019 untuk uji kesedaran korang pasal haiwan perosak terutamanya anai-anai. Macam-macam soalan kami tanya – dari berapa jam korang bersihkan rumah sampailah cara korang bunuh lipas. Tapi, sebelum kita tengok hasil survey ni, jom kita tengok dulu siapa yang join…

  • Jumlah responden: 1,185 orang
  • Tempoh survey: 15 Julai 2019 – 12 Ogos 2019
  • Umur: Paling ramai umur 30-39 tahun (37%), diikuti yang berusia 21-29 tahun (31%). Warga emas 60 tahun dan ke atas pun ada (7 orang)
  • Jantina: Lelaki (29%), perempuan (69%) dan lain-lain (2%)
  • Lokasi responden: Paling ramai duduk Selangor. Sama ada Lembah Klang atau luar Lembah Klang. Negeri-negeri lain semua ada wakil. Tapi ada 13 orang duduk luar negara.
  • Jenis rumah: Hampir separuh duduk rumah teres (46%). Rumah banglo, rumah berkembar, apartment, kondominium dan flat semua ada wakil…

Antara hasil survey tersebut, ini 5 benda yang kami dapati paling menarik. Kita mulakan dengan…

1) Ramai anggap masalah anai-anai sangat serius, tapi rela pintu dinding roboh

Majoriti atau 42% responden mengganggap serangan anai-anai adalah masalah yang sangat serius. Benda ni memang serius pun, sebab ada kajian beritahu anai-anai adalah punca kerosakan struktur di Malaysia setiap tahun dengan kos bernilai RM 40 juta.

Tapi, apa yang peliknya, dikala ramai yang anggap masalah ni serius, masih ada 27% responden mengaku yang dalam banyak-banyak masalah haiwan perosak yang ada, mereka lebih rela pintu dan dinding kena makan dengan anai-anai. Mungkin mereka tak tahu, betapa bahayanya kalau anai-anai dah mula makan benda dalam rumah korang. Ia akan jadi punca kecederaan dan kematian kalau bumbung dah mula runtuh.

Bukan sebab ribut, tapi Anai-Anai lapar. Imej dari Harian Metro

Ini mengaitkan lagi tentang betapa rendah kesedaran orang kita pasal anai-anai ni ada cara tersendiri masuk rumah. Majoriti (46%) hanya tau anai-anai membiak kat kayu je. Kalau korang nak tahu, anai-anai paling banyak datangkan masalah di Malaysia adalah Coptotermes. Ia bukanlah membiak di kayu, tapi sarangnya ada di dalam tanah sebab mereka perlukan kelembapan. Waktu nak cari makanan, barulah mereka akan pergi ke kayu-kayan yang ada.

Eee, rasa geli pulak tengok. Imej dari Rentokil.

Disebabkan tahap pengetahuan pasal haiwan perosak macam anai-anai ni kurang, ada 8% responden akan salahkan jiran sebab rumah mereka banyak kayu reput, sampah sarap dan air bertakung.

2) Ramai yang sangka insurans rumah boleh cover serangan haiwan perosak

Membeli rumah ni boleh dianggap sebagai salah satu pelaburan terbesar dalam hidup kita. Maka, selalunya pembeli akan ambil insurans rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Insurans ni lindungi banyak perkara seperti – kecurian secara paksa, kebakaran, rusuhan, bencana alam dan sebagainya.

Tapi korang tahu tak, kebarangkalian kerosakan rumah akibat serangan anai-anai ni lebih biasa berbanding banjir dan kebakaran?!

Tak ke bahaya bila naik/turun tangga macam ni. Imej dari HomeLight.

Kerana itulah, kajian dapati – 83% rakyat Malaysia pernah atau kenal orang yang alami masalah anai-anai di rumah. Tapi, korang tahu tak yang insurans tak lindungi kerosakan akibat anai-anai?!

Nampaknya, fakta ni tak dikongsi oleh semua pihak, bila mana 24% responden sangka insurans rumah akan lindungi rumah mereka kalau ada masalah serangan haiwan perosak. Dari peratusan ni, mereka berumur 60 tahun dan ke atas, menjadi golongan paling tinggi (43%) yang bersangka demikian diikuti oleh mereka yang berusia 50-59 tahun dan 18-20 tahun.

Ini membuatkan, 69% atau majoriti responden hanya akan pilih ejen pembasmi perosak sebagai pilihan terakhir.

Siapa sangka setiap haiwan perosak pon ada bilik kegemaran masing-masing. Imej dari Rentokil.

Bila bercakap pasal rumah yang dah diserang anai-anai pula, 8% penduduk rumah apartment akan pindah rumah dan jual rumah mereka kalau masalah itu berulang balik lepas buat pembasmian. Hal ni empat kali ganda jika nak dibandingkan dengan penduduk rumah teres.

Dan sebab itulah, kita kena bertindak pantas dengan ambil perkhidmatan ejen pembasmi perosak sebelum terlambat. Rentokil sebagai contoh menyediakan pelbagai jenis servis kawalan haiwan perosak, seperti anai-anai. Servis mereka juga memberikan perlindungan jangka panjang selama 2 hingga 5 tahun berdasarkan pakej yang dipilih. Jadi, masalah itu taklah berulang.

Jangan jadi macam ni sudah. Bertindaklah cepat. Imej dari Giphy.

3) Perempuan lebih mistik, lelaki lebih realistik masa bersihkan rumah

Dari survey ni, didapati 30% responden wanita kata mereka bersihkan rumah setiap hari berbanding lelaki yang cuma 16% je. Mungkin disebabkan kesibukan golongan lelaki ?, mereka kebanyakannya (16%) akan bersihkan rumah sebulan sekali, kalau nak dibandingkan dengan perempuan dalam kategori sama – 10%.

Hal ni mungkin ada benarnya, kerana berdasarkan kajian Khazanah Research Institute (KRI), didapati bilangan wanita yang bekerja masih kurang jika nak dibandingkan dengan lelaki, walaupun yang berkelulusan tinggi lebih ramai daripada lelaki.

Ahli Parlimen Eropah, Licia Ronzulli dan anaknya tengah mengundi dalam sesi Parlimen Eropah. Imej dari Maclean’s.

Dari kajian ni, tak mengejutkan bila 57% responden wanita bersihkan rumah sendiri, berbanding lelaki yang lebih mengharapkan pasangan masing-masing. Selain tu, cuma 9% je wanita yang mengharapkan pasangan mereka membersihkan rumah. Mereka juga (masing-masing 36%) akan periksa siling rumah, sebab nak tengok kalau-kalau ada haiwan perosak tengah bersarang kat situ.

Terkejut besar keluarga nu bila dapat tahu ada sarang tebuan dekat atas siling rumah. Imej dari Metro.

Dalam bab bahagian rumah pula, rupa-rupanya 18% lelaki lebih suka bersihkan bilik tidur, berbanding wanita yang cuma 10%. Tapi, untuk bersihkan dapur pula, kegigihan perempuan nampaknya dua kali ganda daripada lelaki. 

Namun, tak kisahlah mereka lebih suka bersihkan bahagian mana dalam rumah, 62% lelaki nampaknya lebih bersemangat nak panggil servis rumah (untuk baiki paip/elektrik), berbanding perempuan 55%.

Bila sampai bab haiwan perosak dalam rumah pula, kedua-dua golongan ni (44% lelaki dan 43% wanita) lebih suka guna cara sendiri dengan spray racun serangga.

Imej dari imgflip

Kadang-kadang tu ada di antara kita yang pernah dengar bunyi-bunyi pelik dalam rumah dan tak kurang juga yang kaitkannya dengan mahkluk halus. Dalam berdepan dengan keadaan macam ni, 28% wanita akan panggil mak ayah, berbanding 15% lelaki yang tak berapa kisah sangat. Sebaliknya, 28% lelaki akan terus panggil orang baiki rumah tu, berbanding wanita 19%.

Ya, bunyi-bunyi pelik ni memang datang dari makhluk halus, tapi bukannya hantu, sebaliknya dari haiwan-haiwan perosak macam – tikus, lipas, ataupun anai-anai. Tapi tak ramai yang sedar, sebab survey dapati 10% responden lelaki rasa masalah anai-anai ni masalah kecil je iaitu tiga kali ganda berbanding wanita.

4) Penghuni rumah bertanah hampir TIGA KALI GANDA lagi berkemungkinan pernah nampak tanda anai-anai

Bila sebut pasal perbezaan antara para responden daripada jenis rumah bertanah (Landed Property) ataupun hartanah bertingkat (High Rise), nampaknya penduduk kondominium ni baik hati juga dengan haiwan perosak. 12% responden kalau jumpa lipas gemuk dan berisi, mereka hanya akan tangkap dan buang je. Lain pula penduduk flat, takde langsung nak tangkap ni, bunuh terus.

Moyang lipas nak balas dendam kat warga Flat

Bila sebut tanda adanya haiwan perosak ni, mesti korang tak tahu kan bahawa salah satu tanda anai-anai ada singgah rumah adalah banyaknya sayap kelkatu di rumah korang? Kalau mengikut survey, penduduk rumah bertanah (landed property) TIGA KALI GANDA lebih berkemungkinan akan nampak sayap kelkatu bersepah kat atas lantai rumah berbanding penduduk hartanah bertingkat (high rise). Jadi, sentiasalah berjaga-jaga.

Selain tu, penduduk rumah flat paling tinggi dalam bab panggil ejen pembasmi haiwan perosak kalau dah ada serangan berlaku kat orang lain. Malah, penduduk high rise lebih berkemungkinan akan memanggil pakar pembasmi serangga perosak berbanding dengan penduduk rumah bertanah (12% vs 9%), manakala penduduk high rise juga lebih berkemungkinan pernah memanggil servis fogging serangga berbanding dengan penduduk rumah bertanah (25% vs 20%).

Sebabnya mungkin seperti yang dilaporkan baru-baru ni – dengan bilangan kes denggi yang telah meningkat dua kali ganda tahun ni berbanding dengan tahun lepas, kebanyakannya telah berlaku di negeri-negeri di mana terdapat banyak kawasan perumahan berjenis flat dan apartmen, terutamanya Selangor, KL dan Johor.

Seronok betui nyamuk bandar ni kan. GIF dari filem Pixar, A Bug’s Life.

Jadi kalau kita tengok dari segi negeri pula, nampaknya besar perbezaan dalam kegigihan membersihkan bahagian rumah. Contohnya, 42% responden yang merupakan orang Perak lebih gigih bersihkan ruang tamu berbanding negeri lain yang kebanyakan lebih gigih bersihkan bilik air.

Dalam bab buang sampah pun menarik juga. Majoriti responden penduduk Malaysia akan buang sampah setiap hari, tak kira penuh ke tak. Namun ada beberapa negeri lebih memilih untuk buang sampah seminggu sekali seperti Pulau Pinang , Sabah, Terengganu dan Pahang. Berdasarkan laporan, kita semua rakyat Malaysia ni hasilkan 37,890 tan sampah setiap hari.

Bila sampah dah banyak, memang akan ada nyamuk, lipas dan serangga-serangga lain. Dari segi tindakan nak hapuskan ni semua, orang Sabah (44%) paling ramai pernah panggil servis fogging haiwan perosak ni. Dua kali ganda berbanding orang Selangor, Johor, Melaka, Perak dan Sarawak. Tahniah orang Negeri Di Bawah Bayu!

5) Mata orang nak pencen lebih tajam, bila kesan serangga perosak

Tak tau kalau kitorang je yang terkagum, tapi kalau tengok jawapan responden survey kitorang, nampaknya mata orang nak pencen ni lebih tajam dari mata belia – remaja. Buktinya, 30% golongan ni akan nampak tiub anai-anai bila tengah bersihkan rumah dan peratusan ni empat kali ganda dari golongan berumur 18-20 tahun.

Malah, majoriti (35%) mereka juga selalunya akan nampak sayap kelkatu kat rumah berbanding yang muda-mudi ni. Rasanya, mata golongan ni memang tajam, sebab sebelum ni ada juga dilaporkan pasal seorang warga emas di Pahang ni jumpa seikat wang kertas bernilai ribuan ringgit di tepi jalan. Pakcik kayo!

Mata korang yang mana satu? Imej dari asal Kembaraminda7.

Walupun begitu, ia tak bermakna yang golongan muda ni takda membantu di sekitar rumah jugak. Dalam survey ni, kitorang dapati bahawa 40% daripada para responden berumur 18-20 tahun pernah panggil servis fogging nyamuk/lipas dan jumlah tu dua kali ganda daripada mereka yang berumur 21-29 tahun dan 30-39 tahun.

Apa yang menariknya, kalau ada masalah haiwan perosak di rumah, yang paling ramai akan pertimbangkan untuk panggil ejen pembasmi haiwan perosak adalah mereka yang berumur 17 dan ke bawah! Padahal diorang ni baru je nak ambil SPM… 

“Ayah belum panggil ejen pembasmi lagi? Semua adik yang kena buat ke?!” Imej dari Saja Heboh.

Sebabnya mungkin kerana walaupun mak abah yang biasanya perasan tanda-tanda haiwan perosak masa mengemas rumah, diorang tetap akan kena minta bantuan anak-anak diorang yang lebih cekap dengan teknologi untuk cari nombor telefon ejen pembasmi haiwan perosak dan memanggilkannya untuk datang rumah.

Elok la tu yang setiap orang dalam sesuatu rumah tu ada peranan masing-masing dalam menjaga rumah. Jadi sementara tu…

Rakyat Malaysia luangkan masa 1-3 jam untuk bersihkan rumah, apa kata luangkan masa juga untuk…

Lebih separuh responden (54%) luangkan masa 1-3 jam untuk bersihkan rumah dalam seminggu. Sekali pun begitu, masa sesingkat tu tak lah boleh membuatkan kita meneliti satu persatu apa yang tak kena dengan rumah kita.

Kalau nampak lipas dan tikus berjalan tu biasa. Cumanya, kalau haiwan perosak sekecil anai-anai seakan-akan semut mungkin korang tak perasan. Sebab tu lah sementara korang boleh luangkan masa 1-3 jam, apa salahnya gunakan masa yang ada tu juga untuk korang periksa rumah korang secara terperinci, mana tahu ada anai-anai?

Klik imej untuk isi.

Disebabkan nak merdeka ni, tengah ada promosi. Korang isi je borang di atas dengan kod promo MERDEKA19 atau hubungi 1300 881 911. Korang akan dapat Perangkap Nyamuk LED berharga RM62 sahaja dengan mana-mana pakej pembelian Rentokil. Promo ni akan tamat pada 30 September 2019.

Bagi pendaftaran baru ni juga, korang boleh dapat promosi Rawatan Pengumpanan Anai-Anai, Rawatan Anai-Anai Cecair dan Kaedah Pemantauan Anai-Anai. Tiga pakej terus ada promosi tu. Ni adalah berita baik untuk penghuni rumah teres, berkembar, banglo dan bertingkat sahaja. Apa tunggu lagi? Cepat rasai servis terbaik ni!